Anda di halaman 1dari 1

Guru Cemerlang

A. INOVASI PEDAGOGI GURU CEMERLANG


B. AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG
C. CIRI-CIRI PROFESIONALISME DAN KOMITMEN GURU CEMERLANG
Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi
dan sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan bertanggungjawab,
khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri yang
berikut dari segi:
a. Peribadi:
Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan
berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin
terhadap keperluan pelajar.
b. Pengetahuan dan kemahiran:
Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata
pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus
masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan
masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan
dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
c. Hasil kerja:
Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning
outcomes) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
d. Komunikasi:
Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran berkomunikasi yang tinggi serta
berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi dan
forum.
e. Potensi:
Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif
dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.
f. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara:
Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan melaksanakan idea tersebut
bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

Anda mungkin juga menyukai