Anda di halaman 1dari 8

1

Pendidikan
Jasmani Dan
Kesihatan
Oktober 2014
(60 minit)

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
OKTOBER 2014
TAHUN 5

Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJK)
Satu jam (60 minit)


NAMA : _______________________________________________________
TAHUN : ________________________


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan hendaklah ditanda pada kertas objektif yang diedarkan.


Kertas ini mengandungi tujuh halaman bercetak




2

Arahan am: Tiap-tiap soalan atau pernyataan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B,
C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda
pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

1. Komponen asas kecergasan fizikal terbahagi kepada iaitu
A. Koordinasi dan kelajuan
B. Daya tahan otot dan daya tahan kardiovasular
C. Kesihatan dan kemahiran
D. Ketangkasan dan kuasa

2. Sebelum melakukan aktiviti kecergasan,kita perlu melakukan aktiviti ______________

A. lompat bintang
B. menyejukkan badan
C. memanaskan badan
D. berlari keliling padang





3. Aktiviti-aktiviti di bawah bukan aktiviti yang melibatkan daya tahan kardiovaskular
KECUALI

A. melakukan senamrobik secara berterusan
B. tekan tubi atas meja
C. mengilas badan
D. dirian bangau

4. Melakukan aktiviti bangkit tubi dan tekan tubi dapat meningkatkan _____________

A. kekuatan
B. keseimbangan
C. daya tahan otot
D. daya tahan kardiovaskular

5. Berikut adalah berkaitan dengan imbangan KECUALI

A. mengilas badan
B. dirian skala
C. imbangan skala Y
D. putaran roda

6. Aktiviti melambung bola,lompat,tepuk dan sambut bola kecil adalah aktiviti yang berkkaitan
dengan _______________

A. ketangkasan
B. kecergasan
C. koordinasi
D. komposisi tubuh badan
Daya tahan kardiovasular adalah kecekapan jantung mengedarkan darah ke seluruh
tubuh dan membolehkan kita melakukan aktiviti fizikal dalam tempoh lama.
3

7. - sentuh lutut
- pijak belon
Aktiviti-aktiviti di atas adalah berkaitan dengan _______________

A. kelenturan
B. ketangkasan
C. daya tahan otot
D. masa tindak balas

8. Lari pecut 30 meter dan lari berganti-ganti 50 meter adalah aktiviti untuk meningkatkan

A. kelajuan
B. kepantasan
C. kuasa
D. keseimbangan

9. Untuk meningkatkan kepantasan dan kelajuan,kita perlu melakukan senaman seperti berikut
KECUALI

A. skip dan tukar arah
B. lari pecut 30 meter
C. meniti atas kayu kecil
D. pijak kaki berpasangan

10. Berikut adalah peraturan yang perlu dipatuhi ketika melakukan aktiviti di padang KECUALI

A. memakai pakaian dan kasut yang sesuai
B. sentiasa mendengar dan mematuhi arahan guru
C. menggunakan alatan sukan yang telah rosak
D. bermain di kawasan yang telah ditetapkan oleh guru

11. Berikut adalah alatan yang digunakan dalam permainan softbol KECUALI

A. bet
B. pendakap gigi
C. topi keselamatan
D. glof

12. Kemahiran asas dalam permaian softbol adalah ____________

A. membaling, menangkap, memukul dan menampan, pitching
B. membaling, memukul dan menampan , menyepak
C. membaling, melempar, menagkap, menyambut
D. membaling, memukul dan menampan, menyepak, menangkap

13. Terdapat tiga jenis teknik dalam kemahiran menangkap dalam permainan softbol KECUALI

A. menerima bola di tapak
B. menangkap bola tinggi
C. menangkap bola leret
D. menerima bola di atas
4

14. Berikut adalah kemahiran asas dalam permainan badminton KECUALI

A.memegang raket
B. menghantar bulu tangkis
C. melakukan servis
D. melakukan pukulan

16. Terdapat dua cara melakukan servis dalam permainan badminton iaitu _____________

A. servis bawah dan servis kilas
B. servis sisi dan servis kilas
C. servis hadapan dan servis bawah
D. servis hadapan dan servis kilas

17. Berikut antara kesilapan semasa melakukan servis KECUALI

A. kedudukan kaki statik semasa melakukan servis
B. kedudukan kaki beralih semasa melakukan servis
C. bulu tangkis dipukul di atas aras pinggan
D. kedudukan kepala dan pemegang raket selari semasa menyentuh bulu tangkis

18. Terdapat beberapa jenis pukulan dalam permainan badminton antaranya adalah

I Pukulan hadapan bawah lengan
II Pukulan hadapan atas lengan
III Pukulan kilas
IV Pukulan lob
V Pukulan smesy

A. I, II, III dan V
B. II, III, IV dan v
C. I, III, IV dan V
D. III, IV dan V

19. Antara keselamatan yang perlu diambil semasa melakukan pukulan junam (drop shot) dalam
permainan badminton adalah

A. berebut-rebut ketika memukul bulu tangkis
B. mendarat dengan meluruskan lutut semasa melompat
C. membaling raket kepada pihak lawan
D. memegang raket dengan kemas

