Anda di halaman 1dari 14

3.

0 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BONEKA


Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan
penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapid an mendalam
perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa
yang dihasratkan oleh pengkarya. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk
mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan
dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat
menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.( OUM HBAE2203 Membentuk
dan Membuat Binaan )
Terdapat berbagai-bagai jenis boneka. Boneka dibentuk dan diperbuat daripada
bermacam-macam bahan yang sesuai dengan bentuk atau kegunaannya. Penghasilan boneka
tidak kenal tahap kerumitannya. Seperti yang diulas oleh Oscar Wilde "Boneka ada banyak
kelebihannya, termasuklah tidak mampu berhujah, tidak mengulas seni dengan lantang, dan tiada
kehidupan peribadi."
Terdapat berbagai jenis boneka yang sering digunakan antaranya adalah seperti ;
Boneka Sarung Tangan
Boneka Wayang Kulit
Boneka Lidi
Boneka Jari
Boneka Bertali
Boneka Beg Kertas
3.1 PROSES PENGHASILAN BONEKA
3.1.2 PEMILIHAN BAHAN DAN TEKNIK
Terdapat pelbagai bahan dan peralatan yang boleh digunakan untuk
membuat boneka. Bahan-bahan ini adalah berbeza mengikut jenis boneka yang
akan dihasilkan tersebut. Antara bahan asas untuk membuat boneka ialah;

sarung tangan atau sarung kaki (boneka sarung tangan)
kertas tebal/plastik keras (boneka wayang kulit dan lidi)
beg kertas/beg mabuk udara (boneka beg kertas)
sudu kayu atau senduk (boneka sudu)
perca kain (boneka sarung kepala dan sarung tangan)
pinggan kertas (boneka pinggan kertas)
kayu (boneka tongkat)
lidi (boneka lidi)
Boneka dicipta mengikut kreativiti individu yang menghasilkannya. Ini
bererti seseorang itu boleh menghasilkan boneka walaupun hanya menggunakan
bahan-bahan terbuang.
Kebanyakan boneka adalah alat yang menjadi permainan terutamanya
kepada kanak-kanak. Boneka dihasilkan dalam pelbagai bentuk. Kepelbagaian
bentuk dan rupa menjadi faktor utama yang perlu diberi perhatian supaya
bersesuaian dengan tema, tajuk dan wataknya. Setiap boneka yang dihasilkan
menggunakan teknik yang berbeza-beza. Teknik yang digunakan bergantung
kepada jenis boneka. Boneka dihasilkan secara individu, berkumpulan dan juga
secara kilang. Boneka akan dihasilkan dengan menggunakan pelbagai bahan dan
alat yang terpilih. Umumnya pemilihan bahan adalah berdasarkan;
i. Bahan Luar dan Bahan Dalam
Untuk penghasilan boneka yang kemas dan menarik, bahan luar
merupakan perkara penting yang amat mempengaruhi penampilan sesuatu boneka
itu. Antara bahan luar yang digunakan dalam pembuatan boneka penuh, sarung
tangan, tongkat dan lain-lainnya adalah kain. Kain yang digunakan untuk
permukaan luar boneka adalah seperti Flanel Velboa , Rasfur, Nylex dan Satin.
Flanel Velboa sering digunakan untuk keseluruhan semua jenis boneka. Bahan
velboa amat sesuai kerana ia memiliki ciri berbulu pendek. Ia mempunyai pilihan
warna yang pelbagai, ada warna gelap dan ada warna terang. Manakala Rasfur
pula adalah bahan yang mempunyai ciri khas dengan bulu-bulunya yang panjang.
Umumnya bahan rasfur berwarna lembut dan kurang variasi. Nylex merupakan
bahan yang paling murah. Namun, bahan ini cenderung lebih tipis dan
mempunyai permukaan yang kasar. Nylex mempunyai banyak pilihan warna.
Bahan nylex biasanya dipakai pada boneka-boneka yang berbentuk manusia
seperti boneka upin-ipin, dora, popeye, dan lain lain.
Selain kelembutan bahan luar, isi dalam boneka juga harus
dipertimbangkan. Ini adalah kerana boneka biasanya sering dipeluk oleh
pemiliknya terutama kanak-kanak. Melalui boneka, mereka akan merasa tenang
dan nyaman. Bahan yang digunakan akan disesuaikan dengan bentuk boneka
yang akan dihasilkan. Contohnya bahan berbulu sesuai untuk penghasilan boneka
haiwan, manakala dengan permukaan halus boleh digunakan untuk membentuk
boneka figura manusia.
ii. Aksesori
Penggunaan bahanbahan yang berupa manik-manik, butang dan kancing
sering digunakan sebagai hiasan pada penghasilan boneka. Walaupun
penggunaannya hanyalah sebagai perhiasan sahaja namun, kehadiran aksesori ini
akan dapat menambah nilai dan keindahan serta memperjelaskan bentuk boneka.
iii. LAKARAN IDEA
Ada beberapa proses yang harus dilakukan sebelum menghasilkan boneka
menjadi bentuk yang kemas dan menarik. Secara umumnya, proses atau cara
membuat pelbagai jenis boneka, haruslah melalui langkah-langkah berikut;
a. Pembuatan Pola
Penghasilan boneka sama seperti membuat pakaian. Dalam
membentuk dan membuat boneka, peringkat awalnya perlulah membentuk
pola terlebih dahulu. Melakar pola perlulah dilakukan di atas sebuah
kertas. Peralatan seperti pensil, pembaris dan pemadam perlu untuk
melakar pola.

