Anda di halaman 1dari 1

2.

b) berdasarkan pembacaan saya, pendekatan atau strategi yang sesuai untuk murid-murid
berkeperluan khas adalah pendekatan Konstruktivisme. Konstruktivisme merupakan teori
mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta
memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu, Konstruktivisme menyarankan kanak-
kanak untuk membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada
mereka.
Saunders (1992), menjelaskan bahawa Konstruktivisme ialah suatu proses di mana
seseorang membina kefahamannya sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah
dipersembahkan kepadanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan lepas
yang adaptasikan olehnya.
Terdapat lima implikasi menggunakan strategi ini iaitu:
i) Pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid.
ii) Guru membantu murid sebagai fasilitator untuk menyelesaikan masalah atau membina
konsep matematik.
iii) Guru juga perlu menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan
baru.
iv) Guru perlu mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid bagi merancang
pengajarannya.
v) Pengetahuan yang diperoleh adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan murid dan
bukannya pengajaran yang diterima secara pasif.
Berdasarkan kepada implikasi strategi ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang dapat
membantu murid-murid berkeperluan khas untuk membina pengetahuan mereka sendiri
sesuai dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Kaedah yang digunakan haruslah
sesuai bagi setiap murid yang berlainan masalah pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai