Anda di halaman 1dari 35

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta

___________________________________________________________________________________

Oleh : Azman Said

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 1 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

EDISI PERCUMA

RAHSIA MEKANIK TERBONGKAR

VOLUME 1

MAHUKAH ANDA !

ØMENGETAHUI FUNGSI SISTEM

ØMENGETAHUI TIP ASAS BAGAIMANA ANDA
SENDIRI MAMPU LAKUKAN
ØTAHU PENGIRAAN PENGGUNAAN BAHAN
API VERSUS KILOMETER

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 2 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

Dengan eBook ini, PEMBACA:

[Boleh] mencetak dan mempraktikkan ilmu dan teknik yang diajar

[Boleh] menjadikannya sebagai bonus produk anda
[Boleh] diberikan percuma tanpa ada sebarang perubahan isi kandung
[Tidak Boleh] mengubah sebarang isi kandungan dengan apa jua cara
[Tidak Boleh] mengaku ia produk anda sendiri
[Tidak Boleh] menjualnya di mana sahaja sama ada di laman web, blog,
web lelong atau seumpamanya

Penafian: Ilmu automotif ini adalah bertujuan untuk dikongsi secara jujur dan
menyampaikan idea dan teknik adalah hasil pengalaman sendiri yang dilakukan sendiri
berdasarkan pengalaman yang lampau. Tidak diberi jaminan yang diperakukan bahawa
maklumat yang terkandung di dalam ilmu automotif ini adalah tepat dan lengkap.
Penulis tidak bertanggungjawab di atas apa-apa risiko kerosakkan, kerugian

atau liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan

aplikasi kandungan ilmu automotif ini, secara langsung atau tidak.

Teknik dan idea yang ditunjukkan oleh penulis tidak ada jaminan ianya berhasil

untuk semua pihak atau semua jenis kenderaan.

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 3 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. SENARIO PENTING
3. ASAS SISTEM
4. SISTEM BREK FUNGSI,TIPS DAN
TROUBLE SHOOTING
5. SISTEM PENYEJUKAN FUNGSI,TIPS DAN
TROUBLESHOOTING
6. PENGIRAAN PENGGUNAAN BAHANAPI VS KM

7. RUMUSAN

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 4 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

PENGENALAN
Pembaca yang dihormati,

Sejak dahulu lagi saya dijadikan konsultan oleh adik beradik,saudara mara,kawan dan

kenalan rapat apabila mereka inginkan pendapat,pandangan atau menghadapi

masaalah mengenai kenderaan mereka.Adalah jelas disini apa yang mereka mahukan

adalah supaya mereka tidak tertipu atau terpaksa membayar lebih yang tidak sepatutnya

berlaku.

Akhirnya saya terfikir mengapa ingin membantu pada segelintir orang sahaja dengan

keadaan ekonomi yang tidak stabil.Justeru saya membuat keputusan mengumpul data data

untuk menghasilkan repot dan akhirnya saya dapat menyiapkan satu laporan RAHSIA

MEKANIK TERBONGKAR vol 1 untuk dikongsikan dan dedahkan maklumat maklumat untuk

semua pembaca.Lapuran yang saya akan kongsikan adalah pengalaman sebenar yang saya

lalui dan yang saya praktikkan dan diharap ianya dapat memberi manafaat dan pendorong

untuk bertindak secara positif dengan mengambil inisiatif untuk mencuba dengan ilmu yang

saya berikan.Ilmu RAHSIA MEKANIK TERBONGKAR vol 1 adalah hasil tulisan pertama saya

dari pengalaman praktikal dan juga teori dan saya akan fokus kepada asas mudah

bagaimana setiap pemilik kenderaan tiada masalah untuk melakukannya.

SELAMAT BELAJAR...

Yang Benar,

AzmanSaid.

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 5 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

SENARIO PENTING
Pernahkah anda mengalami kenderaan tidak boleh dihidupkan,kenderaan anda tiba tiba

mengalami overheated,brek kereta berbunyi bila digunakan,tayar kereta baru bunga makan

tak seimbang,wiper blade berbunyi bila digunakan,horn kereta kejap bunyi kejap tak

bunyi,signal lampu tak berkedip,lampu menyala sebelah dll.Bagaimana jika anda mengalami

salah satu dari perkara di atas?.Apakah sebab perkara di atas berlaku?

Tahukah anda ianya boleh mendatangkan bahaya pada anda,keluarga anda dan juga

pengguna jalan raya yang lain?Jadi anda kena belajar dan ambil tahu bagaimana

mengelakkan perkara ini dari berlaku.Perkara pertama anda perlu tahu adalah belajar

mengenal nama sistem dan fungsinya.

Saya akan menerangkan beberapa asas sistem sistem yang terdapat dalam sesebuah

kenderaan dan juga fungsinya disamping itu saya akan menerangkan tip penjagaan dan juga

trouble shooting.

ASAS SISTEM

Didalam sesebuah kenderaan terdapat beberapa sistem dan setiap sistem mempunyai fungsi

dan peranan yang tersendiri.Ianya ibarat saperti tubuh anggota badan manusia yang

mempunyai jantung,tangan,kaki,mata,telinga dan lain lain.Bayangkan jika jantung kita lemah

maka tenaga kita turut terjejas.Bayangkan pula tangan kita cacat,jantung kita baik maka

tenaga kita tidak terjejas cuma sistem tangan sahaja yang terjejas.Ini bermakna jantung

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 6 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

ibarat saperti engin kereta dan sistem lain adalah bantuan untuk melakukan pergerakkan

masing masing.

Baiklah, di dalam sesebuah kenderaan ada beberapa sistem dan sistem tersebut adalah

saperti berikut;

A.Sistem enjin terbahagi kepada beberapa sistem

1. Sistem penyejukkan
2. Sistem pelinciran
3. Sistem bahan api dan sistem pembakaran
4. Sistem penapis udara
5. Sistem sensor
6. Sistem ignition (penyalaan)
7. Sistem dalaman enjin
8. Sistem tambahan (turbo,inter cooler dll)

B. Sistem bantuan terbahagi kepada beberapa sistem

1. Sistem brek
2. Sistem penyerap gegaran
3. Sistem pendawaian letrik
4. Sistem transmission
5. Sistem exzos
6. Sistem steering dan jajaran roda
7. Sistem wiper
8. Sistem tambahan (central locking,alarm dll)

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 7 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

Untuk laporan RAHSIA MEKANIK TERBONGKAR VOL 1 saya cuma akan menerangkan

fungsi,tip penjagaan dan trouble shooting untuk Sistem Brek dan Sistem Penyejukkan.

Untuk sistem yang lain pembaca perlulah menunggu lapuran RAHSIA MEKANIK

TEBONGKAR VOL 2.

SISTEM BREK
Sistem brek mengandungi beberapa komponen penting saperti berikut;

1. Minyak brek -sama ada berwarna merah atau tanpa warna

2. Brek assembly -mengandungi Power boosters,Master Selinder,Reservoir,Pipe,Pedal,

3. Disc,Pad,Shoe,brake wheel selinder dan HandBrek

4. Air Vacuum line– di ambil dari salah satu point dimanifold.

5. Lampu brek – brek belakang dan tengah(wajib)

PERJALANAN DAN FUNGSI SISTEM BREK

Dalam keadaan normal sistem brek tidak akan aktif dan tiada tindak balas ke atas komponen

di atas.Apabila anda mula menekan pedal brek maka linkage mekanisma dari pedal brek

ke power booster mula bertindak.Tindakan ini memaksa power boosters menekan master

selinder dan mengakibatkan tekanan dalam sistem paip.Akhirnya menyebabkan selinder brek

menekan brek pad (brek depan) dan juga brek shoe (brek belakang) dan mencengkam disc

brek (depan) dan drum (belakang).Akhirnya akan menyebabkan kelajuan pusingan tayar

akan diperlahankan disebabkan oleh geseran tadi.

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 8 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

Apabila anda melepaskan pedal brek secara automatik master selinder akan bertindak untuk

balik ke tempat asal bila bendalir minyak brek tidak di mampat lagi.Proses ini akan berlaku

berulang kali mengikut tindakan pedal yang digunakan.

Nota :
1. Power boosters di dalamnya mempunyai diaphragm dan pergerakan

diaphragm dibantu oleh vacuum dari point manifold.Jika vacuum ini

tersumbat atau diaphragm bocor boleh menyebabkan tekanan pedal akan

terasa berat.

2. Lampu Brek belakang akan menyala setiap kali pedal ditekan.Dibawah

pedal mekanisma ada satu suis.Bila pedal ditekan switch turut tertekan dan

menyebabkan lampu brek menyala.

3. Handbrake digunakan ketika parking sahaja.Bila handbrek ditarik

maka cable menyentap brek selinder dan memaksa brek shoe atau brek pad

untuk mengembang dan menekan brek drum atau disc brek.(hanya untuk

brek belakang sahaja)

TIP PENJAGAAN BREK

Sistem brek adalah salah satu sistem utama dalam sesebuah kenderaan.Jika sistem brek

berfungsi dengan kurang baik kemungkinan hilang kawalan boleh berlaku dan menyebabkan

kemalangan adalah tinggi.Oleh itu beberapa tip dibawah haruslah dilakukan.

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 9 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

1.Periksa takungan minyak brek.

Pastikan level minyak brek di dalam linkungan MIN – MAX (ada tertulis ).Jangan biarkan

takungan minyak kosong.Ini akan menyebabkan brek kurang kesan atau terpaksa pump

pedal beberapa kali untuk brek mencengkam. Tambah minyak brek sama jenis jika paras

minyak kurang dari MIN.Harus di ingatkan sekiranya minyak berkurang bukan disebabkan

kebocoran maka brek pad atau brek shoe telah haus.

2.Pemeriksaan lanjut.
Jika perkara ini berlaku anda perlulah berjumpa dengan mekanik untuk di pereksa sama ada

kehausan adalah minima atau maksima.Anda mesti melihat sendiri brek pad atau brek

shoe itu .Jangan biarkan mekanik membuat keputusan.Dipermukaan brek pad atau brek shoe

biasanya jenis adbestos dan ketebalan asal lebih kurang 10mm(bergantung pada jenis) dan

sekiranya ketebalan menghampiri lapisan besi atau kepala pivot (tempat dimana adbestos

dipakukan) anda di sarankan supaya terus menukarnya.Jika sebaliknya akan menyebabkan

kerosakan pada permukaan disc atau drum dan kos akan meningkat.

3.Kebocoran minyak.
Kebiasaannya kebocoran minyak brek berlaku pada tempat tertentu sama ada dilihat

secara fizikal maupun pemereksaan.Saperti kes 1 di atas tadi minyak berkurang dan sentiasa

menambah minyak sudah tentu ada kebocoran.Sekiranya ini berlaku perkara berikut

perlu diperiksa.Periksa setiap brek depan dan belakang.Di setiap brek ditayar ada satu

wheel selinder yang mengandungi piston dan O ring seal.Biasanya piston atau O ring atau

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 10 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

kedua duanya haus maka apabila berlaku tekanan pada pedal brek,minyak akan terkeluar

pada tempat yang haus.Sekiranya selinder brek tiada masalah, periksa pula master

selinder yang dipasang bersama dengan takungan.Lihat penyambung pipe kemaster selinder

ada tak terdapat kebocoron.Lihat juga kebocoran di takungan selinder yang dipasang

dimaster selinder.Kebiasaan inilah bahagian yang biasa berlakunya kebocoran Ada juga kes

kes terpencil berlakunya kebocoran saperti pipe brek itu sendiri pecah,bengkuk disebabkan

oleh terlanggar benda asing dibahagian bawah kenderaan.

4.Handbrek.
Standard handbrek apabila ditarik lebih kurang 2 ½ hingga 3 inci rengangan yang diukur

pada penghujung knob.Sekiranya melebihi paras renggangan maka hendaklah

dilaraskan.Pelarasan boleh dilakukan pada adjustable sekeru yang terletak dibawah

kenderaan.Anda cuba mengunakan adjustable spanner dan pusingkan mengikut arah jam

sehinggalah limit renggangan tercapai.Sekiranya pusingan dah kemaksima ada kemungkinan

brek shoe atau pad sudah haus.

