Anda di halaman 1dari 5

Virus Mat Rempit: Punca dan Cara Mengatasinya

HARI ini isu Mat Rempit kembali hangat diperkatakan sama ada melalui
media massa atau media cetak. Isu ini kembali hangat sehangat isu wabak
selsema babi yang kini mengemparkan seluruh dunia. Begitu juga dengan
wabak Mat Rempit ini, mengganas sekaligus membimbangkan semua pihak.
Mat Rempit bukan setakat merempit, malah mereka juga turut terlibat dengan
kegiatan-kegiatan jenayah lain seperti samseng jalan raya, kaki pukul, kaki
mabuk, kaki rogol malah sanggup membunuh. Ini realiti yang berlaku di negara
kita hari ini. Di mana beberapa hari yang lepas, akhbar metro harian telah
menyiarkan seorang pemuda maut akibat dipukul sekumpulan Mat Rempit.
Sekarang gejala wabak Mat Rempit telah berada pada ranking pertama dalam
liga jenayah remaja negara ini. Jika suatu ketika dahulu gejala Bohsia dan
Bohjan menjadi isu hangat di media-media massa dan cetak. Tetapi gejala ini
agak sepi diperkatakan walaupun gejala ini masih berleluasa.
Dengan menampilkan aksi-aksi ngeri yang menyeronokkan, Mat Rempit
sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat kepuasan dan dipuji di
atas keberanian yang ditonjolkan. Ini adalah pengakuan salah seorang Mat
Rempit yang ana temui iaitu Zul (Bukan nama sebenar). Selain itu, mereka
akan disajikan dengan bohsia-bohsia cantik sekiranya memenangi perlumbaan
haram yang dianjurkan. Dapat tidur dan melakukan sex dengan perempuan
tersebut. AduhhhEnak sekali tuhSedangkan perbuatan zina itu adalah
dikeji dan dibenci oleh Allah SWT.
Justeru itu, apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja di negara in terlibat
dengan gejala Mat Rempit? Adakah mereka ini ingin digelar sebagai Mati
Katak atau Sebagai pembunuh diri ? Antara faktor-faktor yang menjadi
punca wujudnya virus Mat Rempit ini ialah :
Perasaan ingin mencuba
Oleh sebab desakan naluri remaja yang suka mencuba dan tidak takut kepada
resiko yang bakal ditempuh, mereka berani melakukan apa sahaja. Mereka ini
mudah berasa seronok dan ingin mencuba apa-apa yang dipaparkan oleh media.
Terpengaruh dengan rakan
Pengaruh rakan sebaya juga banyak memainkan peranan di dalam menentukan
pemilihan aktiviti yang gemar dilakukan oleh sekelompok remaja ini. Remaja
mudah terikut-ikut dengan apa-apa yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka
tanpa memikirkan resiko yang bakal ditempuhi.
Gaya hidup dan taraf pendidikan
Gaya hidup remaja itu sendiri juga merupakan pendorong gejala Mat Rempit
ini berlaku. Kebanyakkan remaja yang berpendidikan rendah yang terlibat
dalam kancah gejala Mat Rempit ini. Pergaulan mereka hanya terdedah
kepada kelompok yang sama dan memiliki pemikiran yang sama apatah lagi
masing-masing memberi galakan ke arah negatif antara satu sama lain seperti
cabar mencabar dan sebagainya. Keseronokan dan kepuasan merupakan tujuan
utama dalam diri mereka.
Kurang kasih sayang dan perhatian ibu bapa
Kurangnya kasih sayang dan perhatian turut mempengaruhi tindakan serta sikap
remaja. Apabila mereka merasa bosan, mereka akan mengambil jalan mudah
dengan mencari hiburan di luar rumah bersama rakan-rakan yang lain.
Lebih-lebih lagi ibu bapa yang suka berleter tatkala mereka berada dirumah. Hal
ini membuatkan diri meraka merasa bosan dengan sikap ibu bapa tersebut.
Dengan demikian, virus Mat Rempit harus dibendung dengan segera sebelum
ia menjadi penyakit yang paling parah dalam masyarakat kita. Semua pihak
harus memikirkan apakah cara yang paling terbaik untuk mengatasi gejala sosial
ini. Jika ia tidak dibendung dengan segera, ditakuti ia akan menjadi virus yang
paling merbahaya di negara ini. Kalau dahulu mereka hanya merempit, tetapi
sekarang golongan ini semakin berani melakukan apa sahaja sehingga sanggup
membunuh dan sebagainya. Seolah-olah mereka tidak takut kepada hukuman
yang bakal diterima.
Maka di sini terdapat beberapa cara untuk mengatasi dan membendung virus
Mat Rempit ini daripada terus menular dalam masyarakat. Antaranya ialah :
Peranan dan tanggungjawab ibu bapa
Ibu bapa seharusnya menyedari bahawa kasih sayang dan perhatian yang
secukupnya perlu diberikan kepada anak-anak mereka agar mereka mersai diri
mereka dikasihi dan dihargai. Jangan terus membiarkan anak-anak menjadi liar
gara-gara kegagalan ibu bapa memberi perhatian secukupnya. Luangkan sedikit
masa untuk bersama dengan anak-anak. Bertanyakan masalah, mendengar
luahan dan rintihan hati mereka.
Penguatkuasakan undang-undang dengan lebih efektif
Penguatkuasa undang-undang memang perlu untuk membendung virus ini. Di
sarankan ianya agar lebih tegas daripada undang-undang yang sedia ada. Jangan
biarkan mereka berasa lali dan tidak kisah dengan hukuman yang bakal mereka
terima.
Dekati mereka dengan berhemah dan hikmah
Dekatilah Mat-mat Rempit dengan berhemah dan hikmah. Mungkin dengan
cara ini mereka akan berasa diri mereka dihargai. Kata-kata motivasi dan
kaunseling juga diperlukan untuk membendung virus ini. Jangan terus memberi
tekanan kepada mereka. Sepertimana kita ketahui zaman remaja memang penuh
dengan tekanan dan gelora. Mereka sentiasa inginkan perhatian masyarakat.
Oleh itu berinteraksilah secara matang dengan golongan remaja ini, jangan
memperlakukan diri mereka seperti budak kecil.
Sebagai kesimpulannya, kita jangan terlalu menyalahkan dan menunding jari
kepada golongan remaja. Sebaliknya kita sebagai individu dewasa, bantulah
golongan ini dengan profesional dan matang. Dekatilah mereka agar mereka
merasakan diri mereka dihargai dan tidak tersisih daripada masyarakat.