Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN PENGURUSAN RISIKO

Menurut Simmons (1998), risiko dapat didefinisikan sebagai kemungkinan kepada kerugian,
kemalangan, kelemahan dan keruntuhan. Manakala pengurusan risiko pula dapat ditakrifkan
sebagai suatu pengurusan yang dilakukan secara menyeluruh dan proaktif dalam aktiviti bagi
sesuatu program dan kemungkinan untuk menerima kegagalan dalam program tersebut.
Dalam mana mana aktiviti mahupun pelaksanaan progam, pengurusan risiko amat
diperlukan terutamanya bagi aktiviti aktiviti yang dijalankan di kawasan luar dan mudah
terdedah kepada bahaya.
Pengurusan risiko amat penting kerana ia mampu mengurangkan kemungkinan
menghadapi kemalangan. Ketika melakukan aktiviti luar terutamanya bagi program
kokurikulum, para pelajar mudah terdedah kepada suasana persekitaran yang berbahaya
dan mengancam aspek keselamatan mereka. Ini misalnya bagi aktiviti perkhemahan di
dalam hutan, ancaman ancaman seperti bentuk muka bumi yang berkemungkinan licin dan
tidak rata, ancaman haiwan liar serta suasana dalam hutan yang mampu menyesatkan akan
mengundang bahaya sekiranya tidak mempunyai sebarang persediaan dalam menghadapi
risiko. Pengurusan risiko seperti membuat penelitian ke atas persekitaran kawasan tapak
perkhemahan serta pengaruh cuaca akan memudahkan guru memaklumkan kepada pelajar
terhadap aspek aspek keselamatan yang perlu diutamakan dalam sepanjang pelaksanaan
aktiviti perkhemahan. Apabila pelajar didedahkan kepada aspek aspek tersebut ia dapat
membantu mereka untuk lebih berhati hati dan seterusnya kemungkinan kemalangan
berlaku dapat dielakkan.
Seterusnya berkenaan dengan perancangan kedua atau backup plan. Jika ancaman
ancaman kepada aspek keselamatan atau risiko dalam sesuatu aktiviti dikenal pasti, maka
guru dapat melakukan pelan kedua untuk memastikan aktiviti berjalan lancar. Sebagai
contoh, sekiranya hujan lebat turun secara tiba tiba dan menyebabkan air sungai
melimpah sehingga tapak perkhemahan mengalami banjir, maka guru mungkin dapat
mencari tapak yang lebih tinggi untuk dijadikan tapak perkhemahan yang baru. Suasana ini
mungkin boleh berlaku apabila aktiviti tersebut dijalankan di kawasan tanah rendah yang
berhampiran dengan sungai. Banjir bukan sahaja akan mengganggu aktiviti, malahan ia
mampu mengancam bahaya kepada pelajar.

Aktiviti aktiviti kokurikulum juga dapat dijalankan dengan lancar serta mencapai
matlamat aktiviti dengan adanya pengurusan risiko. Hal ini berikutan, ancaman bahaya
mahupun ancaman terhadap gangguan sesuatu aktiviti dapat dikurangkan melaluinya. Jika
risiko risiko telah dikenal pasti dengan mudah guru dapat mencari penyelesaiannya dan ia
akan dapat mengurangkan gangguan dalam aktiviti kokurikulum. Jika berlaku kemalangan
ketika aktiviti misalnya, ia pasti akan mengganggu tumpuan bukan sahaja kepada guru
bahkan kepada pelajar. Aktiviti aktiviti yang dirancang mungkin akan tertangguh ataupun
terpaksa dibatalkan. Akibatnya matlamat pelaksanaan aktiviti tersebut tidak tercapai dan
hanya sia sia. Tetapi sekiranya pengurusan risiko dilakukan, hal hal sedemikian dapat
dielakkan dan penyediaan backup plan yang berkesan akan mampu melancarkan perjalanan
sesuatu program.
Pengurusan risiko juga penting dalam hal ehwal kewangan dan peralatan. Risiko
kepada aspek kewangan yang tidak mencukupi dan peralatan rosak mungkin sering berlaku.
Namun, dengan adanya pengurusan risiko seperti penyediaan backup plans dapat membantu
mengelakkan risiko tersebut. Dalam sesebuah program motivasi misalnya, penyertaan
pelajar yang ramai memerlukan penyampai motivasi untuk menggunakan mikrofon, walau
bagaimanapun mikrofon tersebut mengalami masalah dan tidak ada pengganti mikrofon
yang lain. Guru mungkin boleh menyediakan pembesar suara atau peralatan lain yang sama
fungsinya dengan mikrofon. Walaupun adanya kecacatan, namun sekurang kurangnya
program dapat diteruskan dan matlamat dapat dicapai. Dari segi kewangan pula, sekiranya
peruntukan kewangan untuk melakukan sesuatu program didapati tidak mencukupi, mungkin
beberapa aktiviti lain seperti aktiviti jualan barangan terpakai, makanan dan barangan
kreativiti dapat dijalankan untuk menampung kewangan persatuan sebelum sesuatu program
dijalankan. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan kewangan bahkan mendedahkan pelajar
kepada satu pengalaman baru serta melatih mereka dalam aspek keusahawanan.
Selain itu dengan mengamalkan pengurusan risiko, latar belakang pelajar atau
peserta dapat dikenalpasti. Ini misalnya berkenaan tahap kesihatan peserta sama ada dari
segi penyakit berbahaya yang mampu mengundang bahaya dalam sesuatu aktiviti yang
dirancang. Jika tahap kesihatan dikenalpast, guru dapat mengasingkan pelajar yang sakit
daripada melakukan aktiviti aktivit yang menjejaskan kesihatan dan keselamatan mereka.
Bagi pelajar yang mempunyai alergi, penyediaan makanan yang bersesuaian juga dapat
dilakukan. Oleh yang demikian, tahap keselamatan dan kesihatan pelajar akan terjaga.