Anda di halaman 1dari 15

Penerangan

Penjagaan Keluarga
Ahli keluarga secara tidak langsung dapat memberi sumbangan untuk mengatasi penjagaan dan
pengasuhan anak-anak semasa ibu dan bapa keluar bekerja, ibu dalam pantang dan sebagainya.Penjagaan
keluarga pada kebiasaanya melibatkan ahli keluarganya sendiri. Ahli keluarga yang dimaksudkan ialah
terdiri daripada saudara mara terdekat seperti datuk, nenek, bapa saudara dan ibu saudara dari kedua belah
pihak. Adik beradik yang lebih berusia daripada kanak-kanak boleh dipertanggungjawabkan untuk
menjaga. Sebaik-baiknya mereka juga perlu ditemani oleh orang yang lebih dewasa.
Antara faktor memilih penjagaan keluarga.Dapat membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga,
Anak diasuh dan dijaga sepanjang masa ibu dan bapa keluar bekerja,Memahami dan bersependapat dengan
kehendak ibu bapa, dan Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Antara kebaikan memilih penjagaan keluarga, Kanak-kanak merasa selamat di rumah
sendiri,Perkembangan anak adalah secara menyeluruh iaitu merangkumi aspek fizikal, intelek, sosio dan
emosi,Hubungan kekeluargaan bertambah mesra,Dapat mengekalkan amalan dan budaya keluarga, dan
Kanak-kanak tidak perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran lain.

Antara kebaikan memilih penjagaan keluarga, Ahli keluarga tidak terlatih dalam pengasuhan anak,
Kurang bergaul dengan rakan sebaya,Aktiviti perkembangan fizikal atau motor kasar terhad, dan Tidak
ada jadual aktiviti yang dirancang untuk kanak-kanak.

Secara umumnya, persekitaran penjagaan keluarga sedikit sebanyak mempengaruhi
perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Ahli keluarga sedia memahami keperluan, kehendak, adab
dan budaya ibu bapa dalam kehidupan seharian. Ibu bapa kanak-kanak sungguh beruntung dan tidak
bimbang dengan corak budaya kehidupan anak-anaknya di bawah jagaan keluarga mereka sendiri. Kanak-
kanak berasa selamat dan tidak menghadapi masalah emosi apabila bersama ahli keluarga. Perkembangan
bahasa terkawal dengan kesopanan serta tatasusila bahasa yang biasa digunakan oleh ahli keluarga. Kanak-
kanak berpeluang bermain dengan gembira melalui permainan dan nyanyian tradisional.





















Penjagaan Tumpang
Penjagaan tumpang adalah bersifat sementara. Keadaan ini berlaku apabila ibu bapa
yang bekerja menghadapi masalah penjagaan anak sementara untuk mendapatkan khidmat
penjagaan tetap. Tempoh jangka masa penjagaan tidak menentu. Biasanya kanak-kanak
ditumpangkan kepada jiran atau kenalan ibu bapa. Kanak-kanak perlu membiasakan keadaan
persekitaran yang baru setiap kali ditumpangkan dengan jiran atau kenalan ibu bapa.
Antara faktor ibu bapa bekerja menghantar anak kepada penjagaan
tumpang;Menghadapi masalah kewangan disebabkan diberhentikan kerja.Menghadapi
kecemasan seperti ditimpa kemalangan.Masalah kesihatan dan bersalin.Masalah ketiadaan
pengasuh disebabkan lari dari rumah.

Antara kebaikan penjagaan tumpang:Dapat menyelesaikan masalah penjagaan anak
secara sementara.Kanak-kanak merasa berkeyakinan bersama keluarga yang biasa
dengannya.Tempoh masa penjagaan dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Antara kelemahan penjagaan tumpang:Bergantung kepada kelapangan dan budi bicara
orang lain.Kanak-kanak merasa berkeyakinan bersama keluarga yang biasa
dengannya.Tempoh masa penjagaan dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Penjagaan tumpang kadangkala menganggu perkembangan emosi kanak-kanak
menyebabkan kanak-kanak merasa tekanan. Proses penyesuaian diri diperlukan oleh kanak-
kanak di persekitaran yang baru. Mereka menghadapi penyesuaian sosialisasi antara orang
dewasa dan kanak-kanak lain yang baru dikenali.























