Anda di halaman 1dari 14

BAB 4

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA



Selepas mempelajari bab ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan konsep pembangunan politik
2. Menghuraikan proses pembangunan politik di Malaysia
3. Menghuraikan kemunculan politik berparti di Malaysia
4. Menganalisis bagaimana bagaimana politik mampu memupuk hubungan etnik
yang harmonis


4.1 PENGENALAN
-Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang etnik yang
diwarisi dari zaman penjajahan.
-Oleh itu perpaduan dan hubungan antara etnik merupakan agenda penting negara,
ini adalah bagi memastikan kestabilan politik sentiasa terjamin.
-Persoalannya sejauhmanakah masyarakat Malaysia kini prihatin terhadap
semangat perpaduan dan menjiwai konsep bangsa Malaysia yang dilaungkan oleh
pemerintah.


4.2 KONSEP PEMBANGUNAN POLITIK
-Menurut para sarjana sains sosial dan kamanusiaan, pembangunan adalah
sebahagian daripada proses perubahan sosial yang lebih menyeluruh sifatnya.
Pembangunan itu pula dibahagikan oleh mereka kepada dua kategori besar.
Pertama, pembangunan yang dirancangkan, dan kedua pembangunan yang tidak
dirancangkan. Ternyata hampir keseluruhan tumpuan dunia selama ini adalah
terhadap pembangunan yang dirancang.
-Pembangunan berbentuk ini melibatkan usaha sedar manusia merancang
perubahan dalam hidup mereka. Tindakan ini sering diungkapkan sebagai social
engineering yang pula melibatkan banyak pihak untuk menjayakannya:perecana,
pelaksana, penerima dan terpenting sekali pembiaya. Dalam konteks sebuah
masyarakat, tindakan merancang pembangunan menjadi tanggungjawab semua
lapisan rakyat, masing - masing dengan bentuk sumbangan yang tertentu. Ahli
politik, anggota profesional, para akademik, saudagar dan pemodal, pakar teknologi,
kaum tani, kelas pekerja dan berbagai-bagai golongan lain termasuk rakyat
terbanyak, semuanya sama-sama terlibat memupuk proses pembangunan
berbentuk ini.
-Alat utama dalam pembangunan yang dirancangkan ini adalah sebuah institutsi
yang dikenal sebagai "perancang pembangunan" atau development planning.
Institutsi ini pula bertunjangkan satu elemen penting yang disebut "Rencana
Pembangunan" atau development plan 1. Rencana pembangunan ini dirakamkan
secara bertulis dalam sebuah buku, yakni buku rencana pembangunan..(Shamsul
Amri Baharuddin, (1990). Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Dewan Bahasa
dan Pustaka: Kuala Lumpur).

-Pembangunan politik dianggap sebagai prasyarat kepada pembangunan ekonomi
sosial dan sebagainya. Ini adalah kerana pembangunan aspek tersebut tidak boleh
dicapai tanpa melalui sistem politik tertentu. Oleh itu berjaya atau tidaknya usaha
untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara adalah
bergantung pada senarion, ideologi dan sistem politik negara terbabit (Ahmad Shukri
bin Mohd Nain dan Rosman Mohd Yusof, 2009. Konsep, teori dan isu
pembangunan, Johor Bahru : UTM, p. 162)
-Pembangunan politik bermakna modenisasi politik iaitu membangunkan sistem
politik demokrasi barat sebagai model pembangunan politik negara membangun.
-Sehubungan dengan itu pembangunan politik juga merujuk kepada suatu sistem
yang bersifat tempatan seperti sistem kekerabatan, kesukuan digantikan dgn sistem
pentadbiran yang menggunakan prosedur yang standard untuk mempertahankan
kestabilan dan menguruskan segala sumber ekonomi yang produktif untuk
kepentingan bersama sebagai sebuah negara. Unsur nasionalisme dalam konteks
mewujudkan sebuah negara adalah penting. Dengan perkataan lain, konsep
pembangunan politik juga dikaitkan dengan pembangunan negara-bangsa.
-Matlamat pembangunan politik adalah untuk membina negara bangsa. iaitu bangsa
Malaysia yang yang bersatupadu dan hidup dalam suasana aman damai.
-Kaedah pembinaan negara bangsa (Kaedah top down):
>Penghayatan ideologi negara i.e Rukun Negara (lihat di bawah).
>Penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan oleh kerajaan
>Pemupukan semangat nasionlisme melalui lambang dan ritual negara

* Pembangunan politik juga melibatkan perubahan dalam aspek struktural dan
budaya sehingga membawa kepada perubahan sistem politik masyarakat. Ianya
melibatkan tiga proses utama, iaitu:

i. Perbezaan struktural politik: iaitu perubahan dari konsep feudal kepada struktur
pembahagian kuasa kepada kehakiman, eksekutif dan perundangan.
ii. Sekularisasi budaya politik: Perubahan daripada budaya politik feudal yang tidak
memisahkan antara agama dengan negara kepada pemisahan antara kedua-
duanya.
iii. Penyertaan politik oleh rakyat: kuasa rakayat dalam menentukan hala tuju politik.

