Anda di halaman 1dari 2

SATHIS KUMAR A/L PARAMASIVAN

K14 {MATEMATIK}
{ MTE 3109 }

REFLEKSI TUGASAN
Saya Sathis Kumar a/l Paramasivan dari unit K14 ingin memanjatkan kesyukuran
kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat menyiapkan tugasan kerja
kursus pendek subjek Mengajar Nomborm Pecahan, Perpuluhan,dan Peratusan (MTE 3109)
ini dengan jayanya. Sesungguhnya dalam menyiapkan tugasan ini banyak perkara baru
yang saya perolehi dan pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung berkaitan
dengan tajuk tugasan. Walau bagaimanapun, saya telah menghadapi pelbagai kekangan
ketika membuat tugasan ini.
Pada mulanya, saya menghadapi banyak masalah untuk melaksanakannya. Namun
setelah mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan dalam
kumpulan, tugasan saya dapat dijalankan dengan jayanya. Walau bagaimanapun, saya
menghadapi masalah dalam mencari bahan rujukan, terutamanya mencari media
pengajaran dalam buku teks untuk menyiapkan peta minda ini. Saya memang memerlukan
idea dan ilmu yang berlebihan untuk menyiapkan tugasan ini. Kemudian, saya juga ada
masalah dalam bahagian membuat peta minda berdasarkan penggunaan bahan bantu
mengajar (bbm) yang digunakan di sekolah. Seperti kita tahu, penggunaan bahan bantu
mengajar (bbm) juga bertujuan untuk membantu guru mengajar dengan lebih berjaya
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan
terhadap keperluan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pendidikan di Malaysia
berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum
selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek JERIS iaitu
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Setiap sesuatu kejayaan yang besar adalah
bermula daripada satu langkah tapak kaki. Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat
dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid-murid dalam
sesuatu subjek dimana mereka akan meneroka bahan tersebut dan meningkatkan daya
pemikiran mereka supaya menjadi lebih kreatif dan kritis. Untuk bahagian ini, pensyarah
pembimbing bagi subjek MTE 3109, Cik Lena a/p N.Vimalanandan membantu kami dengan
mengajar cara-cara membuat peta minda yang betul. Di sini saya telah mempelajari satu
ilmu tambahan. Bbm yang digunakan dalam sekolah amat berfungsi dan menambahkan
pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam topik Penambahan dan Penolakan Pecahan.
Kemudian, saya turut terdapat masalah dalam membuat Rancangan Pengajaran
Harian (RPH). Tugasan ini juga mendedahkan kepada saya mengenai cara-cara membuat
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang betul dan baik. Kami secara berkumpulan
dikehendaki untuk membuat satu rancangan pengajaran harian dengan memilih satu tajuk
Pecahan dalam sukatan pelajaran KSSR untuk tempoh satu jam. Bahagian ini, saya
SATHIS KUMAR A/L PARAMASIVAN
K14 {MATEMATIK}
{ MTE 3109 }

berbincang dengan rakan sekumpulan dan mendapat pelbagai idea serta bantuan untuk
membuat bahagian tersebut. Hasilnya saya telah mendapat maklumat yang bernas
berkaitan dengan tugasan iaitu bagaimana membuat rancangan pelajaran harian (rph)
mengikut format yang betul, kaedah dan teknik mengajar dan penggunaan bahan bantu
mengajar serta saya telah aplikasikannya dalam tugasan ini. Di dalam proses penyediaan ini
saya mendapat tunjuk ajar dan bimbingan mengenai cara-cara membuat RPH dengan
mantap dan mengikut format yang betul. Hal ini membantu saya menambahkan
pengatahuan dalam proses penyediaan RPH terutamanya sebelum saya memulakan
praktikum nanti. Oleh itu, tugasan ini memang membantu saya memperolehi beberapa ilmu
serta kaedah tambahan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti.
Tambahan pula, rancangan pengajaran harian yang berkesan perlu dirancang dan
disediakan dengan lengkap. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti,
lengkap dan teratur dapat meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran terutamanya
di kalangan murid bermasalah pembelajaran. Saya juga mengenalpasti tentang cara
mengajar dirancang berpandukan kepada objektif pembelajaran. Kita perlu memikirkan
aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan
murid dinilai secara berterusan.
Konklusinya, dengan kata-kata semangat dan dorongan pensyarah saya, saya dapat
menyiapkan tugasan ini. Jadi saya berasa amat bersyukur sekali dapat berpeluang untuk
mengikuti subjek ini dan menjalankan tugasan yang penuh bermanfaat ini. Akhirnya,
semoga tugasan ini dapat memberi manfaat dan pedoman kepada saya dan seterusnya
mendorong saya menyiapkan tugasan lain. Oleh itu, segala kelemahan dan kesilapan yang
wujud, akan saya memperbaiki dan meningkatkan tahap prestasi yang cemerlang dari
semasa ke semasa. Pendek kata tugasan bagi kerja kursus adalah amat lengkap dalam
mempersiapkan diri kami sebelum menempuhi alam pengajaran di sekolah kelak.