Pengasuhan di Rumah
Pengasuhan di rumah berlaku apabila ibu bapa bekerja mendapatkan perkhidmatan
pembantu rumah. Perkhidmatan pembantu rumah mendapat gaji daripada majikan iaitu ibu
bapa kanak-kanak. Pembantu rumah biasanya diperolehi menerusi perkhidmatan agensi yang
ditauliahkan oleh pihak kerajaan. Pemeriksaan kesihatan dan pas permit bekerja diberikan
kepada pengasuh. Mereka juga diberi latihan asas mengenai tugas dan tanggungjawab semasa
mengasuh anak.
Antara faktor ibu bapa memilih pembantu rumah:Berkemampuan menggaji pengasuh,
Memberi kepercayaan kepada pembantu rumah mengasuh anak di rumah sendiri, Dapat
bantuan mengemas rumah, Memerlukan pengasuhan sepenuhnya terhadap anak, Merasakan
keadaan persekitaran yang selamat

Antara kebaikan pengasuhan di rumah, Pengasuhan anak berlaku sepanjang masa di
rumah sendiri, Cara penjagaan dibimbing dan ditentukan oleh ibu bapa, Pengasuh mendapat
latihan asas, Kanak-kanak selesa di rumah sendiri, Menjimatkan masa ibu bapa bekerja tanpa
menghantar ke tempat lain

Antara kelemahan pengasuhan di rumah,Pengasuh yang berlainan budaya atau agama,
Mempengaruhi perkembangan bahasa anak, Kerap berlaku pertukaran pembantu
rumah,Mempengaruhi perkembangan emosi kanak-kanak,Pengasuh tidak dilatih mendidik
kanak-kanak dengan secukupnya,Sosialisasi terhad di persekitaran rumah, Aktiviti
pembelajaran terhad
Kanak-kanak yang di bawah jagaan pengasuh merasa selesa dengan keadaan di rumah
sendiri. Ibu bapa menetapkan cara penjagaan yang dikehendaki. Asas pengasuhan adalah
untuk menjaga kebersihan pakaian dan memberi makanan kepada kanak-kanak. Walau
bagaimana pun berlaku pertembungan budaya dan komunikasi. Perkembangan bahasa kanak-
kanak banyak dipengaruhi oleh bahasa yang digunakan oleh pengasuh. Tingkahlaku kanak-
kanak juga turut dipengaruhi oleh pengasuh. Pengasuh tidak dilatih untuk menjalankan
aktiviti bagi menggalakkan perkembangan kognitif. Kanak-kanak bermain sendirian dan
banyak menonton televisyen.








TASKA
Taska adalah singkatan bagi Taman Asuhan Kanak-kanak. Ia merupakan salah satu institusi
perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun. Setiap taska mesti mendapat
kelulusan pendaftaran oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ibu bapa boleh memilih perkhidmatan taska
yang dikelolakan oleh pihak swasta atau pun kerajaan. Kerajaan menggalakkan penubuhan taska di tempat
kerja. Perkhidmatan yang diberikan sangat sesuai bagi ibu dan bapa yang bekerja Taska beroperasi pada
tempoh masa ibu bapa bekerja, setiap hari bekerja disepanjang tahun. Pengasuh yang bertugas diberi
latihan kemahiran untuk memastikan kualiti perkhidmatan.

Antara faktor ibu bapa menghantar kanak-kanak ke institusi taska, Ibu dan bapa
bekerja,Berkemampuan membayar yuran yang dikenakan, Pilihan yang terbaik kerana dapat meneruskan
penyusuan ib, Yakin bahawa anak diberi asuhan yang sempurna

Antara kebaikan kanak-kanak di taska yang berkualiti, Pengasuh terlatih dan berkemahiran
menguruskan kanak-kanak, Pengasuh wajib mengikuti kursus asas perkembangan kanak-kanak,Rutin
harian yang dilaksanakan untuk penjagaan kebersihan diri, Memberi pemakanan yang berkhasiat dan
seimbang, Menyediakan aktiviti bahasa, emosi, kognitif dan fizikal untuk kanak-kanak mengikut pelbagai
peringkat umur, Berpeluang bergaul dengan rakan sebaya dan orang dewasa, Keselamatan kanak-kanak
terjamin, Ibu dapat meneruskan memberi susu ibu

