Anda di halaman 1dari 47

IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN

TAJUK 1
PENGENALAN KEPADA GERAK
KERJA KOKURIKULUM
PENGENALAN
Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan,kemahiran, norma, nilai, unsur, kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan
emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
(Subperaturan 3(1) dalam peraturan-peraturan, 1997)

HURAIAN DI ATAS BERMAKSUD PERLAKSANAAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB
DILAKSANAKAN DI SEKOLAH DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU (AKTA
PENDIDIKAN 1996). SEBARANG KEGAGALAN DAN KEENGGANAN
MELAKSANAKAN KEGIATAN KOKURIKULUM MERUPAKAN SUATU KESALAHAN DAN
APABILA DISABITKAN BOLEH DIDENDA TIDAK MELEBIHI LIMA RIBU ATAU
DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI TIGA BULAN ATAU KEDUA-
DUANYA SEKALI (Akta Pendidikan, 1996)
KONSEP KURIKULUM
Konsep kokurikulum merupakan kepelbagaian aktiviti atau gerak
kerja terancang atas lanjutan dari proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Ini bertujuan untuk memberi murid
peluang menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang telah dipelajari dalam bilik darjah.
(Akta Pendidikan, 1996)

KURIKULUM DAN KOKURIKULUM
ADALAH
SALING LENGKAP MELENGKAPI
MATLAMAT KOKURIKULUM
Matlamat Kokurikulum adalah penglibatan maksimum semua
murid, warga guru/IPG serta anggota masyarakat dan berhasrat
mencapai matlamat berikut:
Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan, integrasi nasional
dikalangan generasi muda dan peningkatan disiplin pelajar.
Memperkenalkan pengalaman menyeluruh dan keseimbangan
dengan pendidikan formal
Menyemai nilai pendidikan
Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek
kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar.
Menyumbang usaha membina masyarakat 1 Malaysia, budaya dan
tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan.
Mewujudkan keseimbangan perkembangan JERIS.
Mengisi masa lapang dengan berfaedah.


OBJEKTIF KOKURIKULUM
Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan
kepada tuhan
Menyumbang perkembangan JERIS
Mengukuh perhubungan dan pergaulan antara murid
Membina dan meningkat disiplin, minat dan bakat murid dalam
aktiviti diceburi.
Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan seronok
Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala
antara sekolah dan masyarakat.
Mewujudkan sekolah berwatak
Menyediakan murid untuk program PLKN dan integrasi nasional
STRATEGI PERLAKSANAAN GERAK KERJA KOKURIKULUM
Bagi mencapai matlamat dan objektif tersebut,beberapa strategi
boleh dilakukan:
Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum
Menambah bilangan pasukan beruniform, persatuan/kelab,
kelab sukan dan permainan dan mempelbagaikan aktiviti
supaya memberi peluang kepada semua murid melibatkan
aktiviti mengikut minat dan hobi mereka.
Aktiviti disesuaikan bagi melibatkan murid semua kaum untuk
tujuan pemupukkan perpaduan
Melibatkan murid, guru-guru, PIBG dalam perancangan dan
perlaksanaan aktiviti kokurikulum

Samb
Memberi penekanan penghayatan agama dan nilai-nilai murni
dalam setiap aktiviti
Merancang aktiviti dengan teliti bagi mencapai objektif.
Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang
dijalankan
Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan
semua murid
Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan
berterusan.
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak
dari semasa ke semasa

KOMPONEN ATAU BIDANG GERAK KERJA
KOKURIKULUM (GERKO)
TIGA BIDANG UTAMA


GERAK KERJA
KOKURIKULUM
UNIT BERUNIFORM
KELAB DAN
PERSATUAN
SUKAN DAN
PERMAINAN
UNIT BERUNIFORM
Unit beruniform boleh ditubuh mengikut:
Keperluan IPG/Sekolah
Peralatan yang ada
Tenaga pengajar atau jurulatih
Kemudahan yang ada di IPG /sekolah
Antara pasukan Unit Beruniform yang boleh ditubuhkan ialah:

