Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk untuk


melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis,
mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid
berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas
mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak
menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke
peringkat persekolahan menengah rendah.
Perbezaan minat, pengalaman,bakat dan gaya belajar individu murid
mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau "terbelakang" menguasai
sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi
pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu
dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui program pemulihan khas
keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan
dipenuhi.
DEFINISI
Satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang
menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat
ditentukan faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-
masing.
KONSEP
Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang
menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira (3M).
MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-
kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :
i)Menguasai kemahiran asas 3 M.
ii)Meneruskan pembelajaran dikelas biasa/aliran perdana.
iii)Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
iv)Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk meluahkan
perasaan mereka.
MENYUSUN STRATEGI
1. Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas.
2. Kenal pasti masalah murid.
Kenal pasti punca masalah murid.
Menjalin hubungan mesra dengan murid.
Menunjukkan penghargaan kepada murid.
Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.
3. Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai.
pendekatan bermain sambil belajar.
teknik bercerita.
teknik latih tubi.
teknik bersoal jawab.
teknik nyanyian.
4. Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-
kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.
5. Menjalankan aktiviti pengukuhan.
6. Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.
CARA MENGENALPASTI MURID PEMULIHAN KHAS
1. Pemerhatian.
2. Temubual / soal selidik.
3. Hasil kerja murid.
4. Pentafsiran rekod prestasi setengah / akhir tahun (Rekod Profil).
5. Pentafsiran rekod ujian IPP3M.
6. Ujian diagnostik.
7. Ujian bulanan.


PROGRAMLINUS
APA MAKSUD PROGRAM LINUS?
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening
Saringan).Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.
Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada
(KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca,
menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2012.

DEFINISI LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi
harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan
dan ayat mudah.
TAHUN 2 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan
dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan
dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.
12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM LITERASI
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku
kata tertutup ng.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan
konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan
awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan
bahan rangsangan.
DEFINISI NUMERASI
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea
matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan
mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga
1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit
serta mengukur objek dalam unit piawai

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI
Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang
Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan
sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam
kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam
kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.

P1NCH


P1NCH mula diperkenalkan pada tahun 2003 dan diperkasakan pada tahun 2006.
Program ini dilaksanakan di semua sekolah seluruh Negeri Johor bagi memastikan
100% murid celik huruf. Program ini masih diteruskan dan akan ada proses
penambahbaikan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa P1NCH wujud diperingkat
Negeri, Daerah dan Sekolah. Ia terkandung dalam SKT Guru Besar dan Pengetua
serta merupakan salah satu Pelan Strategik JPNJ 2009-2011.

4 Asas Tindakan Rangka Kerja P1NCH

1. HAPUSKAN:
2. KURANGKAN:
3. CIPTA:
4. TINGKATKAN:

Anda mungkin juga menyukai