-Pembangunan politik oleh diukur dan dianggap tercapai (wujud demokrasi)
sekiranya wujud :
>Parti-parti politik
>Majlis perwakilan rakyat atau parlimen
>Perlembagaan negara
>pilihan raya
4.3 PELAKSANAAN PEMBANGUNAN POLITIK DI MALAYSIA
-Dalam usaha membina negara bangsa, Malaysia hadapi pelbagai cabaran,
antaranya migrasi, penjajahan, wilayah yang berbeza, etnik yang berbeza dan
kerajaan yang berbeza.
-Walaubagaimana pun, Malaysia komited untuk membina sebuah negara bangsa
yang aman lagi makmur.
-Bagi merealisasikan hasrat tersebut, beberapa kaedah digunakan, antaranya:
i. Program penghayatan ideologi negara i. e Rukun Negara
ii. Penerapan dasar-dasar awam i. e DEB, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar
Pendidikan Kebangsaan (lihat bab 5).

-Draf Rukun Negara telah dibincangkan dan diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) dan diisytiharkan pada Ogos 1970.
-Ia adalah bagi mewujudkan interaksi antara etnik di Malaysia, ekoran dari peristiwa
13 Mei 1969, di mana berlaku perselisihan antara etnik Melayu dengan etnik Cina
yang berpunca dari ketidakpuasan hati mengenai kedudukan sosio-ekonomi antara
etnik Melayu dengan bukan Melayu.
RUKUN NEGARA
-Matlamat Rukun Negara adalah:
>Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.
>Memelihara satu cara hidup demokratik.
>Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama.
>Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan pelbagai corak
>Membina satu masyarakat yang progresif yang menggunakan sains dan teknologi
moden.

-Bagi mencapai matlamat tersebut, maka dirangka 5 prinsip Rukun Negara:
>Kepercayaan kepada Tuhan
>Kesetiaan kepada Raja dan Negara
>Keluhuran Perlembagaan
>Kedaulatan Undang-Undang
>Kesopanan dan kesusilaan.
4.4 KEMAJMUKAN ETNIK DALAM SISTEM POLITIK DI MALAYSIA
Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dengan jumlah
penduduk seramai hampir 26.6j (2006) orang yang terdiri dari etnik Melayu (55%),
Cina (25%), India (7%) dan etnik Sabah dan Sarawak. Kemajmukan sistem politik
Malaysia dapat dilihat dari sudut:

1. Demografi dan komposisi penduduk di Malaysia:

Secara keseluruhannya etnik Melayu merupakan etnik majoriti di Malaysia
Komposisi etnik antara negeri adalah tidak seimbang di mana Kelantan 90%
daripada rakyatnya adalah orang Melayu, manakala P.Pinang mempunyai komposisi
penduduk yang agak seimbang antara Melayu dan bukan Melayu. Di Sarawak dan
Sabah majoriti penduduknya adalah etnik peribumi Sabah dan Sarawak, orang
Melayu dan Cina merupakan penduduk minoriti.

