Anda di halaman 1dari 6

Motivasi UPSR 2014

1.0 Pengenalan

Bertepatan dengan keperluan semasa, murid-murid dalam era teknologi maklumat ini
amat memerlukan sokongan tambahan selain galakan yang diberikan oleh ibu bapa mereka,
terutamanya dalam memotivasikan diri untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik. Seiring dengan arus pemodenan yang begitu pantas, murid-murid semakin
dipengaruhi dengan pelbagai faktor yang cenderung ke arah melalaikan mereka. Berdasarkan
kepada senario ini, maka pihak sekolah bersama-sama Unit Bimbingan dan Kaunseling
merancang satu program motivasi khusus untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan murid-
murid calon UPSR 2014.

Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi daripada program sebegini diharapkan
akan dapat membantu penyuburan jasmani, minda, rohani dan itelek murid, sekaligus akan
menjadi pembakar semangat dalam usaha mereka meningkatkan kecemerlangan dalam bidang
akademik mahupun sahsiah.



2.0 Rasional
Pihak sekolah amat memerlukan program motivasi sebegini untuk dilaksanakan , dengan
berlandaskan beberapa faktor :-

2.1 Sebagai usaha pihak sekolah meningkatkan prestasi murid.

2.2 Kurang prihatin ibubapa terhadap pelajaran anak-anak mereka.

2.3 Terdapat beberapa orang murid yang lemah dari segi pembelajaran dan
memerlukan galakan serta motivasi untuk menaikkan semangat mereka sebelum
menjelangnya UPSR 2014 ini.

2.4 Para pelajar sukar dimotivasi.

2.5 Kurang minat belajar di kalangan pelajar.




3.0 Objektif

Unit Bimbingan dan Kaunseling meletakkan beberapa objektif yang hendak
dicapai melalui program motivasi ini :


Motivasi UPSR 2014

3.1 Membakar semangat murid untuk terus berusaha semaksima yang boleh dan
meningkatkan motivasi murid-murid terutamanya dalam bidang akademik untuk
menghadapi peperiksaan UPSR.

3.2 Mewujudkan murid-murid yang berakhlak mulia, bercita-cita tinggi,
berketrampilan, dan berkeyakinan diri bagi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

3.3 Menggalakkan murid supaya sentiasa memperlengkapkan diri dengan persediaan
awal dalam menghadapi ujian.

3.4 Membina kekuatan fizikal, mental, rohani, emosi, dan intelek untuk menghadapi
peperiksaan sebenar.

3.5 Membolehkan murid mendapat tips-tips belajar yang sistematik yang boleh
membantu mereka meningkatkan prestasi dalam bidang akademik.



4.0 Matlamat
Memberi peluang kepada murid-murid untuk mempertingkatkan tahap pencapaian dalam
peperiksaan UPSR serta memperkasakan minda masing-masing dengan input-input yang
sewajarnya.



5.0 Tema
Bersama memperteguh tekad, menjana kudrat, merealisasikan hasrat



6.0 Sasaran
91 orang murid calon UPSR 2014.



7.0 Tarikh, Masa dan Tempat
7.1 Tarikh : 29 Januari 2014
7.2 Tempat : Dewan Asrama Lelaki & Dewan Sri Banting
SK Agama MIS Lawas.
7.3 Masa : 7.00 pagi 4.00 petang.



8.0 Anjuran
Pihak Pentadbiran Sekolah bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Agama (MIS),
Lawas.
Motivasi UPSR 2014

9.0 Penceramah
Pensyarah dari IPG Kampus Sarawak, Miri.


10.0 Ahli Jawatankuasa
Rujuk Lampiran 1


11.0 Anggaran Perbelanjaan
Rujuk Lampiran 2


12.0 Tentatif Program
Rujuk Lampiran 3


13.0 Penutup

Semoga program sebegini dapat memberikan satu perubahan positif terhadap
murid-murid sekaligus melonjakkan kecemerlangan sekolah. Program motivasi yang
dirancang ini akan dapat menyuntik semangat murid-murid, khasnya calon UPSR 2013,
untuk lebih berusaha mengejar kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR
nanti.Sesungguhnya murid-murid lebih sedar dan prihatin terhadap pelajaran mereka
dengan adanya doa, motivasi dan nasihat oleh guru-guru secara langsung, mahupun tidak
langsung. Semoga dengan kerjasama daripada semua pihak akan dapat menjayakan
program ini dan seterusnya melahirkan golongan murid yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.
Akhirnya, semoga segala gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan
keberkatan daripada Allah S.W.T.



