Anda di halaman 1dari 2

Polisi satu anak di China yang diperkenalkan pada tahun 1980 mempunyai kebaikan dan keburukannya.

Kebaikannya, populasi penduduk dapat dikawal supaya tidak berlebihan dan bilangan penduduk yang
hidup dalam kemiskinan dapat dikurangkan.
Kini selepas 32 tahun polisi itu diperkenalkan, kira-kira sejuta keluarga telah kehilangan satu-satunya
pewaris keturunan mereka akibat kematian. Manakala dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang,
antara empat hingga tujuh juta keluarga di China dijangka mengalami nasib yang sama.
Sedangkan polisi itu menyebabkan seorang anak akan menyara ibu bapanya dan empat orang datuk dan
neneknya. Namun jika anak itu mendapat kecelakaan yang membawa kecacatan kekal atau mati,
kebajikan ibu bapa dan datuk serta neneknya akan terabai begitu sahaja.
Setakat ini, Undang-Undang Kebangsaan 2001 mewajibkan kerajaan-kerajaan tempatan menyalurkan
bantuan kepada keluarga-keluarga yang kehilangan satu-satunya anak mereka. Bagaimanapun, tiada
maklumat lanjut mengenainya.
Pelaksanaan polisi juga berbeza mengikut wilayah. Sichuan membenarkan keluarga memohon
kebenaran untuk memiliki seorang lagi anak manakala Shanghai mensyaratkan sejumlah wang perlu
dibayar untuk anak kedua.
"Peraturan sentiasa ada tetapi tidak memberi sebarang erti," kata Yi Fuxian, ahli akademik yang
berpusat di AS yang mengkritik polisi satu anak melalui bukunya, Big Country in an Empty Nest.
Yi juga menyatakan, berdasarkan statistik rasmi, kira-kira 4.63 peratus keluarga satu anak dengan
jumlah keseluruhan 218 juta dijangka kehilangan anak lelaki atau perempuan apabila mencapai usia 25
tahun.
Yi dan penyelidik demografi lain mendesak China membantu keluarga-keluarga itu dan sekali gus
memansuhkan polisi satu anak dengan serta merta.
Menurut anggaran bancian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 30 peratus penduduk China akan
berusia 60 tahun atau lebih pada tahun 2050.
Bagaimanapun, Ketua Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Populasi Negeri, Li Bin memberitahu,
China bercadang untuk mengekalkan dan memperperbaiki langkah-langkah yang ada serta memahami
keperluan yang dikehendaki oleh populasi warga tua.
Pada masa ini, terdapat beberapa pengecualian pada polisi satu anak iaitu melibatkan petani yang
melahirkan anak perempuan, pasangan yang berketurunan etnik minoriti dan ibu bapa yang juga
merupakan anak tunggal dalam keluarga masing-masing.
Bagi Gu Baochang, profesor di Universiti Renmin, Beijing, pihak berkuasa telah dapat mengesan
masalah-masalah yang timbul daripada polisi satu anak apabila generasi pertama ibu bapa itu telah
mencapai usia tua.
Bagaimanapun dia memberi amaran, mereka sepatutnya bertindak bertahun-tahun dahulu kerana
bahaya berkaitan demografi hanya dapat dilihat selepas lama masa berlalu.





Menurutnya, Jawatankuasa Kependudukan dan Perancangan Keluarga wilayah itu memberi kelonggaran kepada
pasangan yang anak mereka terbunuh, cedera parah atau hilang upaya dalam gempa bumi itu untuk mendapatkan
seorang anak lagi.
Umumnya, rakyat China melihat polisi satu anak ini telah memberi manfaat dari segi ekonomi dan meningkatkan
kesihatan serta kebajikan wanita dan kanak-kanak. Bahkan, sebahagian besarnya bersetuju dengan polisi ini
memandangkan bandar-bandar di China semakin hari semakin sesak dengan pertambahan penduduk.
Selain itu, masalah kesempitan hidup dan kos sara hidup yang tinggi khususnya untuk membesarkan anak-anak
menjadikan sebahagian besar rakyat China beranggapan polisi ini masih relevan.
Namun pada masa sama, ada segelintir pihak berpendapat, polisi 'satu anak menjamin kanak-kanak akan lebih dijaga
dan dididik' sebenarnya memberi tekanan kepada sistem negara jika ia tidak diubah.
Ini kerana sebahagian besar penduduk China yang semakin tua akan memberi tekanan kepada sistem negara yang
masih belum sempurna.
Polisi tersebut yang memperuntukkan denda yang tinggi bagi sesiapa sahaja yang mempunyai anak lebih daripada
seorang, turut menimbulkan kebimbangan tentang perbezaan nisbah antara golongan lelaki dan perempuan muda.
Terdapat kebimbangan mengenai ketidakseimbangan demografi dan jantina dan kesan-kesan psikologi bagi generasi
kanak-kanak khususnya kanak-kanak lelaki yang dianggap sebagai 'maharaja kecil' dalam sesebuah keluarga.
Ada juga pandangan yang mengatakan bahawa polisi ini bertentangan dengan dasar Presiden Mao Zedong kerana
presiden pertama Republik Rakyat China itu pernah menyebut; "Dalam semua benda di dunia, manusia adalah
paling utama. Lebih besar penduduk, bermakna lebih banyak tenaga kerja."


Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re
_05.htm#ixzz3EfPrZxtk
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai