Anda di halaman 1dari 1

Roslina Binti Raona,

Universiti Selangor
Kampus Bestari Jaya,
Jalan Timur Tambahan,
45600 Bestari Jaya,
SELANGOR.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Ijok
45600 Bestari Jaya.
SELANGOR 6 OGOS 2014

Tuan,
TIDAK HADIR KE SEKOLAH
Saya seperti nama dan alamat di atas ingin memohon maaf kepada pihak tuan kerana tidak dapat
hadir ke sekolah pada 4 Ogos 2014 (isnin).
2. Ini disebabkan kesilapan dalam pembelian tiket yang bertarikh 4 Ogos 2014. Saya juga
telah berusaha untuk menukarkan tarikh tiket penerbangan pada 2hb dan 3hb Ogos tetapi tiada
kekosongan penerbangan pada tarikh tersebut.
3. Saya juga telah menghubungi pihak MALAYSIA AIRLINES SYSTEM untuk
menukarkan tiket penerbangan tetapi jawapan yang diberikan amat mendukacitakan kerana tiada
kekosongan. Di sini saya sertakan salinan tiket penerbangan saya untuk rujukan pihak tuan.
Kerjasama dan keprihatinan tuan di dalam perkara di atas amatlah saya hargai dan sekali lagi
saya memohon maaf kepada pihak tuan kerana kesilapan ini.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar

_______________________________
(ROSLINA BINTI RAONA)

Anda mungkin juga menyukai