Anda di halaman 1dari 7

Solat (bahasa Arab: ; pl. alawt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam.

Solat
terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5
kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam,
iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.
Isi kandungan
[sorok]
1 Waktu-waktu solat
2 Syarat wajib solat:
3 Syarat sah solat:
4 Perkara-perkara yang membatalkan solat:
5 Rukun Solat
6 Perkara-perkara sunat semasa solat
7 Perkara-perkara makruh semasa solat
8 Persediaan sebelum menunaikan solat
9 Perkara yang boleh dilakukan selepas melangsaikan solat
10 Lihat juga
11 Rujukan
12 Pautan luar
[sunting]Waktu-waktu solat
Rencana utama: Waktu Solat
Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat
bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda
sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega
merah telah hilang.
Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.
Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.
[sunting]Syarat wajib solat:
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan
[sunting]Syarat sah solat:
1. Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
3. Menutup aurat.
4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
5. Yakin masuk waktu solat.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi -
misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati
syarat sah solat)
[sunting]Perkara-perkara yang membatalkan solat:
1. Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
3. Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.
[1]

4. Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
6. Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10. Meninggalkan rukun solat.
11. Murtad
[sunting]Rukun Solat
Rencana utama: Rukun Solat
Rukun solat ada 13:
1. Berdiri bagi yang mampu.
2. Niat.
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama).
4. Membaca surah Al-fatihah.
5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-
buru,berhenti sebentar).
6. Iktidal dengan tama'ninah.
7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
9. Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
12. Membaca salam.
13. Tertib.
Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja.
(Tidak rukun bila solat jemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan al-
quran:-dan hendaklah kamu diam bila quran dibacakan.).
[sunting]Perkara-perkara sunat semasa solat
1. Sunat Hai'ah
2. Sunat Ab'adh
[sunting]Perkara-perkara makruh semasa solat
Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
Memandang ke atas (mendongak).
Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
Bercekak pinggang.
Menyinsingkan kain atau baju.
Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).
Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata.
[sunting]Persediaan sebelum menunaikan solat
Berpakaian sopan dan menutup aurat.
Berwuduk.
Duduk di atas tapak solat yang bersih(seperti diatas tikar sejadah)sambil
berzikir,bertahmid,bertakbir,berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang
terluang).
Berdiri(bagi mereka yang mampu)dan membaca niat waktu solat.
Iqamat dan membaca ayat Kursi,Surah Al-Ikhlas,Surah Al-Falaq,Surah An-Nas(bagi
menghalangi syaitan dan jin dari menganggu solat.
Mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

[sunting]Perkara yang boleh dilakukan selepas melangsaikan
solat
Selepas memberi salam,digalakkan untuk duduk
berzikir,bertahmid,bertakbir,berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang
terluang).
Membaca Al-Quran
Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan dan
rahmat dariNya.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat
Kelebihan Sembahyang Fardhu
Posted on April 26, 2009 by sulaiman
Tiang agama, amalan pertama disoal

Rasulullah saw bersabda Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang
mendirikannya dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya
dia meruntuhkan agama.. Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan
sengaja,maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata.-HR Bukhari
dan Muslim..

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:

Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada
hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya
diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika
sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia.

Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman:
Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang
sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang
fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.

Selamat dari azab kubur

Orang Islam yang meninggalkan sembahyang akan disiksa di Alam
Barzakh dengan seekor ular Akra (Sujaul Akra). Ular ini yang akan
menyiksanya dengan mematuknya mengikut waktu sembahyang yang
ditinggalkan. Ular ini berkuku besi, berkaki, matanya berbintik-bintik putih,
berbisa seluruh badan.

Akan muncul seekor ular yang bernama Sujaul Aqra dan ular itu
berkata:Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-
siakan sembahyang Subuh. Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik
matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi
kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana
meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke
Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu
Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sujaul Aqra
hinggalah hari Kiamat.

Maksud Hadith: orang yang meninggalkan sembahyang, akan Allah
hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Sujaul Akra, yang
matanya memancarkan api, mempunyai tangan dan berkuku besi,
dengan membawa alat pemukul dari besi berat.

Gugur dosa

Dari Abu Huraira Sabda rasulullah Shallahu alaihi wasallam: Bagaimana
pendapat kamu jika salah seorang daipada kamu mendapati di hadapan
rumahnya ada sungai; dia mandi di sungai itu lima kali dalam sehari,
apakah ada lagi kotoran pada badannya? Sahabat menjawab Tidak akan
ada apa-apa kotoran lagi. Kata Rasulullah, Maka demikianlah juga
dengan sembahyang lima kali, Allah menghapuskan dengannya dosa-
dosa. .

Juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bahawa Baginda bersabda:
Apabila seorang hamba bersembahyang, dibawa dosa-dosanya lalu
diletakkan di atas kepalanya ataupun tengkuknya, maka setiap kali dia
ruku atau sujud, maka gugurlah dosa itu daripadanya.

