Anda di halaman 1dari 5

1

LAPORAN PROGRAM GURU PENYAYANG


SK AGAMA (MIS) LAWAS TAHUN 2013

1.0 Pendahuluan
Tugas pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi
merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa
bidangsekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras
kepada usaha pendidikan. Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya
gurujuga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil
guruyang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak
didik diluar batas etika sebagai seorang pendidik. Justeru, guru perlulah sentiasa ingat
bahawamendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang
kental.Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah.
Sehubungan itu Program Guru Penyayang di peringkat sekolah telah
dilaksanakan selaras dengan kehendak yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.


2.0 Matlamat
Supaya guru mengamalkan dan membudayakan sikap penyayang di sekolah.

3.0 Objektif
3.1 Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga
sekolah.
3.2 Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras
dengan keperluan semasa.
3.3 Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

2

5.0 Laporan Bergambar





3


6.0 Penilaian Program
Berdasarkan pemerhatian saya, program ini memberi kesan yang positif. Hal ini
kerana semua guru dapat peluang untuk menunjukkan kasih sayang dan ambil berat
terhadap murid. Maka, perhubungan antara guru dan murid akan menjadi semakin erat
dan secara tidak langsung masalah disiplin di sekolah dapat dikurangkan.
Selain itu juga, program ini juga membudayakan amalan penyayang yang
merupakan sifat professional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa dan
masyarakat. Secara keseluruhannya program ini mampu melahirkan generasi yang
berwawasan, penyayang dan berhemah tinggi pada masa akan datang.













4

7.0 Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM GURU PENYAYANG

Penaung : Pengarah Pendidikan Sarawak
Penasihat : Pegawai Pendidikan Daerah Lawas
Pengerusi : Encik Othman bin Adol
SK Agama MIS Lawas

Tim. Pengerusi : Puan Rosnah bt Haji Tamam (Januari-Mei)
Puan Hanizah bt Matair (Jun-Sekarang)
PK HEM

Naib Pengerusi 1 : Encik Piee bin Sijo
GPK 1

Naib Pengerusi 2 : Ustaz Mazlan bin Matzin
GPK Kokurikulum
Setiausaha : Puan Masnah binti Haji Kadir
Guru Bimbingan Dan Kaunseling

AJK : Semua Ketua Panitia dan Guru Matapelajaran
: Guru Disiplin
: Guru Kebajikan
: Kakitangan sokongan sekolah
: Pembantu Pengurusan Murid






5

8.0 Kesimpulan dan Penutup
Program Guru Penyayang ini diharapkan dapat memberi sumbangan ke
arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif, mewujudkan suasana
yang lebih harmoni antara guru dengan murid, serta dapat mengurang salah
laku disiplin murid.

Anda mungkin juga menyukai