Antara kelemahan di taska yang tidak berkualiti, Pengurusan tidak berkualiti, Pengasuh yang tidak
terlatih, Kerap berlaku pertukaran pengasuh, Sosialisasi negatif tanpa pengawalan dan bimbingan
pengasuh, Tiada perancangan penjadualan harian dan aktiviti, Tidak mematuhi menu yang dirancangkan,
Kanak-kanak mudah sakit dan berisiko mendapat penyakit berjangkit.,Tidak dapat perhatian secara
individu

Kanak-kanak di taska berpeluang menjalankan aktiviti bermain yang dapat merangsang dan
menggalakkan perkembangan fizikal, kognitif, sosio-emosi dan kreativiti mereka. Bahan dan peralatan
pembelajaran berbagai jenis, bentuk dan pilihan diberikan kepada kanak-kanak sebagai asas pembelajaran
mereka. Secara tidak langsung, kanak-kanak berinteraksi dan bermain bersama rakan sebaya. Kelihatan
kanak-kanak mengamalkan nilai murni seperti sikap tolak ansur dan juga berkomunikasi secara positif.






















Tadika
Tadika adalah singkatan bagi Taman Didikan Kanak-kanak , Ia merupakan institusi
pendidikan tidak formal kepada kanak-kanak yang berusia 5 tahun hingga 6 tahun. Semua
tadika mesti mendapat kelulusan penubuhan dan berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri.
Akta Pendidikan 1996 dan peraturannya jelas memaklumkan penggunaan Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan adalah wajib disetiap tadika. Kanak-kanak mengikuti pembelajaran
secara tidak formal ini sekurang-kurangnya 3 jam sehari mengikut sistem semester
persekolahan sahaja. Mereka dididik oleh guru-guru yang dilatih. Guru-guru prasekolah di
Kementerian Pelajaran kebanyakannya mempunyai ijazah dalam Pendidikan Awal Kanak-
kanak.

Taman didikan kanak-kanak, Antara faktor ibu bapa menghantar kanak-kanak ke
tadika,Mendapatkan pendidikan yang sesuai dengan tahap usia, Mendapatkan kemahiran asas
sebelum ke Tahun Satu, Sosialisasi dengan rakan sebaya.Membina keyakinan diri

Antara kebaikan menghantar kanak-kanak ke tadika,Persediaan sebelum ke sekolah
rendah, Guru yang terlatih dalam bidang prasekolah, Membantu perkembangan kognitif,
Membantu perkembangan sosio-emosi, Membantu perkembangan bahasa, Membantu
perkembangan fizikal, Membantu perkembangan kreatif

Antara kelemahan-kelemahan tadika yang tidak berkualiti:Pengurusan yang tidak
berkualiti, Guru yang tidak terlatih, Tidak menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran, Persekitaran tadika yang tidak kondusif,
Aktiviti tidak dijadualkan,,Memberi fokus pada kemahiran akademik sahaja
Tadika yang berdaftar dan mematuhi peraturan adalah tadika yang berkualiti. Tadika
yang berkualiti memberi kesan positif jangka pendek dan panjang terhadap perkembangan
menyeluruh kanak-kanak. Mereka berupaya mengaplikasikan kemahiran berfikir dan
penyelesaian masalah yang diperolehi ketika di tadika dalam kehidupan seharian hingga
sepanjang hayat. Bimbingan dan didikan yang diberikan oleh guru adalah bersesuaian dengan
keupayaan kanak-kanak.
Pusat Jagaan
Pusat jagaan menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak di pelbagai peringkat
umur dan kategori. Kategori kanak-kanak yang dimaksudkan adalah seperti ketiadaan ibu
atau bapa atau kedua-duanya sekali, kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak terbiar atau
terabai disebabkan oleh masalah keluarga asas. Kanak-kanak ini diberi perlindungan dan
penjagaan yang sempurna dibawah pengurusan dan seliaan kerajaan. Jika pihak swasta dan
pertubuhan sukarela turut serta memberi sumbangan, mereka hendaklah mematuhi syarat
seperti yang termaktub dalam Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506). Kanak-kanak di pusat
jagaan ini akan pulang kekeluarga masing-masing setelah kes mahkamah selesai atau diambil
sebagai anak angkat oleh orang lain atau sebagai penghuni tetap sehingga had umur
maksimum di pusat jagaan itu.




