Anda di halaman 1dari 8

SCCA 1013

PENGANTAR KOMUNIKASI
1


KEPENTINGAN KOMUNIKASI TERHADAP MASYARAKAT
Komunikasi merupakan satu proses yang memainkan peranan penting didalam
kehidupan kita. dan menjadi perantaraan yang digunakan didalam kehidupan manusia seharian
bagi mencapai objektiif yang tersendiri. Sejak dari awal tamadun lagi manusia telah
berkomunikasi iaitu kebanyakannya selain daripada dalam bentuk lisan adalah melalui tulisan
dan lakaran pada dinding-dinding gua. Melalui proses komunikasi ini manusia dapat berkongsi
maklumat dan ianya sentiasa berlaku berterusan seolah-olah tiada permulaan dan
pengakhirannya. Persoalannya, mengapa kita masih lagi perlu belajar bidang komunikasi?
Komunikasi adalah interaksi yang berlaku samaada dalam diri kita ataupun dengan orang lain.
Menurut Smith (1966), komunikasi adalah satu rangkaian halus yang digunakan oleh manusia
untuk berinteraksi mengawal antara satu sama lain dan memperolehi kefahaman (Asiah Bt Ali &
Co., 2008). Mengikut fahaman Abdul Aziz Yusof (2003) pula, komunikasi adalah proses yang
melibatkan penyampaian idea dan perasaan kepada pihak lain (Abdul Aziz Yusuf, 2003).
Dengan kata lain, komunikasi adalah proses interaksi manusia untuk mengawal, memahami,
menyampaikan idea dan perasaan ataupun menyampaikan maklumat dari suatu pihak kepada
pihak yang lain.
Komunikasi terdiri daripada empat komponen utama iaitu bermula daripada; sumber,
dimana orang yang mempunyai ataupun membawa suatu maklumat; maklumat ataupun mesej
yang hendak disampaikan; saluran yang digunakan untuk menyampaikan



SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI
2


maklumat tersebut; dan akhir sekali adalah penerima iaitu pihak yang menerima mesej tersebut.
Dalam hal ini, apabila maklumat berjaya disampaikan oleh sumber kepada penerima, dan
penerima berjaya melakukan seperti apa yang disampaikan oleh sumber, maka suatu
komunikasi tersebut akan dianggap berjaya.
Seperti yang telah didefinisikan, komunikasi bertujuan untuk menyampaikan maklumat
samaada berbentuk perasaan, idea mahupun sikap seseorang kepada seseorang yang lain.
Antara tujuannya yang lain adalah untuk memahami serta memberi dorongan kepada diri
sendiri sebagai motivasi untuk lebih maju kehadapan. Dengan itu, dapatlah kita membahagikan
komunikasi kepada dua jenis iaitu komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal.
Secara ringkasnya, komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang melibatkan dua orang
atau lebih dalam menyampaikan suatu maklumat dari suatu pihak kepada pihak yang satu lagi.
Manakala komunikasi intrapersonal pula adalah komunikasi yang berlaku dalam diri kita sendiri
iaitu dalam bentuk bermonolog ataupun bercakap dengan diri sendiri. Menurut Aliza Abu
Kassim, seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya sedang
berkomunikasi dengan dirinya sendiri (Aliza Abu Hassim, 2008).
Namun, apakah kepentingan atau fungsi utama komunikasi? Mengapakah komunikasi
diperlukan dalam kehidupan seharian seseorang? Kepentingan atau fungsi-fungsi utama
komunikasi adalah menyampaikan idea dan perasaan, bekerja secara berkumpulan,
meningkatkan keyakinan diri dan mengeratkan hubungan sesama manusia. Tanpa
berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita, kita akan kesunyian, tidak dapat
mengembangkan idea, tiada istilah kerja berkumpulan dan tiadanya hubungan sesama
manusia.

SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI
3



Dalam menyampaikan idea atau meluahkan perasaan dan emosi, seseorang perlulah
berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya. Hal ini kerana, sekiranya kita tidak berkomunikasi
dengan orang lain, maka sukar untuk orang lain memahami apa-apa kehendak kita. Dengan
komunikasi juga, kita dapat membentuk personaliti, kerjaya, dan kehidupan sosial seiring
dengan budaya di sekeliling kita (Julia T. Wood, 2012). Selain itu juga, komunikasi dengan
orang di sekeliling kita mampu untuk meningkatkan tahap kesihatan kita. Hal ini kerana,
manusia akan dapat mengurangkan stress dengan meluahkan perasaan dan emosi mereka.
Menurut Belluck dalam petikan artikel beliau dalam akhbar New York Times, 2008 berjudul
Strangers May Cheer You Up, Study Says; interaksi dari kawan-kawan, sanak-saudara dan
jiran tetangga mampu mempengaruhi keceriaan dan kebahagiaan seseorang (Julia T. Wood,
2012).
Antara fungsi komunikasi yang lain adalah bekerja secara berkumpulan. Kerja
berkumpulan memerlukan komunikasi antara manusia dan untuk berkomunikasi perlu ada
interaksi sesama manusia. Tanpa interaksi, satu kumpulan manusia bukanlah sebuah
kumpulan (Ronald B. Adler & George Rodman, 2003). Jelas di sini, seseorang memerlukan
komunikasi untuk berada dalam satu kumpulan. Seseorang yang ingin merasa dirinya berada
dalam kumpulan yang dimasukinya (sense of belonging), hendaklah mempunyai hubungan
yang baik dalam kalangan ahli kumpulannya (Ronald B. Adler & George Rodman, 2003). Maka
dengan itu, kita hendaklah sentiasa menjaga komunikasi sesama ahli kumpulan. Lebih-lebih
lagi ahli baru, hendaklah menjaga tutur katanya sebagai ahli baru dan memberi kerjasama yang
penuh dalam melaksanakan matlamat yang menjadi panduan sesebuah kumpulan atau
organisasi.
SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI
4





Setiap kali kita berkomunikasi dengan orang lain, keyakinan diri kita akan bertambah
secara tidak langsung. Fungsi yang ketiga ini telah dibuktikan oleh Shuttuck, 1980; yang
merupakan seorang psikitari, mengatakan kanak-kanak yang dipinggirkan oleh orang di
sekelilingnya untuk jangkamasa yang lama tidak mempunyai keyakinan diri dan mempunyai
masalah dari segi pembangunan mental, psikologi dan ada segelintirnya mempunyai masalah
percakapan ataupun bahasa (Julia T. Wood, 2012). Dapat kita simpulkan di sini, seseorang
perlu bergaul dan berkomunikasi dengan orang di sekeliling supaya dapat memberi dorongan
dan keyakinan kepada dirinya sendiri di samping membantu diri sendiri memperbaiki
penggunaan bahasa dengan orang di sekeliling kita. Jelaslah di sini, komunikasi juga berfungsi
sebagai agen yang membentuk keyakinan diri kepada seseorang.
Fungsi yang terakhir adalah sebagai pengerat kepada hubungan sesama manusia.
Dalam ketiga-tiga fungsi yang telah dijelaskan, nyata komunikasi diperlukan untuk berinteraksi
dengan orang di sekeliling. Justeru itu, fungsi yang keempat ini bertujuan untuk menegaskan
bahawasanya komunikasi berfungsi sebagai jambatan untuk mengeratkan hubungan sesama
manusia. Hubungan komunikasi yang baik akan memudahkan kita untuk meminta dan memberi
pertolongan dengan orang di sekeliling. Kelebihan dari segi hubungan komunikasi yang baik
bukan sahaja mampu memberi kemudahan kepada kita, bahkan kita sesama manusia dapat
memperbaiki apa-apa perkara yang kurang, mengeratkan ikatan silaturrahim yang telah terjalin
dan juga mampu untuk mengelakkan dari terputusnya hubungan yang sedia ada.
SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI
5





Komunikasi adalah satu simbolik untuk memulakan suatu perhubungan. Ia menjadi
permulaan untuk kita mula berinteraksi dengan orang di sekeliling kita. Tanpa komunikasi kita
akan hidup bersendirian dan tidak dapat mengembangkan idea. Kita juga akan menjadi anti
sosial dan kurang gemar berada di tempat yang ramai. Kesukaran untuk berinteraksi dengan
orang lain akan menyusahkan kita untuk menyesuaikan diri di mana-mana sahaja kita berada.
Maka dengan itu ditegaskan, berkomunikasi adalah sangat penting kepada seseorang. Mahu
tidak mahu kita hendaklah meringankan mulut untuk bercakap atau bertanya supaya kita tidak
dipinggirkan. Paling penting, pastikan diri kita mengikut budaya yang telah diterapkan dalam
masyarakat di sekeliling, supaya kita diterima oleh mereka.