2. Data pilihanraya, antaranya dapat di simpulkan:

i. Di semenanjung dominasi etnik Melayu dalam pilihanraya adalah jelas, di mana
Melayu menguasai 125 kerusi parlimen 2004
ii. Di Sabah dan Sarawak 31 kerusi dimenangi oleh etnik peribumi. Ini menjadikan
kurusi Melayu dan bumiputera 156 kerusi (71.2%).
iii. Cina semenanjung mempunyai 23 kerusi parlimen (10.5%)
iv. Cina Sabah dan sarawak memenangi 7 kerusi. Ini menjadikan kerusi etnik Cina
keseluruhannya 30 kerusi (13.7%).
v. Tiada satu kerusi parlimen pun majoriti pengundi India.
vi. Daripada 219 kerusi parlimen 33 kerusi (15.1%) adalah kerusi plural. Ini
bermakna dalam kawasan parlimen tersebut tiada satu pun etnik yang mewakili etnik
majoriti pengundi di kawasan berkenaan.
vii. Formula agihan kerusi parlimen berdasarkan komposisi penduduk satu-satu
kawasan telah berjaya meneruskan konsep kerjasama politik dan konsep
perkongsian kuasa yang diamalkan oleh Barisan Nasional.
4.5 KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK
-British telah berjaya mengubah struktural politik Tanah Melayu daripada politik
tradisional kepada sistem politik moden iaitu dengan memperkenalkan sistem
pembahagian kuasa.
-Sistem politik moden telah melahirkan pelbagai parti politik. Di Malaysia, ianya
adalah bersifat keetnikan.
-Namun ia tidak menghalang wujudnya kerjasama antara parti politik. Usaha untuk
mengadakan kerjasama politik yang berteraskan etnik ini telah dimulakan dengan
pembentukan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1952.
-Perikatan telah menyertai Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang dan Pilihanraya
Perbandaran Kuala Lumpur. Mereka memenangi 9 daripada 12 kerusi Pilihan raya
Perbandaran Kuala Lumpur yang di adakan pada Februari 1952.
-Kerjasama tersebut diperkukuhkan lagi dengan penyertaan MIC pada tahun 1954
dan seterusnya membentuk parti Perikatan. Perikatan dan telah berjaya menawan
51 daripada 52 kerusi dalam pilihanraya 1955.
-Percubaan untuk menghindarkan parti berbentuk etnik dan menubuhkan parti multi
etnik telah dilakukan oleh Dato Onn Jaafar dgn menubuhkan Parti Kemerdekaan
Malaya (IMP) tetapi ditolak oleh parti-parti politik di Malaya ketika itu.
-Pada 1972, Perikatan telah ditukar nama kepada Barisan Nasional bagi
membolehkan lebih banyak parti politik menyertai kerjasama tersebut.
-Penubuhan BN disambut baik oleh rakyat negara ini. Ini dibuktikan dengan
penguasaannya terhadap kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri di
kebanyakan negeri dan kemampuannya memerintah Malaysia sehingga kini.

4.6 ASAS-ASAS PENTING POLITIK DIMALAYSIA
-Kontrak sosial.
KS adalah persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina, India semasa
mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu.
Diantara perkara penting dalam KS ialah :
>Kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu tidakboleh dipersoal.
>Hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoal.
>Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli.
>Islam sebagai agama persekutuan.
>Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.
-Perjanjian Malaysia 1967
Perjanjian yang dicapai bagi penubuhan Persekutuan Malaysia dengan
kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura. Ia tidak mengubah kedudukan Kontrak
Sosial sebelum ini
20 PERKARA TUNTUTAN SABAH YANG DITERIMA DALAM PERLEMBAGAAN
Perkara 1: AGAMA
...
"walaupun tiada bantahan terhadap islam menjadi agama rasmi malaysia, agama
rasmi tidak ada di borneo utara dan peruntukan berhubung dengan islam mengikut
pelembangaan malaya hendaklah tidak merangkumi borneo utara."

Perkara 2: BAHASA

"(a) bahasa melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan persekutuan.
(b) bahasa inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari
malaysia.
(c) bahasa inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi borneo utara, untuk semua
tujuan baik pada peringkat negeri mahupun persekutuan tanpa had tempuh."

Perkara 3: PERLEMBAGAAN

"walaupun perlembagaan persekutuan malaya diterima sebagai asas perlembagaan
malaysia, perlembagaan malaysia hendaklah menjadi dokumen antara negeri dan
bukan berbentuk beberapa siri pindaan terhadap perlembagaan yang dipersetujui
dalam keadaan yang berlainan sama sekali. perlembagaan baru untuk borneo utara
sudah tentu perlu."

Perkara 4: KETUA PERSEKUTUAN

"ketua negara borneo utara tidak boleh menjadi ketua negara persukutan."

Perkara 5: NAMA PERSEKUTUAN

"malaysia" bukannya "melayu raya".

Perkara 6: IMIGRESEN

"kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawasan di malaysia dari luar adalah
terletak di bawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke borneo utara perlu
mendapat kelulusan kerajaan negeri. kerajaan persekutan tidak boleh menghalang
kemasukan orang ke borneo utara untuk tujuan kerajaan negeri kecuali atas sebab
keselamatan.

borneo utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal
pergarakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di malaysia ke dalam borneo
utara, selain daripada yang bekerja dengan kerajjan persekutuan di borneo utara."