5.Lampu Brek.
Pendawaian lampu brek akan aktif bila kunci kereta diONkan dan menunggu pedal brek

digunakan.Andai kata ketika pedal brek ditekan dan didapati brek tidak menyala maka

periksa fuse di dalam fuse box yang tertulis brek.Cabut fius dan lihat wire di dalam fius tak

putus.JIka normal pereksa suis dibawah pedal arm.Suis jenis ini adalah jenis quick return

switch(ada tombol) yang mana bila pedal ditekan suis akan ditekan dan bila pedal dilepaskan

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 11 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

suis akan kembali ke asal.Pada keadaan ditekan inilah menyebabkan pengaliran arus terus

ke bulb dan menyala.Jika suis ini normal maka periksa bulb yang mungkin sudah

terbakar.Jikalau bulb normal ini bermakna ada leakage pada sistem wiring.Biasanya earthing

tak kuat atau contact tak cukup bagus.Bab letrik ini anda perlu ada sedikit pengalaman yang

penting anda dah tahu macam mana nak trace problem.

TROUBLE SHOOTING SISTEM BREK

1. Lampu brek sentiasa menyala apabila suis kereta ON.

Periksa suiz di pedal arm atau tukar suiz tersebut

2. Brek lampu menyala sebelah sahaja atau brek ketiga tak menyala bila pedal
ditekan.
Periksa bulb yang tak menyala jika didapati terbakar tukar baru.Jika filement didapati

dalam keadaan baik ini bermakna ada berlaku leakage ataupun loose contact

3. Brek ditekan terasa keras.

Periksa hos yang di sambung dari manifold ke power booster.Pereksa samada ada

kebocoron ataupun tersumbat.Jikalau normal ada kemungkinan booster diaphram dah

rosak.Selain daripada itu pereksa pedal linkage ada kemungkinan ia tersangkut boleh

terjadi.

4. Brek ditekan bunyi saperti geseran kedengaran.

Ada beberapa kemungkinan keadaan ini boleh berlaku.Dalam keadaan sudah lama tak

diservis brek pad atau brek shoe akan mengeluarkan habuk dan habuk ini adalah

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 12 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

puncanya brek berbunyi bila ditekan,Apa yang perlu dilakukan adalah mengeluarkannya

dengan menggunakan air blower dan tembak kekawasan brek tersebut.Jika cara ini tak

memberi apa apa kesan dan brek masih berbunyi ada kemungkinan pad atau brek shoe

sudah haus.Ada juga kes dimana plate pad terkeluar dari kedudukannya boleh tergesel

5. Brek ditekan dan kenderaan dibawa kekiri atau kekanan.

Pastikan yang alignment dan tayar balancing dalam keadaan normal.Kemudian baru

periksa salah satu perkara berikut ;

Jika ketika membrek dan kenderaan di bawa kearah kanan ini bermakna brek kiri jam

dan sebaliknya.Kes begini hendaklah berjumpa dengan mekanik di pereksa sama ada

minyak tersumbat atau piston jam.

6.Brek di tekan tetapi brek tak mencengkam.

Kebiasaan masaalah ini berpunca dari sistem brek sudah dimasuki udara.Apa yang harus

anda lakukan adalah berjumpa dengan mekanik untuk dibuat bleeding iaitu mengeluarkan

udara dalam sistem brek.

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 13 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

GAMBARAJAH SISTEM BREK DAN KOMPONEN

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 14 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

SISTEM PENYEJUKAN
Sistem penyejukan sesebuah enjin mempunyai beberapa komponen penting saperti berikut ;

1.Tangki air (radiator)

2. Penutup tekanan air tangki (pressure cap)
3. Suis Sensor Temperature
4. Hose
5. Thermostat
6. Water pump
7. Water jacket
8. Expansion(Reserve) tank
9. Fan (Kipas Angin)

PERJALANAN DAN FUNGSI SISTEM PENYEJUKAN

Fungsi
Radiator tank
Tempat penyimpan air sistem penyejukkan dan mempunyai fin dan ruang saluran air yang

menyalur air melalui hose ke enjin water jacket.Ianya juga untuk proses penyejukan air

Pressure cap

Selain sebagai penutup radiator ia berfungsi sebagai pengawal tekanan air didalam tangki

air.Mempunyai pressure spring yang menutup dan membuka supaya tekanan lebihan

membolehkan air disalurkan ke expension tank.

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 15 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

Temperature suis

Memberi signal kepada kipas samada untuk rehat ataupun berfungsi dan ia bergantung

kepada setting suis yang ada tertulis disuis tersebut.Biasanya terletak dibawah bawah tangki.

Kipas angin

Dipasangkan didepan tangki.Tujuan kipas ini adalah untuk menyejukkan air tangki.

Expansion Tank

Dipasang berdekatan dengan tangki air dimana ada satu hose kecil bersambung dengan

tangki air dibahagian tengkuk tangki.Mempunyai paras air MIN -MAX dan pastikan air

sentiasa berada dalam limit tersebut.Sebagai backup dan menerima dan mengeluar air

berdasarkan takat tekanan air yang dkawal oleh pressure cap.

Hose

Mempunyai 2 hose utama,bahagian atas dan bahagian bawah.Bahagian bawah dimana air

telah disejukkan disalurkan ke enjin dan bahagian atas menerima air panas dari enjin

Thermostat

Digunakan untuk mengawal suhu enjin dan akan terbuka bila suhu enjin meningkat dan

mengawal pengaliran air ke tangki.

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 16 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

Water pump

Dipusingkan melalui tali kipas dan berfungsi sebagai pump pengaliran untuk sistem

penyejukan.Ia dipasang dienjin bahagian depan.

Water jacket

Tempat saluran air mengalir didalam blok enjin.

Perjalanan sistem
Ketka mula enjin dihidupkan air didalam water jacket akan mula memanas dan dimasa

yang sama thermostat akan tertutup untuk memastikan suhu enjin tercapai.Ini bermakna

walaupun water pump berpusing air dalam enjin tidak akan ketangki.Apabila suhu tercapai

maka thermostat akan terbuka dan air yang panas dari enjin akan menyalur melalui hose

bahagian atas ketangki dan air yang sejuk dalam tangki akan menyalur melalui hose

bahagian bawah akibat sedutan pump.Ketika air panas dari enjin memasuki ketangki suis

temperature akan terangsang dan memberi signal apabila tahap suhu air dalam tangki

meningkat untuk kipas berputar.Pada masa yang sama jika berlaku lebihan tekanan

penutup tekanan,tekanan yang terhasil akan menekan pressure spring dan air akan

keluar terus memasuki expansion tank.Tindakan ini akan berlaku mengikut suhu air dalam

tangki dan juga suhu air dalam enjin.

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 17 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

TIP PENJAGAAN SISTEM PENYEJUKAN

Penjagaan sistem penyejukan adalah amat penting untuk sesebuah enjin.Enjin boleh berlaku

overheated jika suhu enjin mencecah pada paras merah di meter panel.Dan ini boleh

mengakibatkan blok head bengkok,air masuk dalam sistem pelinciran dan boleh

menyebabkan enjin jam.

1.Radiator
Pastikan tangki air sentiasa cukup dan penuh apabila membuka penutup air.Bersihkan fin dari

sebarang habuk,sampah dan benda asing dengan menyembur air di fin tersebut.Jangan

gunakan tekanan air.Pastikan air tidak berkarat dan jika berkarat flash air tersebut dengan

membuka hose bawah dan masukkan hose air kedalam mulut hose yang dibuka.Biarkan air

memasuki dalam enjin sehingga air karat habis keluar di dalam enjin dan juga di dalam

tangki.Anda boleh melihat pada penghujung lubang tangki yang dibuka.Disyorkan selepas

selesai penuhkan tangki dengan air bersih masukkan coolant dan juga anti corrosion

supaya ia membantu air baru tadi tidak mudah karat.

