Anda di halaman 1dari 40

1

1. PERKEMBANGAN KURIKULUM PSV DI MALAYSIA



Pada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya
sebagai mata pelajaran yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana mata pelajaran ini merentasi kurikulum.Pendidikan Seni Visual (PSV)
bermaksud proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti melalui
imaginasi dan konsepsi murid.

Pendidikan Seni Visual pernah dikenali sebagai mata pelajaran lukisan dan
pertukangan tangan. Setelah beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran dan
keperluan semasa, maka mata pelajaran tersebut telah ditukar menjadi Pendidikan
Seni. Setelah beberapa tahun diperkenalkan, ia telah diubah pula menjadi
Pendidikan Seni Visual atas kesedaran masyarakat terhadap kepentingan
Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan. Perubahan ini sesungguhnya amat sesuai
sekali kerana Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni
tampak atau visual dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni
tari,seni teater , seni sastera, seni mempertahankan diri atau seni fotografi.

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat,memperkembang keperibadian,memberi kesedaran dan kepekaan terhadap
nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran
lain.Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif,ekspresif dan
aktif.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui
persepsi visual,imaginasi dan daya pemikiran.Kegiatan pemikiran,penerokaan dan
reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka
menyatakan idea dan ekspresi diri.Pengalaman ini penting dalam membantu murid
membina keyakinan diri,membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.







2

1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Perbincangan tentang perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual di
Malaysia tidak dapat lari dari perbincangan tentang perkembangan sistem
pendidikan di Malaysia itu sendiri kerana Pendidikan Seni Visual mempunyai
rentetan sejarah yang seiring dengan perkembangan sistem pendidikan di
Malaysia.Ianya meliputi peringkat sebelum merdeka,awal merdeka , selepas
merdeka sehinggalah sekarang.Ianya juga sangat berkait rapat dengan kelahiran
institusi seni dan kemunculan pertubuhan seni lukis
serta perkembangan seni halus di Malaysia.

1.1 Pendidikan Sebelum Merdeka

Sebelum kedatangan kuasa penjajah ,pendidikan di Tanah Melayu berbentuk
bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif pelajar-pelajar.Corak
pendidikan yang ada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-
Quran,tingkah laku dan akhlak yang baik,pengetahuan
kerohanian dan seni mempertahankan diri.Ini termasuklah pelajaran awal dalam
bidang kraf tangan serta perintis dalam bidang pertanian,perikanan dan pemburuan.
Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran al-Quran dan pengetahuan
asas membaca,menulis,dan mengira(3M) dan diadakan di peringkat yang rendah
sahaja.Jika ada anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin menyambung
pelajaran,maka mereka terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.

Tujuan utama Sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke-19 dan awal
abad ke-20 adalah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa dan
mewarisi kemiskinan keluarga.Oleh itu ,pendidikan yang berbentuk sekular dalam
bahasa Melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum
yang terhad.Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu
atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak dalam kalangan masyarakat
Melayu.
Berdasarkan Laporan Winstedt,Tujuan sekolah Melayu menurut Penyata
Pelajaran tahunan Negeri-negeri Selat 1885 adalah;Cukup untuk kehendak-
kehendak biasa budak-budak Melayu,yang kelak akan menjadi pemandu kereta

3

lembu,penanam padi dan nelayan.Tujuan kerajaan bukanlah untuk mewujudkan
segelintir pemuda yang berpendidikan baik.Pelajaran untuk orang Melayu tidak
boleh melewati batasan,kerana ia akan menimbulkan kesulitan nanti.Pada tahun
1916,Laporan Winstedt memperkemas sistem pendidikan rendah di Tanah
Melayu.Sekolah Melayu dan maktab mengajar subjek lukisan.Anyaman diletakkan
di bawah subjek Sains Pertanian.
Selain itu,Laporan Winstetd (Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri
Selat) mencadangkan;Lukisan adalah mustahak untuk Latihan yang amat baik
memerhati alam yang didapati darinya,dan ia dapat menimbulkan minat dan
kecerdasan murid-murid dan melatih mereka ketepatan dan kecermatan.Dan ia
menyesuaikan mereka dengan kerja-kerja mandur.Ia patut dimestikan dalam darjah
3 dan 4 dan menyediakan subjek Kerja tangan seperti membuat bakul.

Pada awal abad ke-20, bagi menampung permintaan yang bertambah
terhadap Pendidikan Menengah,Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut
model English Grammar School pada tahun 1905 ,tetapi
sekolah ini khas untuk golongan bangsawan sahaja.Pada tahun 1922,Maktab
Perguruan Sultan Idris ditubuhkan bagi memberi latihan perguruan dan semua
wajib mempelajari kesemua subjek termasuk lukisan,pertanian dan
pertukangan.Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan
pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain.Sukatan Pelajaran yang
digunakan ialah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi
tahun pertama.Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan
menggunakan rotan dan buluh..Kerja kerja tahun pertama disambung pada tahun
kedua dan penggunaan rotan dan buluh
adalah lebih meluas lagi pada tahun ketiga.Buku teks yang digunakan ialah
Kita Rajah - rajah Anyamanoleh guru anyaman Mr.W.Olanguera.
Pada tahun 1929,guru-guru Melayu telah menggunakan Kitab Pedoman Guru
Penggal Kedua untuk mengajar pelbagai subjek termasuk Lukisan dan Pertukangan
Tangan di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu.Kitab
Pedoman Guru Penggal 1(1928) dan Penggal 2(1929) yang disusun oleh
O.T.Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis
di Malaya mengenai kaedah mengajar subjek Lukisan dan Pertukangan
Tangan.Buku ini sangat penting pada masa itu kerana kaedah mengajar Pendidikan

4

Seni yang dirancang dari unsur-unsur yang senang sehinggalah kepada yang lebih
susah.Pada tahun 1930,sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari iaitu pukul 8.00
pagi hingga 12.00 tengah hari.Antara subjek yang diajar ialah Karangan,Ilmu Kira-
kira,Ilmu Alam,Sejarah Melayu,Kesihatan,Lukisan,Menganyam dan berkebun dan
Senaman.Anyaman dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem Persekolahan
Melayu lebih mirip kepada kampung.(anjuran R.O.Winstedt).
1.2 Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka

Selepas Perang Dunia Kedua,perkembangan politik negeri China, India,dan
negara jiran mengalami banyak perubahan.Masyarakat pendatang menganggap
Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka .Kebangkitan nasionalisme Melayu
melihatkan tentang masalah kerumitan kaum dalam pendidikan.Orang Melayu mula
mendesak supaya kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah-sekolah Melayu
serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran.Sebuah jawatankuasa
ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Barnes.Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal
tahun 1951.Laporan ini mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah
kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris
atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya.Sekolah Cina dan Tamil
akan ditukar secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan dengan
memperkenalkan aliran Kebangsaan.Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang
Cina.Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah memburukkan lagi pertikaian kerana
menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu,bahasa Inggeris
dan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.
Pada Tahun 1960, Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur telah
ditubuhkan bagi membentuk guru-guru pakar dalam bidang masing-masing
antaranya menawarkan kursus Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani,
Pendidikan Guru Kelas Buta dan Cacat Pendengaran, Kaunseling dan
Kerjaya, Teknologi Pendidikan dan sebagainya.Sebenarnya maktab ini
merupakan sebuah sekolah seni lukis dan juga maktab latihan perguruan . Peter
Harris telah mengendalikan kurikulum Jabatan Pendidikan Seni bagi latihan guru
pada tahun 1961.Antara kakitangan awal MPIK ialah ialah Syed Ahmad Jamal,
Yeoh Jin Leng, Anthony Lau , Lee Loo For, heong Lai Tong dan Jolly Koh.
Peter Harris kemudiannya diambil Alih oleh Syed Ahmad Jamal dan seterusnya

5

oleh Yeoh Jin Leng .Aspek aspek kepakaran seni halus seni grafik dan
kraftangan diberi penekanan Sukatan Pelajaran yang ditawarkan ialah Catan,
Seni Halus, Seni Arca, Seni Seramik, Seni Tekstil(Batik), Seni Anyaman/Tenunan.
Antara guru da pelukis keluaran MPIK ialah Ahmad Khalid, Redza Piyadasa,
Othman Mansur, dan Ismail Hashim. Bagi guru cemerlang, mereka ditawarkan
untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara. (sekitar 60-an)

Pada tahun 1960 juga ,satu jawatankuasa telah mengkaji semula
implementasi dasar pendidikan di bawah Ordinan Pendidikan 1957 yang
dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib.Penyata Rahman Talib itu telah
mengesyorkan; Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun dan menaikkan
had umur berhenti sekolah dari 9-15 tahun.memberi pelajaran percuma kepada
kanak-kanak di semua aliran sekolah mulai1962, membanyakkan kemudahan
pendidikan teknik dan vokasional,mengadakan pendidikan Agama Islam dan
Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring dengan kedudukannya sebagai
bahasa kebangsaan .Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem
pendidikan di Negara ini.Justeru, Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah
diperkenalkan.Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-
murid dalam KLSR ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains,
Tawarikh,Ilmu Alam,Hal Ehwal Tempatan,Tata Rakyat,Jawi,Pendidikan
AgamaIslam,Lukisan dan Pertukangan Tangan Pendidikan Jasmani dan lain-lain.

1.3 Perkembangan Pendidikan Selepas Merdeka
Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965,Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menggubal dasar baru pendidikan.Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan ini,murid-
murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata
pelajaran yang dikenali sebagai subjek wajib dan subjek elektif. Kementerian
Pendidikan Malaysia juga telah memainkan peranan yang positif dalam
memperkembang Pendidikan Seni Visual.Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan
terhadap kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah beberapa kali
melalui proses perubahan .Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek
falsafah,matlamat,objektif,pendekatan,kaedah dan isi kandungan subjek
tersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawall pertengahan
abad ke -19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School

6

dengan memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir dalam
kraf(Carline,(1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md.Nasir bin Hj.Ibrahim-Isu
dan Pemasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual).

Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut
kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974-1979 oleh
jawatankuasa yang diketuai oleh Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian
KLSR.Laporan yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati KLSR sudah tidak
relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum yang baru.Implikasinya ialah,
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1982.Namun
begitu,pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti
kelemahan dan kekuatannya.Lanjutan itu,KBSR yang dikenali sebagai Kurikulum
Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah.Dari segi kurikulum,subjek-subjek yang sedia ada telah mengalami
perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan termasuklah
Pendidikan Seni Visual.
Kini,sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan
kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi
individu dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta
sikap dalam menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya
dan identiti bangsa.Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat,
objektif,pendekatan,kaedah, dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan menarik
minat lebih ramai pelajar.
Dalam KBSR.Pendidikan Seni Visual merupakan subjek wajib yang mesti
dipelajari oleh kesemua murid.Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal
selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.Matlamat subjek Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana
yang digariskan oleh PFK pada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis,kritis,kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni
visual,Kandungan kokurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap tuhan,menghargai keindahan alam persekitaran,keindahan
seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan
diri,keluarga, masyarakat dan negara,selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

7

2. KEPENTINGAN PERKEMBANGAN KURIKULUM PSV DALAM SISTEM
PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Matlamat sebenar Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis,kritis,kreatif dan produktif menerusi pemupukan
asas seni visual.Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan
rasa kesyukuran terhadap Tuhan,menghargai keindahan alam
persekitaran,keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri,keluarga,masyarakat dan negara,selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting dalam
pembangunan manusia.Malah seni itu sendiri boleh dianggap sebagai agen
perubahan masyarakat.Seni wajar diletakkan pada landasan yang betul dalam arena
pembangunan manusiawi.
Kefahaman yang cetek yang mengatakan seni tidak menjanjikan kerjaya
yang baik perlu dikikis.Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada kita sedari
atau tidak sebenarnya telah meletakkan seni di tempat yang sewajarnya.Contohnya
pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa iaitu pada zaman kanak-kanak.Ibu bapa
tanpa disedari telah mendidik anak-anak mereka mengenal alat-lat permainan yang
mempunyai pelbagai warna dan beraneka jenis rupa bentuk.Kanak-kanak juga suka
menconteng dan kesempatan ini digunakan untuk melahirkan
ideanya.Bakatmelukis ini jika dipupuk dengan sebaiknya,dibimbing dan diberi
galakan akan menjadikan kanak-kanak itu seorang pereka seni yang baik.

2.1 Kepentingan Mata Pelajaran PSV kepada Guru

i. Melahirkan guru yang kreatif,peka,berketrampilan dan profesional

Dalam sistem pendidikan di Malaysia,kepentingan mata pelajaran PSV dapat ditinjau
daripada dua aspek iaitu kepentingannya kepada pendidik itu sendiri dan juga
kepentingannya kepada pelajar dan negara .Antara kepentingan PSV kepada
seorang pendidik ialah dapat melahirkan guru yang kreatif,inovatif,peka,berpesonaliti
yang berketrampilan dan professional. Menurut Lernardo da Vinci iaitu seorang
seniman,jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan
seni yang betul,ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang

8

kreatif,inovatif, peka,berpersonaliti yang seimbang,berketrampilan dan profesional.
Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian dan tumpuan pelajar untuk
belajar dengan lebih yakin dan berkesan.Contohnya melalui aktiviti seni visual,muzik
dan pergerakan,guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif
dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,
ekspresi,inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih
menyeronokkan murid-murid tersebut.

ii.Membantu guru memahami diri dan persekitaran

Selain itu,PSV juga dapat membantu guru melaksanakan dengan mudah
proses pengajaran dan pembelajaran.Seni membantu para guru dalam memahami
diri dan persekitaran.Aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan memudahkan proses
menghubungkaitkan semua benda dalam alam ini.Dengan demikian,seni dapat
membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan
pembelajaran.

iii.Lebih mudah mencapai objektif

Seterusnya,melalui PSV juga seseorang guru itu lebih senang mencapai
objektif atau matlamat.Integrasi seni visual,muzik dan pergerakan dengan pelajaran
lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak
kanan.Quadrant Concept(1999) oleh Herrmann menunjukkan perkembangan otak
kiri dan otak kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional
dan intuitif seseorang terutamanya untuk guru agar mereka dapat menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Justeru,dengan pengetahuan
tentang keistimewaan seni,guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam
pengajaran dan pembelajaran.

iv.Mempelbagaikan teknik dan strategi

Di samping itu,guru juga dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam
pengajaran dan pembelajaran melalui PSV.Dalam Teori Pelbagai Kecerdasan
,Howard Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat lapan jenis kecerdasan

9

tetapi kebanyakan sekolah memberi penekanan terhadap kecerdasan linguistik dan
matematik sahaja.Kecerdasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni
perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum.Ini kerana manusia memperoleh
pengetahuan melalui pelbagai kecerdasan dan juga melalui pelbagai teknik
pengajaran.

Oleh itu guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta
kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam
melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.PSV menyarankan strategi
pembelajaran yang bersepadu.Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti
pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran
asas seni.Cara bekerja yang teratur,cermat dan selamat dalam proses membuat
sentiasa ditegaskan.

2.2 Kepentingan Mata Pelajaran PSV kepada Murid

i. Memupuk kreativiti Kanak-kanak
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembangunan manusia.Antara kepentingannya ialah PSV dapat memupuk kreativiti
kanak-kanak.Sifat semulajadi kanak-kanak memerlukan perhatian,belaian,sentuhan
dan sebagainya.Tanpa kita sedari,perkembangan seni tampak kanak-kanak berlaku
dengan begitu pesat sekali.Sebelum remaja,kanak-kanak mengalami tiga tahap
perkembangan seni tampak iaitu peringkat manipulatif(2-5 tahun),peringkat
melakar simbol-simbol(5-9 tahun) dan peringkat pra-remaja (10-13
tahun).Berdasarkan kajian ,perkembangan seni ini berlaku pada setiap kanak-
kanak.Perbezaan mungkin timbul berdasarkan faktor persekitaran,bimbingan
berterusan daripada keluarga atau latar belakang pendidikan.Melalui proses proses
lakaran ini,tahap mental kanak-kanak akan berkembang.Oleh itu,proses membentuk
kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina dengan baik.(Laura Chapman,1978)

ii. Memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar

Apabila seseorang pelajar telah meningkat remaja sekitar 10-15
tahun,pengetahuan tentang seni semakin bertambah.Seseorang pelajar mulai

10

cenderung untuk mencipta sesuatu bentuk dengan lebih baik. Sekiranya mendapat
bimbingan yang betul tentang seni,maka tahap kematangan kreativitinya akan
berkembang.Menurut Lowenfeld dan Lambert(1965) peringkat ini merupakan
peringkat yang paling konflik dan genting..kerana berlakunya persaingan. Pelajar
yang lemah akan mengalami tekanan untuk memilih bidang seni sebagai bidang
utama dalam proses membesar mereka.Sekiranya tidak dibimbing dan diberi
penerangan yang betul,kemungkinan minatnya terhadap seni akan
terkubur.Berbanding dengan pelajar yang diberi bimbingan atau nasihat yang positif
,mereka akan menjadi lebih berdisiplin,cekal dan berminat dengan subjek seni
ini.Begitulah pentingnya mata pelajaran PSV dalam sistem pendidikan di Malaysia.

iii. Pengalaman optima pembelajaran PSV meningkatkan keyakinan diri

Pengalaman yang diperoleh melalui pembelajaran seni boleh membawa
kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar.Selaras dengan sains dan
teknologi,PSV dapat membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang
sedang berlaku pada hari ini.Pengalaman yang diperolehi melalui seni
sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita.Contohnya,dari segi warna
yang kita suka dan warna baju yang kita pakai.Warna yang lembut,terang ataupun
gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau
tindakan.Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut,ianya dapat memberi
keyakinan dalam diri kita.Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan
kemahiran yang kita pelajari.

iv. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh

Mata pelajaran PSV juga dapat menggalakkan pembelajaran seumur hidup
secara menyeluruh.Kreativiti semulajadi akan merangsang proses pembelajaran dan
pengajaran.Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan
kompetitif.Seni banyak dikaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan
kebudayaan.Oleh itu,seni mampu mempengaruhi kita dalam membina
sikap,keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat
masa kini.Seni dapat memupuk disiplin diri. mengukuhkanesteemkendiri dan
menggalakkan kemahiran berfikir dalam

11

proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menyeluruh

v. Mengaplikasikan informasi secara berkesan-Belajar Cara Belajar

Penggabungjalinanbidang seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi
perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar
secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang
lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru , seni dapat mempengaruhi
kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat
membantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan
potensi individu dalam meneroka, hubung kait idea dengan objek dan di antara
pemikiran dengan perlakuan kita.

2.3 Kepentingan Mata Pelajaran PSV kepada Negara

i. Melahirkan tenaga professional dalam pelbagai bidang

Sebagai sebuah Negara yang sedang membangun,kita amat memerlukan
ramai tenaga profesional.Jurutera,arkitek,doktor,saintis dan peguam merupakan
bidang kerjaya yang amat diperlukan oleh Negara.Akibat kekurangan itu,kita
terpeksa mengimport dari luar Negara.Dalam bidang kerjaya,seni boleh memainkan
peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai
dengan minat mereka.Selain untuk memenuhi keperluan Negara,pelajar yang
memilih bidang ini juga boleh merancang untuk membentuk satu profesion
baru.Menjadi seniman sepenuh masa contohnya.Walaupun Negara kita masih baru
dalam bidang ini,namun telah terdapat ramai seniman yang mampu hidup mewah
dengan menjadikan seni sebagai satu profesion.

ii. Memupuk sifat kecintaan terhadap seni dan estetika.

Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni dapat
dijadikan teras kepada pembentukana masyarakat.Seni ini boleh dijadikan satu
formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan.Pada hari
ini,melalui sebuah agensi kerajaan,kita melihat beberapa agenda penting disambut

12

setiap tahun.Pelbagai aktiviti dan perayaan dianjurkan oleh kerajaan dengan
pelbagai bentuk kebudayaan.Antaranya Program Tahun Melawat Malaysia anujran
Kemementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai program lain yang dianjurkan
bertujuan untuk menarik para pelancong.Program seperti ini wajar diadakan dan
dipergiatkan lagi.Namun apa yang penting di sini ialah penglibatan masyarakat
masih lagi tidak menyeluruh,terutamanya kesan penghayatan terhadap aktiviti yang
dijalankan itu.Keghairahan kerajaan menganjurkan pertunjukan kebudayaan dan
kesenian diharapkan tidak mengabaikan nilai estetika dan moral yang menjadi aset
penting dalam pembangunan negara.

Gejala sosial yang berlaku hari ini,sedikit sebanyak berkait rapat dengan
aspek penghayatan estetika.Estetika wajar dijadikan asas dalam aktiviti seni sama
ada dari aspek pembangunan insan,pembangunan rohani dan
jasmani,perkembangan dan bimbingan dalam kehidupan seharian.Kefahaman
masyarakat terhadap kepentingan seni ini wajar diperbetulkan.Tanggungjawab
mendidik masyarakat ke arah memahami kepentingan seni ini,bukanlah terletak di
bahu guru Pendidikan Seni Visual semata-mata tetapi kepada semua anggota
masyarakat.

iii. Memupuk perasaan sayang akan seni dan warisan dalam masyarakat
PSV sangat penting bagi memupuk perasaan sayang akan seni dan warisan
dalam masyarakat.Masyarakat kita memang kaya dengan warisan budaya.Sebut
sahaja keperluan harian yang digunakan di rumah kita.Pinggan mangkuk,peralatan
memasak,ukiran kayu,seni batik dan tenunan atau tekstil,hamparan tikar mengkuang
atau pandan,anyaman kelarai,seni rumah binaan kayu atau kampung ,seterusnya
seni budaya sopan santun dan adat istiadat.Seni warisan ini sebenarnya semakin
terpinggir dan hampir dilupakan.Tidak ada lagi orang yang akan menghulurkan tepak
sirih apabila menyambut tetamu atau hamparan tikar mengkuang di ruang
tamu.Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan
ini.Justeru,melalui PSV adalah diharapkan agar perasaan sayang akan seni dan
warisan ini akan terus dipupuk dan tidak hilang ditelan zaman.


13

iv. Melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri

Akhir sekali,PSV juga amat penting dalam sistem pendidikan kita khususnya
bagi melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri.Budaya menunjukkan
bangsa.Kata bidalan ini jelas menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu perlu
meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam
masyarakatnya.Mengekalkan kebudayaan supaya dikenali Dan dihormati bukanlah
satu tugas yang mudah.Kita boleh mengesan sessuatu bangsa melalui
perkembangan budayanya.Masyarakat yang mempunyai jati diri yang kuat akan
berusaha untuk mengekalkan seni,budaya dan warisannya.Kita mestilah meletakkan
tanggungjawab di bahu masyarakat akan kepentingan nilai seni dan
estetika.Kefahaman dan tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat awal
lagi.Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat yang paling
wajar.Peranan murid,. guru, atau pensyarah dan pihak Kementerian Pendidikan
amat penting untuk merealisasikan perkara ini.Semua ahli masyarakat boleh
memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang adak kepentingan untuk
menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah cita-cita yang murni.


















14


Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
KBSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam ransangan
serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta
mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses
penggabung jalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni,
pemulihan dan juga pengayaan.


Apa yang disebut sebagai strategi penggabungjalinan kemahiran ialah satu proses
yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan
pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Ia
merupakan integrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta
menyeluruh dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan strategi ini
dilaksanakan ialah bagi membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran
dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak serta
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu strategi ini juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran disamping menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih bermakna murid. Proses penggabungjalinan kemahiran juga
dapat memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid
secara seimbang dan menyeluruh melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di
dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif serta seluruh kelas.

Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu penggabungjalinan
pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran, penggabungjalinan kemahiran
daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.
Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran ialah apabila
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan melibatkan pelbagai
kemahiran seperti kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira,
melukis,mewarna dan lain-lain. Penggabungjalinan ini memerlukan sekurang-
KONSEP 5P DALAM KBSR
PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRAN


15

kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Kemahiran-kemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
kemahiran fokus dan kemahiran sampingan. Kemahiran fokus merupakan
kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagaimana yang terdapat dalam
objektif pengajaran dan pembelajaran manakala kemahiran sampingan pula ialah
kemahiran yang digabungkanjalinkan setelah dipilih berdasarkan kaitannya dengan
kemahiran yang di fokus.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam pelaksanaan pengajaran yang
melibatkan proses penggabungjalinan seperti membuat penelitian terhadap
keperluan mata pelajaran untuk mengenal pasti kemahiran yang di fokus dan
kemahiran sampingan yang akan terlibat ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Penilitian ini sangat penting dalam menentukan
kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar objektif
pengajaran dapat dicapai. Di samping itu guru perlu memastikan keutamaan
kemahiran agar kemahiran fokus dapat dikuasai oleh murid berbanding kemahiran
sampingan.

Selain itu guru juga perlu menetapkan susunan atau tertib kedudukan kemahiran-
kemahiran tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
persediaan sebelum bermulanya proses pengajaran guru boleh menyediakan
keperluan bahan-bahan yang diperlukan bagi tujuan pelaksanaan kemahiran-
kemahiran tersebut selaras dengan objektif matapelajaran.Bentuk
penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada
mata pelajaran lain.Proses ini memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran
yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang
diajar. Sebagai contoh yang jelas dapat dilihat penggabungjalinan yang diaplikasikan
ialah seperti penggabungan kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual dengan mata pelajaran Kajian Tempatan iaitu melalui aktiviti seperti melukis
Jalur Gemilang atau pelan kedudukan sekolah. Penggabungjalinan ini perlu
diwujudkan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain bagi
meningkatkan kemahiran dalam kalangan murid.
Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum pula melibatkan kemahiran-
kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses

16

pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah. Setiap kemahiran ini mempunyai hubungan dan berkait
rapat dengan kehidupan seharian murid. Oleh itu kemahiran-kemahiran ini perlu
dititikberatkan ole setiap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Selain itu guru yang juga perlu menitikberatkan soal kemahiran
pelbagai kecerdasan serta kemahiran generik kerana kemahiran ini melibatkan
kecerdasan murid dan penting untuk proses pertumbuhan dan perkembangan murid.

Implikasi daripada proses penggabungjalinan kemahiran ini objektif bagi setiap mata
pelajaran dapat dicapai disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih menarik dan bermakna. Proses ini juga merupakan suatu pengukuhan kepada
kemahiran yang telah diperoleh oleh murid daripada mata pelajaran lain. Kemahiran
sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan
kemahiran fokus sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan
pembelajaran.

Selain itu murid-murid juga berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran
yang perlu dalam kehidupan. Kemahiran-kemahiran yang telah mereka perolehi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dalam aktiviti
kehidupan seharian seperti membaca, menulis, melukis dan mengira.
Penggabungjalinan juga berkeupayaan untuk menimbulkan suasana pembelajaran
yang menarik dan dapat mengelakkan kebosanan murid disamping menggalakkan
proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang, harmonis
danbersepadu.


Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan
pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke
dalam isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah kerana setiap
perkara yang dipelajari dalam suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan dan
amat berguna bagi mata pelajaran lain.Sebagai contohnya isi pengetahuan daripada
mata pelajaran Sains dan Matematik diserapkan seiring dengan penguasaan
PENYERAPAN PENGETAHUAN



17

kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep penggabungjalinan kerana proses
penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran.
Dalam proses ini murid akan dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran
dengan mata pelajaran yang lain. Hasil daripada penyerapan ini maka wujudlah
beberapa kelebihan kepada proses pengajaran dan pembelajaran antaranya seperti
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat menjadi lebih menarik walaupun tajuk
yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.
Oleh itu secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
produktif serta efektif. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana
pelbagai maklumat dapat disampaikan disamping murid-murid menjadi lebih faham
dengan sesuatu yang telah dipelajarinya melalui penyerapan kerana semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung isi pengajaran telah dihubungkaitkan
dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain. Guru haruslah bijak memilih isi
pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain untuk meransang minat
murid terhadap pengajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta progresif.


Penyerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai murni ini melibatkan
semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Melalui proses pengajaran dan
pembelajaran, penyerapan nilai murni ini telah dilakukan secara sedar dan
terancang tetapi murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara semulajadi dan
sendirinya.
Walaubagaimanapun, secara terperincinya penyerapan nilai-nilai murni ini telah
berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan juga pendekatan
eksplisit. Pendekatan implisit digunakan apabila guru-guru secara tidak langsung
telah menerapkan sesuatu nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti
apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas dan adil. Pendekatan ini boleh
berlangsung secara merentas kurikulum serta oleh semua guru kerana nasihat,
PENYERAPAN NILAI MURNI

18

bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa dan
dimana-mana yang difikirkan sesuai.
Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan ssesuatu
peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara
yang diharapkan sepert arahan untuk tidak membuang sampah di merata-rata serta
menjaga kebersihan persekitaran. Terdapat juga sesetengah pihak sekolah yang
mengadakan program atau aktiviti yang khusus untuk menerapkan sesuatu nilai
murni dalam kalangan murid seperti program motivasi, khemah ibadat, sambutan
Hari Kemerdekaan, Hari Guru, kempen kebersihan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti
lain yang bersesuaian. Penyerapan nilai murni melalui pendekatan eksplisit adalah
lebih terancang bersesuaian dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan serta
penilaian yang jelas.Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran


Konsep seterusnya ialah konsep pemulihan. Konsep ini telah dibentuk dengan
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi membantu murid yang mengalami
masalah dalam kemahiran asas 3M. Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas
dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia
melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai
pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran
murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya (Koh Boh
Boon, 1982).
Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui pendidikan
pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih
berbanding murid lain. Hal ini berlaku kerana murid adalah berbeza dari segi
pengalaman, minat dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang lemah atau
menghadapi masalah tertentu perlulah diberi perhatian dan bimbingan. Objektif
pendidikan pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai
kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai
dengan murid.
PEMULIHAN


19

Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid mendapat
layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan
perkembangan mental mereka di samping membolehkan murid mengurangkan
masalah yang dihadapi melalui bantuan guru-guru dan juga pihak lain. Murid juga
turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam
pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta sama-
sama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam
atau di luar bilik darjah.
Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah apabilawujudnya
perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid. Selain itu
masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang ada dalam
diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang
kurang baik serta disiplin diri yang rendah. Faktor kecacatan sejak lahir dan selepas
lahir juga turut menyumbang kepada masalah pembelajaran. Murid yang mengalami
kecacatan ini akan ditempatkan disekolah khas yang bersesuaian dengan keadaan
mereka.

Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu,
pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran bimbingan rakan
sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan
membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantuan
yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil pula guru akan membimbing
murid yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama dan mempunyai masalah
yang sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari guru.

Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah
pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti membuat
perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai, menentukan masalah
yang sama tidak berulang, mengikuti kemajuan murid dengan menggunakan senarai
semak dan juga membuat penentuan aktiviti penhukuhan yang sesuai dan secocok
bagi menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses pemulihan sebagaimana yang
telah dijadualkan satu penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan

20

murid. Penilaian ini bertujuan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran
pemulihan terlah tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil ke atas
murid.

Cabang konsep yang terakhir ialah aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan melibatkan
murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-murid pintar
cerdas. Konsep ini mengambil kira bahawa murid-murid yang pintar cerdas adalah
cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka.
Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas
pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah. Pada kebiasaannya
aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan murid yang telah mencapai tahap
yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas.
Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan
pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid.
Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada murid untuk
mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta
dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga
masyarakat.

Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan murid menjalani aktiviti
yang lebih mencabar kebolehan mereja disamping menambahkan minat dan
pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat
mereka. Selain itu aktiviti ini juga dapat membuatkan murid berminat untuk belajar
sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan
pembelajaran seumur hidup serta meelahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran
dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.
Secara keseluruhannya pelaksanaan konsep 5P ini dalam KBSR adalah penting dan
wajar demi meningkatkan kredibiliti anak bangsa. Konsep integrasi dalam kurikulum
dan pengajaran yang diterapkan adalah ke arah pembangunan individu insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di dalam
KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan,
kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni secara bersepadu dan
menyeluru

21

PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN MATA PELAJARAN PSV

i.Guru PSV sebagai pelaksana dalam kurikulum yang telah diselaraskan.

Dalam mencapai matlamat PSV dan juga matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan,peranan guru amat penting terutamanya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Guru PSV hendaklah sentiasa melaksanakan kurikulum yang telah
diselaraskan dan mengamalkan konsep 5P dalam pengajaran dan pembelajaran.
Konsep 5P merupakan aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan
serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta
mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid.Konsep 5P terdiri daripada proses
penggabungjalinan kemahiran,penyerapan pengetahuan,penerapan nilai,pemulihan
dan pengayaan;

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan ialan satu proses yang menggabungjalinkan pelbagai
bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu
pelajaran yang integratif dan menyeluruh.Pengabungjalinan
ini bertujuan membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara
serentakdalam satu proses pengajaran dan pembelajaran.Ianya dapat meningkatkan
keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran,lebih menarik minat
pelajara terhadap pengajaran dan pembelajaran,menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih bermakna kepada murid-murid dan memberi ruang serta
peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbanga dan
menyeluruh.

Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai
kemahiran dalam satu mata pelajaran,penggabungjalinan kemhairan daripada mata
pelajaran lain dan penggabungjalinan merentas kurikulum.Penggabungjalinan
pelbagai kemahiran melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis,
mengira, berfikir,melukis,mewarna dan lain-lain.Contohnya guru meminta pelajar
melukis lima buah -buahan tempatan,

22

kemudian mewarna buah-buahan tersebut.Oleh itu pelbagai kemahiran dapat
diterapkan dalam aktiviti tersebut antaranya ialah kemahiran berfikir,melukis dan
mewarna.Kemahiran utama yang guru tersebut perlu fokuskan ialah kemahiran
melukis iaitu objektif utama pengajaran dan pembelajaran manakala kemahiran yang
digabungjalinkan dengan kemahiran utama ialah mewarna dan berfikir.

Bentuk penggabungjalinan seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran
daripada mata pelajaran lain.Penggabungjalinan bentuk ini amat penting untuk
meningkatkan kemahiran murid.Contohnya bagi mata pelajaran Kajian Tempatan
pelajar perlu mengenali peta Malaysia.Oleh itu pelajar perlu melukis dan mewarna
peta Malaysia mengikut nama-nama negeri yang terdapat dalam
Malaysia.Kemahiran dalam PSV seperti melukis dan mewarna digabungjalinkan
dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

Akhir sekali,bentuk penggabungjalinan merentas kurikulum.Penggabung
-jalinan ini melibatkan kemahiran belajar untuk belajar,kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis,kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran pelbagai kecerdasan
dan kemahiran generik.Penggabungjalinan merentas kurikulum bermaksud
penggabungjalinan kemahiran di luar pembelajaran.Contohnya dalam menghasilkan
kraf tangan,pelajar haruslah berfikir secara kreatif dankritis bagaimana hendak
menghasilkan kraf yang menarik.

Penyerapan

Penyerapan pengetahuan pula adalah proses menyebatikan dan
menyatupadukan pengatahuan atau unsur isi pengetahuan daripada satu mata
pelajaran lain ke dalam isi pelajaran yang diajar.Penyerapan pengetahuan
melibatkan unsur pengetahuan dan bukan kemahiran.Antara kelebihan penyerapan
pengetahuan dalam PSV ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat
sebaliknya.Selain itu,aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih produktif
dan efektif.Seterusnya dengan pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada
mata pelajaran lain akan menjadikan murid lebih ceria,bersemangat dan
progresif.Akhir sekali,murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang

23

dipelajarinya dengan penyerapan,hubungkait dengan pengetahuan daripada mata
pelajaran lain.Dalam mata pelajaran PSV,guru boleh menambahkan ilmu
pengetahuan dari mata pelajaran lain dengan mnceritakan serba sedikit tentang
sejarah Seni Visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam esei.Oleh itu,guru tidaklah
semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran mewarna dan melukis sahaja.

Penerapan nilai-nilai murni

Penerapan nilai-nilai murni ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.Penyerapan nilai-nilai murni
berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan pendekatan
eksplisit.Melalui pendekatan implisit,guru-guru secara tidak langsung menerapkan
sesuatu nilai.Contohnya guru berpakaian bersih dan kemas menjadi contoh kepada
para pelajar.Pendekatan secara eksplisit pula ialah mengadakan suatu
peraturan,arahan dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang
diharapkan.Penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang,dengan matlamat dan
cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas.Dalam konteks PSV,guru tersebut
boleh meminta sekumpulan pelajar mengemas bilik seni sekolah.Secara tidak
langsung ini dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama,ambil berat dan
sikap toleransi.

Pengayaan

Pengayaan ialah satu aktiviti yang lebih mencabar keboleham pelajar di
samping menambah minat dan pengalaman pelajar yang seterusnya dapat
membantu pelajar ke arah perkembangan dan bakat diri.Pengayaan juga dapat
membuat pelajar berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sikap berdikari bagi
membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan
daya keativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka
sendiri.Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang untuk pelajar
mengembangkan minat,daya kreativiti,sifat ingin tahu,kepimpinan serta daapat
melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri,kumpulan dan juga
masyarakat.Dalam mata pelajaran PSV,guru boleh mempelbagaikan aktiviti
pembelajaran mengikut bidang-bidang tertentu untuk meningkatkan minat pelajar

24

dalam mata pelajaran PSV.Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji
kemahiran pelajar supaya pelajar dapat melahirkan daya kreativiti tersendiri.

Pemulihan

Pemulihan pula bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Melalui
pendidikan pemulihan pelajar yang lemah dapat diasuh dan diberi tumpuan yang
lebih berbanding pelajar-pelajar lain.Contohnya dalam PSV pelajar yang kurang
berkemahiran dalam melukis akan diajar mengikut teknik-teknik yang sesuai secara
berulang kali.Pelajar juga turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan
potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat untuk mencuba sehingga ke tahap
yang lebih maju.

ii. Guru PSV sebagai pengurus

Selain dari mengamalkan konsep 5P dalam pengajaran dan
pembelajaran,guru PSV juga perlulah memainkan peranan dalam pengurusan
terutamanya dari segi menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi
impak yang maksimum kepada pelajar.Ini kerana kekuatan PSV di sesebuah
sekolah terletak kepada guru PSV itu sendiri dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio
PSV.Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan
kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh,dilihat dan diimaginasi
bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi.Dengan ini diharapkan
fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap PSV
dapat dikembangkan.Sebagai seorang pengurus,guru PSV juga perlu merancang
dan mengurus proses pengajaran dan pembelajaran termasuk menggariskan
matlamat pembelajaran,merancang strategi yang sesuai serta mengurus tingkah
laku pelajar,mentaksir serta menilai hasil pembelajaran.Guru PSV juga perlu
menguruskan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran,bertanggungjawab ke atas
bahan dan peralatan, serta menjalankan aktiviti luar.





25

iii. Guru PSV sebagai pembimbing

Selain pengurus,guru PSV juga perlu menjadi seorang pembimbing demi
menjayakan dan memantapkan lagi mata pelajaran PSV .Para pelajar hendaklah
dibimbing dengan sepenuh perhatian.Sekiranya pelajar menghadapi sebarang
masalah dalam menguasai kemahiran,maka guru hendaklah mengadakan aktiviti
pemulihan bagi membantu pelajar tersebut menguasai kemahiran.Bagi pelajar yang
telah menguasai kemahiran,guru berperanan melaksanakan aktiviti pengukuhan dan
pengayaan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.


v. Guru PSV sebagai pemudah cara

Guru PSV juga berperanan sebagai pemudah cara.Guru hendaklah
melaksanakan pengajaran berteraskan ansur maju dan mengelolakan aktiviti
pembelajaran mengikut tahap kebolehan pelajar.Sebagai pemudahcara,guru perlu
memudahkan pemahaman pelajar tentang konsep yang diajar dengan
mengaitkannya dengan situasi sebenar dalam kehidupan pelajar.Guru juga perlu
menerapkan pemahaman,penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan
daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.

iv. Guru PSV sebagai motivator

Di samping itu,guru PSV juga berperanan sebagai motivator yang
menjalankan aktiviti bina semangat dan membentuk keyakinan diri pelajar.Guru PSV
juga bertanggungjawab dalam pemupukan minat pelajar dalam bidang artistic
sepaya pelajar berkeinginan untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran
dan memperlihatkan kepentingan konsep seni visual.Guru juga seharusnya
berusaha untuk merangsang dan menggalakkan pelajar ke arah kecemerlangan
diri,membawa perubahan kepada diri pelajar,memberi dorongan dan bimbingan dan
membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah sosio dan emosi pelajar.Guru-
guru juga perlulah membantu pelajar menghadapi cabaran masa depan dalam
Pendidikan Seni Visual.


