Anda di halaman 1dari 6

Hukum Wanita Memakai Wangian

Pada dasarnya perhiasan dalam erti kata mempercantik diri dan selain diri agar orang lain merasa senang memandang adalah
diharuskan.Perhiasan itu selama mana ianya tidak bertentangan dan berlawanan dengan syara adalah sangat digalakkan dan
dituntut dalam Islam. Sebagai contoh, Allah memerintahkan agar manusia memakai perhiasan pada setiap kali pergi ke masjid,
firmanNya:

Tafsirnya: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau
mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka
akan orang-orang yang melampaui batas. (Surah al-Araf, ayat 31)
oleh - Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat hafidzahullah

Hadits Pertama :

Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan
dibawa) dan harum baunya. (Shahih riwayat Ahmad, Nasai, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)
Hadits Kedua :
:
Diberi kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita, harum-haruman/wangi-wangian dan dijadikan
kesejukan dimataku di dalam sholat. (Shahih riwayat ahmad, Nasai, Hakim dan Baihaqi dari jalan Anas bin Malik)
Hadits Ketiga :

Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi. (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasai dari jalan
Abi Said al Khudriy
Hadits Keempat :

Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (sholat) isya (dimasjid) maka janganlah dia memakai wangi-
wangian. (Shahih riwayat Muslim, Ahmad, NasaI dari jalan Zainab)
Hadits Kelima :

Siapa sahaja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah dia menghadiri (sholat) isya di (masjid) bersama
kami. (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan NasaI dari jalan Abi Hurairah)
Hadits Keenam :

Apabila seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah dia mandi (membersihkan diri) daripada wangi-wangian
sebagaimana dia mandi daripada janabat. (Shahih riwayat Nasai dari jalan Abi Hurairah)
Hadits Ketujuh :

Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga
dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut). (Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan
Abu Hurairah)
Hadits Kelapan :

Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai)
supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina. (Hasan riwayat Ahmad, Nasai, Abu
Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).
Keterangan :
1. Hadits ke-1, 2 dan 3 itu dengan jelas menyatakan : sangat disukainya kita memakai harum-haruman/wangi-wangian. Dan
hukum ini bersifat umum, yakni ia jatuh kepada kaum lelaki dan wanita, ini kerana di dalam hadits-hadits itu tidak dibezakan
sama sekali antara lelaki dan wanita. Bahkan dihadits ke-1 itu ada larangan menolak pemberian harum-haruman. Sedangkan
hadits ke-2 itu menunjukkan bahawa Nabi Shallallahu alaihi wa sallam amat menyukai wangi-wangian. Padahal telah kita
maklumi daripada firman Allah Subhanahu wa Taala :


Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat)
Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah. ( Al Ahzab : 21 )
Nabi Shollallahu alaihi wa sallam menjadi suri tauladan (uswatun hasanah) bagi kaum muslimin dan muslimat. Sedangkan hadits
ke-3 itu menyatakan bahawa misk/kasturi adalah harum-haruman yang paling baik buat kita pakai. Demikian keterangan Nabi
Shollallahu alaihi wa sallam.
2. Hadits ke-4 dan 5 itu menegaskan : haram hukumnya bagi kaum wanita keluar ke masjid untuk menghadiri sholat isya
dengan memakai harum-haruman. Disebutnya sholat isya disini tidak bererti menghadiri sholat-sholat lainnya diperbolehkan.
Tidak sekali-kali demikian ! Ini kerana hadits ke-6 dan 7 bersifat umum mencakupi seluruh macam sholat, baik sholat fardhu
mahupun sholat-sholat sunat ( seperti sholat tarawih dan sholat hari raya ). Disebutkan sholat isya dihadits ke-4 dan 5 itu boleh
jadi kerana fitnahnya lebih besar kerana sholat isya itu dikerjakan di waktu malam.
3. Hadits ke-6 itu menunjukkan : Wajib hukumnya bagi kaum wanita yang hendak keluar ke masjid membersihkan dirinya
daripada wangi-wangian sebagaimana halnya dia mandi janabat.
4. Hadits ke-7 itu mengandungi hukum : Siapa sahaja perempuan yang keluar ke masjid dengan memakai wangi-wangian, maka
sholatnya tidak diterima oleh Allah Azza wa Jalla. Demikianlah dzahirnya sabda Nabi Shollallahu alaihi wa sallam. Hendaklah
hadits tersebut diambil perhatian betul-betul, ini kerana telah kita saksikan kebiasaannya kaum wanita di masa kita sekarang ini
apabila mereka keluar ke tanah lapang untuk sholat hari raya mereka memakai wangi-wangian yang baunya tersebar kemana-
mana. Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun !

5. Dari hadits ke- 4, 5, 6, dan 7 serta keterangan-keterangan dapatlah dengan mudah kita ketahui : apabila keluar ke tempat-
tempat ibadah sahaja dilarang keras bagi kaum wanita memakai wangi-wangian, apalagi ke tempat-tempat lain seperti pergi ke
pesta perkahwinan dan lain-lain. Sudah barang tentu larangannya lebih keras lagi. Sebagai contoh :


Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu
bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam
pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan ah dan janganlah kamu
membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia. ( Al Israa : 23 )
Dalam ayat diatas kita dilarang berkata ah terhadap kedua orang tua. Sudah tentu mencaci maki keduanya lebih keras lagi
larangannya. Dan memukul keduanya akan lebih keras lagi larangannya dan begitulah seterusnya.



Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya;
yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah
kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka
Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami
mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-
putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum
mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( An Nuur
: 30-31 )
Allah Azza wa Jalla perintahkan kaum muminin dan muminat supaya menundukkan pandangan-pandangan mereka. Ini tentu
menunjukkan bahawa pandangan-pandangan mata, berdekat-dekatan, berpegang-pegangan, berciuman, tari-menari akan
lebih keras lagi larangannya.
Kalau bagi kaum wanita telah dilarang keluar dengan memakai wangi-wangian meskipun bukan untuk orang lain mendapat
baunya, tentu keluar dengan maksud menyebarkan bau supaya orang-orang mencium baunya lebih keras lagi larangannya. Dan
perempuan yang demikian Nabi Shollallahu alaihi wa sallamkita menamakannya sebagai perempuan zina ( lihat hadits ke-8 ,
dan hadits ke-8 itu bersifat umum yakni keluar kemana sahaja baik ke masjid mahupun ke tempat-tempat lainnya.)
Kesimpulan :
1. Perempuan dibolehkan bahkan sangat disukai memakai wangi-wangian didalam rumahnya khususnya untuk suami (jika ada).
2. Perempuan yang hendak keluar rumah, maka wajib hukumnya membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebersih
mungkin.
3. Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat lain dengan memakai
minyak wangi/harum-haruman/wangi-wangian.
Kemudian datang satu pertanyaan daripada saudara kita, Apakah hukum di atas terkena juga kepada perempuan-perempuan
yang keluar rumah dengan memakai sesuatu ubat (seperti deodoron) untuk menghilangkan bau badannya yang tidak enak?
Saya jawab, kalau sesuatu ubat yang dimaksudkan itu tidak menyebarkan bau wangi, maka tidaklah terlarang, bahkan mesti
dipakai untuk menghindari rasa jijik orang-orang yang sering membuatkan perempuan-perempuan rendah diri. Kalau sesuatu
ubat itu menyebarkan bau wangi, maka tetap hukumnya terlarang. Akan tetapi kalau sesuatu ubat itu hanya sebentar sahaja
menyebarkan bau harum/wanginya. Hendaklah ditunggu sehingga hilang (baunya), kemudian baru boleh keluar rumah.
Demikianlah jawapan saya.