Perkara 7: HAK PEMISAH

"tidak harus ada sebarang hak untuk berpisah daripada persekutuan."

Perkara 8: PERBORNEOAN

"pengambilalihan perkhidmatan awam oleh rakyat borneo hendaklah dilaksanakan
dengan secepat mungkin."

Perkara 9: PEGAWAI BRITISH

"segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para pegawai british kekal
dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang-orang
yang layak dari borneo utara."

Perkara 10: KEWARGANEGARAAN

"saranan-saranan dalam perengaan 148 (k) laporan suruhanjaya cobbold hendaklah
merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat borneo utara dalam persekutuan,
tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut:

(a) perenggan kecil (i) tidak harus mengandungi peruntukan menetap selama lima
tahun;

(b) demi menyelaraskannya kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a)
hendaklah berbunyi "tujuh daripada sepulah tahun" dan bukkannya "lapan daripada
dua belas tahun"; dan

(c) perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan
kewarganegaraan ibu-bapa - seseorang yang lahir di borneo utara selepas malaysia
mestilah menjadi warganegara persekutuan."

Perkara 11: TARIF DAN KEWANGAN

"borneo utara hendaklah berhak mengawal kewangan tabung pembangunan dan
tarifnya sendiri."

Bab12 Perkara 12:KEDUDUKAN ISTEMEWA KAUM BUMIPUTERA

"pada prinsipnya suku kaum bumiputera di borneo utara hendaklah menikmati hak-
hak istemewa seperti yang dinikmati oleh kaum melayu di malaya, tetapi formuka
malaya yang digunakan di malaya ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk
borneo utara."

Perkara 13: KERAJAAN NEGERI

"(a) ketua menteri hendaklah dipilih oleh anggota-anggota majlis perundangan tidak
rasmi;
(b) sistem menteri yang sempurana hendaklah diujudkan di-borneo utara."

Perkara14: TEMPOH PERALIHAN

"tempoh peralihan hendaklah diserahkan pada negeri borneo utara oleh
perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh
kerajaan persekutuan."

Perkara15: PELAJARAN

"sistem pendidikan yang ada di-borneo utara sekarang hendaklah dikekalkan dan
diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negiri."

Perkara16: PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN

"kerajaan pusat tidak boleh membuat sebarang puindaan, mengubahsuai atau
menarik balik mana-mana perlindungan khas yang telah diberikan kepada borneo
utara tanpa persetujuan kerajaan borneo utara. kuasa membinda perlembagaan
negeri borneo utara adalah hak mutlak rakyat negeri itu."

Perkara17: PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN

"ini hendaklah mengambil kira bukan saja jumlah penduduk borneo utara tetapi juga
saiz dan petensinya dan dalam apa keadaan pun tidak harus kurang daripada
singapura."

Perkara18: GELARAN KETUA NEGARA

"yang di pertua negara"

Perkara19: NAMA NEGERI

sabah

Perkara20: TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN

"peruntukan dalam perlembagaan persekutuan berhubung dengan kuasa majlis
tanah negara tidak harus merangkumi borneo utara. majlis kebangsaan bagi
kerajaan tempatan juga tid...ak harus merangkumi borneo utara."

-Perkongsian kuasa
Perkongsian kuasa di bidang politik di Malaysia bermula pada tahun 1950an
dengan penubuhan parti Perikatan (kemudiannya BN), di mana pemimpin ketiga-tiga
etnik terbesar (Melayu, Cina dan India) sedar bahawa kunci keamanan adalah
bertitik tolak dari pemuafakatan etnik di bidang politik
Konsep perkongsian kuasa ini memberi peluang kepada semua etnik, sama ada
kecil atau besar, terlibat dalam pentadbiran negara.
-Kerajaan Demokratik
Antara asas penting dalam politik di Malaysia ialah kerajaan yang demokratik, di
mana Malaysia telah mengamalkan sistem politik demokrasi berparlimen sejak
merdeka 1957.
Menerusi sistem ini setiap etnik berpeluang menyatakan hasrat, cadangan dan
juga bangkangan terhadap kerajaan dan juga dasar-dasarnya, selagi ia tidak
menyentuh sensitiviti etnik dan merosakkan keamanan negara.

