Anda di halaman 1dari 8

BIRO PROTOKOL DAN PERASMIAN

UCAPAN PENGACARA MAJLIS LIBB 42 2014


MASA UCAPAN CATATAN

9.00 a.m














9.15 a.m














L : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia (________________) (jawatan)
, seterusnya menerima tabik hormat .

(KB : Hormat hadapan , lapor kekuatan dan mohon kebenaran meneruskan
majlis)

P : Hadirin sekalian diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu
Negaraku dan Wawasan Setia Warga Uitm

(Pelatih LIBB : Lagu Negaraku dan Wawasan Setia Warga Uitm )

L : Hadirin dipersilakan duduk

(KB : Arahan duduk senang)

P : Ke Pulau Pinang membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah ,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah .

L : Sirih berlipat sirih pinang ,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata Selamat datang ,
Awal bismillah pembuka bicara .









































L : Bismillahhirrahmannirahhim ,
Yang Berhormat ( )
( )

yang berusaha (_________________________)
(jawatan)

yang berusaha mejar kesatria Noor Afzan Zakaria ,
Ketua unit Akademik dan latihan pusat kokurikulum.

Yang berusaha mejar kesatria nooraidah mokhtar,
Penasihat latihan intensif brassband siri ke-42

Pegawai-pegawai kehormat kesatria
Pegawai-pegawai kesatria,
barisan jurulatih ,
barisan urusetia ,
ibubapa dan para pelatih LIBB siri ke -42
dan seterusnya hadirin hadirat sekalian .

Assalamualaikum wbt.

P : Hadirin yang dihormati sekalian , seribu tanda kesyukuran kita panjatkan
kepada Allah S.W.T dengan limpah kurnia-NYA dapat kita bersama di Dewan
Agung Tuanku Canselor yang serba indah ini bagi meraikan majlis penutupan
Kesatria Brass Band Siri ke - 42 tahun 2014 . Terlebih dahulu majlis
mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat
( ________________) atas kesudian Yang Berhormat hadir ke majlis ini.
Semoga dengan kehadiran Yang Berhormat ke majlis ini dapat menambah
semangat para anggota Kesatria BrassBand khususnya para pelatih untuk terus
berbakti kepada Uitm . Pihak majlis juga turut merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua tetamu kehormat di atas kesudian untuk meluangkan waktu
untuk bersama kami pada hari ini.









9.20 a.m









9.22 a.m

9.27 a.m




9.34 a.m

9.39 a.m




9.43 a.m

L : Hadirin yang dihormati untuk makluman, latihan intensif Brassband
Kesatria Uitm yang juga dikenali sebagai LIBB merupakan satu bentuk latihan
yang dianjurkan ke atas semua pelatih pelatih Semester 1 dan juga Semester 2 ,
Kokurikulum Kesatria Brass Band . Program berbentuk latihan sebegini
dijalankan setiap tahun dan berperanan untuk menggilap dan melatih bakat
para pelatih bermain alat muzik selaras dengan kehendak pengisian
kokurikulum Kesatria Brassband.

P : Hadirin sekalian , pada hari yang bersejarah ini kita akan disajikan dengan
persembahan yang mantap dan bertenaga daripada para pelatih LIBB diselang
selikan dengan persembahan montaj oleh Biro Publisiti . Persembahan ini
diterajui oleh 61 pelatih di bawah pimpinan konduktor
AHMAD DZARIFF BIN MOHD ROSMAN , terimalah persembahan para pelatih
Kesatria Uitm siri ke 42 tahun 2014 . Selamat berhibur .

(Persembahan oleh pelatih)

(Persembahan montaj : ucapan Drum Major )

L : Hadirin sekalian kita teruskan majlis dengan persembahan pelatih yang akan
mengalunkan lagi beberapa buah lagu dipersilakan

(Persembahan oleh pelatih)

P : Majlis diteruskan lagi dimana para pelatih akan memperdengarkan dua buah
lagu sebagai persembahan penutup iaitu lagu (nama lagu) dan (nama lagu )

KB : ( Beri arahan duduk senang)














9.45 a.m






9.55 a.m






10.20 a.m











L : Demikian tadi kehebatan alunan muzik yang telah didendangkan oleh semua
pelatih LIBB siri ke 42 tahun 2014 , sekali lagi kita berikan tepukan yang
gemuruh kepada mereka . Ternyata , usaha mereka berkampung selama 10 hari
membuahkan irama yang cukup baik dan menghiburkan. Untuk makluman para
hadirin lagu-lagu yang telah diperdengarkan sebentar tadi merupakan kompilasi
lagu lagu dalam tempo cepat jalan , perlahan jalan dan juga muzik-muzik
persembahan iringan .

Bukan rumput sebarang rumput;
Rumput penghias tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput;
Jemput memohon kata aluan.

P : Hadirin yang dihormati sekalian ,
Majlis kini diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha (______________) (jawatan) , wakil pusat kokurikulum untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan .

(wakil kokurikulum berucap)

Jangan tertawan alpa duniawi;
Hanya indah serupa mimpi,
Duhai pahlawan kesateria pertiwi;
Hulukan madah kata perasmi.

L : Majlis kini diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang
Berhormat ( ____________) untuk menyampaikan ucapan beliau dan
seterusnya merasmikan majlis penutupan LIBB Uitm Shah Alam Siri ke 42
tahun 2014 .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan .



10.25 a.m





10.35 a.m


























L : Majlis dengan penuh takzim merakamkan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih atas kesudian yang berhormat ( )
menyampaikan ucapan. Diminta yang berhormat untuk terus berdiri bagi
menyempurnakan gimik perasmian . Dipersilakan.

*Gimik perasmian oleh (_____________________)
(Tayangan Montaj : Biro Publisiti )

P : Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia yang berhormat di
atas kesudian beliau merasmikan majlis ini. Gimik perasmian yang telah
dipersembahkan sebentar tadi merupakan hasil buah idea yang cukup
bernas daripada pasukan brassband UiTM sendiri.

L : Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Latihan intensif brass
band ini tidak akan dapat berjalan dengan sempurna tanpa adanya
bantuan daripada jurulatih-jurulatih yang cukup berpengalaman. Tunjuk
ajar mereka berserta dengan bantuan para urus setia sedikit sebanyak
menjadikan para pelatih berupaya untuk mengalunkan irama lagu yang
cukup indah dan mengasyikkan sepertimana yang telah diperdengarkan
tadi.

P : Hadirin sekalian , di atas kejayaan para pelatih menamatkan latihan
mereka pada hari ini, mereka akan dianugerahkan sijil tamat latihan
intensif brass band sebagai bukti mereka telah mengikuti latihan intensif
ini. Oleh itu, majlis kini mempersilakan (Yang berusaha BRIGADIER
GENERAL KESATRIA PROF. MADYA SR. HAJI MOHAMED YAZIZ HAJI AHMAD,
PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM diiringi, MEJAR KESATRIA NOORAIDAH
MOKHTAR , PENASIHAT LATIHAN INTENSIF BRASSBAND SIRI KE 42)




































(YANG BERUSAHA MEJAR KESATRIA NOOR AFZAN ZAKARIA
KETUA UNIT AKADEMIK DAN LATIHAN PUSAT KOKURIKULUM diiringi
MOHD IKHSAN BIN ZOHRI , DRUM MAJOR KESATRIA BRASSBAND
MERANGKAP PENGARAH PROGRAM LATIHAN INTENSIF BRASSBAND SIRI
KE -42 )
untuk menyampaikan sijil penganugerahan kepada para pelatih dan
cederahati kepada para jurulatih yang telah memerah keringat dan
tanpa jemu memberi tunjuk ajar kepada para pelatih .

L : Majlis mempersilakan saudari/saudara( wakil pelatih ) untuk
menerima sijil latihan bagi mewakilkan pelatih-pelatih yang lain.

(wakil pelatih menerima sijil)

Seterusnya mempersilakan encik (nama-nama para jurulatih).
(Malangnya, .....tidak dapat menghadirkan diri atas masalah..(bagi yang
tidak dapat menghadirkan diri
Dengan itu, majlis mempersilakan DM .. bagi mewakili beliau)

P : Terima kasih diucapkan kepada (nama pegawai atau vip) atas
kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

L : Hadirin dan Hadirat sekalian,
Anugerah seterusnya adalah anugerah pelatih terbaik bagi setiap
instrumen. Sebelum nama para pemenang diumumkan majlis dengan
berbesar hatinya menjemput dan mempersilakan (nama vip yang hadir)
(jawatan) dengan diiringi (pegawai pusat kokurikulum yang hadir)
(jawatan) bagi menyampaikan anugerah kepada para pemenang.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(vip naik ke pentas)














11.00 a.m



L/P: Bagi Anugerah pelatih terbaik (instrument ______________) ,
calon -calonnya adalah..
Dan pemenangnya jatuh kepada.......

P: Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Seterusnya kita akan
teruskan majlis kita ini dengan penyampaian anugerah pelatih terbaik
keseluruhan siswa dan siswi. Dijemput sekali lagi (kedua terpenting) bagi
mengiringi (perasmi) untuk menyampaikan anugerah ini.

L:Bagi anugerah pelatih terbaik keseluruhan siswa jatuh kepada...

P:Manakala, anugerah pelatih terbaik keseluruhan siswi jatuh kepada...

P : Diminta (perasmi) untuk terus berdiri bagi menerima sedikit
cenderamata yang akan disampaikan oleh (nama pegawai kokurikulum
yang hadir) sebagai tanda kenang-kenangan atas kesudian beliau
merasmikan majlis kita pada pagi ini.

Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada (nama Vip) dan (nama
pegawai yang hadir)

(vip turun stage)

L: Diminta (perasmi) untuk berdiri bagi menerima tabik hormat.

(KB : Hormat hadapan )





L : Dengan ini, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini, segala salah dan
silap serta terkasar bahasa sepanjang majlis ini berlangsung mohon
dimaafkan. Saya juga mewakili para urus setia LIBB siri yang ke-42 ini
memohon ampun dan maaf andai kata tercuit sedikit sini sana, terkasar
bahasa, termarah atau ada yang terluka, Sesungguhnya yang baik itu
datang daripada Allah s.b.t dan yang buruk juga datang daripada Allah
tetapi disandangkan dengan kelemahan dan kekhilafan daripada kami
sendiri.

P : Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
L: Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa di tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Lain masa berjumpa lagi.

L & P : Sekian wabillahitaufiqwalhidayah wassalamualaikum w.b.t.



1) Tanya VIP siapa yang confirm hadir
2) Text VIP dan pegawai pusat KOR dah siap ke belum .
3) Tentukan panggilan bagi setiap VIP

Anda mungkin juga menyukai