b. Pembentukan Prototype
Setelah pola selesai dilakarkan, langkah seterusnya adalah
memindahkan pola tersebut ke dalam sebuah prototype. Prototype adalah
contoh produk yang akan dihasilkan. Walaupun ukuran di pola sudah
dilakarkan, namun Prototype ini boleh berubah berkali-kali sehingga
dirasakan sesuai dengan bentuk yang diinginkan .
c. Pembentukan MAL (Moulding) atau Acuan
Mal adalah acuan cetakan yakni contoh produk yang telah siap untuk
dikeluarkan. Ukuran dan bentuk dalam acuan ini tidak boleh di ubah-ubah
lagi.
d. Proses Penjahitan Pola
Langkah selanjutnya adalah proses penjahitan pola. Di sini acuan yang
berupa potongan-potongan boneka akan disatukan dan siap untuk dijahit.
Penjahitan dilakukan dengan mesin jahit khas agar produk yang dihasilkan
lebih kemas dan menarik.
e. Pengisian Dacron
Dalam proses penjahitan tidak semua bahagian dijahit. Ini adalah
kerana boneka akan dimasukkan isi dalamnya. Isi dalam yang sering
digunakan adalah kapas dan silicon. Pengisian tidak dilakukan sehingga
padat namun secukupnya tanpa harus mengurangi keindahan bentuk .
f. Penambahan Aksesoris Boneka
Langkah terakhir ialah boneka akan dihiasi dengan aksesori yang
bersesuaian dengan watak yang telah dicipta.




Antara
bahandan
peralatan
yang
digunakan
untuk
membuat
boneka

3.2 JENIS-JENIS BONEKA

3.2.1 BONEKA SARUNG TANGAN

Boneka sarung tangan adalah boneka yang sangat dikenali ramai. Boneka
ini juga dikenali sebagai hand puppets. Boneka ini lebih mudah disediakan dan
lebih praktikal digunakan oleh kanak-kanak. Boneka ini boleh digubah menjadi
badan dan anggota boneka. Semasa menggunakannya, kesemua jari atau hanya
sebilangan jari di masukkan ke dalam sarung tangan itu dan digerak-gerakkan
untuk menghidupkan anggota boneka. Kanak-kanak akan memasukkan
keseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau
dibentuk. . Boneka tangan sangat disukai oleh kanak-kanak kerana mereka lebih
bebas dan mudah melakonkan watak dan membuat pergerakan berbanding dengan
boneka lain.















PEMILIHAN ALAT, BAHAN DAN TEKNIK PEMBUATAN

Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan.
Antaranya adalah kain flannel, stoking, sarung tangan, beg kertas , kotak dan
sampul surat. Bekas telur, bekas dadih dan bahan-bahan terbuang turut juga boleh
digunakan. Manakala alat-alat lain yang perlu juga digunakan ialah gunting,
pensil, jarum, benang jahit, benang bulu, berus cat dan butang. Pemilihan bahan
adalah disesuaikan dengan watak yang menepati tema dan tajuk yang ingin
dipersembahkan. Contohnya watak haiwan seperti kucing, tikus, harimau dan
sebagainya. Seiring dengan ledakan teknologi kini, boneka tangan ini telah
diperkembangkan dengan pelbagai watak lain seperti watak manusia dengan
pekerjaan dan lain-lain lagi. Oleh itu pemilihan bahan yang digunakan memenuhi
prinsip-prinsip rekaan seperti warna yang terang, sesuai untuk menarik perhatian
kanak-kanak.



Gambarajah menunjukkan bahan dan peralatan yang
digunakan untuk membuat boneka sarung tangan.








3.2.2 BONEKA WAYANG KULIT
Boneka ini dikenali sebagai boneka bayang-bayang atau shadow puppet.
Rupa bentuk boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Semasa boneka ini
dimainkan, ia di tempatkan di bahagian belakang atau skrin putih. Lampu
dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi
digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka itu. Cara persembahan
boneka wayang kulit ini juga boleh dimainkan dengan menggunakan OHP
sebagai sumber cahaya untuk memaparkan imej boneka di atas skrin. Boneka
Wayang Kulit ini amat popular di gunakan untuk persembahan cerita, diikuti
dengan nyanyian dan tarian. Boneka ini dimainkan untuk menghiburkan orang
ramai. Watak-watak yang dibentuk disesuaikan dengan tema atau tajuk sesuatu
cerita. Contohnya watak seorang hero digambarkan dengan sifat muka yang kacak
dan hidung yang mancung.Watak-watak yang dicipta itu menjadi bentuk yang
boleh digerak-gerakkan. Manakala mulutnya boleh dibuka dan ditutup dan juga
sayap yang boleh dikepakkan.
PEMILIHAN ALAT, BAHAN DAN TEKNIK PEMBUATAN
Lakaran asas merupakan proses awal bagi menentukan rupa bentuk
boneka jenis ini. Ia dilukis di atas kertas tebal. Kemudian diwarnakan dan
bentuknya dipotong mengikut watak cerita. Boneka ini boleh diperbuat daripada
kulit haiwan seperti kulit kerbau, plastik, lutsinar dan kertas tebal. Alatan
sampingan lain yang diperlukan adalah seperti kertas pasir, tukul, kayu,
Newsprint, gunting, pemotong NT, penebuk mata bulat, gam yang kuat dan cat
tempera atau cat minyak. Manakala lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat
tertentu pada badan boneka itu. Kepelbagaian bahan ini telah digabungkan
dengan baik dan dapat membentuk suatu gubahan yang menarik. Semasa
menghasilkan boneka jenis ini, kualiti bahan-bahannya dititikberatkan agar ia
dapat bertahan lama dan selamat.








3.2.3 BONEKA LIDI
Boneka ini sangat senang dihasilkan . Boneka ini seakan sama dengan
boneka wayang kulit. Boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya
digoyang untuk menggerakkan anggota badan tersebut.
PEMILIHAN ALAT, BAHAN DAN TEKNIK PEMBUATAN
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi
panjang diletakkan pada belakang badan boneka termasuk pada anggota-anggota
tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka
dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar. Boneka
ini juga boleh dibuat daripada kulit,plastik,lutsinar dan kertas tebal.





3.2.4 BONEKA JARI
Boneka jari atau dikenali juga dengan nama finger puppets merupakan
boneka yang dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri. Boneka jari dilakukan
dengan memasukkan jari ke dalam boneka yang bersaiz jari. Sesuai dengan
namanya, boneka ini dimainkan dengan menggunakan jari tangan. Jari digerakkan
semasa watak dimainkan. Saiz boneka adalah mengikut saiz jari kanak-kanak..
Boneka jari amat seronok digunakan kerana pelbagai watak boleh dimainkan
secara serentak. Boneka ini boleh diubah menjadi badan atau anggota boneka.
Semasa menggunakan jenis ini, kesemua jari atau sebilangan jari dimasukkan ke
dalam sarung tangan itu dan pemain boleh gerakkan tangan bagi menggerakkan
watak. Manakala setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Misalnya jika
tema keluarga, jari ibu mewakili boneka bapa, jari telunjuk boneka emak, jari
hantu boneka abang, jari manis boneka kakak dan jari kelingking ialah boneka
adik.











