Anda di halaman 1dari 2

5.

2
Kesimpulan
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa tahap kemahiran pensyarahJabatan
Pengajian Am, Politeknik Merlimau terhadap penggunaan ICT pada tahap yangtinggi dalam
kemahiran pengguaan program Microsoft power point, Microsoft worddan Microsoft Excel. Hal
ini demikan kerana, ketiga-tiga program ini kerap digunakandalam penyediaan p&p dan tugasan.
Namun demikian, kajian ini membuktikankemahiran para pensyarah JPA masih berada pada
tahap rendah dalam penggunaan program Flash Multimedia, Software High Class dan
CIDOS.Manakala kemahiran penggunaan program Adobe Reader masih berada padatahap
sederhana. Oleh yang demikian, para pensyarah perlu meningkatkan lagikemhairan penggunaan
program tersebut. Dapatan ini juga menunjukkan bahawakemahiran para pensyarah di JPA
dalam penggunaan network berada pada tahap mahir.Ini dapat dibuktikan dengan peratusan
penggunaan yang tinggi dalam penggunaan e-mel,Yahoo Messenger, face book dan you tube.
Namun begitu, penggunaan Skypemenunjukkan para pensyarah JPA masih berada pada tahap
yang sederhana.Keputusan kajian juga menunjukkan semua responden berkemahiran
dalammengendalikan penggunaan komputer riba, penggunaan digital kamera dan CD-
RomManakala penggunaan LCD Projektor dan Digital Scanner adalah pada tahap
yangsederhana. Walau bagaimanapun, para pensyarah masih memerlukan pendedahantentang
kemahiran penggunaan I Pad dan Video Conference kerana kajianmembuktikan kemahiran
penggunaan kedua-dua peralatan ini masih berada pada tahaprendah.Dari aspek kekerapan
penggunaan peralatan ICT pula, didapati para pensyarahJPA kerap menggunakan program
Microsoft power point, Microsoft Word danMicrosoft Excel. Sementara kekerapan penggunaan
Flash Multimedia, Software HighClass dan CIDOS di kalangan pensyarah JPA adalah pada
tahap yang rendah. Hasilkajian juga menunjukkan pensyarah JPA kerap menggunakan e-me,
yahoo messenger,face book dan you tube bagi tujuan melaksanakan tugasan dan p&p.
Dapatan kajian juga menunjukkan kekerapan pensyarah yang menggunakankomputer riba pada
tahap yang tinggi. Manakala kekerapan penggunaan LCD projector,digital kamera dan CD-ROM
adalah pada tahap sederhana. Kekerapan penggunaanDigital Scanner dan Video Conference di
kalangan pensyarah adalah pada tahap yangrendah. Hasil dapatan kajian jelas menunjukkan
kekerapan pensyarah yangmenggunakan I Pad adalah pada tahap yang sangat rendah.Hasil kajian
membuktikan bahawa pensyarah JPA menerima secara positif terhadap penggunaan ICT dalam
p&p. Mereka bersetuju bahawa penggunaan ICTuntuk pembelajaran akan dapat memotivasikan,
menyeronokkan serta mendorongmereka mencuba sesuatu yang baru. Secara tidak langsung
penggunaan ICT dapatmewujudkan pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar. Ini
bertepatan dengan pendapat Dick & Reiser (1989) yang mana menegaskan bahawa pembelajaran
berkesanadalah pembelajaran yang menyeronokkan. Mereka juga bersetuju bahawa
penggunaanICT dapat memudahkan proses pembelajaran, menggalakkan interaksi, serta
dapatmemantapkan penguasaan bahasa dan aktiviti komunikasi.Dapatan kajian yang telah
dilakukan telah mengenal pasti beberapa faktor halangan terhadap penggunaan ICT. Antara
halangan tersebut ialah peralatan yangterhad, peralatan yang tidak berfingsi atau rosak,
pembelian peralatan perkasaan dan perisisan yang mahal, kemahiran penggunaan ICT yang
terhad, kekangan masa dalam penyediaan bahan pengajaran, kes penipuan dan peniruan hasil
kerja pelajar lain,gangguan tumpuan terhadap pelajar dan kelas yang kurang sesuai untuk
pancaranvisual. Hal ini menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya pelajar, pensyarah,
pentadbir politeknik dan Bahagian Pengurusan Politeknik, Kementerian PengajianTinggi
Malaysia untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Seterusnya dapatmewujudkan warga
politeknik yang berkemahiran dalam ICT sekaligus memenuhihasrat kerajaan bagi melahirkan
tenaga kerja yang berdaya saing, kompeten, progresif,dinamik dan bersifat glokal.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullahdan Hazman Bin
Ali dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia terhadapPenggunaan Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru
Sekolah Kebangsaan mendapati bahawa daripada penyelidikan ini menunjukkan tahap
pengetahuan ICT di kalangan guru adalah agak tinggi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, tetapi tahap kemahiran ICT di kalangan guru-guru pula adalah rendah.Guru juga
mempunyai sikap yang positif dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Hasil kajian juga turut menunjukkan bahawa para guru disekolah ini tidak
mengalami masalah yang serius untuk menggunakan ICT dalam pengajaran mereka.
Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah& Hazman Bin Ali, (2008),
PenggunaanTeknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah
Kebangsaan.
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia. Johor Bahru.Tesis Sarjana Muda.

Anda mungkin juga menyukai