Anda di halaman 1dari 20

SMK TAMAN INDAH

73000 TAMPIN
N.SEMBILAN DARUL KHUSUS










KERTAS KONSEP
PROGRAM GURU PENYAYANG
SMK TAMAN INDAH



NAMA AGENSI : SMK TAMAN INDAH
KOD SEKOLAH : NEA 5057
NO. TELEFON : 06-4414479
N0. FAKS : 06 -4413502
E-MAIL : smktm!"!#$%&m"'.()m
*LOG : $tt+:,,m-$.msmt"./')&s+)t.()m








Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi;
manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang
menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang..

KERTAS KONSEP
PROGRAM GURU PENYAYANG


1.0 PENGENALAN

TUGAS pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi
merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang
sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras
kepada usaha pendidikan. Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru
juga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru
yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di
luar batas etika sebagai seorang pendidik. Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa
mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental.
Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah.

Panduan ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika memenuhi
tugas mendidik anak bangsa. Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW
mempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi, tetap relevan
sepanjang zaman dan kalis masa. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: Sedang kami
berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk
mencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki
Badwi itu: Berhenti! Berhenti! Namun Rasulullah SAW berkata: Jangan ganggu dan
biarkan dia sendiri. Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai
membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan
berkata kepadanya: Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti
membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat
kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran. Kemudian Rasulullah SAW
mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan
tempat lelaki Badwi itu kencing. Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu adalah
jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan. Rasulullah
SAW dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalam
menghadapi sesuatu keadaan.

Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut
disertakan penjelasan terperinci kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang
dibawa Nabi SAW dan inilah contoh seharusnya diikuti guru.

Kisah Rasulullah SAW itu juga mengajar kita perlu bersikap lemah lembut
apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu
perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkan
sikap berdegil. Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang
pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah murid dan
menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih
terhadap anak didiknya.

Confucius, seorang ahli falsafah dan pendidik Cina yang sangat terkenal. Dirinya
sebagai seorang guru, menggunakan kaedah dan pendekatan pendidikan yang sangat
informal, bersesuaian dengan karektor individu yang berbeza-beza. Beliau
mencadangkan kepada anak didiknya apa yang perlu dipelajari, berbincang dengan
mereka dan kadang kala hanya mendengar hujah dan ulasan anak didiknya dengan
sabar. Cadangan diberikan anak didiknya untuk memperkembangkan kekuatan, dan
memperbaiki kelemahan. Beliau mengatakan bahawa pendidikan hendaklah
dilaksanakan dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, beliau mendidik tanpa mengira
latar belakang anak didiknya.

Anna Eleanor Roosevelt, warga Amerika Syarikat, seorang pejuang hak asasi
manusia yang terkenal, pernah mengatakan bahawa The giving of love is an education
in itself. Beliau berpendapat bahawa tindakan memberi kasih sayang itu sudah
merupakan satu bentuk pendidikan. Pandangan ini menunjukkan betapa pentingnya
seorang pendidik untuk sentiasa menunjukkan sifat kasih sayang dan mencipta hasil
signifikan ke atas orang yang dididiknya.
Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila
nilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha
gigihnya mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak
dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat
dilaksanakan dengan fikiran tenang.

2.0 RASIONAL
2.1 Permasalahan murid-murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai
bagi membantu murid tersebut dan menggunakan kaedah dan
pendekatan yang terkini serta disukai oleh murid tersebut.
2.2 Generasi murid hari ini yang terdiri daripada generasi Y dan Z yang unik,
di mana mereka mempunyai pemikiran yang liberal dan terbuka.
2.3 Mengurangkan jurang beza tara antara guru dengan murid

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga
sekolah.
3.2 Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras
dengan keperluan semasa.
3.3 Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

4.0 JUSTIFIKASI
4.1 Terdapatnya peningkatan salah laku disiplin dalam kalangan murid.
4.2 Peningkatan kadar ponteng murid.
4.3 Terdapat laporan/aduan pelanggaran etika profesion keguruan.
4.4 Peningkatan bilangan guru yang mengalami tekanan emosi dalam
menjalankan tugas.



5.0 ANJURAN DAN KELOLAAN

Bidang Kemanusiaan dan Bimbingan Kaunseling SMK Taman Indah

6.0 PERSONALIA

Jawatankuasa Kerja Program Guru Penyayang

Penaung : Pengarah Pelajaran N. Sembilan
Penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah
Pengerusi : Tn. Hj. Ramli bin Ibrahim
Pengetua SMK Taman Indah
Tim. Pengerusi : En. Mohammad bin Said
PK HEM
Naib Pengerusi 1 : En. Abd. Aziz bin Abd Rahman
GPK 1
Naib Pengerusi 2 : En. Vikraman a/l Velayuthan
GPK Kokurikulum
Setiausaha : En. Hamzah bin Abd Hamid
GKMP Kemanusiaan dan Kemasyarakatan
Penyelaras : En. Alias bin Daud
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
AJK : Semua GKMP/ Ketua Panitia
: Guru Disiplin
: Guru Kebajikan
: Guru Biasiswa
: Penyelaras tingkatan
: AJK PIBG



7.0 PENGISIAN / AKTIVITI
Rujuk Modul Guru Penyayang SMK TI

8.0 SASARAN
Guru dan murid dan seluruh warga sekolah

9.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Sepanjang tahun 2012

10.0 SUMBER KEWANGAN
10.1 PIBG
10.2 PCG kokurikulum sahsiah diri/ Pendidikan Islam dan Moral
10.3 Peruntukan LDP

11.0 PENUTUP

Program Guru Penyayang ini diharapkan dapat memberi sumbangan ke
arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif, mewujudkan suasana
yang lebih harmoni antara guru dengan murid, serta dapat mengurang salah
laku disiplin murid.

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Anda DiUtamakan

Tajuk 1 : Menyambut kehadiran semula murid ke sekolah

Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan
murid.
2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan
murid.

Tarikh : 04 Januari 2012 (hari pertama persekolahan)

Masa : 7.00 pagi hingga 7.20 pagi (waktu hadir ke sekolah pagi dan petang)

Sasaran : Semua guru dan murid
Personalia : Semua pentadbir sekolah, pengawal keselamatan, guru cemerlang,
guru bimbingan dan Kaunseling, PRS dan pengawas sekolah

Bahan / Alat : Kain rentang/banting

Langkah-langkah :
1. Kain rentang/banting digantung seminggu sebelum sesi persekolahan
tahun 2012 bermula. Kain rentang dimasukkan logo JPNJ, PPD dan
sekolah. Contoh kain rentang :

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH

Tahniah, kerana anda dapat hadir ke sekolah

Murid didahulukan, Pencapaian Murid diutamakan.


2. Personalia berada di laluan masuk sekolah untuk menyambut
kehadiran murid.
3. Personalia mengucapkan salam dan selamat datang kepada murid
dengan senyuman ikhlas / bersalaman / peluk murid. Contoh :
a. Assalamualaikum / Selamat sejahtera
b. Selamat kembali ke sekolah / Welcome back to our school
c. Tahniah kerana hadir semula ke sekolah
4. Teguran dari aspek pelanggaran peraturan sekolah tidak dilakukan
secara terbuka.

Penilaian : Murid menghadiri sekolah dengan perasaan gembira dan selesa.

Rumusan : Penerimaan dan penghargaan kepada murid dapat mewujudkan
perasaan diterima dan dialu-alukan untuk hadir ke sekolah.
MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Pandangan Pertama

Tajuk 2 : Perhimpunan Khas Hari Pertama Persekolahan

Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan
murid.
2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan
murid.
3. Menerima maklumat daripada personalia dalam suasana yang
kondusif dan teraputik.

Tarikh : 04 Januari 2012

Masa : 7.30 pagi hingga 8.10 pagi
(waktu pertama persekolahan pagi dan petang)

Sasaran : Semua guru dan murid
Personalia : Pengetua / Guru Besar, PK HEM, Pengacara Majlis

Bahan / Alat : Sistem siaraya, kerusi, rostrum

Langkah-langkah :
1. Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Majlis berjalan mengikut
aturcara perhimpunan mingguan.
2. Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran murid-murid dengan kata-kata
yang positif.
3. PK HEM mengingatkan murid tentang keperluan mematuhi peraturan sekolah
dalam gaya yang mesra dan cara yang menyenangkan.
4. Pengetua / Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan turut memberi
fokus kepada keprihatinan guru dan kasih sayang guru kepada murid.