20. Padanan alatan dan aktiviti sukan di bawah adalah benar KECUALI

A. kayu hoki untuk sukan hoki
B. bola untuk bola sepak
C. kasut spike untuk sukan 4 x 100 meter
D. gelung rotan untuk sukan bola jaring





5

21. Bet, adang muka, pelindung dada, ball guard dan pelindung kaki adalah antara alatan untuk
permainan

A. hoki
B. bola sepak
C. softbal
D. ragbi

22. Tokoh-tokoh di bawah adalah pemain badminton yang banyak menabur jasa kepada negara
KECUALI

A. Datuk Punch Gunalan
B. Datuk Lee Chong Wei
C. Hafiz Hashim
D. Datuk Nicol David

23. Penggunaan alatan sukan terbahagi kepada dua iaitu semasa acara balapan dan acara padang.
Antara berikut merupakan langkah yang perlu diambil semasa berada di acara balapan
KECUALI

A. Papan pagar kukuh pada besi penyokong
B. Getah pelapik blok permulaan dalam keadaan elok dan permukaan tidak terkoyak
C. Spike tidak koyak dan menggunakan saiz paku yang sesuai dengan acara dan permukaan
balapan
D. Papan lonjak kukuh,rata dan jelas dilihat

24. Keselamatan yang perlu diambil semasa di acara padang adalah

A. Baton yang digunakan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan
B. Berlari dalam lorong yang telah ditetapkan
C. Palang tidak bengkok dan tiang kukuh serta tidak berkarat
D. Tidak menjatuhkan baton semasa fasa penukaran baton

25. Seseorang remaja perempuan akan mengalami ______________ sebagai tanda dia telah
mengalami proses akil baligh

A. ihtilam
B. haid
C. keguguran
D. pertumbuhan janggut

26. Seseorang remaja lelaki akan mengalami proses akil baligh apabila mengalami __________

A. pembesaran punggung
B. suara garau
C. ihtilam
D. haid






6

27. Berikut adalah perubahan fizikal semasa akil baligh bagi seorang remaja perempuan
KECUALI

A. pertumbuhan payu dara dan pembesara punggung
B. tumbuh bulu pada bahagian ari-ari dan ketiak
C. mula ditumbuhi jerawat
D. bahu dan dada menjadi bidang

28. Selepas mengalami ihtilam,kita hendaklah

A. membersihkan anggota badan dan menggantikan pakaian yang telah kotor dengan
pakaian yang bersih
B. menukarkan tuala wanita dengan tuala yang baru mengikut keperluan
C. membersihkan kotoran pada tuala dengan air
D. membersihkan kemaluan sebelum menggunakan tuala baru

29. Berikut merupakan penyakit tidak berjangkit KECUALI

A. HIV
B. asma
C. penyakit jantung
D. diabetis

30. Karies gigi adalah masalah gigi berlubang. Masalah ini berlaku akibat tindak balas antara
bakteria dengan makanan bergula di permukaan gigi. Antara langkah pencegahan bagi karies
gigi adalah

A. mengekalkan berat badan unggul
B. pengambilan gula harian setiap hari
C. membuat pemeriksaan gugu secara berkala setiap dua bulan sekali
D. memberus gigi mengikut cara yang betul

31. Terdapat beberapa jenis kumpulan makanan antaranya adalah

A. kabohidrat, lemak, vitamin dan mineral
B. karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral
C. protein, vitamin dan mineral, nutrien
D. lemak, vitamin dan mineral, nutrien

32. Pernyataan manakah yang tidak benar

A. karbohidrat - nasi, gandum, oat
B. vitamin - minyak, mentega,
C. lemak - marjerin, santan
D. protein - ikan, ayam, daging

33. Apakah khasiat jika kita banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran

A. memelihara fungsi tubuh dan menjauhkan penyakit
B. membantu proses tumbesaran
C. memberi tenaga
D. membekalkan haba

7

34. Keburukan merokok, mengambil alkohol, dadah dan menghidu bahan-bahan tertentu adalah
seperti berikut KECUALI

A. mengalami ketagihan yang melampau
B. menimbulkan masalah dan mengakibatkan keruntuhan keluarga
C. maruah diri dan masyarakat terpelihara
D. menyebabkan kebakaran

35. Dalam sukan reakrasi, aktiviti yang menggunakan peta dan kompas disebut _______

A. orienteering
B. pelayaran
C. meluncur
D. merempuh halangan

36. Alatan berikut digunakan untuk menyelamat di air KECUALI

A. tali panjang
B. pelampung
C. tiub tayar
D. telefon bimbit

37. Dalam aktiviti bersukan, kita boleh memupuk _______________

A. rasa benci
B. semangat rendah diri
C. semangat kesukanan
D. rasa marah

38. Dalam sesebuah keluarga perlulah ada ketua keluarga yang dipanggil _________________

A. bapa mertua
B. bapa
C. pakcik
D. datuk

39. Air yang bertakung boleh menyebabkan __________________ membiak

A. nyamuk
B. lalat
C. kucing
D. tikus

40. Keselamatan yang perlu diambil ketika banjir adalah seperti berikut KECUALI

A. Selamatkan dokumen penting seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan
B. Tutup semua suis
C. Bermain air ketika banjir
D. Dengar dan ikut arahan pihak berkuasa



*SOALAN TAMAT*
8

Anda mungkin juga menyukai