2.Pressure Cap

Periksa keadaan spring dan juga rubber seal tidak rosak.Secara teknikal cap ada tercatat

suhu dan tekanan pada penutup tersebut dan cara untuk pastikan ia berfungsi dengan

menekan spring tersebut ia berfungsi atau tidak.

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 18 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

3.Kipas angin
Periksa kipas angin tiada sampah terlekat dikipas.Bila kipas berpusing pastikan keadaan

pusingan adalah normal tampa terdengar bunyi yang abnormal.Sekiranya didapati

pusingan kipas perlahan kemungkinan contact longgar atau kemungkinan carbon motor dah

haus.Jika contact normal bermakna carbon motor dah haus dan kena tukar.

4. Sensor Temperature
Sensor suis ini amat penting dan jika kipas tak berpusing dan suhu enjin melebihi ¾ dari tolok

meter dipanel ada kemungkinan sensor ini kotor ataupun rosak.Cara terbaik untuk test adalah

dengan menggunakan screw driver atau wire dan sentuh kedua dua point .Jika kipas

berpusing ini bermakna sensor ini ada masalah.Disyorkan tukar baru sahaja.

5.Hose
Jika didapati ada tanda tanda retak,luka disyorkan tukar baru berserta dengan clip baru.Juga

pereksa sekali hose kecil yang menyambung dengan sistem ini.

6.Water pump
Periksa betul betul jika ada tanda tanda air keluar disekeliling water pump.Ada 2 sebab jika

berlaku sama ada gasket atau pump housing retak .Kalau ini berlaku disarankan segera tukar

pump baru.Kebiasaannya mekanik akan tukar water pump sekali dengan menukar gasket

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 19 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

7.Thermostat
Pemereksaan tidak dapat dilakukan disebabkan ianya terletak didalam.Ada kes tertentu

thermostat jam boleh menyebabkan enjin overheated.Oleh itu jika ia berlaku anda boleh buka
2 nut screw dan buangkan.Kes kecemasan sahaja.

8.Expansion tank
Pastikan air dalam tangki ini dalam paras antara minima dan maksima.Pemereksaan

seeloknya sebelum enjin dihidupkan.Ingat jangan melebihi paras Maksima.

TROUBLE SHOOTING SISTEM PENYEJUKAN

1.Tangki air kurang air.

Periksa tiada berlaku kebocoran pada tangki,hose,water pump dan juga pressure

cap.Sekiraya enjin kereta pernah mengalami overheated kemungkinan besar air sentiasa

hilang.

2.Kipas angin tak berpusing.

Periksa connection wire,fuse box,sensor temperature dan fan motor.

3.Suhu meter di panel tak naik.

Periksa cable wire yang di pasang di enjin tidak longgar atau rosak.

4.Bila jalanraya sesak suhu enjin meningkat tapi bila berjalan suhu turun.
Ada beberapa kemungkinan berlaku.Semasa kereta bergerak penyejukkan berlaku secara

angin luar yang terus menyejukkan tangki air dan ini selalunya kipas tak akan berfungsi

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 20 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

disebabkan tahap suhu sentiasa dibawah paras setting.Sebaliknya jika kenderaan dalam

keadaan sesak kipas akan berfungsi apabila suhu setting tercapai.Jika pusingan kipas

perlahan maka suhu didalam tangki lambat turun.Ataupun sensor ada masaalah dengan

setting dan lambat cut in atau water pump impeller dah rosak.Oleh itu pereksa dalam

keadan static (DIRUMAH) dan tenguk pusingan kelajuan kipas,bila kipas berpusing dan

berhenti tenguk suhu dipanel.Kalau ini normal pereksa air tangki dan kalau normal dan

suhu masih tinggi kemungkinan besar impeller pump rosak.

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 21 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

Water Pump Thermostat

GAMBARAJAH SISTEM PENYEJUKAN DAN KOMPONEN

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 22 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

PENGIRAAN PENGGUNAAN BAHAN API

VERSUS KILOMETER
Pernahkah anda mengira penggunaan bahan api kereta anda?.Berapakah sebulan

pembelanjaan bahan api kereta anda?.Tahukah pengunaan bahan api kereta manual dan

kereta automatic berbeza?.Tahukah anda penggunaan bahan api dibandar dan dihighway

berbeza?.