Penilaian : Murid dapat mematuhi peraturan sekolah dengan perasaan sukarela
dan selesa.

Rumusan : Kasih sayang guru terhadap murid dapat dirasai dan dihayati melalui
komunikasi berkesan dan beradab, dan seterusnya mendorong
mereka hadir ke sekolah dengan perasaan sukarela dan selesa.

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tajuk : Penerapan kasih sayang di dalam pembelajaran dan pengajaran

Tema : Syoknya belajar !

Objektif : 1. Mewujudkan sikap keprihatinan guru terhadap murid
sepanjang pembelajaran dan pengajaran.
2. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran
dan pengajaran.
3. Melaksanakan tugas pembelajaran dan pengajaran yang lebih
berkesan hasil kewujudan perhubungan yang lebih mesra
dalam kalangan murid dan guru.

Tarikh : Sepanjang tahun

Masa : Mengikut jadual pembelajaran dan pengajaran

Sasaran : Semua guru dan murid
Personalia : Semua guru

Bahan / Alat : Mengikut keperluan dan kesesuaian

Langkah-langkah :
1. Guru memberi salam terlebih dahulu kepada murid.
2. Guru menyemak kehadiran murid dan menunjukkan sikap
keprihatinan terhadap murid.
3. Guru memastikan kesesuaian persekitaran kelas dan kesediaan murid
untuk memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
4. Guru perlu bersikap sensitif terhadap sebarang perkara yang berlaku
semasa pembelajaran dan pengajaran, dan mengambil tindakan
positif yang sewajarnya.
5. Guru memberi pujian dan galakan kepada murid mengikut kesesuaian.
6. Guru menunjukkan penampilan diri guru yang mudah didampingi dan
bersikap mesra.
7. Sebelum mengakhiri pembelajaran dan pengajaran, guru
mengucapkan salam / ucap selamat / kata-kata positif dan
bersemangat. Contoh : Jumpa lagi esok / See you tomorrow, tahniah
kerana memberi tumpuan.
8. Guru waktu terakhir memastikan semua murid meninggalkan bilik
kelas sebelum guru keluar dari kelas.

Penilaian : Murid seronok mengikuti aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

Rumusan : Guru penyayang mencipta suasana pembelajaran dan pengajaran
yang menyeronokkan, dan seterusnya mengurangkan tekanan
kepada guru dan murid.
MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Guru Sumber Inspirasi

Tajuk 3 : Guru Kesayanganku, Kelas Kebanggaanku

Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima oleh guru kelas.
2. Mewujudkan perasaan sayang dan hormat terhadap guru
kelas bersesuaian dengan konsep in loco parentis.
3. Memupuk semangat kesepunyaan dalam diri sendiri; terhadap
guru, rakan-rakan dan kelas sendiri.

Tarikh : 04 Januari 2012

Masa : 8.10 pagi hingga 9.30 pagi (2 waktu selepas perhimpunan)

Sasaran : Semua guru dan murid
Personalia : Guru kelas

Bahan / Alat : Dokumen berkaitan mengikut keperluan dan kesesuaian

Langkah-langkah :
1. Guru kelas mengiringi murid ke kelas selepas perhimpunan.
2. Guru kelas memberi salam kepada murid. Ucapan salam dibuat dengan
mesra dan ikhlas.
3. Guru kelas memperkenalkan diri dan bertanya khabar kepada murid.
Murid diajak untuk memperkenalkan diri dan berkongsi pengalaman
semasa cuti.
4. Guru kelas membincangkan perihal pengurusan dan pentadbiran kelas
bersama murid.

Penilaian : Murid dapat mengenali guru kelas dan menguruskan kelas seperti
dipersetujui bersama, contohnya penjagaan kebersihan kelas,
kewujudan keharmonian kelas, pengurusan papan notis, dan
sebagainya.

Rumusan : Semangat sepasukan dan kekitaan dapat diwujudkan di kalangan
murid dan guru berlandaskan konsep in loco parentis.

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Pembudayaan sikap prihatin

Tajuk : Bersamamu, sayang

Objektif : 1. Mewujudkan rasa diambil berat oleh guru.
2. Mendapatkan bantuan untuk mengatasi masalah kesempitan
hidup.
3. Menanam semangat kekeluargaan dalam kalangan warga
sekolah.

Tarikh : Mengikut kesesuaian

Masa : Mengikut kesesuaian

Sasaran : Murid yang berkeperluan (bantuan kemiskinan, mangsa bencana,
kematian, anak yatim dan lain-lain)

Personalia : PIBG, Alumni, PK HEM, Guru Tingkatan, Guru Kebajikan, Guru
Biasiswa, Guru Data

Bahan / Alat : Mengikut keperluan dan kesesuaian

Langkah-langkah :
1. Mengenalpasti murid yang berkeperluan.
2. Mendapatkan dan mengumpulkan sumber bantuan yang bersesuaian.
3. Menghulurkan bantuan :
a. Lawatan ke rumah
b. Lawatan ke hospital
c. Bantuan makanan, pakaian, kewangan dan lain-lain
4. Pemantauan perkembangan sahsiah dan akademik murid secara
berterusan.

Penilaian : Murid mendapat bantuan dan kekuatan untuk mengharungi masalah
kesempitan hidup.

Rumusan : Guru penyayang sentiasa prihatin untuk mengenalpasti murid yang
berkeperluan. Bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat
mengurangkan tekanan emosi dan bebanan yang dihadapi. Murid
akan merasa dirinya dihargai dan rasa dirinya terbela. Seterusnya
murid akan mendapat kekuatan untuk mengharungi dugaan hidup.



MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Iklim Sekolah Penyayang

Tajuk : Komuniti prihatin, komuniti penyayang

Objektif : 1. Mewujudkan persekitaran yang mendorong warga sekolah
untuk lebih bersifat penyayang.
2. Menimbulkan rasa keperluan untuk bersifat penyayang kepada
murid.
3. Mempraktikkan amalan kasih sayang dalam kalangan warga
sekolah.

Tarikh : Sepanjang tahun

Masa : Sepanjang masa persekolahan

Sasaran : Semua warga sekolah
Personalia : Guru Media, Jawatankuasa 3K

Bahan / Alat : Kain rentang, papan kenyataan, bahan/dokumen berkaitan

Langkah-langkah :
1. Menyediakan kertas cadangan perlaksanaan persekitaran penyayang.
2. Mewujudkan tempat untuk menampilkan rasa kasih sayang warga sekolah :
a. tempat memaparkan kain rentang
b. tempat berehat dan tempat aktiviti yang selesa untuk murid
c. tempat untuk menyediakan mural kasih sayang guru
d. sudut penghargaan dan pengiktirafan kepada murid bersahsiah terpuji
e. papan kenyataan untuk memaparkan sumbangan murid yang terlibat
dengan masyarakat
3. Mempraktikkan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah. Contoh :
a. Amalan senyuman mesra
b. Amalan ucapan terima kasih
c. Amalan bersalaman

Penilaian : Wujud budaya kasih sayang dalam kalangan warga sekolah.

Rumusan : Suasana dan persekitaran yang berunsur kasih sayang akan
mewujudkan iklim sekolah yang bersifat penyayang. Iklim positif ini
akan sentiasa mendorong murid suka hadir ke sekolah dan
mengamalkan gaya hidup penyayang.
MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Latihan dalam Perkhidmatan

Tajuk : Guru Penyayang, Murid Sayang

1. Objektif : 1. Memahami konsep Guru Penyayang berlandaskan elemen
9P5K.
2. Mengaplikasikan konsep Guru Penyayang sebagai satu
budaya kerja.
3. Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan
beretika.

Tarikh : LDP sekolah kali pertama

Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

Sasaran : Semua guru
Personalia : Pengetua / Guru Besar

Bahan / Alat : Edaran bahan LDP

Langkah-langkah :
1. Pembentangan Konsep Guru Penyayang dalam persembahan Power
Point.
2. Pembengkelan pengisian dan perlaksanaan Program Guru Penyayang.
3. Pembentangan hasil pembengkelan.
4. Penetapan garis panduan perlaksanaan Program Guru Penyayang
Peringkat Sekolah.
5. Penubuhan Jawatankuasa Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah.

Penilaian : 100% guru dapat memahami dan mempraktikkan konsep Guru
Penyayang.

Rumusan : Program Guru Penyayang dapat melahirkan guru yang bersifat
prihatin dan menyayangi murid secara ikhlas. Guru yang bersifat
penyayang dapat memberi sumbangan kepada usaha peningkatan
sahsiah diri murid dan akademik.