PENGAKAP, KADET PANDU PUTERI, BULAN SABIT MERAH, ST JOHN
AMBULAN, KADET REMAJA SEKOLAH, PERSATUAN PUTERI ISLAM.
MANAKALA WATANIAH, KADET BOMBA, KADET POLIS DAN BAND
RANJER DITAMBAH DI SEKOLAH MENENGAH.
KELAB DAN PERSATUAN
Terdapat dua jenis Kelab atau Persatuan yang
boleh ditubuhkan :
i) Berasakan akademik
ii) Berasaskan minat, kecenderungan, hobi atau
perkhidmatan



PERSATUAN DAN KELAB
BERASAKAN MINAT
PERKHIDMATAN
KECENDERUNGAN DAN
HOBI
BERASAKAN AKADEMIK
Samb
Persatuan berasakan Akademik
Persatuan Bahasa
Sains
Matematik
Seni Lukis
Muzik
Komputer
Agama
Geografi
Sejarah
Perdagangan
Ekonomi (Sekolah Men shj)

Samb..
Persatuan dan Kelab berasakan Minat,Perkhidmatan dan Hobi
Persatuan Perpustakaan
Persatuan Koperasi Sekolah
Persatuan Pencinta Alam
Persatuan Pengguna
Kelab Koir
Bimbingan dan Kaunseling
Rakan sebaya,
Kembara
Seni Foto
SUKAN DAN PERMAINAN
Sukan dan permainan dibahagikan pada dua iaitu
i) Sukan dan Olahraga
ii) Permainan

i ) Sukan dan olahraga
- Acara balapan
- Acara padang

ii) Permainan
Permainan boleh dibahagikan pada dua iaitu
- Permainan antarabangsa
- Permainan tradisional

Samb

Permainan antarabangsa
Bola sepak, badminton, bola jaring dsb

Permainan tradisional
Wau, gasing, batu seremban dll

PENGURUSAN GERAK KERJA KOKURIKULUM SEKOLAH
PENGETUA /GURU BESAR
GPK HEM PENYELIA PETANG GPK KOKURIKULUM
SETIAUSAHA KO-KU PENYELARAS UNIT BERUNIFORM
SETIAUSAHA
SUKAN/OLAHRAGA SEKOLAH
PENYELARAS KELAB/PERSATUAN
GURU PASUKAN SEKOLAH
PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN
PENGERUSI PASUKAN BADAN BERUNIFORM, KELAB/PERSATUAN, KELAB/PERMAINAN,
KETUA RUMAH SUKAN, GURU-GURU DAN KAPTEN PASUKAN SEKOLAH
GURU-GURU PENASIHAT
GURU RUMAH SUKAN
Carta Organisasi Gerak Kerja Ko Kurikulum Sekolah
(Struktur ini boleh diubahsuai mengikut Pentadbiran Sekolah)
SENARAI TUGAS AHLI JAWATAN KUASA PENGURUSAN
KOKURIKULUM
Merancang aktiviti sekolah (jangka panjang dan pendek)
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun
Menentukan peraturan kokurikulum sekolah
Menentukan takwim dan jadual aktiviti tahunan
Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti
Kokurikulum Daerah
Menentukan takwim dan jadual aktiviti tahunan
Menentukan tarikh Kejohanan olahraga, Merentas Desa, Hari
Kokurikulum dll
Menilai aktiviti kokurikulum dan buat laporan tahunan
Membuat anggaran perbelanjaan dan peruntukkan kewangan
Membuat pilihan dan pengiktirafan kepada guru dan pelajar
yang cemerlang dalam kokurikulum
Memastikan semua kemudahan dan peralatan ada dan selamat
digunakan


TUGAS GPK HEP/GPK KOKURIKULUM
Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah
Memilih dan melantik guru-guru dalam bidang kokurikulum
Memastika setiap unit kokurikulum berjalan dengan lancar dan
berkesan
Menyelesaikan masalah berbangkit dalam pengendalian aktiviti
kokurikulum
Menyelaras dengan sekolah tentang peruntukan dan kewangan
Menerima kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum
Menerima laporan pada akhir tahun tentang aktiviti
kokurikulum
Memutuskan anugerah kecermerlangan kokurikulum

TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM
Menyelaras semua aktiviti kokurikulum
Membantu mengagihkan tugas dan memilih guru dalam unit
kokurikulum
Memilih dan mengagihkan pelajar dalam bidang kokurikulum
Memastikan kemudahan dan keselamatan perlaksanaan
kokurikulum
Memastikan sekolah dan data diselenggarakan dengan baik
Memastikan borang-borang dan rekod dikemaskini dan
mencukupi
Mengadakan aktiviti tambahan kepada guru dan pelajar

