Anda di halaman 1dari 3

penanaman Srtawberry.

Description:
Height : 6" - 10"
Spacing : 18" - 24"
Sun Light : >6 hours
Water : Average
Harvest : Normally 2nd years
Sowing : Sow seeds 1/2" deep
Color : Red/White Cream to Pinkish
Stratify : 4-6Weeks
Germinations : 7 -35 days (Sometime takes longer)



Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menanam Strawberry dari Biji
benih. Anda perlu banyak bersabar kalau hendak menanam Strawberry dari biji benih. Ini
kerana, ia mengambil tempoh yang agak lama untuk bercambah dan percambahannya pula
tidak berlaku serentak (atau dengan kata lain ada yang cepat dan ada yang lambat dan lambat
sangat).

Berdasarkan pengalaman saya yang lalu untuk menguji biji benih yang dibeli samada
bercambah atau tidak, hampir "give up" juga dibuatnya sebab terlalu lambat. Berikut adalah
langkah-langkah yang saya ambil:-

1. Rendam biji benih 15 minit, lepas itu saya letak dalam kertas tisu yang dilembapkan
(bukan basah sampai air boleh menitik- nanti "rotten" pulak biji benih tu), masukkan dalam
plastik yang ada seal dan simpan dalam peti sejuk, sebelah atas tapi bukan freezer.
"Stratification" ini adalah bagi memecahkan dormanisasi benih dan sebagai stimulasi Musim
Dingin" dan memaksa biji benih untuk bercambah dengan lebih cepat, sekurang-kurangnya 4
minggu. (Tapi ada juga yang masukan biji benih dalam plastik dan terus simpan kedalam
Freezer 4 minggu bagi tujuan yang sama (Tidak digalakkan)

Ini Contoh Biji Benih (Blueberry) yang diletakkan atas
tisu lembap dan dimasukkan dalamplastik yang boleh disealkan,
Sebelum dimasukkan dalam Peti Sejuk. Lakukan seperti ini
untuk biji benih Styrawberry .
p/s : Saya tak ambil gambar untuk biji benih strawberry tapi inilah cara yang saya buat.

2. Selepas itu, keluarkan dan semai dengan kedalaman 1/2" dalam "peat moss"/Spagnum
moss" atau "Peat Pellet" (lebih baik kerana ia dapat mengelakkan gangguan pada akar anak
pokok Strawberry semasa hendak mengalih anak pokok tersebut. Ini kerana masalah utama
adalah semasa hendak mengalih anak pokok ke tempat lain, anak pokok sering terganggu
dan mati.

Pastikan medium tanam disiram secukupnya, tapi tidak terlebih air letak di tempat yang
terang dan mendapat cahaya matahari tetapi tidak secara terus, kerana anak pokok belum
berupaya untuk menahan kepanasan. Pokok akan bercambah dalam masa 2-4 minggu dan
kadangkala lebih lama lagi. Percambahannya tidak serentak.

Ini Gambar Anak Pokok Strawberry yang saya semai.
(Biji benih memang bercambah, tapi saya mengalami
masalah selepas mengalihnya dalam pasu lain, mungkin
terlebih/terkurang air sebab kurang perhatian diberikan
kepada pokok tersebut. Insyallah akan cuba lagi..
3. Pindahkan pokok di dalam pasu yang lebih besar apabila daun telah melebihi 3 helai.
Siram seperti biasa, jangan biarkan medium tanam kering, terlebih air atau ada air yang
bertakung. Pokok bersedia ditempatkan di tempat yang lebih panas apabila ia sudah cukup
matang dan pastikan ianya disiram secukupnya tapi ingat jangan terlebih siram...

4. Sekiranya Pokok Strawberry berbunga pada tahun pertama, petik bunga tersebut, jangan
biarkan ianya berbuah, ini adalah untuk membolehkan pokok tumbuh lebih stabil, sihat dan
subur.

5. Pada tahun kedua bolehlah anda membiarkan pokok anda berbunga dan berbuah.

Selamat menanam, jangan putus asa cuba dan terus mencuba..


P/s : Biji benih dikatakan boleh bercambah juga tanpa di "Stratify" tapi mengikut "time
frame" dari "mother nature" mungkin lebih lambat, "may be" bukan di Malaysia kot sebab
"Mother Nature" kat sini tak ada musim dingin yang boleh memecahkan dorminasi biji benih.

Saya juga buat perkara yang sama pada biji benih yang bukan "native"nya dari sini, biasalah
ada yang ok ada yang ko.Antaranya termasuklah Persimmon (Pisang kaki) , ke semua
cambah tapi satu kena makan semut tinggal dua dan Jersey Blueberry (Kalau tak salah
lablelah, kalau takpun mungkin "BlackBerry")

Gambar lama ni.. Pokok "Persimmon " - cepat cambah & " Blueberry" ?? - lambat cambah
..sekarang dah lebih dari 6" tinggi kedua jenis pokok ini..

Anda mungkin juga menyukai