4.7 HUBUNGAN ETNIK SELEPAS MERDEKA
-Secara umumnya Malaysia telah berjaya memupuk perpaduan dan integrasi etnik di
kalangan rakyatnya. Bahkan Malaysia dijadikan contoh sebuah negara berbilang
etnik yang dapat hidup aman harmoni.
-Namun hubungan etnik dalam sosial adalah kurang mantap, hanya wujud secara
luaran sahaja.
-Buktinya:
1980an kerajaan menggunakan ISA untuk menahan individu yang mengapi-apikan
perkauman
Peristiwa Kampung Medan 2000, pertelingkahan antara Melayu dengan India
-Bagi merealisasikan hubungan etnik yang sebenarnya kerajaan telah mengambil
langkah mewujud dasar-dasar yang dirangka kerajaan i.e DEB, Wawasan 2020 dan
sebagainya.
>Dasar-dasar tersebut menyediakan peluang kepada semua etnik untuk berada
dalam ruang fizikal dan bukan fizikal yang sama.
>Ia juga banyak mempertemukan perbincangan antara etnik demi pembentukan
negara bangsa Malaysia yang maju i.e dalam ekonomi, pendidikan, politik dan
sebagainya.


PENDEKATAN ISLAM DALAM PEMBANGUNAN POLITIK
Prinsip-prinsip Utama Sistem Politik Islam

* Musyawarah

Asas musyawarah yang paling utama adldah berkenaan dengan pemilihan ketua
negara dan oarang-oarang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam
pentadbiran ummah. Asas musyawarah yang kedua adalah berkenaan dengan
penentuan jalan dan cara pelaksanaan undang-undang yang telah dimaktubkan di
dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Asas musyawarah yang seterusnya ialah
berkenaan dengan jalan-jalan bagi menetukan perkara-perkara baru yang timbul di
dalangan ummah melalui proses ijtihad.

* Keadilan

Prinsip ini adalah berkaitan dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial
dan sistem ekonomi Islam. Dalam pelaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang
terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan merangkumi segala jenis
perhubungan yang berlaku dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan di antara
rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersebgketa di hadapan pihak
pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak-
anaknya.kewajipan berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah di antara asas
utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam
untuk memelihara asas tersebut. Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan
prinsip nilai-nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan
manusia dalam segala aspeknya.

* Kebebasan

Kebebasan yang diipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang
berterskan kepada makruf dan kebajikan. Menegakkan prinsip kebebasan yang
sebenaradalah tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta
menjadi asas-asas utama bagi undang-undang perlembagaan negara Islam.

* Persamaan

Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapatkan dan menuntut
hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat-peringkat yang
ditetapkan oleh undang-undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah
kuatkuasa undang-undang.

* Hak menghisab pihak pemerintah

Hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan hak mendapat penjelasan
terhadap tindak tanduknya. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajipan pihak
pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal-hal yang berkaitan dengan
urusan dan pentadbiran negara dan ummah. Hak rakyat untuk disyurakan adalah
bererti kewajipan setiap anggota dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran
dan menghapuskan kemungkaran. Dalam pengertian yang luas, ini juga bererti
bahawa rakyat berhak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan
keputusan-keputusan pihak pemerintah.
Tujuan Politik Menurut Islam
Tujuan sistem politik Islam adalah untuk membangunkan sebuah sistem
pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan
seluruh hukum syariat Islam. Tujuan utamanya ialah menegakkan sebuah negara
Islam atau Darul Islam. Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syariat,
maka akan tertegaklah Ad-Din dan berterusanlah segala urusan manusia menurut
tuntutan-tuntutan Ad-Din tersebut. Para fuqahak Islam telah menggariskan 10
perkara penting sebagai tujuan kepada sistem politik dan pemerintahan Islam:

1. Memelihara keimanan menurut prinsip-prinsip yang telah disepakati oleh ulamak
salaf daripada kalangan umat Islam
2. Melaksanakan proses pengadilan dikalangan rakyat dan menyelesaikan masalah
dikalangan orang-orang yang berselisih
3. Menjaga keamanan daerah-daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam
keadaan aman dan damai
4. Melaksanakan hukuman-hukuman yang telah ditetapkan syarak demi melindungi
hak-hak manusia
5. Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi
kemungkinan serangan daripada pihak luar
6. Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam
7. Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat, dan sedekah sebagaimana yang
ditetapkan syarak
8. Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada perbendaharaan
negara agar tidak digunakan secara boros atau kikir
9. Melantik pegawai-pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal kekayaan
negara dan menguruskan hal-ehwal pentadbiran negara
10. Menjalankan pengawalan dan pemeriksaan yang rapi dalam hal-ehwal awam
demi untuk memimpin negara dan melindungi Ad-Din