TUGAS SETIAUSAHA SUKAN
Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah
Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang bersesuaian
dengan aktiviti MSSD, MSSN, MSSM
Membantu Setiusaha Kokurikulum mengagihkan tugas dalam
olahraga dan permainan
Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan
peralatan.
Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar
sekolah
Mengurus dan mengemaskini buku stok dan inventori
peralatan sukan
Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan
sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod
Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan
sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah



TUGAS PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/PASUKAN BADAN UNIFORM
Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan kelab/badan
beruniform
Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat
Menyelaras aktiviti perjumpaan mingguan
Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar
menyertai persatuan/kelab/pasukan beruniform
Memastikan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat
difailkan dengan baik
Memastikan aktiviti, mesyuarat agung dan pemilihan AJK
diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan
Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum
Menyediakan borang /buku yang diperlukan untuk aktiviti :
- Borang penyertaan persatuan
- Borang senarai AJK dan ahli
- Buku laporan aktiviti
- Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan
pencapaian kokurikulum sekolah

TUGAS GURU PENASIHAT /PEMIMPIN PESURUHJAYA
Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada
tarikh yang ditetapkan
Memastikan ada perlembagaan dan peraturan Persatuan
Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah
Memastikan AJK menjalankan tugas mereka
Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama guru penasihat lain
Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
Merancang strategi untuk meningkatkan kecermerlangan pasukan
Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda diurus dengan baik
Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan
Mendaftar pasukan Badan Beruniform /Kelab/Persatuan/Permainan
Memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli
Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan diperingkat sekolah, zon, daerah,
negeri dan kebangsaan
Menandatangani buku kehadiran pelajar
Menghadiri perjumpaan dan mesyuarat yang berkaitan dengan unit lain
Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya
Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan
Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program

TUGAS GUR KELAB/PERSTAUAN/PERMAINAN/BADAN BERUNIFORM
Menyertai mesyuarat dan membentuk AJK
Merancang aktiviti tahunan
Mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar
Memastikan peraturan dan undang-undang dipatuhi
Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut takwim sekolah
Menganjurkan perlawanan antara rumah/pasukan
Mengurus pengangkutan untuk pasukan sekolah
Mengurus surat menyurat dengan ibu bapa dan pihak lain
Melapor dan merekodkan keputusan pertandingan
Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan sukan
Menilai prestasi pasukan sekolah dan cara meningkatkannya
Menghadiri kursus, seminar, majlis sukan, perkhemahan dan
sebagainya


AKTA/SURAT PEKELILING IKHTISAS DAN
PERATURAN AM PERLAKSANAAN GERAK KERJA
KOKURIKULUM
Dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21 Mei 1998,Jilid 42. No 11
Tambahan No 41, Perundangan (A), P.U (A) 196. AKTA
PENDIDIKAN 1996 ada dinyatakan:

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN(PERSATUANSEKOLAH )
1998.

Pada masa menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen
130 Akta Pendidikan 1996, Menteri Pelajaran membuat
Peraturan-peraturan yang berikut :


1. Peraturan-peraturan ini dinamakan peraturan-peraturan
Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 dan hendaklah
mula berkuat kuasa pada 21 Mei 1998
2. Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah
Kerajaan dan Sekolah bantuan kerajaan
3. Dalam pertauran-peraturan ini
Guru besar atau pengetua ertinya Pegawai dalam
Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh ketua pengarah
pendidikan untuk menguruskan sekolah
Jawatakuasa ertinya sekumpulan orang yang dilantik atau
dipilh untuk menjalankan tugas Persatuan/Kelab sekolah
Penasihat ertinya guru yang dilantik Guru Besar atau
Pengetua untuk memberi nasihat kepada Persatuan/Kelab
sekolah
Persatuan ertinya apa-apa Kelab atau Persatuan murid-murid
dan guru
Samb.
4. Guru besar dan Pengetua setelah menerima permohonan secara
bertulis hendaklah menubuhkan persatuan sekolah daripada
kategori yang berikut:
Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang
dinyatakan dalam peraturan pendidikan (kurikulum kebangsaan
1997)
Hobi dan rekreasi
Sukan dan permainan
Badan beruniform
Apa-apa persatuan yang diluluskan oleh pendaftar








Samb
5(a) Jawatan kuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah
mengemukakan secara bertulis kepada guru besar atau
pengetua laporan lengkap mengenai perkara-perkara berikut.
Perlembagaan Persatuan
Senarai ahli Jawatankuasa
Senarai aktiviti utama/Kelab/Persatuan

(b) Laporan hendaklah dikemukakan dalam masa 14 hari
berkuatkuasannya peraturan-peraturan ini atau dalam hal
persatua/kelab yang ditubuhkan selepas peraturan-peraturan ini
berkuatkuasa dalam tempoh 14 hari selepas mensyuarat
pertama Persatuan/Kelab tersebut.

(c) Perlembagaan dan perubahan dalam perlembagaan,
peraturan, jawatakuasa atau ahli persatuan hendaklah
diluluskan oleh guru besar atau pengetua.

Samb
6. (a) Jawatakuasa tiap-tiap persatuan /Kelab sekolah hendaklah
mengemukakan secara bertulis kepada guru besar atau pengetua
laporan yang lengkap mengenai apa-apa perubahan dalam
Perlembagaan, Peraturan, Jawatankuasa atau ahli Persatuan

(b) Laporan hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas
hari dari tarikh laporan tentang perubahan itu dibuat, dan
hendaklah disahkan dengan tandatangan Pengerusi dan
Setiausaha persatuan/ Kelab berkenaan

(c) Guru Besar atau Pengetua boleh menerima atau enggan
menerima perubahan yang dinyatakan dalam subperaturan (1)
Samb.
7. Guru besar dan pengetua hendaklah menyimpan atau
menyebabkan disimpan suatu rekod tentang ahli-ahli
persatuan sekolah dalam tempoh tiga puluh hari selepas
berkuatkuasannya peraturan-peraturan ini dan
hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh pendaftar

8. Guru besar atau pengetua hendaklah melantik seorang
atau beberapa orang guru untuk bertindak sebagai
penasihat atau penasihat-penasihat bagi setiap
persatuan/kelab dan disimpan satu rekod tentang
maklumat itu dan hendaklah sedia ada menyimpan untuk
pemeriksaan oleh pendaftar

Samb.
9.(a) Akaun bagi tiap-tiap persatuan/kelab sekolah hendaklah di
bawah kawalan Guru Besar atau Pengetua dan Guru
Penasihat

(b) Guru Besar atau Pengetua hendkalah menyimpan atau
menyebabkan supaya disimpan suatu akaun dibawah
jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah
berakhir tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah sedia ada
bagi pemeriksaan oleh pendaftar.

10. Pendaftar , Guru Besar dan Pengetua boleh mengarahkan
mana-mana Persatuan/Kelab sekolah mematuhi peraturan
tentang pengurusan, aktiviti keahlian atau selainnya
berkenaan dengan Persatuan /Kelab itu.
Samb.
11.(a) Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh secara bertulis
mengarah mana-mana Persatuan /Kelab sekolah dibubarkan jika
dia tidak berpuashati bahawa Persatuan /Kelab itu mungkin
digunakan bagi maksud:
- yang tidak memberi manfaat kepada murid dan guru
- propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia
atau awam
- yang memudaratkan kepentingan murid
- yang melanggar mana-mana peraturan atau peruntukan
peraturan- peraturan ini

(b) Tiap-tiap arahan yang dibuat di bawah subperaturan (1) atau
peraturan 10 hendaklah disiarkan dengan menampalkan suatu
salinan mengenainya dipapan kenyataan sekolah atau mana-
mana tempat yang boleh dilihat di premis ekolah




12. Peraturan-peraturan di Bawah Seksyen 92
Ordinan Pelajaran 1952 Dibatalkan Dibuat
8 April 1998 (KP (PUU) S 10075/07/1/Jld. IV
(25): PN. (PU2) 569.


LAPORAN JAWATANKUASA KABINET MENGKAJI PERLAKSANAAN
DASAR PELAJARAN 7 HB NOVEMBER 1979 TELAH
MEMPERAKUKAN
PERKARA 50
Semua murid hendaklah mengambil bahagian secara aktif dalam
kegiatan kokuirkulum. Guru-guru hendaklah didedahkan
kepada pendekatan yang menarik dalam pengendalian
kegiatan-kegiatan kokurikulum apabila mereka menjalani
kursus perguruan. Guru-guru yang banyak berjasa hendaklah
diberi pengiktirafan yang sewajarnya.

PERKARA 51
Untuk meningkatkan lagi mutu pasukan beruniform di sekolah
maka adalah diperakukan guru-guru yang memimpin pasukan
tersebut hendaklah terdiri dari mereka yang menerima latihan
kepimpinan dan pengendalian dalam pergerakan-pergerakan
tersebut.





PERKARA 52
Memandangkan latihan Pasukan Kadet Tentera dan Pasukan Kadet Polis
adalah sangat berfaedaha untuk menyemai semangat disiplin dan
berdikari yang tinggi maka diperakukan supaya pasukan-pasukan
tersebut hendaklah diperluaskan seberapa banyak yang boleh.

PERKARA 53
Untuk menjamin persatuan-persatuan dan kelab-kelab di sekolah dapat
memainkan peranan dalam pembentukkan perpaduan dikalangan
murid-murid adalah diperakukan :
(a) Sekolah digalakkan menubuhkan persatuan/kelab atau kelab-kelab
yang boleh mendatangkan faedah kepada murid-murid. Pemilihan
persatuan/kelab hendaklah berasaskan kemudahan-kemudahan
yang ada dengan suasana dan persekitaran serta keperluan
tempatan
(b) Persatuan Bahasa seperti Persatuan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan sebagainya hendaklah ditubuhkan
dengan tujuan menyemai memupuk dan menanam minat murid dan
meningkatkan kemajuan mereka dalam penggunaan sesuatu bahasa.
(c) Murid-murid dari pelabagai kaum hendaklah digalakkan
menyertainya selain persatuan berasaskan bahas a Ibunda mereka

PERATURAN 54
Untuk memastikan kegiatan sukan dan olahraga
dapat mencapai matlamat yang ditentukan
adalah perakuan :
(a) Sekolah hendaklah mengadakan senaman
beramai-ramai yang melibatkan penyertaan
semua murid. Pertandingan senaman beramai-
ramai diantara pasukan disesebuah sekolah dan
antara sekolah hendaklah dijalankan.
(b) Permainan-permainan disekolah seberapa yang
boleh hendaklah melibatkan penyertaan murid
yang ramai seperti dalam perlumbaan merentas
desa.
PERKARA 55
Adalah diperakukan bahawa semua sekolah
memperkemaskan lagi program-program
kokurikulum dan dalam perlaksanaan
program-program ini keutamaan hendaklah
diberikan kepada kegiatan-kegiatan yang
boleh memupuk disiplin dikalangan murid-
murid. Di samping itu guru-guru yang
mengendaklikan kegiatan kokurikulum
hendaklah diberi pengiktirafan yang
sewajarnya supaya mereka lebih bergiat lagi
terutama dari segi penyeliaan .
GARIS PANDUAN UNTUK PERMOHONAN MELANCONG DI
BAWAH PERATURAN (MELANCONG) SEKOLAH 1957 (THE
SCHOOL TOURS REGULATIONS 1957)
TAKRIF PELANCONGAN ADALAH SEBAGAIMANA YANG DITERANGKAN
DALAM PERATURAN 2 (1) DAN 2(2) THE SCHOOLS (TOURS)
REGULATIONS 1957.

Cara memohon
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang JPN .
Borang-borang ini hendaklah disediakan sendiri oleh pihak sekolah

b) Bagi dalam Negeri permohonan hendaklah dibuat dalam 4 salinan
Samb..
c) Bagi lawatan keluar keluar negeri tiap-tiap permohonan
hendaklah dalam 6 salinan. Tambahan satu salinan bagi tiap-
tiap satu negeri yang dilawati. Contoh ke Bandaraya Melaka,
Port Dickson di Negeri Sembilan, 3 negeri Kuala Lumpur dan
Wilayah Persekutuan (6+3=9 salinan)

d) Tentukan semua maklumat yang dikehendaki didisi dengan
lengkap

e)Borang permohonan yang telah lengkap diisi diserahkan
kepada Guru Besar/ Pengetua 6 minggu sebelum tarikh
lawatan

f) Guru besar dan Pengetau hendaklah menyampaikan borang
tersebut kepada pendaftar sekolah-sekolah negeri, jabatan
pendidikan negeri 5 minggu sebelum tarikh lawatan

