Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROGRAM MAKAN MALAM AMAL

PIBG & BEKAS PELAJAR SKPP SEMPENA


AIDILFITRI 2014


Pada 23 Ogos 2014 yang lalu, PIBG SKPP dengan kerjasama AJK Penaja serta pihak
sekolah telah mengadakan satu program Makan Malam Amal PIBG & Bekas Pelajar
SKPP sempena Aidilfitri 2014. Jamuan makan malam ini diadakan dengan tujuan
mengumpul dana PIBG bagi membantu program kecemerlangan pelajar SKPP. Selain
itu juga ianya bertujuan menghubungkan dan mengeratkan silaturahim antara warga
sekolah dan bekas pelajar sekolah ini. Majlis ini turut diserikan lagi dengan
kehadiran Datuk Hassan Bin Abd Rahman selaku Exco Pertanian dan Pembangunan
Usahawan Negeri Melaka merangkap ADUN kawasan Sungai Rambai. Alhamdulillah
majlis ini dapat berlangsung dengan lancar dan turut dimeriahkan lagi dengan
kehadiran bekas-bekas guru yang pernah menabur khidmat bakti di sekolah ini.
Sesungguhnya dengan kehadiran tetamu yang mencecah 450 orang pada malam itu,
tujuan dan objektif yang dihasratkan dapat dicapai. Berikut adalah gambar-gambar
yang dapat diambil sekitar majlis ini berlangsung.