Baiklah sekarang mari kita belajar cara bagaimana hendak bermula dari awal.Bawa kereta

anda kemana mana petrol stesen yang biasa anda pergi ,tak kiralah petronas,shell,mobil,

caltex,esso dan isikan bahan api kereta anda hingga full tank.

Ambil bacaan kilometer dimeter atau setkan dengan menekan butang atau pulas

sehingga meter dibawah kosong.

Kes 1 -Perjalanan jarak jauh (highway).Andaikata anda berulang alik dari Seremban ke Kuala

Lumpur.Tadi katakan anda telah isi petrol full tank dan telahpun melekapkan perjalanan ulang

alik.Seterusnya isi balik petrol full tank dan catit jumlah wang yang dibayar berserta liter yang

diisikan.

Andaikata ulang alik Seremban – KL jaraknya adalah 150KM.Pengunaan petrol setelah

dipenuhkan kembali adalah RM30 dan liter adalah 16.67liter(Ron 95) .Maka secara ilmu

hisab anda boleh mengira 1 KM bersamaan berapa liter

Kes 2 perjalanan didalam bandar.Sama juga caranya isikan petrol penuh dan gunakan

sehingga beberapa jam dijalan raya yang jam.Selepas meter petrol berkurang isikan kembali

sehingga penuh dan ambil data saperi diatas.

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 23 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

Jadi anda sekarang dah ada maklumat tentang pengunaan bahanapi vs km dan pandai

pandai lah bagaimana nak berjimat cermat.Anda boleh rujuk buku speksifikasi kereta anda

tentang penggunaan(consumption) yang ada dinyatakan.

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 24 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

RUMUSAN
Diharapkan lapuran automotif yang disediakan ini sedikit sebanyak dapat memberi

pengetahuan bagaimana anda sendiri mampu menjaga kereta anda dan juga cuba

mempraktikkan apa yang disyorkan didalam lapuran ini.Jadikan kenderaan anda

sentiasa dalam keadaan selamat ketika memandu.

Disiri akan datang saya akan menerangkan beberapa sistem yang lain disamping akan saya

jelaskan bagaimana anda boleh jimatkan kos senggaraan jika anda ikut cara saya.Saya juga

akan menerangkan pengalaman sendiri menukar atau membaiki sendiri dan jimat lebih dari

50% hanya memakan masa tak sampai 40 minit.

Semoga anda berjaya dan salam hormat.

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 25 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

Maklumat Tambahan

Saya ada merancang membuat beberapa ebook panduan praktikal cara membaiki sistem

kereta dan salah satu adalah mengenai bagaimana anda sendiri boleh memasang sistem

water fuel dengan hanya mengetahui beberapa perkara penting sahaja dan juga merancang

mengajar secara praktikal bagaimana anda sendiri boleh jadi pakar dengan sistem water

fuel.Dengan sistem ini anda boleh jimatkan penggunaan bahanapi sebanyak 30%

hingga 50% penggunaan bahanapi dan meningkatkan kuasa kuda enjin kereta anda 5%

hingga 10%.Pemasangan sistem ini didalam market buat masa sekarang dalam lingkungan

RM500 sehingga RM800 tetapi ada kebanyakan cara pemasangan pada pendapat dan

pengalaman saya tak berapa proessional

Bayangkan jika anda sendiri menjadi pakar dan cara pemasangan anda lebih professional?.

Jadi tunggu keluaran buku ini......

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 26 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

Produk PERCUMA untuk Anda

Download

Download

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 27 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

Download

Download

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 28 drp 35

Muka Surat 29 drp 35

Muka Surat 30 drp 35

Muka Surat 31 drp 35

Muka Surat 32 drp 35

Muka Surat 33 drp 35

Muka Surat 34 drp 35
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta
___________________________________________________________________________________

Bonus Rahsia Dari Gempak Newbie Team

Anda dapatkan Bonus tersebut

DI SINI.

Dah download..baru tau..☺

___________________________________________________________________________________
www.gempaknewbie.com
Muka Surat 35 drp 35

Anda mungkin juga menyukai