Dan tetaplah di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-
Ahzab:33)
Dalam Islam hukum bersolek bagi wanita ada pelbagai keadaan, ada hukumnya wajib, sunat, makruh dan haram, bergantung
kepada keadaan dan niat atau tujuan ia dilakukan. Ayat di atas sebagai irsyad ( petunjuk/tunjuk ajar) kepada isteri-isteri Nabi
s.a.w. agar tetap di rumah dan tidak bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah dahulu.
Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa
tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting
dan lehernya. Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya sepatutnya wajib
ditutup.
Mengapa jahilyah pertama/dahulu ini dikaitkan dengan tabarruj. Perempuan-perempuan jahiliyah pertama/awal memakai baju
dari lu'lu' (permata), atau baju dari mutiara dan intan yang tidak berjahit kedua belah, dan berpakaian tipis yang menampakkan
tubuh badannya. Dengan berpakaian begini, mereka akan berjalan di jalan-jalan mempamerkan diri mereka kepada kaum lelaki.
Dan, dapat dirasakan bahawa zaman berkenaan adalah zaman yang penuh dengan kemewahan.
Wanita bersolek untuk suami
Islam tidak melarang wanita bersolek kecantikan fizikal yang diharuskan oleh syarak, bahkan ia wajib jika dilakukan untuk suami
dan menarik perhatian suaminya. Tetapi haram jika bertujuan untuk menarik perhatian lelaki-lelaki ajnabi atau untuk keluar
rumah dengan mendedahkan aurat dan persolekannya. Hukumnya juga haram jika bersolek sehingga mengubah kejadian Allah
atau menyerupai wanita jahiliyah (tabarruj jahiliah).
Hukum wanita memakai bau-bauan
Terdapat beberapa hukum seperti wajib, haram, sunat, makruh dan harus.
Wajib wanita berwangi-wangian
Ketika suami berada di rumah, khususnya ketika hendak melayan suami pada waktu malam, malah hendaklah mereka terlebih
dahulu bersolek dan memakai bau-bauan. Selain daripada itu, nabi saw tidak wajibkan. Nabi saw bersabda Sebaik-baik wanita
(isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu (Riwayat an-Nasais dari Abu Hurairah)
Maksud menyenangkan hati ialah dalam semua hal dan keadaan, sama ada aspek fizikal dan mental. Dari segi akhlak, wajah dan
dirinya sentiasa berhias dan bersolek, sentiasa berbau wangi di rumah dan di hadapan suami, semuanya termasuk perkara yang
boleh menyenangkan suami. Tetapi sekiranya untuk keluar rumah, wanita-wanita dilarang bahkan haram bersolek dan
memakai bau-bauan kerana terdapat keterangan hadis yang melarang wanita berbuat demikian.
Waktu Sunat wanita berwangi-wangian
i- Ketika berada di dalam rumah, terutamanya ketika berhadapan dengan suami.
ii- Ketika hendak menunaikan solat dan beribadat dalam rumah, bukannya di masjid. Kalau untuk ke masjid, terdapat hadis yang
melarang wanita berwangi-wangian.
iii- Ketika menyambut tetamu wanita, sunat berwangi-wangiankerana sekiranya berkeadaan busuk boleh menimbulkan rasa
kurang senang dan menyakiti perasaan tetamu.
Walau bagaimanapun, selaku seorang muslimat, hendaklah sentiasa kelihatan kemas, badan dan pakaian hendaklah tidak
berbau busuk.Oleh itu, sunat bagi wanita memakai bau-bauan ketika berada di rumah atau ketika sesama wanita.
Terdapat keterangan dalam hadis-hadis yang lain yang menjelaskan tentang wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi
tidak pada dan tempat yang dilarang. Rasulullah saw bersabda Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi
warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya(Riwayat al-
Tarmizi) Bahkan Aisyah sendiri memiliki minyak wangi yang terbaik. Dia menggunakan wangian tersebut apabila melayan
Rasulullah saw. Baginda saw. Kata AisyaH Aku memakaikan minyak wangi kepada nabi saw ketika baginda hendak melakukan
ihram, dengan minyak yang terbaik yang aku miliki (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).
Selain daripada itu juga, adalah sunat bagi wanita memakai wangi-wangian sebelum berihram. Kerana terdapat keterangan
bahawa Aisyah berkata Kami (isteri-isteri Rasulullah saw) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah saw. Ketika hendak
berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak
wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah saw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi saw tidak
melarang) (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Berdasarkan hadis jumhur tersebut, ulamak berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat sama ada kepada lelaki dan wanita
berwangi-wangian ketika ihram.
Imam Syafie berkata Sunat bagi lelaki dan wanita menyapu badan dan pakaian dengan minyak wangi ketika hendak (sebelum)
melakukan ihram, walaupun zat minyat tersebut kekal hingga sesudah ihram. Imam Hanafi pula ada mengatakan Sunat
menyapu badan dan pakaian dengan minyak wangi ketika hendak atau sebelum ihram, walaupun zat tidak tinggal melekat,
sekalipun baunya kekal (al-Mazahil al-Arbaah)
Namun Imam ada memberikan peringatan kepada wanita Seseorang yang hendak berihram, hendaklah memakai bau-bauan
sebelum melakukan ihram (bukan ketika sedang berihram). Itulah yang lebih sah. Walaupun bau wanginya terlekat hingga
sesudah ihram. Tetapi sekiranya setelah ia menanggalkan ihram itu lalu memakainya semula, maka dikenakan fidyah, kecuali
dia mencuci pakaian itu terlebih dahulu. Kerana orang sedang berihram disyaratkan menjauhkan bau-bauan (al-Minhaj)
Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli menyatakan makruh menyapu bau-bauan pada pakaian ihram. Bagi yang membolehkannya adalah
sebelum ihram. Sesudah berihram, jemaah terbesar daripada sahabat dan tabii,jumhur ahlu hadis dan ahli fiqh menyatakan
haram. Mereka ialah Saad bin Abi Waqas, Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Muawiyah, al-Sauri, Abu Yusuf, Ahmad, Daud dan lain-lain
(syarah Soheh Muslim oleh as-Sauri)
Waktu makruh wanita memakai wangi-wangian
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulamak dan terdapat penjelasan
dalam bab puasa. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alas an ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang
menyatakan makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.
Waktu haram bagi wanita berwangi-wangian
Waktu-waktu yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk ke majlis yang dibenarkan oleh syarak, di hadapan lelaki ajnabi,
bertujuan untuk memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk solat berjemaah. Keterangan yang berkaitan waktu-waktu itu ialah
seperti berikut:
i- Rasulullah saw bersabda .seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang
ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan muhram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan
zina (Riwayat Ahmad dan al-Tamizi)
ii- Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia
berbau wangiannya, lalu beliau menegur Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah saw pernah
bersabda bahawa Allah swt tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan
mandi (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)
iii- Dari Zainab as-Saqafi, katanya Rasulullah saw bersabda Apabila salah seorang daripada kamu hendak ke masjid, maka
janganlah memakai bau-bauan (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah)
iv- Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, janganlah ke masjid
bersolat isyak (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah serta Ashabussunah)
Hadis ini menyebut waktu Isyak, tetapi perawinya sepakat menyatakan bahawa larangan itu meliputi seluruh waktu solat dan
Isyak dijadikan sebagai contoh kerana ketika itu paling banyak fitnah bagi wanita.
Imam Nawawi pula tidak menyebut mana-mana waktu solat bahkan dihukumkan haram bagi mana-mana wanita yang ke
masjid memakai wangi-wangian.
vi- Rasulullah saw bersabda Setiap wanita yang memakai bau-bauan, kemudian melewati di hadapan orang ramai (yang ada
lelaki bukan mahram dengannya) dengan niat supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu dikira (berdosa) sama dengan
melakukan zina
vii- Ibnu Hajar dalam kitabnya al-Zawajir berkata Apabila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias, maka itu
termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya
viii- Bagi wanita yang kematian suami, ketika ia masih dalam iddah, maka haram baginya berwangi-wangian. Satu fatwa
daripada Imam Syafie wanita yang kematian suami dan masih dalam iddah (4 bulan, 10 hari), maka dia dilarang daripada
memakai bau-bauan
Qaliyubi pula menyatakan Bagi wanita yang kematian suami, semasa iddah, maka haram baginya memakai bau-bauan
Beberapa Hadis Rasulullah saw sebagai panduan


