Anda di halaman 1dari 4

Berita - Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah

Karangan Jenis Berita . ( Sambutan Hari Guru peringkat sekolah)



JOHOR BAHRU, Selasa Sekolah Kebangsaaan Taman Impian Emas telah
mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah secara sederhana tetapi meriah.
Perayaan Hari Guru tahun ini diadakan di dewan sekolah yang dihias indah hasil
kerjasama murid-murid yang dipimpin ketua pengawas sekolah; Ahmad bin Razali.
Majlis sambutan Hari Guru ini turut dihadiri tetamu-tetamu jemputan termasuk Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Majlis sambutan dimulakan dengan perhimpunan khas Hari Guru pada pukul
8.30 pagi. Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti ucapan perasmian
daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru ; Encik Mustapha bin Kamal.
Dalam ucapannya, Encik Mustapha bin Kamal menyeru semua guru berusaha dengan
gigih demi mendidik anak bangsa.

Guru-guru di bawah pimpinan Guru Besar telah melafazkan Ikrar Guru serta
menyanyikan lagu Guru Malaysia dengan penuh bersemangat. Selepas itu
diadakan upacara memotong kek Hari Guru dengan iringan lagu Selamat Hari Guru
daripada murid-murid.

Persembahan pentas daripada murid-murid menyusul selepas itu. Pelbagai
persembahan seperti koir, deklamasi sajak, tarian dan teater dipersembahkan.
Persembahan-persembahan tersebut ternyata amat menarik dan mendapat tepukan
gemuruh daripada para penonton.

Selesai perhimpunan khas tersebut, semua tetamu dan guru diraikan dalam
jamuan Hari Guru. Jamuan tersebut telah disediakan khas oleh murid-murid Sekolah
Kebangsaan Seri Harmoni sebagai simbolik menghargai jasa guru-guru. Jamuan
tersebut mengakhiri sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini.

Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini berjalan lancar dan berjaya
mencapai objektif menunjukkan penghargaan kepada guru-guru. Guru Besar amat
berpuas hati dan melahirkan rasa gembira terhadap kerjasama dan usaha gigih para
pelajar dalam merealisasi majlis tersebut.

KARANGAN - GAMBARAN - SAMBUTAN HARI GURU
KARANGAN JENIS GAMBARAN ATAU SUASANA

Suasana sambutan Hari Guru disambut meriah di setiap sekolah. Tuliskan sebuah
karangan tentangnya.

SAMBUTAN HARI GURU

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh penting buat golongan
pendidik. Sambutan Hari Guru diraikan di setiap sekolah. Pada hari ini, guru-guru
tidak mengajar tetapi diraikan dengan meriah.

Acara sambutan akan dimulakan dengan perutusan daripada Menteri
Pelajaran Malaysia. Ini diikuti perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran dan
seterusnya Pengarah Pelajaran Negeri. Ucapan daripada guru besar menyusul
selepas itu.

Persembahan guru-guru menggamatkan suasana. Ada yang
mendeklamasikan sajak, ada guru yang menyanyi, ada yang berlakon dan tidak
kurang pula yang menggayakan pakaian beragam. Bakat yang ada pada guru-guru
ditonjolkan dalam majlis sambutan Hari Guru.

Acara sukan juga diadakan. Perlawanan antara guru-guru dan murid-murid.
Sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring, bola tampar dan bola
baling. Acara sukaneka juga diadakan. Acara ini paling menghiburkan kerana
pelbagai ragam dapat disaksikan.

Selepas acara permainan, acara penyampaian hadiah kepada guru-guru
dimulakan. Pada hari ini,guru-guru mendapat banyak hadiah daripada murid-murid.
Bukanlah hadiah yang dipentingkan tetapi jasa guru-guru yang telah berkorban demi
anak bangsa.

Acara terakhir adalah jamuan tengah hari. Guru-guru berasa dihargai kerana
diberi sambutan yang sebegini meriah. Ini menguatkan azam mereka untuk
menjalankan amanah dengan penuh dedikasi.

LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU SK TAMAN IMPIAN EMAS

Pada 16 Mei 2013, sk Taman Impian Emas telah mengadakan sambutan hari guru 2013. Sambutan
ini diadakan di dewan sekolah.

Pada awal pagi, murid-murid dan guru-guru telah tiba di sekolah. Mereka menghiaskan
dewan sekolah dengan bendera dan belon yang berwarna-warni.

Sambutan ini bermula dengan ucapan guru besar dan wakil murid. Dalam ucapan, guru besar
menasihati semua murid sentiasa mengingati jasa guru dan tidak boleh seperti kacang lupakan kulit.
Manakala wakil murid menggesa semua murid agar sentiasa menghormati guru.

Satu permainan diadakan antara murid dan guru di padang sekolah. Mereka bermain dengan
gembira. Semua guru juga terima hadiah pada sambutan itu.

Semua guru dan murid makan dan minum di dewan. Beberapa orang murid menyanyi dan
menari di atas pentas untuk menghiburkan guru.

Sambutan Hari Guru ini bersurai pada pukul sepuluh pagi. Semua warga sekolah berasa
seronok pada hari yang bermakna ini.



Disediakan oleh, 20 MEI 2010

...........................................................
( )









Sebagai setiausaha anda dikehendaki menulis lporan tentang Hari Sukan di sekolah
kamu.

Laporan Hari Sukan Sekolah

Pada Sabtu yang lalu,Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas telah mengadakan
hari sukan tahunan kali-12. Semua murid tahap satu dan tahap dua hadir ke sekolah
untuk mengambil bahagian.Hari sukan tersebut telah diadakan di padang sekolah
pada pukul 8.00pagi.


Semua tetamu yang dijemput turut hadir untuk menjayakan hari sukan
tersebut.Ibubapa juga hadir ke sekolah untuk memberi sokongan kepada anak
mereka yang mengambil bahagian.Tujuan hari sukan tersebut diadakan adalah
untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang sukan.Secara tidak
langsung,murid-murid akan menjadi olahragawan yang terkenal pada masa akan
datang.


Tepat jam 8.00 pagi,semua murid berkumpul di dataran kejat mengikut kelas
masing-masing untuk mendengar taklimat guru bertugas.Setelah guru bertugas
memberi taklimat kepada semua murid,semua murid berbaris ke padang sambil
diiringi oleh guru kelas.


Semua murid dibahagikan mengikut acara yang dipertandingkan.Antara acara
yang dipertandingkan ialah acara tarik tali,larian berpagar,lompat tinggi dan lompat
jauh.Semasa acara berlangsung,ibubapa menyokong anak mereka yang sedang
mengambil bahagian.


Tepat jam 12.00 tengah hari,semua murid berkumpul untuk menonton acara
penyampaian hadiah kepada para pemenang yang mengambil bahagian.Guru besar
dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Setelah acara
penyampaian hadiah tamat,semua murid dan tetamu dijemput menjamu selera yang
telah disediakan oleh pihak kantin.


Tepat jam 1.00 petang,temasya sukan pun tamat.Semua murid dan tetamu
dibenarkan pulang.Acara tersebut dapat dijalankan dengan jayanya dalam suasana
yang meriah.


Laporan disediakan oleh, 1 JULAI 2014
..........................................
MUHAMMAD NOR ZAID
Setiausaha,
Bahasa Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai