Anda di halaman 1dari 21

Kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik

Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan



Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji aspek-
aspek teori Ilmu linguistik secara umum.

Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.
Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan
psikologi.
Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi,
kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.
Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula
digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.
Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan
mengajarkan bahasa.
Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang
mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.
Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan
dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik
dalam mengajarkan bahasa sahaja.
Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi
pendefinisian aspek dan kajian secara umum.
Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan
kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.
Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang
berhubungan dengan pengajaran bahasa.
Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu
usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains
gunaan.
Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu sudah
mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa
dengan baik.



Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan
Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik
sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah
antara bahasa-bahasa itu.

"Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik
perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan
perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.
Teknik asas linguistik perbandingan ialah "kaedah perbandingan" yang bertujuan untuk
membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.
Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat
diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya
dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.
Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat
hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.
Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula
matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan
peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan
dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.
Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk
menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.
Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa
yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan:
Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-
ciri.
Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan
antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam
kata-kata pinjaman.
Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu
bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke
suatu tahap yang tertentu.
Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa.
Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.
Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa
zaman atau masa dan tempat tertentu.
Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi
menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.
Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk
memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.
Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau etimologi
sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari
masa lampau hingga kini.
Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan
antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan
persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk.
Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek
bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan
linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang
dibandingkan itu
Linguistik Kontekstual

Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin
akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan
sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan
dunia.

Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial
yagn mengkaji interaksi interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.
Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan
linguistik.
Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik.
Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi,
linguistik pengiraan, serta sains kognitif.

Pengenalan linguistik
Linguistik merupakan satu disiplin ilmu yang juga satu bidang yang baharu berkembang jika
dibandingkan dengan disiplin ilmu yang lain, seperti Sejarah, Matematik, Geografi dan
sebagainya. Dalam konteks ilmu , linguistik mula dikaji pada permulaan separuh abad ini dan
berkembang di Britian pada awal tahun 60-an. Di Amerika , disiplin linguistik berkembang lebih
awal , iaitu sekitar tahun 50-an di peringkat ijazah lanjutan.
Lingusitik bermaksud ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa yang merangkumi semua segi
komunikasi manusia , iaitu daripada pamerian bunyi-bunyi bahasa kepada analisis seluruh
pemikiran manusia yang dinyatakan dalam bentuk pertuturan dan tulisan.
Perkataan linguistik itu berasal daripada perkataan Latin lingua, iaitu bahasa. Perkataan Latin ini
juga digunakan dalam banyak bahasa lain yang berasal daripada bahasa Latin seperti dalam
bahasa Perancis (Langue, langage), bahasa Itali ( lingua, atau bahasa Sepanyol ( lengua) atau
dalam bahasa Inggeris ( linguistics). Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan
nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistik atau linguistik .
Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716) Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. David Crystal
juga mendefiniskan linguistik dalam bukunya A Dictionary of Linguistics anf Phonetics (1986 :
181), linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa ( The Svientific study of language).
Stork dan Widdowson(1993) turut mengatakan linguistik merupakan bidang kajian dan subjek
kajiannya ialah bahasa.
Menurut (J.Lyons,1968:1)(Abdullah Hassan) linguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa secara
saintifik. Saintifik bermaksud kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus
tertentu. Linguistik ini terbahagi kepada dua iaitu linguistik tulen dan linguistik terapan. Linguistik
tulen adalah seperti fonetik, fonologi, morfologi , sintaksis dan semantik Manakala linguistik
terapan, seperti sosiolinguistik, psikolinguistik, wacana, pragmatik, pengkomputeran linguistik dan
linguistik forensik.
Linguistik
PENGENALAN LINGUISTIK
Kenapakah linguistik dikatakan sebagai kajian bersifat saintifik? Kajian ini dikatakan
saintifik kerana cara-cara yang digunakan bersifat empirikal, berdasarkan apa yang dilihat,
dirasa dan didengar, yang mengetepikan unsur-unsur sentimen dan prasangka. Hal ini
bermakna pengkaji mesti akur pada:
Penggunaan eksperimen yang terkawal.
Pegangan unsur-unsur keobjektifan.
Penyebaran hasil kepada umum supaya dapat disahkan kebenarannya oleh orang
lain.
1.1.1 Cabang-cabang Lingusitik
Tahukah anda bahawa ilmu linguistik mempunyai berbagai-bagai cabang yang berkaitan
erat antara satu sama lain. Antara cabang linguistik itu adalah seperti yang disenaraikan di
bawah:
Linguistik umum
Linguistik deskriptif
Linguistik perbandingan
Linguistik sejarah
Linguistik terapan.
(a) Linguistik Umum
Linguistik umum ialah ilmu yang membicarakan bidang linguistik secara am termasuklah
ilmu bahasa yang dikatakan sebagai lambang yang terdiri daripada deretan bunyi yang
diucapkan oleh alat-alat pertuturan atau alat artikulasi manusia yang terdiri daripada lidah,
anak tekak, lelangit, bibir, gusi dan lain-lain. Jadi, linguistik umum ialah disiplin yang
memperkatakan kajian bahasa secara ilmiah dan saintifik.
(b) Linguistik Deskriptif
Linguistik deskriptif pula ialah ilmu linguistik yang memerihalkan sesuatu bahasa dari
segala segi pada suatu jangka masa yang tertentu, berdasarkan bahan-bahan yang
terdapat pada waktu itu. Bahan utama dalam kajian itu ialah lisan atau pertuturan yang
diperoleh daripada penutur jati. Bahasa tulisan juga termasuk sebagai bahan kajian. Oleh
yang demikian, linguistik deskriptif adalah pemeri struktur sesuatu bahasa sebagaimana
kewujudannya. Bidang yang termasuk dalam kajian linguistik deskriptif ialah fonologi
(kajian tentang bunyi), morfologi (kajian tentang kata dan pembentukannya) dan sintaksis
(kajian tentang ayat). Bidang-bidang inilah yang dikaji secara saintifik. Selain itu, linguistik
deskriptif juga dikenali sebagai kajian bahasa secara sinkronik, iaitu kajian mengenai
bahasa yang tertentu, pada sesuatu tempat yang tertentu, dituturkan oleh suatu golongan
yang tertentu dan pada masa atau zaman yang tertentu juga.
(c) Linguistik Perbandingan
Linguistik perbandingan atau linguisitik komparatif membuat perbandingan antara
beberapa bahasa yang difikirkan mempunyai hubungan dari sudut sejarah. Oleh sebab
itu, linguisitik komparatif juga boleh menumpukan kajian kepada aspek sebutan, perkataan
dan ayat di antara beberapa bahasa yang dikaji itu. Contohnya, mengkaji bahasa bahasa
di Nusantara atau di Kepulauan Melayu.
(d) Linguistik Sejarah
Linguistik sejarah atau historis ialah disiplin linguistik yang bersangkutan dengan
perkembangan sesuatu bahasa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu
tahap yang tertentu. Dengan kata lain, pakar linguis historis membuat kajian secara
historis, misalnya peringkat untuk memperoleh data, maka kajian akan dilakukan secara
sinkronik. Selepas seseorang pakar berpuas hati dengan dapatan kajian secara sinkronik
maka kajian secara diakronik akan dijalankan, iaitu membuat perbandingan antara
beberapa zaman untuk melihat perbezaan, menentukan perubahan dan perkembangan
yang berlaku dalam bahasa tersebut. Perbandingan boleh dibuat dari pelbagai segi,
seperti fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan, dan sebagainya.
(e) Linguistik Terapan
Linguistik terapan atau linguistik aplikasi pula ialah bidang linguistik yang
menerangan
bagimana ilmu ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
pertama
dan bahasa kedua. Oleh demikian, disiplin fonologi, fonemik, morfologi, dan
sintaksis
(linguistik deskriptif) sangat penting dalam penerapan ilmu bahasa.
Terdapat beberapa tokoh linguistik yang di dalam kelima-lima cabang tersebut.
Tokoh
tokoh linguistik ini wujud sejak zaman tamadun Greek dan Sanskrit. Pada zaman ini
tokoh
yang terkenal ialah Socrates, Plato, Aristotle, Stoics, Thras, Priscian dan Donatus
yang
menjalankan kajian di dalam bahasa Yunani dan Romawi. Panini dan Bopp pula
menonjolkan diri mereka dengan kajian yang dijalankan di dalam bahasa Sanskrit.
Di dalam abad ke-18 dan ke-19 pula muncul D. Jenish melalui bukunya
Philosophisch
kritische vergleichung und wurdigung von vierzehn altern und neuern sprachen
Europens
(1976) yang telah menjelaskan sifat-sifat bahasa. Rask dan Grimm pula mengkaji
ilmu
tatabahasa perbandingan. Mereka mempunyai pengaruh yang kuat kepada pengkaji
terkemudian. Rask mempunyai kekuatan dalam kajian linguistik sejarah. Beliau
mengkajinya dari sudut etimologi (asal usul bahasa).
Selepas itu, wujud pula pengkaji bahasa yang lebih terkemuka seperti Ferdinand de
Saussure, Leonard Bloomfield, Reymond Firth dan Noam Chomsky. Ferdinand De
Saussure dimasukkan ke dalam golongan tradisional dan golongan moden. Beliau
telah
mengasingkan dua istilah terpenting di dalam kajian bahasa, iaitu langue (bahasa)
dan
parole (pertuturan). Hasil kajian beliau yang terkenal ialah Course of General
Linguistics. Bloomfield pula terkenal dengan karangannya yang berjudul Language
pada tahun 1933 yang terkenal dengan analisis ayat. Reymond Firth dan Malinowski
pula
menghasil teori makna juga tentang keperihalan keadaan atau (Context). Firth telah
menggunakan kesempatan yang sedia ada untuk mengkaji ciri-ciri prosidi, tekanan,
nada
suara, intonasi, dan sebagainya.
Tidak lama kemudian muncul pula Noam Chomsky yang mengasaskan penghuraian
bahasa berdasarkan nahu Transformasi Generatif (TG). Tatabahasa TG ini
mempunyai
pengaruh yang kuat di dalam perkembangan kajian tatabahasa. Di negara kita juga
banyak ahli bahasa yang menyetujui pendapat Chomsky. Tatabahasa TG ini telah
berkembang dengan pesat dan ekorannya lahir banyak pengikut setia Chomsky
yang
mengkaji aspek aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

JUK 1 : SEJARAH PERKEMBANGAN



SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada
tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada
zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Perali han
(Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik
moden.




HASIL PEMBELAJARAN

(i) Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik.

(ii) Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah,
Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke-20.

1.0 KANDUNGAN ISI

Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian
tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau
bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini
ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil
kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa
adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di
Eropah.

1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian
bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di
atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi,
budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi.
Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa
banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman
pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada
bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.

Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan
Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti
dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk
dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu
antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis
dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar
sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii
dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik
tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan
fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada
perbuatan.

Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 322 sebelum masihi dengan
menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau
memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato.
Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala
atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi
bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu
sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa
dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.
Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu
kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya
saintifik.

Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani.
Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun
masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan
kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih
kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan
perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut
memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada
turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang
Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa
mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji
perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun
Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu
berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan
mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan
yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa
termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai
satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik
sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini
masih kekal kepada fungsi kesusasateraan.
Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan
hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar
atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain
terutama bahasa Inggeris.

Sekarang mari kita bincangikan pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini
bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan
Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam
yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada
sumber al-Quran dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi
sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.

Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini
bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik.
Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka
lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis.

Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan
mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik.
Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat
dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud
perkataan juga hampir sama.


1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden,
iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu
antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji
pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa
hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang
sama.

Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di
dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok,
iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali
sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.

Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah
perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini
lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik
dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu,
iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.



TAJUK
2
PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK

SINOPSIS

Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu pemikiran Edward
Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik
yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara
empirikal.

HASIL PEMBELAJARAN
(i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman
(ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga
zaman moden
(iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik

2.0 KANDUNGAN ISI

Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai Bapa Linguistik
Moden. Hasil pemikiran Bloomfield pula telah menghasilkan teori behaviourisme

2.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik
Edward Sapir (1884 1939) seorang sarjana linguistik struktural
dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan
pemikiran manusia dari aspek psikologi.
Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam
sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang
menentukan sturktur pemikiran manusia.
Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu
bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk Language berbeza
dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi
fungsinya dalam masyarakat.
Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna,
bahasa akan sentiasa berubah.

2.2 Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik
Bloomfield (1887 1949) merupakan ahli linguistik yang
mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam
menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang
boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan
dikeluarkan apabila adanya rangsangan.
Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca
daripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas
ataurespons terhadap rangsangan itu.
Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku
manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang
menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara
empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language (1933).

2.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik
Ferdinand de Saussure (1857 1913) ialah orang pertama yang
mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden telah
terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara
moden.
Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang
pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut
yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada
suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa
serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.
De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan
konsep langue dan parole. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri
bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.
Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan
buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil
daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah
sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada
tahun 1959.






TAJUK
3
BIDANG LINGUISTIK

SINOPSIS

Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik Am dan
Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik
Kontekstual.

HASIL PEMBELAJARAN

(i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik
(ii) Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan linguistik
kontekstual
(iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa.



3.0 KANDUNGAN ISI
Perbincangan dalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan kepada bidang-bidang ilmu
linguistik, linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa, perbandingan antara bahasa dan ciri
persamaan dan perbezaan antara bahasa serta kepentingan linguistik sejarah dalam
perkembangan ilmu linguistik.

3.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan

Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang
yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.
Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.
Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan
psikologi.
Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan
hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.
Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula
digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.
Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan
bahasa.
Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa
dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.

Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan
perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam
mengajarkan bahasa sahaja.
Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian
aspek dan kajian secara umum.
Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu
yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.
Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang
berhubungan dengan pengajaran bahasa.
Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk
menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.
Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu sudah mampu
menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.



3.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah
satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan
perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.
Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto,
dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan
perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.
Teknik asas linguistik perbandingan ialah kaedah perbandingan
yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan
leksikon.
Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait
harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik,
umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.
Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan
tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.
Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang
mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu
berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200)
yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.
Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik
untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.
Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang
bukannya sebahagianlinguistik perbandingan:
Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri.
Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik
tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang
terbukti dalam kata-kata pinjaman.
Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan
perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman
kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.
Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal
usul (etimologi) sesuatu bahasa.
Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.
Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci
dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.
Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat
perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa
tersebut.
Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang
berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui
masa.
Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl
usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan
bahasa dari masa lampau hingga kini.
Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang
membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-
ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan
daripada bahasa induk.
Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa
yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian.
Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek- aspek yang dibandingkan
itu

3.3 Linguistik Kontekstual

Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin
akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan
sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi
dengan dunia.
Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang
mengkaji interaksi interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.
Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik.
Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik.
Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi,
linguistik pengiraan, serta sains kognitif.


PENGENALAN ILMU LINGUISTIK
Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di
Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga
kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian
tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-
sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke
arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa
ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi
perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat.

Berdasarkan kepentingan yang telah disebutkan, dalam topik permulaan ini, pelajar
akan didedahkan kepada definisi, latar belakang, bidang dan cabang ilmu linguistik.
Kesemua subbidang ini akan disentuh memandangkan kepentingannya dalam memberi
gambaran kasar terhadap ilmu linguistik sebelum kita mendalami bidang ini dengan
mempelajari topik-topik yang seterusnya.

DEFINISI LINGUISTIK

Istilah linguistik berasal daripada perkataan Latin lingua yang membawa
maksud 'bahasa'. Dalam bahasa-bahasa "Roman"(iaitu bahasa-bahasa yang berasal
daripada bahasa Latin), masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin itu; iaitu langue
dan langage dalam bahasa Perancis, dan lingua dalam bahasa Itali. Seterusnya,
bahasa Inggers memungut kata daripada bahasa Perancis ini menjadi language.
Istilah 'linguistics' dalam bahasa Inggers adalah berkaitan dengan kata language
tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah berkaitan
dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi
bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau "linguistik".

Ferdinand de Saussure (1916), yang merupakan bapa linguistik moden berbangsa
Swiss, dalam bukunya Cours de Linguistique Generale telah membezakan kata
Perancis langue dan langage. Selain itu, beliau juga turut membezakan istilah parole
(tuturan) berdasarkan kedua-dua istilah tersebut. Menurut beliau lagi, langue merupakan
suatu "sistem". Manakala, istilah langage boleh diertikan sebagai bahasa khas yang
ada pada penutur bahasa seperti yang terdapat dalam ucapan "Di mana manusia
memiliki bahasa, binatang juga memiliki bahasa, tetapi tidak tuturan". Parole yang
merupakan 'tuturan' pula adalah bahasa, sebagaimana yang dipakai secara konkrit dan
merujuk kepada 'loghat', 'ucapan', dan 'perkataan'. Dalam bidang kajian ilmu linguistik,
kebanyakan para sarjana bahasa sering menggunakan istilah Perancis ini (langue,
langage dan parole) sebagai suatu istilah profesional.

Di dalam bahasa Melayu, istilah ahli linguistik disebut "linguis" yang dipinjam daripada
istilah bahasa Inggeris linguist. Manakala dalam penggunaan bahasa Inggeris seharian,
istilah linguist merujuk kepada makna "seseorang yang fasih dalam berbagai bahasa".
Sebagai contoh, ungkapan "He is quite a linguist" yang bererti "Dia fasih dalam
beberapa bahasa". Dalam istilah ilmiah pula, linguist dapat diertikan sebagai ahli
bahasa. Berdasarkan keterangan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa orang yang
fasih dalam menguasai berbagai bahasa tidak sama dengan ahli linguistik. Dengan itu,
dapat disimpulkan bahawa kita perlu membuat perbezaan di antara kata bahasa
Inggeris linguist di dalam bahasa seharian dengan istilah linguist sebagai ahli linguistik.

Ilmu linguistik dikatakan bersifat umum. Umum di sini bermaksud bahawa bidang kajian
ilmu linguistik ini tidak bersifat spesifik, yakni hanya menyelidik kepada bahasa-bahasa
tertentu sahaja. Ilmu linguistik sebenarnya merujuk kepada bahasa secara umum. Ini
bertepatan dengan pandangan Ferdinand de Saussure (1857) yang merumuskan
bahawa ilmu linguistik tidak hanya meneliti salah satu langue sahaja, tetapi merangkumi
bahasa atau language secara umum. Selain itu, kajian ilmu linguistik meliputi bahasa-
bahasa di dunia yang berbeza sifatnya. Dengan wujudnya kelainan bahasa-bahasa
tersebut, maka bidang kajian linguistik dikatakan bersifat umum. Kelainan bahasa-
bahasa ini merupakan bidang kajian ahli linguistik.

Ilmu linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik. Ini bermakna bidang
kajian linguistik, seperti juga disiplin ilmu yang lain, mempunyai sistem yang teratur bagi
merealisasikannya sebagai salah satu bidang ilmu yang dipelajari. Selain itu, ilmu
linguistik dikaitkan juga dengan ilmu yang bersifat empiris. Ini bermakna ilmu linguistik
dan bidang ilmu yang lain dikaitkan dengan fakta dan data yang dapat diuji
kesahihannya oleh ahli-ahli tertentu dan semua ahli yang lain.

Di dalam kajian ilmu linguistik ini juga, bahasa sering dikaitkan sebagai objek bagi kajian
bidang ini. Istilah-istilah bahasa di dalam kajian ilmu linguistik pula dikaitkan dengan
pelbagai tafsiran. Umpamanya, bahasa dikaitkan dengan erti kiasan yang membawa
pelbagai tafsiran makna. Selain daripada itu, bahasa juga dikaitkan dengan istilah
harfiah, yakni dalam ungkapan 'ilmu bahasa ' seperti dalam contoh bahasa Melayu,
bahasa Indonesia dan sebagainya. Dalam menjelaskan tafsiran bahasa, istilah harfiah
ini dianggap sebagai objek dalam bidang ilmu kajian linguistik. Terdapat banyak definisi
linguistik yang telah dikemukakan oleh ahli linguistik sejak dahulu hingga kini. Banyak
definisi yang dikemukakan oleh mereka berfokus kepada pengertian kata linguistik itu
sendiri yang membawa pelbagai tafsiran yang berbeza di kalangan mereka. Menurut
Verhaar (1985:1), kata linguistik berasal daripada kata Latin iaitu lingua yang bermaksud
bahasa. Pandangan tentang definisi ilmu linguistik ini turut disentuh oleh Langacker
(1987). Menurut beliau, linguistik adalah kajian terhadap bahasa manusia. Ini bermakna
linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat
pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna.

Seterusnya, David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara
saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat sebagai satu
disiplin ilmu yang tersusun serta mempunyai organisasi tersendiri. Selain itu, saintifik
juga merujuk kepada sesuatu ilmu yang mempunyai ciri keesahan dan
kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta. Pandangan yang sama berkaitan
kajian bahasa secara saintifik ini turut dikemukakan oleh John Lyons (1968:89). Menurut
beliau, linguistik adalah 'The scientific study of language '. Pandangan kedua-dua tokoh
ini memperlihatkan bahawa perlunya linguistik dikaji seperti juga disiplin ilmu lain yang
juga memperlihatkan ciri-ciri saintifik.

Verhaar (1993) menjelaskan linguistik sebagai satu kajian ilmu bahasa. Menurut beliau,
pengertian kata linguistik merujuk kepada bagaimana suatu kajian bahasa itu
dilaksanakan. Berdasarkan pandangan tersebut, kajian ilmu bahasa mencakupi bidang
ilmu yang sangat luas. Ia merangkumi bidang linguistik
secara khusus; iaitu linguistik sinkronik, linguistik diakronik, linguistik deskriptif dan
linguistik preskriptif. Linguistik sinkronik merujuk kepada kajian pada suatu bahasa dan
masa tertentu. Linguistik diakronik pula menumpu kepada kajian yang dibuat mengikut
perkembangan masa dan perbandingan bahasa. Linguistik deskriptif pula menumpu
kepada huraian beberapa kemungkinan yang ada di dalam sesuatu bahasa, tanpa
penentuan betul dan salah. Manakala, linguistik preskriptif membentuk norma atau
menentukan yang mana betul dan yang mana salah di dalam pemerian bahasa. Bidang
linguistik ini juga termasuklah linguistik jati yang memberi huraian atau deskripsi tentang
sesuatu bahasa tanpa kaitannya dengan bidang lain dan linguistik terapan, iaitu
mengkaji segala bidang linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain.

Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh tersebut, kita dapat merumuskan bahawa linguistik
merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi
penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus serta menghubungkan bahasa
dengan ilmu disiplin yang lain.


SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 SM hinggalah ke hari ini
Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom,
zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik
perbandingan dan zaman linguistik moden.

Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800
tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu
linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan
kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan
pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam
bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa
ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas
muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi,
budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum
masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka
tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa
bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa
merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan
masyarakat ketika itu





Wednesday, 7 December 2011
LINGUISTIK DAN BAHASA
CABANG LINGUISTIK
Linguistik boleh dikategorikan kepada beberapa jenis
atau cabagn berdasarkan beberapa perkara seperti meniliti
linguistik dari sudut fungsinya , dari sudut apa-apa yang dikaji
dan aspek masa dalam kajian linguistik. Bawah cabang
linguistik pula , terdapat dua bidang linguistik iaitu linguistik
mikri dan linguistik makro . Berikut adalah penerangan
ringkas tentang cabang-cabang linguistik :
1. LINGUISTIK DESKRIPTIF
Pengkajian bahasa terhadap ciri bunyi , tatabahasa dan
perkataan pada waktu tertentu . Lingusitik ini bermaksud juga
pengkajian atau penghuraian bahasa dilakukan secara
penghuraian supaya sesuatu tujuannya fenomena bahasa dapat
dihuraikan atau dijelaskan denagn lebih berada ( adequate ).
Semua dasar fikiran dan perkiraan dalam Linguistik
Deskriptif adalah bersumberkan satu teori dasar yang umum
disebut sebagai " General Linguistik ". Linguistik Deskriptif
turut menganalisis bahasa tertentu dangan hipotesis dan teori-
teori Linguistik General . Lignustik juga membekalkan data
untuk mengukuh dan menyangkal sesuatu usul dan teori yang
dikemukakan ,.
2. LINGUISTIK PRESKRIPTIF
Penekanan kepada penghasilan rumus atau formula
bahasa bagi menjelaskan sesuatu fenomena bahasa .
Linguistik Preskriptif menerangkan dan menentukan cara
bahasa sepatutnya ditulis dan dituturkan . Hal ini adalah untuk
membolehkan penutur dilihat sebagai orang yang menuturkan
bahasa dengan betul dianggap sebagai orang yang terpelajar .
Rumus preskriptif pula sebenarnya lebih kepada rumus gaya
berbanding rumus tatabahasa .
3. LINGUISTIK TERAPAN
Satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori
deskripsi , kaedah dan hasil kajian linguistik dalam
pengajaran bahasa , penulisan buku-buku teks , dalam
leksikografi , penterjemahan , stilistik , petalogi bahasa dan
sebagainya .
4. LINGUISTIK PERBANDINGAN ( komparatif )
Linguistik jenis ini membandingkan dua bahasa atau
lebih dari sudut bunyi , perkataan dan ayat iaitu dengan cara
melihat aspek-aspek persamaan dan perbezaan antara satu
bahasa dengan bahasa yang lain . Linguistik ini kerap
digunakan untuk membanding-bandingkan satu dialek dengan
satu dialek yang lain .
5. LINGUISTIK HISTORIS
Satu cabang linguistik yang mengkaji satu-satu bahasa
daripada sudut sejarah , iaitu menyelidiki segala perubahan
dan perkembangan satu-satu bahasa . Misalnya , Linguistik
Historis mengkaji sejarah pertumbuhan dan perkembangan
bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari
ini . Turut dikaji ialah mengkaji sejarah perkamusan bahasa
Melayu , sejarah sistem ejaan dan seumpamanya .
6. LINGUISTIK SINKRONIK
Linguistik jenis ini menghurai atau mengkaji sesuatu
bahasa dari sudut masa . Ini bermaksud satu kajian yang
dilakukan terhadap bahasa pada satu masa dalam titik sejarah
, dang menerangkan apa-apa saja unsur yang wujud dalam
bahasa pada waktu itu dengan tidak dipengaruhi oleh
perkembangan bahasa tersebut dari segi sejarah ataupun
daripada satu bahasa lain .
7. LINGUISTIK DIAKRONIK
Linguistik ini tidak menekankan aspek masa . Linguistik
ini nerupakan satu pendekatan terhadap kajian bahasa dari
segi sejarah atau perbandingan . Ini bererti bahawa kajian
diakronik berasakan dua atau lebih kajian sinkronik .
Posted by Bahasa Pusaka Ibunda

Anda mungkin juga menyukai