Pusat asuhan, Keluarga bermasalah, Dianiaya atau didera, Kematian ibu atau bapa
atau keduanya sekali, Lari dari rumah,Terdampar, Dibuang, Anak luar nikah,Ibu dalam
tahanan, Kes mahkamah

Antara kebaikan menghantar anak ke pusat jagaan, Kanak-kanak tidak terbiar tanpa
bimbingan, Kesihatan dan keselamatan kanak-kanak terjamin, Gangguan emosi anak dapat
dibantu, Mendapat pendidikan kerohanian, Meneruskan pendidikan akademik, Sosialisasi
berbagai peringkat umur, Kemahiran hidup dibekalkan melalui aktiviti institusi, Belajar
berdikari

Antara kelemahan pusat jagaan, Pengasuh tidak dapat memberi perhatian kepada
semua kanak-kanak yang terdiri dari pelbagai peringkat umur, Kanak-kanak berbagai
peringkat umur ingin melakukan aktiviti sendiri, Mudah terpengaruh tingkahlaku negatif jika
tidak dikawal, Boleh menimbulkan kebosanan jika tiada aktiviti yang sesuai, Bilangan
kemasukan kanak-kanak meningkat dan ruang fizikal tidak mencukupi

Pusat jagaan merupakan penempatan sementara untuk kanak-kanak yang mempunyai
masalah. Perkembangan dan jati diri kanak-kanak di pusat jagaan ini lebih berdikari. Mereka
bercampur dengan kanak-kanak berbagai umur dan situasi. Sekiranya menerima bimbingan
yang betul kanak-kanak yang kecil ini mendapat manafaat belajar dari kanak-kanak yang
lebih berusia.












Faktor faktor yang mempengaaruhi ibubapa untuk
menghantar anak- anak ke pusat penjagaan
Pembantu rumah boleh menjaga anak-anak anda di rumah anda sendiri. Anda boleh
memberinya latihan dan meninggalkan arahan-arahan untuk dilakukannya mengikut "cara
anda" sendiri. Ramai ibu bapa di Malaysia mendapati cara ini bagus dan praktikal kerana
pembantu rumah tersebut juga boleh melakukan kerja-kerja rumah yang lain.

Memandangkan terdapat banyak tanggungjawab yang anda boleh berikan kepada
pembantu rumah, anda harus mendapatkan seorang pembantu yang boleh dipercayai.
Bergantung kepada saiz rumah atau pangsapuri anda serta pilihan anda sendiri, anda boleh
memilih samada untuk menggaji pembantu rumah sepenuh masa yang tinggal bersama anda
ataupun pembantu separuh masa yang tinggal di luar.

pusat penjagaan harian
Pusat penjagaan harian ataupun nurseri ialah pusat penjagaan kanak-kanak yang
mengambil pekerja bertauliah dan tidak bertauliah untuk menjaga bayi dan anak-anak kecil
dalam persekitaran yang mesra kanak-kanak. Kanak-kanak ini biasanya dibahagikan
mengikut umur dan pekerja di pusat penjagaan itu seharusnya dilatih untuk mewujudkan
peersekitaran yang selamat dan merangsangkan supaya kanak-kanak ini dapat berkembang
dengan baik dan gembira semasa ibu bapa mereka bekerja. (Bergantung kepada anda untuk
menilai kualiti para penjaga kerana tiada peraturan khas dalam perkara ini.)

Pusat penjagaan harian biasanya dibuka selama 10 atau 11 jam sehari untuk memberi
kemudahan kepada ibu bapa yang bekerja dan terpaksa mengambil masa yang lama dalam
perjalanan.Penjaga budak (babysitter) biasanya adalah suri rumah yang mempunyai anak
mereka sendiri untuk dijaga. Ada di antara mereka yang mempunyai anak-anak yang sudah
bersekolah. Penjaga budak biasanya menjaga kanak-kanak di rumah mereka sendiri.

Ya, tentu sekali. Ramai ibu bapa yang meminta nenek atau saudara-mara yang lain
untuk menjaga anak-anak mereka. Malah, penjagaan kanak-kanak oleh saudara-mara
merupakan kaedah penjagaan yang paling banyak diamalkan di negara ini. Kaedah ini murah
dan fleksibel, dan ia bermakna bahawa anak anda akan dijaga oleh seseorang yang anda
benar-benar kenal.

Penjagaan oleh saudara-mara adalah yang terbaik jika anda mempunyai hubungan
yang baik dengan saudara-mara, dan sekiranya mereka sanggup dan berupaya untuk
menolong. Anda mungkin perlu meletakkan beberapa peraturan penting mengenai makanan
dan aktiviti anak-anak anda, maka pastikan saudara-mara yang anda pilih ini bersetuju dan
gembira melakukannya mengikut cara anda.

Anak anda mungkin menerima lebih kasih sayang dan lebih selamat jika dijaga oleh
saudara-mara sendiri, berbanding dihantar ke pusat penjagaan.



Sememangnya, kedua-dua tempat (taska atau rumah pengasuh) mempunyai pro dan
kontra masing-masing. Ada yang merasakan lebih selesa untuk menghantar anak-anak
mereka ke rumah pengasuh, dan ada juga yang berpendapat menghantar anak ke taska lebih
memudahkan proses pembelajaran anak-anak itu sendiri.

Faktor ibubapa memilih taska untuk anak-anak mereka :
Kemudahan di taska lebih baik dengan ruang yang lebih besar.Kanak-kanak dapat bergaul
dan bercampur sekaligus meningkatkan kemahiran bersosial mereka.Anak-anak akan lebih
berdikari dan tidak akan menangis apabila melihat ada rakan sebaya bersama mereka.Taska
hanya akan tutup pada hari Cuti Awam. Yuran lebih murah dan fleksibel bagi ibubapa.Pun
begitu, sejak akhir-akhir ini terlalu banyak kejadian penderaan bayi/kanak-kanak yang
mengaitkan taska sering menjadi 'santapan' di dada-dada akhbar. Maka, ada yang berpendapat
menghantar anak ke rumah pengasuh adalah langkah tepat dan betul.
Faktor ibubapa memilih rumah pengasuh untuk anak-anak mereka :
Privacy. Sesetengah ibubapa mahu pengasuh memberikan tumpuan yang lebih kepada anak
mereka supaya kebajikan anak tidak terganggu bila ibubapa sibuk bekerja.Keselesaan. Anak-
anak tidak perlu bersesak sesak atau berebut mainan dengan rakan sebaya.Anak-anak akan
cepat mesra dengan pengasuh dan ini akan memudahkan pengasuh untuk mengasuh
mereka.Sesetengah pengasuh tidak kisah jika ibubapa lambat mengambil anak kerana
tuntutan kerja.Pengasuh tidak kisah jika perlu menjaga anak pada waktu malam (ibubapa keje
syif)
Faktor memilih penjagaan oleh orang tua atau ahli keluarga sendiri atau orang gaji
Gembiarkan anak anak dijaga sepenuhnya oleh orang gaji akan membuatkan mereka
terabai daripada menikmati erti kasih dan sayang daripada ibu bapa mereka sendiri. Anak
anak mungkin menjauhkan diri dari ibu bapa apabila mereka merasakan diri terabai dan
kegersangan belaian.
Anak anak terbiar akan mudah memberontak dan melahirkan rasa tidak puas hati
tanpa sebarang rasa hormat terhadap ibu bapa.Kadang kadang ini menjadikan hubungan anak
anak dengan ibu bapa umpama majikan dan pekerja atau lebih buruk lagi umpamahamba
dan tuan.Pemberontakan akan lebih mudah berlaku dikalangan anak anak yang mendapat
kemewahan dan harta tetapi ketandusan perhatian. Mereka mungkin bersikap biadap ke atas
ibu bapa tanpa mengemukakan sebab yang jelas.Anehnya, hubungan yang renggang antara
ibu bapa dan anak anak diterima sebagai prkara biasa dalam kehidupan sekarang walaupun
mereka menyedari perkara tersebut amat merbahaya.Anak anak yang mudah renggang
hubungan dengan keluarga masing masing amat sukar untuk dibentul akhlaknya, apatah lagi
apabila mereka sudah dewasa kerana pepatah ada menyebut melentur buluh biar di waktu
rebungnya.
Apabila sudah berlarutan hingga dewasa, kemelut hubungan antara anak anak dan ibu bapa
amat sukar untuk dipulihkan kecuali kedua dua pihak sanggup mencari jalan
penyelesaiana.Islam memberi panduan untuk menghadapi realiti kekeluargaan ini dengan
mengajurkan kepada usaha mendidik anak anak supaya menjadi baik semula.
Proses ini dirujuk pada sejarah dimana banyak pejuang pejuang Islam yang terkenal di
zaman Rasulullah lahir dari kalangan keluarga orang kafir.Mereka mula mulanya memiliki
sikap yang bengis, kasar dan sanggup membunuh sesiapa saja tetapi akhirnya menjadi mulia
setelah beriman kepada Allah.Mereka menerima perwatakan dan sikap yang luhur dan
meninggalkan segala sikap yang cela dan menjadi contoh yang unggul dalam perwatakan
bagi diteladani oleh umat Islam.Oleh itu tidak mustahil kita boleh mendidk kembali anak
anak supaya menjadi baik.Seperti kata pepatah belakang parang kalau diasah lagikan tajam
dan ibu bapa perlu berusaha dengan bertawakal kepada tuhan .Ibu bapa perlulah banyak
berdoa kepada Allah dengan bertawajuh pada waktu dinihari sambil berdoa dengan memohon
pertolongan dari-Nya supaya membantu mengubah perangai anak anak.Amalkan membaca
empat ayat akhir surah al-Hasyr (ayat 21, 22, 23, 24) sewaktu anak anak sedang tidur dan
niatkan bacaan itu agar lembutlah hati mereka supaya taat kepada Allah dan ibu bapa.
Setelah selesai dibaca, tiupkan betul betul di ubun ubun kepala anak anak.

Sekiranya tidak berkesan maka boleh amalkan bacaan lima ayat pertama surah Thoha.
Selepas itu tiupkan bertentangan dengan hidungnya sewaktu anak sedang menarik nafas
ketika tidur.

Lima ayat surah Thoha ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dalam beberapa
riwayat di mana seorang manusia yang keras hati, buruk tingkah laku dan pernah bersumpah
untuk membunuh Rasulullah akhirnya berubah sikap.Didorong oleh hasrat untuk memunuh
Rasulullah, beliau pergi ke rumah adiknya dan akhirnya setelah mendengar suara orang
membacakan ayat ayat tersebut, beliau merempuh masuk kerumah itu lalu dirampas tulisan
ayat itu dan dibacanya sendiri.

Tiba tiba hatinya menjadi lembut dan tanpa disangka sangka, akhirnya beliau berlari
pergi bertemu Rasulullah lalu melafaskan dua kalimah syahadah d an beriman kepada Allah
dan rasulnya.Manusia tersebut ialah Umar bin al-Khattab.Ayat ayat tersebut adalah
sebahagian daripada ikhtiar dan jika diizinkan Allah akan terlaksana, namun sekiranya tidak
berkesan, teruskan usaha.Ikhtiar lain pula ialah dengan membawa anak anak degil berjumpa
dengan orang orang yang salih agar didoakan kepada mereka dan ditiupkan ke kepala (otak),
dada (hati), dan perut (citarasa) dengan doa doa mereka.

Amalan ini dilakukan sejak zaman Rasulullah di mana anak anak dibawa bertemu
beliau untuk didoakan.Disini bermula satu amalan dalam Islam yang disebutkan
tahneek.(Rasulullah memamah buah tamar lalu disuapkan ke mulut bayi, didoakan kebaikan
bayi lalu dicukur rambut, menyembelih kambing dan bersedekah kepada fakir miskin)Istiadat
ini kemudian dikenali di kalangan masyarakat Melayu sebagai cukur jambul, berakikah dan
majlis keseyukuran.Bagaimanapun dalam keadaan sekarang amalan ini lebih bersifat budaya
yang hanya menekankan kepada kenduri, marhaban, hadiah bunga telur dan kalau pun ada
belah mulut dan cukur jambul, amalan itu hanya sekadar ada saja.Ibu bapa tidak benar
benar serius dalam mencari orang yang benar benar salih untk berdoa.
Sepatutnya ibu bapa mesti sanggup membawa orang yang benar benar salih walaupun jarak
rumahnya jauh beratus batu kerana doanya memberi kebaikan kepada bayi.

Akikah juga amalan yang mulia dan ada kaitan dengan bayi hingga ulama
menekankan kepada amalan tersebut agar dilaksanakan dengan sempurna.Binatang untuk
akikah mestilah dari jenis yang baik dan sihat seperti unta, lembu atau kambing.Ikhtiar lain
pula ialah dengan menyerahkan anak anak kepada orang yang salih agar diterima sebagai
anak angkat, tanpa mengubah bin anak itu.

Kaedah ini tidak bercanggah dengan syarak dan amalan dilakukan dengan membawa
bersama sama susu, sedikit gula, garam, beras, buah buahan segar seperti pisang serta ketupat
pulut bersama rendang daging.

Makanan ini dimakan bersama sama antara keluarga anak anak dengan bapa angkat
yang salih tadi sebagai tanda kesyukuran.Sekiranya anak yang dibawa itu sudah besar maka
bolehlah ia makan bersama sambil berkenalan dengan harapan perakuan anak angkat dengan
bapa angkat itu akan menempiaskan berkat daripada bapa angkat yang salih itu.Kemudian
bapa angkat yang salih itu akan meminta ibu bapa supaya menjaga anak angkatnya dengan
baik serta mendidiknya dengan ilmu agama yang sempurna.



















Pandangn ibubapa mengenai pusat- pusat penjagaan a=kanak- kanak yang
mereka pilih.
Pn. Devarani menjelaskan bahawa mengupah seorang pembantu rumah bukanlah sesuatu
yang murah, beliau berkata keluarga di mana ibu bapa pada usia pertengahan 30-an dan ke atas
kurang mampu membuat bayaran sekali gus daripada simpanan mereka.
"Mereka yang baru berkeluarga dan mempunyai isi rumah akan mendapati bayaran
RM8,000 sehingga RM12,000 sekali gus yang diperlukan untuk mendapatkan pembantu rumah
sebagai sesuatu yang agak membebankan.
"Dalam tempoh lima tahun pertama, sekurang-kurangnya mereka perlu berjimat untuk
kereta atau rumah," katanya dalam satu temu bual.Beliau berkata peningkatan sektor
perkhidmatan tertiari, termasuk perkhidmatan jagaan harian dan penjagaan kanak-kanak, adalah
sejajar dengan kematangan ekonomi negara.Malah, perkhidmatan yang lebih khusus, termasuk
sumber luar kerja-kerja rumah dan penyelenggaraan akan menjadi lebih berleluasa, katanya.
Sebelum ini dilaporkan tidak lama lagi Malaysia mungkin menjadi pilihan terakhir
pembantu rumah asing kerana kadar pertukaran semasa yang rendah serta negara-negara lain
yang membayar gaji yang lebih tinggi.
Di pusat jagaan harian, beliau berkata terdapat juga 'trend' penubuhan pusat penjagaan
dengan kualiti yang lebih baik yang disediakan mengikut permintaan ibu bapa dalam kelas
pertengahan dan atasan.
Beliau berkata pusat penjagaan ini biasanya menawarkan perkhidmatan pendidikan
kanak-kanak, yang dianggap penting oleh dalam meningkatkan pembangunan anak-anak mereka.
"Corak perbelanjaan isi rumah di Malaysia secara purata mungkin akan beralih ke arah
penggunaan pendapatan yang lebih besar terhadap perkhidmatan sedemikian. Saya rasa ibu bapa
muda mungkin akan mendapati cara ini lebih baik kerana kosnya lebih rendah berbanding
mempunyai seorang pembantu rumah sepenuh masa," katanya, sambil menambah bagaimanapun
ini bergantung kepada lokasi keluarga.
Pn.Devarani menggesa ibu bapa muda supaya mengimbangi keutamaan mereka
berdasarkan tahap pendapatan kerana penjagaan dan gaji pembantu rumah akan menjadi
sebahagian besar daripada perbelanjaan isi rumah mereka.
"Permintaan berterusan untuk pembantu rumah kerana rakyat mahukan mereka untuk
menjaga kanak-kanak atau ibu bapa mereka. Inilah sebabnya mengapa pusat jagaan harian hanya
boleh menjadi faktor pelengkap dan tidak boleh menjadi pengganti pembantu rumah," katanya.
Bersetuju bahawa gabungan pendapatan isi rumah RM5,000 adalah kadar "paling
minimum" untuk mereka yang berminat menggaji pembantu rumah, Dass berkata mempunyai
pembantu rumah masih menjadi pilihan yang lebih berdaya maju, akhirnya. Untuk memudahkan
kerja bagi saya penjagaan di pusat penjaga lebih baik kerana anak- saya lebih suka berada di
pusat penjagan kerana ramai kawan- kawan dan boleh pelajar dengan gembira.