PEMILIHAN ALAT, BAHAN DAN TEKNIK PEMBUATAN
Boneka ini dihasilkan dengan pelbagai alat seperti penutup botol, bola
pingpong, bambu kecil yang dapat dipakai sebagai kepala boneka. Boneka ini
boleh dibuat dari kertas yang dilukis wataknya. Boneka ini diwarnakan dan digam
pada keliling bentuk watak tersebut kecuali pada bahagian untuk dimasukkan
jari.. Kepala boneka diletakkan pada hujung jari . Boneka jari juga boleh dibuat
dari sarung tangan sedia ada, dimana pada hujung jari sarung tangan tersebut
sudah berbentuk kepala boneka dan ia terus boleh dimainkannya sahaja.




Boneka jari yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk
seperti bentuk haiwan dan figura manusia





3.2.5 BONEKA BERTALI
Boneka Bertali atau marionette sangat terkenal di negara Barat. Boneka
jenis ini sesuai digunakan untuk watak seperti berlari, terbang, menggelongsor
dan melompat. Boneka tali ini memerlukan latihan-latihan tertentu yang teratur
untuk dimainkannya. Boneka ini memiliki kelebihan berbanding boneka lain
kerana gerakan yang dimainkan lebih mendekati gerak manusia atau tokoh yang
sebenar.
PEMILIHAN ALAT, BAHAN DAN TEKNIK PEMBUATAN
Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti paper mache-
plaster-of-Paris atau kayu. Ada juga boneka tali dihasilkan menggunakan belon.
Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh
bergerak. Tali yang digunakan adalah jenis tali biasa atau tali tangsi yang lebih
elastik supaya pergerakannya lebih nampak natural. Semasa digunakan tali akan
ditarik-tarik untuk menggerakkan anggota badan boneka. Kebiasaannya boneka
bertali memerlukan pentas untuk menghidupkan watak-wataknya.










3.2.6 BONEKA BEG KERTAS
Boneka beg kertas adalah boneka yang sangat mudah dihasilkan. Ia amat
sesuai untuk kanak-kanak. Cara memainkannya juga sangat mudah iaitu dengan
memasukkan tangan ke dalam beg kertas dan ia seperti boneka tangan, Cuma
pergerakan boneka ini agak terbatas.
PEMILIHAN ALAT, BAHAN DAN TEKNIK PEMBUATAN
Bagi menghasilkan boneka jenis ini, alat dan bahan yang diperlukan
adalah seperti beg kertas, kertas berwarna, gunting, gam kanji, cat air atau krayon,
dawai kokot, pita litup, rot kayu kertas tisu dan pen marker. Bahan seperti butang
juga digunakan sebagai perhiasan.












3.3 PROSES APRISIASI
Apresiasi seni adalah proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek
pengetahuan,membuat pertimbangan,penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap
karya seni. Apresiasi seni juga menitikberatkan aspek kritikal serta aspek emosional
terhadap karya seni.Menjalankan proses apresiasi seni sebenar tidak sukar kerana proses
ini boleh diumpamakan sebagai memberi penghargaan terhadap karya seni.Menurut
Ecker(1966),pendekatan apresiasi seni dapat memberikan penghargaan yang
menyeronokkan terhadap karya seni,dilakukan secara naratif dan tersusun untuk
memahami sesuatu karya seni. Ia mencakupi aspek pengetahuan, penilaian,diskriminasi
dan juga kesedaran emosi terhadap karya seni. Apresiasi seni juga dapat membantu
seseorang daripada membuat penilaian yang singkat atau pendek sebelum membuat
penilaian atau kritikan yang munasabah.
Apresiasi seni visual secara mudah dapat dilakukan melalui bidang membentuk
dan membuat binaan. Melalui bidang ini, teknik yang boleh digunakan ialah teknik
boneka. Dalam hal ini, guru akan menyediakan alat dan bahan untuk murid
menghasilkan bahan boneka. Guru memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan
boneka, contohnya boneka haiwan yang di gemari. Selepas siap proses membentuk
boneka yang digemari, guru akan meminta murid untuk menyatakan apa yang dilihat
dari aspek pengetahuan seni visual dan dari segi keindahan serta fungsi boneka tersebut.

Murid juga akan menyatakan hasil kerja tersebut melalui cara seperti berlakon
dengan menggunakan boneka. Murid dikehendaki melakonkan watak melalui boneka
yang telah mereka hasilkan. Oleh itu, melalui cara ini secara tidak langsung aspek
pengetahuan dan kegunaannya dapat diterapkan dalam diri murid melalui teknik boneka.








Kepelbagaian watak boleh dilakonkan oleh murid
menjadikan mereka sangat seronok dalam permainan boneka ini.

Anda mungkin juga menyukai