1

SMK TAMAN INDAH
PROGRAM GURU PENYAYANG

MURID DIDAHULUKAN PENCAPAIAN MURID DIUTAMAKAN

STRATEGI TINDAKAN

BIL. AKTIVITI STRATEGI TINDAKAN TATACARA/KAEDAH

1

Anda diutamakan

Menyambut
kehadiran semula
murid ke sekolah

Semua pentadbir
sekolah, pengawal
keselamatan, guru
cemerlang,
guru bimbingan dan
Kaunseling, PRS dan
pengawas sekolah

Dalam aktiviti ini :

1. Kain rentang digantung seminggu sebelum sesi persekolahan
tahun 2012 bermula. Kain rentang dimasukkan logo JPNS,
PPD dan sekolah.

2. Personalia berada di laluan masuk sekolah untuk menyambut
kehadiran murid.

3. Personalia mengucapkan salam dan selamat datang kepada
murid dengan senyuman ikhlas / bersalaman / peluk murid.
Contoh :
a. Assalamualaikum / Selamat sejahtera
b. Selamat kembali ke sekolah / Welcome back to our school
c. Tahniah kerana hadir semula ke sekolah

4. Teguran dari aspek pelanggaran peraturan sekolah tidak
dilakukan secara terbuka.






2

BIL. AKTIVITI STRATEGI TINDAKAN TATACARA/KAEDAH

2

Pandangan
pertama

Perhimpunan
Khas Hari
Pertama
Persekolahan


Semua Pentadbir,
GPK HEM
Pengacara Majlis
Pemimpin Pelajar


Dalam aktiviti ini :

1. Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Majlis berjalan
mengikut aturcara perhimpunan mingguan.

2. Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran murid-murid
dengan kata-kata yang positif.

3. PK HEM mengingatkan murid tentang keperluan pematuhan
peraturan sekolah dalam cara yang menyenangkan.

4. Pengetua / Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan turut
memberi fokus kepada keprihatinan guru dan kasih sayang
guru kepada murid.


3

Pimpinlah aku

Guru
Kesayanganku,
Kelas
Kebanggaanku


Guru Kelas

Dalam aktiviti ini :

1. Guru kelas mengiringi murid ke kelas selepas perhimpunan.

2. Guru kelas memberi salam kepada murid. Ucapan salam
dibuat dengan mesra dan ikhlas.

3. Guru kelas memperkenalkan diri dan bertanya khabar kepada
murid. Murid diajak untuk memperkenalkan diri dan berkongsi
pengalaman semasa cuti.

4. Guru kelas membincangkan perihal pengurusan dan
pentadbiran kelas bersama murid.
3

BIL. AKTIVITI STRATEGI TINDAKAN TATACARA/KAEDAH

4

Guru sumber
inspirasi



Syoknya belajar !

Guru Mata Pelajaran

Dalam aktiviti ini :

1. Guru memberi salam terlebih dahulu kepada murid.

2. Guru menyemak kehadiran murid dan menunjukkan sikap
keprihatinan terhadap murid.

3. Guru memastikan kesesuaian persekitaran kelas dan
kesediaan murid untuk memulakan aktiviti pembelajaran dan
pengajaran.

4. Guru perlu bersikap sensitif terhadap sebarang perkara yang
berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran, dan
mengambil tindakan positif yang sewajarnya.

5. Guru memberi pujian dan galakan kepada murid mengikut
kesesuaian.

6. Guru menunjukkan penampilan diri guru yang mudah
didampingi dan bersikap mesra.

7. Sebelum mengakhiri pembelajaran dan pengajaran, guru
mengucapkan salam / ucap selamat / kata-kata positif dan
bersemangat. Contoh : Jumpa lagi esok / See you tomorrow.

8. Guru waktu terakhir memastikan semua murid meninggalkan
bilik kelas sebelum guru keluar dari kelas.
4

BIL. AKTIVITI STRATEGI TINDAKAN TATACARA/KAEDAH

5

Pembudayaan
sikap prihatin

Bersamamu,
sayang !

PIBG, Alumni, PK
HEM, Guru
Tingkatan, Guru
Kebajikan, Guru
Biasiswa, Guru Data

Dalam aktiviti ini :

1. Mengenalpasti murid yang berkeperluan.

2. Mendapatkan dan mengumpulkan sumber bantuan yang
bersesuaian.

3. Menghulurkan bantuan :
a. Lawatan ke rumah
b. Lawatan ke hospital
c. Bantuan makanan, pakaian, kewangan dan lain-lain

4. Pemantauan perkembangan sahsiah dan akademik murid
secara berterusan.


6

Iklim Sekolah
Penyayang

Komuniti prihatin,
komuniti
penyayang

Guru Media,
Jawatankuasa 3K

Dalam aktiviti ini :

1. Menyediakan kertas cadangan perlaksanaan persekitaran
penyayang.

2. Mewujudkan tempat untuk menampilkan rasa kasih sayang
warga sekolah :
a. tempat memaparkan kain rentang
b. tempat berehat dan tempat aktiviti yang selesa untuk
murid

5

BIL. AKTIVITI STRATEGI TINDAKAN TATACARA/KAEDAH

c. tempat untuk menyediakan mural kasih sayang guru
d. sudut penghargaan dan pengiktirafan kepada murid
bersahsiah terpuji
e. papan kenyataan untuk memaparkan sumbangan murid
yang terlibat dengan masyarakat

3. Mempraktikkan budaya penyayang dalam kalangan warga
sekolah. Contoh :
a. Amalan senyuman mesra
b. Amalan ucapan terima kasih
c. Amalan bersalam


PLAN TINDAKAN PROGRAM GURU PENYAYANG

1. Bagi memastikan pelaksanaan berjalan dengan lancar, tindakan seperti berikut akan diambil :

Bil. Bulan Minggu Aktiviti Tindakan
1
Disember
2011
Kedua
(7-9 Dis)
1. Bengkel menyediakan kertas konsep dan modul Guru enyayang !"!
2 Ketiga
1. Precouncil konsep pelaksanaan bersama Ketua #ektor
2. enerangan Ketua #ektor Kertas Konsep Guru enyayang dan modul kepada semua
D
$. %aklimat modul& kertas konsep Guru enyayang dan %ou'( oint engara( ole( D
kepada pengetua) guru besar
*. %aklimat Ketua #ektor kepada sekola( rintis (+odel * sekola( satu daera()
!"!)D
$
Keempat
(27-29 Dis)
1. embentangan kertas konsep Guru penyayang dan tou'( oint engara( dalam
+esyuarat K#D
2. embentukan ,a-atankuasa pelaksana peringkat sekola(
!"!)D
engetua)Guru
Besar
*
!anuari
2012
ertama
(* !an)
1. elaksanaan %ou'( oint engara( pada (ari pertama persekola(an
#ekola(
+enenga( dan
.enda(
/
+inggu
Ketiga
1. elan'aran rogram Guru enyayang peringkat !" dalam per(impunan bulanan
2. %0% !1 "egeri dan Daera(
!"!)D
2
3ebruari
2012
+inggu
kedua
1. elan'aran rogram Guru enyayang peringkat D
2. emantauan ke(adiran murid melalui sistem e-ke(adiran
D) #ekola(
+inggu
empat
1. 4D kepada guru #ekola()!1
Bil. Bulan Minggu Aktiviti Tindakan
7
+a'
2012
+inggu
kedua
1. elan'aran rogram Guru enyayang peringkat sekola(
!a-atankuasa
Guru enyayang
5
!anuari
(ingga
"o6ember
2012
#epan,ang
ta(un
1. elaksanaan rogram Guru enyayang peringkat sekola( #emua sekola(
9
7pril
2012
+inggu
pertama
(ingga
minggu
empat
1. emantauan pelaksanaan program Guru enyayang !"!)D
10
!un
2012
+inggu
empat
1. enilaian setenga( ta(un keberkesanan program penyayang
2. +esyuarat bulanan penilaian pelaksanaan Guru enyayang.
$. +eng(antar laporan kepada D)!"#
engetua dan
Guru Besar
sekola(
rintis)D
12
"o6ember
2012
+inggu
ketiga
1. +esyuarat penilaian keberkesanan rogram Guru enyayang
2. +eng(antar laporan kepada D)!"#
engetua dan
Guru Besar
sekola(
rintis)D

Anda mungkin juga menyukai