RUMUSAN

Usaha mewujudkan pusat asuhan untuk anak-anak mempunyai kesan yang
besar terhadap keluarga yang tidak mempunyai pembantu rumah. Manakan tidak, kini
ramai wanita boleh terus ke tempat kerja bersama anak tanpa perlu berkejar ke tempat
penjaga dan kemudian ke tempat kerja. Lagipun kalau tidak ada penjaga anak yang
datang pada hari itu atau pembantu perlukan cuti, kini sudah ada tempat untuk
meninggalkan anak mereka dalam keadaan yang selamat menyebabkan hati berasa
lega. Oleh itu, adanya pusat asuhan di tempat kerja akan memberikan ketenangan jiwa
kepada pekerja dan majikan. Selama ini, tanpa pusat asuhan anak, ramai pekerja
mengambil cuti secara mengejut untuk menguruskan anak yang sakit. Jika anak di
rumah, sesetengahnya berasa risau memikirkan anak-anak yang diuruskan oleh
pembantu rumah.

Mungkin dengan adanya pusat asuhan, anak-anak boleh diletakkan di tempat
kerja ibu dan di tempat kerja bapa. Secara tidak langsung tanggungjawab menjaga
anak boleh dibahagikan sama rata antara lelaki dan wanita. Malah dasar mesra
keluarga juga akan tercapai dengan sendirinya. Oleh itu, pusat asuhan secara tidak
langsung dapat memupuk semangat saling menolong antara satu sama lain, tanpa
wujudnya sikap salah menyalahkan. Hal ini demikian kerana api kemarahan isteri
akan terpadam dengan bantuan yang dicurahkan oleh suami. Maka satu lagi hasrat
Rumahku Syurgaku akan turut tercapai dengan adanya pusat jagaan anak-anak.
Pusat penjagaan anak-anak juga dapat mengelakkan pelbagai gejala sosial yang
berpotensi besar berlaku kepada anak-anak yang balik ke rumah yang kosong tanpa
ibu bapa.

Pelbagai kes telah dilaporkan tentang bala yang menimpa anak-anak yang
ditinggalkan tanpa penjaga seperti terlibat dengan gejala lepak, ponteng sekolah,
merokok, dadah, seks bebas, gengsterisme, lumba haram , dan lain-lain kes juvenil
yang cukup menggerunkan. Daripada perspektif organisasi pula, pusat asuhan bukan
sahaja mendapat potongan cukai sebanyak 10 peratus tetapi juga akan mengurangkan
masalah berhenti kerja dalam kalangan pekerja wanita. Menurut kajian di Barat,
mereka telah dapat mengesan masalah ini apabila tahap ponteng kerja wanita
menurun ketika anak-anak mereka dalam peringkat umur remaja. Kajian
menunjukkan bahawa kebanyakan wanita dalam peringkat umur 30-an akan berhenti
kerja buat sementara untuk memberikan tumpuan kepada anak-anak.

Malah hampir separuh wanita juga menyatakan kesanggupan untuk berhenti
kerja kerana perasaan bersalah membelakangkan keluarga dan tiada masa santai atau
bermesra untuk anak-anak, suami ataupun diri sendiri. Oleh yang demikian, kesedaran
terhadap pusat jagaan anak-anak di tempat kerja akan dapat meleraikan masalah
kehilangan modal insan wanita yang berharga. Oleh hal demikian, keperluan bantuan
pusat asuhan akan lebih dirasakan kerana peratusan wanita berkahwin yang bekerja
pada tahun 2002 sudah mencecah 62.5 peratus. Ditambah 60 peratus pelajar di
institusi pengajian tinggi ialah wanita. Kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa
kehadiran wanita di tempat kerja akan meningkat. Walaupun penjagaan anak adalah
tanggungjawab suami isteri, kadangkala naluri keibuan itu sendiri membuat wanita
lebih rela menggalas tanggungjawab dalam membesarkan anak. Oleh itu, kewujudan
pusat penjagaan anak satu langkah yang tepat. Pendek kata,memetik ucapan Perdana
Menteri, anak-anak inilah yang akan menjadi pemimpin, pereka, usahawan,
penyelidik atau ahli professional negara kita.
Kita yang patut menjaga kebajikan anak- anak dengan menyediakan pusat penjagaan
yang baik dan selamat.

Anda mungkin juga menyukai