Disediakan Oleh, Disemak dan disahkan oleh,

............................................. ...............................................
MASNAH BINTI HAJI KADIR PIEE BIN SIJO
Guru Bimbingan dan Kaunseling, Penolong Kanan I,
SK Agama MIS Lawas. SK Agama MIS Lawas.
Tarikh: Tarikh:


Disahkan Oleh,

.................................................................
ENCIK OTHMAN BIN ADOL
Guru Besar,
SK Agama MIS Lawas.
Tarikh:
Motivasi UPSR 2014

LAMPIRAN 2


ANGGARAN PERBELANJAAN


PERBELANJAAN

1. Bayaran Penceramah:
1.1 1 orang X RM 100.00 = RM 100.00


2. Bayaran makan dan minum
4.1 1 hari X RM65.00 = RM 65.00




JUMLAH RM 739.10












LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA KERJA

PENASIHAT
ENCIK OTHMAN BIN ADOL

PENGERUSI
ENCIK PIEE BIN SIJO

Motivasi UPSR 2014

NAIB PENGERUSI 1
PUAN ROSNAH BINTI HAJI TAMAM

NAIB PENGERUSI 2
PUAN HANIZAH BINTI MATAIR

SETIAUSAHA & PENYELARAS PROGRAM
PUAN MASNAH BINTI KADIR

PENGERUSI MAJLIS
Puan Melor Kipli

SIARAYA & TEKNIKAL
Encik Zulpadli Bin Mohammad
Encik Mohd Firdaus bin Abd Manaf

UNIT CENDERAHATI & HADIAH
Cik Noradilla binti Yusup
Ustzh Rahmah binti Johara
Puan Zuraini Rahayu binti Yusof
Puan Siti Noorizan binti Brahim

UNIT JAMUAN (PENCERAMAH DAN GURU)
Puan Normardiah bt Amit
Puan Nurfarahin bt Abdullah
Puan Suhani
Puan Kartini
Awangku Syuaimi
Encik Razali

AJK MAKANAN & MINUMAN (PESERTA)
Puan Noraini binti Kasir
Ustzh Norimah binti Sabtu
Puan Nurain Abdullah
Puan Nur Emelia Siba Abdullah
Puan Rosliah binti Sitam
Puan Gariah binti Durahman

AJK KELENGKAPAN & PERSIAPAN TEMPAT
Ustaz Afdhiallah bin Hanafi
Encik Haris@Joho Bin Talip
Encik Charles bin Judah
Encik Suhaili bin Haji Bakir

KEBERSIHAN DEWAN ASRAMA LELAKI
(SEBELUM PROGRAM)
Puan Normahani binti Kamaruddin
Puan Wahidah Abdullah @ Ulau Jok
Puan Noor Atiqa Abdullah
Cik Fadzlina
Ustzh Nor Zaimah
Ustzh Nora Azean

KEBERSIHAN SURAU
Ustzh Jijah binti Hassan
Ustzh Masyitoh binti Mohd Yusof
Ustzh Rahmah binti Johara
Ustzh Siti Rahmah binti Haji Othman

KEBERSIHAN DEWAN ASRAMA LELAKI
(SELEPAS PROGRAM)
Puan Najemunnisa binti Mohamed
Puan Dayang Rohani binti Awang Rambli
Puan Bebby Fayatul binti Wahet
Ustaz Mazlan bin Mat Zin
Ustaz Azri bin Muhammad
Ustaz Khairuddin bin Mohd Ali


Motivasi UPSR 2013


6

LAMPIRAN 3
TENTATIF PROGRAM

Tarikh: 29 Januari 2014 (Rabu)



7:00 Pagi Pendaftaran/Kehadiran/Taklimat

7:30Pagi Ceramah 1 : Kemahiran Belajar

9:30 Pagi Minum pagi

10:00 Pagi Ceramah 2 : Motivasi Kendiri

12:50 Tghari Makan Tengahari dan Solat Zohor

02:00 Petang Majlis bersama Pegawai Pelajaran Daerah Lawas

Anda mungkin juga menyukai