Satu hari Rasulullah pada musim luruh s.a.w. berjalan bersama sahabat,
lalu daun gugur ke bumi. Baginda berkata Dosa gugur sama seperti
gugurnya daun dari pokoknya

Abu Usman r.a berkata, Pada suatu hari Salman r.a dan aku sedang
duduk di bawah sepohon kayu. Beliau ambil sebatang ranting kering dari
pohon tersebut lalu menggoncang-gongcangkannya hingga kesemua
daunnya gugur. Kemudia kata beliau padaku, Hai Abu Usman! Mengapa
kamu tidak tanya aku kenapa aku berbuat demikian ini? Sahutku, Sila
khabarkanlah padaku. Kata beliau, Beginilah Rasulullha s.a.w. lakukan
dihadapanku semasa ku bersamanya di bawah sepohon kayu. Baginda
ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya
hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w bersabda, Wahai
Salman! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?
Sahutku, Silakan khabarkanlah padaku kenapa Baginda buat begini.
Sabda Baginda s.a.w. Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil
wudhu dengan sempurna, kemudian dia laksanakan solat lima kali
sehari, maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur.
Lantas Baginda s.a.w membaca ayat Al-Quran (yang
mafhumnya),Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang)
dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya
perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang
buruk (dosa); itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat
(Surah Hud, Ayat 114)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/04/26/kelebihan-sembahyang-fardhu/
Sunday, May 24, 2009
Kelebihan pergi mendirikan Solat Fardhu berjamaah
Di sana ada sebuah hadis yang sudah pasti akan memeranjatkan sesiapa yang
membacanya untuk kali pertama, dan hadisnya pula ialah hadis sahih atau hasan (yang
diterima) pada sesetengah ulama, iaitu sabda Baginda S.A.W, ertinya:

"Sesiapa yang berjalan untuk pergi mendirikan Solat Fardhu berjamaah, maka
ianya seperti pahala Haji, dan sesiapa yang berjalan untuk pergi mendirikan Solat
Sunat (iaitu Dhuha), maka ianya seperti pahala Umrah Sunat." (1)

(1) Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Daud, Tabrani, Baihaqi dan dihukumkan
sanadnya sebagai hasan oleh Syeikh Arnaut di dalam Jami' Al Usul 9/416, dan dihukumkan sahih pada
riwayat yang lain.

Mungkin apabila membaca hadis ini, kita akan merasa ragu tentang kebenaran hadisnya,
kerana takkanlah dengan hanya berjalan untuk pergi mendirikan Solat Fardhu
berjamaah akan mendapat pahala satu Haji!

Perlu diingatkan bahawa hadis ini telah dihukumkan sahih atau hasan oleh ramai ulama,
ini menunjukkan bahawa hadis ini membawa erti yang besar iaitu perkara-perkara yang
diwajibkan oleh Allah Ta'ala sudah tentu mempunyai ganjaran yang amat besar sekali
berbanding dengan perkara yang disunatkan.

Bahkan ada amalan-amalan sunat yang tidak sah dilakukan jika amalan yang wajib
belum dilaksanakan lagi atau diqadha'kan. Begitu jugalah seperti Solah Fardhu yang
disertakan pula dengan berjamaah di masjid (1) sudah tentu mempunyai ganjaran yang
terlalu besar.

(1) Hadis tidak mnyebutkan bahawa berjemaah itu semestinya di masjid. ini bermakna juka seseorang
itu ada keuzuran sehingga tidak dapat hadir ke masjid dan terpaksa bersolat bersama keluarga di
rumah, insya-Allah, dia juga akan mendapat pahala seperti satu Haji Juga! Hadis ini jelas memberikan
galakan supaya sentiasa mendirikan solat berjemaah walau apa jua keadaan, walaupun sewaktu berklah
atau melancung ke luar negeri dan susah untuk menemukan masjid, atau measjidnya agak terlalu juah.

Satu misalan yang jelas bagaimana satu amalan yang wajib yang ditinggalkan dengan
tanpa uzur, tidak dapat diganti dengan "pahala" amalan sunat atau diqadha'kan
sekalipun, sebagaimana sabda Rasulullah SAW kepada orang yang tidak berpuasa satu
hari di bulan Ramadhan tanpa uzur, iaitu kelebihan yang dia telah ditinggalkan tidak
sama dengan amalan puasa sunat seumur hidupnya!

Ramai kalau kita perhatikan di kalangan masyarakat Islam yang mengambil berat
tentang amalan-amalan sunat, sehingga amalan yang wajib tidak begitu di ambil berat,
sedangkan Allah S.W.T di dalam Hadis Qudsi ada menyatakan, ertinya:

"Dan tidaklah hambaku beramal untuk mendekatkan dirinya kepada Ku dengan sesuatu
yang lebih Aku sukai, seperti bila dia melakukan fardhu yang Aku perintahkan ke
atasnya." (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari)

Maksud hadis ini untuk mudah difahami ialah, tidak ada yang lebih disukai oleh Allah
Ta'ala daripada hambanya, melainkan ia melaksanakan apa yang diwajibkan oleh Allah
Ta'ala.

Sebab itulah perkara yang diwajibkan oleh Allah Ta'ala sepatutnya yang perlu
diutamakan dahulu, sebelum melaksankan apa-apa amalan yang sunat, kerana amalan
yang wajib itu adalah terutama.

Sumber: Buku Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun oleh Hj Ahmad Haris
Suhaimi
http://syukri-hakim.blogspot.com/2009/05/kelebihan-pergi-mendirikan-solat-fardhu.html

Anda mungkin juga menyukai