Samb..
g) Sertakan sampul surat beralamat sendiri
h) Surat kebenaran bertulis ibu bapa /penjaga
tidak perlu dihantar kepada pendaftar
sekolah-sekolah negeri.
PANDUAN MENGISI BORANG
a) Permohonan ditandatangani sendiri oleh Guru
Besar/Pengetua

b) Bahagian butiran wang hendaklah mengandungi :
- jumlah wang yang dipungut
- punca wang (murid/guru/PIBG/subsidi/Tajaan
- catatkan semua pendapatan dan kemana
wang tersebut dibelanjakan

c) Catatkan semua tempat yang dilawati secara
terperinci

Samb
d) Senarai peserta hendaklah mengandungi maklumat
- nama penuh
- jantina
- bangsa
- darjah/tingkatan
- alamat

e) Hal-hal lain
-persetujuan bertulis ibu bapa /penjaga murid
- perakuan kebenaran bertulis mengikut format
yang dilampirkan
- kebenaran bertulis Guru Besar/Pengetua
Rujukan
Dr.Tam Yeow Kwai (2010). Pengurusan Kokurikulum. Kumpulan Budiman Sdn
Bhd KL.

Wee Eng Hoe (1996). Gerak kerja Kokuirkulum (sukan). Fakar Bakti Sdn Bhd.

Helen Ten Hong Beng (1992). Pengelolaan dan Pengurusan Pertandingan
Sukan. Fajar Bakti Sdn Bhd

Wee Eng Hoe (2003). Panduan Pengajaran Olahraga. KarismaPublication Sdn
Bhd.

Teng Boon Tong (2001). Panduan Pengajaran Olahraga. Pearson Education
Malaysia Sdn Bhd.

Teng Boon Tong (2001). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan.
Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.





SOALAN TUGASAN ESEI:
Sebagai seorang Setiausaha rancangkan satu
program kegiatan kokurikulum bagi

a) Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah anda
Atau

b) Lawatan ke Pusat Sains Negara
Atau

c) Perkhemahan Agung Unit Beruniform Sekolah Anda

SOALAN OBJEKTIF
1. Kementerian Pendidikan Malaysia mengasaskan
program Kokurikulum di sekolah atas beberapa
pertimbangan. Yang manakah bukan
pertimbangan tersebut?
A. Perkembangan menyeluruh semua murid
dan pelajar.
B. Potensi murid /pelajar boleh dimajukan
C. Sekolah adalah tempat belajar dan
mendidik
D Masyarakat tidak perlu libatkan diri dalam
hal-hal kokurikulum .

2. Gerak kerja kokurikulum meliputi program-
program intramural, ekstramural dan antara
sekolah. Yang manakah yang dimaksudkan
dengan intramural?
A. Pertandingan antara kelas
B. Pertandingan antara sekolah
C Pertandingan antara zon
D Pertandingan antara daerah
3. Program gerak kerja kokurikulum extramurals
mempunyai banyak objektif . Antaranya ialah:
A. Membekalkan aktiviti kepada semua pelajar
B. Memenuhi kehendak persaingan individu
C.Memberi peluang pelajar berbakat bersaing
sesama tahap kebolehan dengan sekolah
lain.
D. Memotivasikan pelajar menceburi diri
dalam kegiatan selepas sekolah
4.pemilihan aktiviti gerak kerja ko-kurikulum
di sesebuah sekolah bergantung kepada:
A. penglibatan masyarakat luar
B. saiz dan gred sesebuah sekolah
C. bilangan pelajar lelaki dan perempuan
D. kemampuan kewangan dan kemudahan
5. Pentadbiran gerakerja ko-kurikulum di
sesebuah sekolah ditadbirkan oleh pihak
sekolah dari masyarakat luar melalui :
A. Jawatankuasa Persatuan Ibubapa (PIBG)
B. Jawatankuasa Bimbingan pelajar sekolah
C. Jawatankuasa Belia Daerah
D. Jawatankuasa Unit Kurikulum dan
Kokurikulum sekolah