Siapa saja di antara wanita yang menanggalkan pakaian-nya di selain rumah suaminya, maka ia telah mengoyak tirai
pelindung antara dirinya dan Allah Azza wa Jalla.


Permisalan wanita yang berhias untuk selain suaminya, adalah bagaikan kegelapan pada hari kiamat, tidak ada cahaya
baginya.
Maksudnya adalah wanita yang berlenggak-lenggok ketika berjalan dengan menarik pakaiannya, akan datang pada hari kiamat
dalam keadaan hitam dan gelap, bagaikan berlenggak-lenggok dalam kegelapan. Dan hadits ini walaupun lemah, tetapi artinya
benar, karena kenikmatan dalam maksiat adalah siksaan, wangi-wangian akan menjadi busuk dan cahaya menjadi kegelapan.
Kebalikan dari taat, bahwa bau mulut orang yang berpuasa dan darah orang yang mati syahid lebih harum di sisi Allah dari bau
minyak kasturi."


Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepala mereka bagaikan punuk unta,
laknatlah mereka karena mereka adalah wanita-wanita yang pantas dilaknat. Di antara larangan di dalam Islam ke atas wanita
ialah memakai bau-bauan yang berlebihan. Islam melarang wanita memakai wangi-wangian semasa keluar dari rumah, kerana
dikhuatiri baunya tercium oleh lelaki.
Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Setiap mata berzina, seorang wanita bila memakai bau-bauan ,
kemudian dia lalu di hadapan orang pada suatu majlis, maka wanita itu (sama dengan) berzina. (Riwayat Ahmad dalam
musnadnya, dan oleh Tirmizi dari Abu Musa Al-Asyari)
Suasana pada hari ini kita dapat lihat ramai dari kalangan wanita yang memakai wangi-wangian apabila keluar dari rumah untuk
ke tempat kerja dan sebagainya. Sedangkan mereka mungkin ada yang sedar dan ada yang tidak sedar bahawa minyak wangi
yang dipakai jika tercium atau terhidu oleh lelaki yang bukan mahramnya maka hukumnya adalah haram dan dikatakan oleh
Hadis di atas sama macam orang yang berzina.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa di antara wanita yang memakai harum-haruman, kemudian dia lalu di
hadapan orang ramai supaya tercium bau harumnya, maka wanita itu (sama dengan) berzina. (Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan
lain2 lagi. Kata Tirmizi Hadis ini sahih)
Kata Ibu Hajar dalam Azzawajir, bila wanita keluar rumah memakai haru-haruman dan berhias (berlebihan) maka itu
termasuk dosa besar sekalipun diizinkan oleh suaminya.

Kesimpulan:
Semua orang ingin kelihatan cantik dan menarik, sama ada lelaki atau perempuan. Lelaki tidak boleh berhias dengan
menggunakan alat-alat solekan perempuan. Lelaki kelihatan kemas dan menarik melalui penampilan diri atau pakaian mereka.
Segala hadis yang dinyatakan di atas adalah berkenaan dengan larangan kepada golongan wanita dan tidak kepada lelaki. Oleh
itu, lelaki dibolehkan menggunakan wangian yang sesuai, tetapi bukan bertujuan menunjuk-nunjuk, manakala wanita tidak
harus menggunakannya untuk menarik perhatian orang lain agar memandang kepadanya. Tetapi harus menggunakannya hanya
sekadar inging menghilangkan bau busuk badan agar disenangi oleh masyarakat sekeliling.

Anda mungkin juga menyukai