KOMUNIKASI BERSEMUKA : KELEBIHAN DAN HALANGANNYA
Komunikasi bersemuka merupakan bentuk komunikasi yang mempunyai banyak
kelebihan. Antaranya, maklumat dapat disampaikan dengan lebih jelas dan tepat kerana ada
tindak balas segera antara penyampai dan penerima. Segala masalah atau ketidakfahaman
dapat dibetulkan pada masa yang sama secara tidak langsung mengelakkan kesulitan di masa
akan datang.
Selain itu, komunikasi bersemuka dapat mengeratkan hubungan terutamanya
melibatkan dalam masyarakat itu sendiri. Misalnya perbincangan formal seperti mesyuarat atau
SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI
6

tidak formal seperti perbualan yang dilakukan secara bersemuka adalah lebih berkesan. Hal ini
kerana komunikasi bersemuka dapat menyatakan perasaan dengan lebih mudah selain idea
utama yang ingin disampaikan. Proses confront seperti memujuk dapat dilakukan dengan lebih
baik jika dilakukan secara bersemuka.

Komunikasi bersemuka turut mempunyai beberapa halangan yang mengekang
fungsinya. Antaranya ialah penyampaian yang lemah. Semasa komunikasi berlaku,walaupun
idea didalam fikiran pengirim telah jelas tetapi disebabkan oleh penyampaian dari segi
perkataan yang tidak tepat atau tidak boleh difahami akan menjadi punca kepada kegagalan
komunikasi.. Ketidakupayaan penyampai untuk menerangkan maksud yang ingin disampaikan
secara jelas ini mungkin berlaku disebabkan oleh eksperasi penyampai yang tidak tepat,
kurang perhatian dipihak penerima dan juga penggunaan bahasa yang sukar difahami
(Robbins, 1984). Menurut Rizt (1994), apabila maksud maklumat yang diterima oleh penerima
berbeza dengan maklumat yang cuba disampaikan oleh penyampai maklumat, maka kegagalan
komunikasi telah berlaku. Kesilapan penerimaan maksud penyampai seringkali disebabkan oleh
penyampaian yang lemah.
Selain itu, faktor geografi atau jarak juga menjadi halangan dalam komunikasi
bersemuka. Apabila jarak antara penyampai dan penerima jauh, Ini memungkinkan kegagalan
komunikasi berlaku. Menurut Fyrer (1997), apabila kedudukan kontraktor dengan perunding
terpisah disebabkan jarak dan juga pengurusan tapak bina terpisah disebabkan factor yang
sama, ini boleh menyumbangkan kepada kegagalan komunikasi. Ini kerana dengan
kedudukan penyampai dan penerima yang jauh, secara tidak langsung akan menyukarkan
komunikasi lisan yang boleh berlaku dalam dua arah.

SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI
7






KESIMPULAN
Komunikasi adalah satu simbolik untuk memulakan suatu perhubungan. Ia menjadi
permulaan untuk kita mula berinteraksi dengan orang di sekeliling kita. Tanpa komunikasi kita
akan hidup bersendirian dan tidak dapat mengembangkan idea. Kita juga akan menjadi anti
sosial dan kurang gemar berada di tempat yang ramai. Kesukaran untuk berinteraksi dengan
orang lain akan menyusahkan kita untuk menyesuaikan diri di mana-mana sahaja kita berada.
Maka dengan itu ditegaskan, berkomunikasi adalah sangat penting kepada seseorang. Mahu
tidak mahu kita hendaklah meringankan mulut untuk bercakap atau bertanya supaya kita tidak
dipinggirkan. Paling penting, pastikan diri kita mengikut budaya yang telah diterapkan dalam
masyarakat di sekeliling, supaya kita diterima oleh mereka.







SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI
8








RUJUKAN

Abdul Aziz Yusuf. (2003). Komunikasi untuk pengurus. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributor Sdn. Bhd.
Aliza Abu Hassim. (2008). Komunikasi Berkesan. Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Bil 2/2008 (pp. 1-70). Kuala Lumpur: Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar.
Asiah Bt Ali & Co. (2008). Peranan komunikasi dalam hubungan kekeluargaan. Seminar
Kaunseling Kekeluargaan (pp. 82-89). Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Fryer. B. (1997). The practice of construction management. Blackwell
Science Ltd

Julia T. Wood. (2012). Communication in our lives. Canada: Wadsworth Cengage Learning.
Rizt , G. J. (1994). Total construction project management. McGraw-Hill, Inc.

Robbins, S. P.(1984). Management : concept and practice. Prentice Hall Inc.

Ronald B. Adler & George Rodman. (2003). Understanding human communication. New York:
Oxford University Press.