26

v. Guru PSV sebagai inisiator

Akhir sekali,guru PSV juga boleh memainkan peranan sebagai inisiator
dalam pengajaran dan pembelajaran PSV.Guru boleh merangsang pemikiran murid
yang bercapah,mengemukakan soalan yang mampu menjana pemikiran kreatif dan
kritis,menyokong aktiviti penyelesaian masalah,menyarankan kolaboratif dan
koperatif melalui kerja kumpulan.Guru PSV juga perlu menggalakkan pelajar-pelajar
melaksanakan pemerhatian aktif,interaksi yang kreatif dengan alatan serta
aspresiasi seni.
Sesungguhnya,peranan guru PSV amat penting dalam menjamin kualiti
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PSV di sekolah.Ketrampilan,
kewibawaan dan komitmen guru merancang,mengurus,melaksana,menilai dan
membuat penambahbaikan dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya
merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan.




















27

5. Pengurusan Bilik dan Hasil Kerja Murid
1. Susun atur bilik PSV
Pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual ialah suatu aspek yang
penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik Pendidikan Seni Visual
merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik
Pendidikan Seni Visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang
pembelajaran, ia merupakan persekitaran murid, guru dan penggalak interaksi
antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual,
mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual, tahu cara
menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan pelajar di
dalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan
Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam
kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dalam
suasana selamat, kondusif dan lancar.
Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi
dalam bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum,
pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang
efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi
murid.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan
strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang
kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.
2. Susunan perabot
Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam
melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana
sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual merupakan lebih
dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru
dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin
harian bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik
seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus
pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk
Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin

28

pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
bejalan dengan lancar.






Susunatur perabut yang teratur dan tersusun memberi kesan yang
positif kepada pembelajaran murid-murid sekolah rendah

Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam
konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan
Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan
Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk
mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana
dalam bilik seni visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber
ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat
sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba
mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai
untuk dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan
hendaklah disusun mengikut jenisnya.







29









Suasana bilik pendidikan seni visual berupaya memotivasikan murid-murid
3. Tempat Pameran Hasil kerja
Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni
hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni
hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk
mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana
dalam bilik pendidikan seni visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan
menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada
seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.

Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil
kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.
Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya
contohnya seperti hasil seni 2 dimensi dan 3 dimensi. Karya 2 dimensi sesuai
ditampal, dilekatkan dan digantung manalaka karya 3 dimensi hendaklah disusun
di para atau rak bertingkat bagi menjimatkan ruang.



30

Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak
alatan dan bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain
daripada tanggungjawab mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga
dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Antara perkara-
perkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik seni dan
studio seni di sekolah ialah warna dinding, papan bulletin, pencahayaan, bahan
pameran khas, zon kerja dan stor penyimpanan.
Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni
melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna
kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah
dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman
estetik yang bermakna. Persekitaran yang merangsang deria memberikan
tenaga kepada minda untuk belajar (Koster, 2001).








Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik pendidikan seni
visual dan galeri seni hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan
hasil karya pelajar yang akan dipamerkan.

Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai
tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah diwarnakan sama
dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain mampu menarik

31

minat terhadap apa yang pamerkan. Pencahayaan juga memainkan peranan
penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi murid
menyiapkan dan menghasilkan karya. Kebanyakan kelas dan studio seni telah
disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang. Oleh itu, guru seni
digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran pencahayaan semula
jadi dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa banyak cahaya dari
luar masuk ke dalam bilik seni.

Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh
memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang
boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi
yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini
akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka
untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Zon kerja merupakan lokasi murid
menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Meja kerja perlu disediakan
dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang
yang lebih luas.

Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan
berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi
membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan jarak di
antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja.
Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Rak simpanan boleh digunakan untuk
menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.
Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya
alatan yang disimpan mudah untuk diambil.





32

Pengurusan Bilik dan hasi kerja murid
1. Panduan keselamatan
Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat
keracunan atau kemalangan di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dan hal sebegini akan
menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara tidak langsung. Sila lihat senarai
nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan berdasarkan
pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan bahan
berikut patut disimpan agar ianya selamat.

Contoh:
Minyak
Turpentin
e
Kertas
Lukisan
Kain
Linen
Batik
Kertas
Warna
Berus
Lukisan
Cecair
Thinner
Cat Air Pisau NT
Fabrik
Dye
Carta
PSV
Pisau Ukir
Tanah
Liat

Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu
mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. Anda dan rakan-rakan
anda cuba berbincang dan membuat analisis, langkah-langkah yang boleh diambil
oleh guru bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku.

2. Etika dan tanggungjawab
Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual:
- Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan
seimbang untuk kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti
yang dirancang dalam Rancangan Tahunan.
- Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk
dibeli oleh sekolah.

33

- Murid didedahkan kepada bahan rujukan mengenai bagaimana pelukis dan
pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan karya-karya mereka
dari semasa ke semasa.
- Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian
pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid.
- Pengumpulan maklumat bahan hardcopy dan softcopy berkaitan mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual.

3. Penyimpanan
Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku
Stok rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang
terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan
kemaskini.Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam
proses penyimpanan dan rekod stok.:-
- Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan
- Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah
- Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan
mengesahkan
- Membuat inventori dalam buku stok
- Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan

Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat dan
bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis
guna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman
secara berasingan. Dengan demikian, ianya memudahkan semakan stok pada akhir
tahun yang berkenaan.

Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang
kerosakan, kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah
dilaporkan kepada pihak sekolah.

34

Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah
dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan stok pada
item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Umpamanya ,
kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang
item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja.

Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan
rujukan mengenai bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai
kebudayaan dan zaman menghasilkan karya-karya mereka.
Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam
pengkajian pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan
pepada murid.


















35


Contoh Lukisan Pelan lantai Bilik Pendidikan Seni Visual





















ZON KERJA
K
A
B
I
N
E
T

B
E
R
T
I
N
G
K
A
T
LCD
SUDUT
PAMERAN KRAF
PAPAN INFO
S
U
D
U
T

P
A
M
E
R
A
N
STOR
A
L
M
A
R
I

G
U
R
U
z
a
g
_
l
a
y
o
u
t

36


APRESIASI SENI
Apresiasi seni merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran
PSV. Apresiasi seni adalah proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-
aspek pengetahuan,membuat pertimbangan,penyataan diskriminasi dan
penghargaan terhadap karya seni. Apresiasi seni juga menitikberatkan aspek kritikal
serta aspek emosional terhadap karya seni.Menjalankan proses apresiasi seni
sebenar tidak sukar kerana proses ini boleh diumpamakan sebagai memberi
penghargaan terhadap karya seni.Menurut Ecker(1966),pendekatan apresiasi seni
dapat memberikan penghargaan yang menyeronokkan terhadap karya
seni,dilakukan secara naratif dan tersusun untuk memahami sesuatu karya seni.Ia
mencakupi aspek pengetahuan, penilaian, diskriminasi, dan juga kesedaran emosi
terhadap karya seni.
Pendekatan ini juga diperlukan untuk memberikan penilaian estetika dan
artistik untuk setiap karya seni yang dihasilkan. Apabila seseorang itu menjalankan
proses apresiasi seni,proses ini tidak akan menyentuh soal-soal berkaitan betul atau
salah interpretasi individu tersebut mengenai karya seni, kerana tujuannya adalah
untuk memahami karya melalui apa yang dilihat secara lansung. Seabolt(2001)
menjelaskan bahawa aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi
mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni pula merujuk kepada aktiviti
menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni
dan perbincangan serta diskusi mengenai seni.
Di samping itu, konsep dan pelaksanaan apresiasi seni juga bertujuan untuk
membina tatabahasa visual dan meningkatkan daya estetik seseorang. Pengalaman
estetik akan meningkat kerana proses ini juga mendedahkan seseorang itu dengan
bahasa tampak yang membantu menyelami perasaan penghasil karya. Apresiasi
seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan
seniman (Johari Abdul Hamid, 2004). Apresiasi seni terbahagi kepada enam
peringkat iaitu peringkat analitikal,peringkat penerangan,konteks dan skop,aspek
assosiasi,aspek kritikal dan aspek hubungan baik.

Pada peringkat analitikal, aspek kenal pasti yang paling mudah ialah
menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya, jenis karya, pereka atau seniman
karya, tarikh dihasilkan, asal-usul karya,gaya,medium yang digunakan,teknik dan

37

fungsi karya.(Rujuk Lampiran). Pada peringkat penerangan pula, terdapat tiga
peringkat. Peringkat penerangan Literari digunakan ke atas karya seperti
potret,lanskap,lukisan objek dan lain-lain.Contohnya ,karya Monalisa
menggambarkan seorang wanita yang sedang terukir senyum di bibirnya.
Penerangan literari ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu penerangan
teknikal dan penerangan formal yang melibatkan penggunaan teknikal dan bahan
oleh pengkarya serta struktur fizikal seperti aspek warna, garisan, jalinan, bentuk,
rupa dan lain-lain.

Sesungguhnya, peranan apresiasi seni dalam PSV sangat penting. Apresiasi
seni juga memberi pengalaman kepada pelajar mengenali aspek pengetahuan seni
visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan
dan fungsi. Tanpa apresiasi seni,pelajar tidak dapat membuat pertimbangan yang
penting apabila melihat karya seni sama ada seni lukis, seni reka atau bidang seni
visual yang lain. Apresiasi seni juga dapat membantu seseorang daripada membuat
penilaian yang singkat atau yang pendek sebelum membuat penilaian atau kritikan
yang munasabah.


HASIL KERJA MURID

Mengapakah hasil kerja murid perlu dipamerkan?Jika hendak
dipamerkan,apakah pula kriteria pemilihan hasil kerja yang hendak dipamerkan
tersebut? Inilah dua persoalan penting yang perlu diambil kira oleh seseorang guru
PSV yang berwibawa.

Persoalan penting dalam mempamerkan hasil kerja murid adalah bagaimana
hendak memilih hasil kerja untuk dipamerkan.Kriteria pemilihan hasil kerja murid
perlu melihat kepada dua perkara iaitu dari sudut pedagogi dan juga nilai
estetik.Pemilihan perlu melihat kepada aspek pedagogi yang melihat kepada
keberkesanan dan penyampaian proses dan kaedah menghasilkan karya tersebut.
Faktor nilai estetik dilihat dari sudut pencapaian objektif penghasilan karya tersebut
sama ada ianya dihasilkan bertujuan untuk kelihatan cantik atau sebaliknya. Murid-
murid gemar melihat karya mereka dan karya rakan-rakan mereka dipamerkan untuk

38

tatapan umum. Murid-murid merasakan komitmen dan usaha yang mereka telah
sumbangkan bagi menghasilkan karya tersebut diberi penghargaan. Atas dasar
inilah, hasil kerja murid amat perlu dipamerkan.

Sungguhpun ruang yang terdapat pada papan buletin pameran sangat
terhad,guru perlu bijak untuk mengatur dan merancang giliran dan membuat pilihan
yang bijak dalam pemilihan karya supaya pameran tersebut mencerminkan satu
tanda aras yantg perlu dicapai oleh murid.Hasil karya murid yang dipamerkan
memberikan mereka satu rangsangan yang mendalam terhadap keupayaan
mereka(Koster,2001). Murid menitikberatkan soal kualiti hasil karya dan cuba untuk
menghasilkan yang terbaik supaya karya yang dihasilkan terpilih untuk
dipamerkan.Dalam erti kata lain,usaha mempamerkan hasil karya oleh guru dapat
dijadikan satu bentuk motivasi kepada murid.Guru juga perlu melihat hasil karya
murid sebagai satu proses memantau prestasi selain membantu murid mencapai
tahap yang dikehendaki.




















39

Huraian karya seni murid
saya sebagai guru pendidikan seni visual tahun 5 telah membincangkan hasil
kerja murid saya. Tajuk lukisan adalah capan. Murid tahun 5 mempelajari teknik
capan. Salah seorang murid bernama Umananthini menghasilakan corak capan
dengan kemas dan cantik. Murid ini menggunakan ubi kentang dan kacang
bendi.Murid ini menggunakan dua teknik iaitu teknik resis dan teknik capan.Dalam
tenik resis mrid ini menngunakan tiga warna yang berlainan iaitu merah, hijau,
kuning. Murid ini menggunakan sikat dan berus untuk membuat teknik ini. Selepas
itu murid ini membuat teknik capan Dia menggunakan corak terancang dengan
penuh kreatif. Murid ini juga mengunakan pelbagai jenis warna untuk membuat
capan dengan menggunakan ubi kentang dan bendi. Murid ini menggunakan ruang
dengan penuh kemas dan padat. Kekemasan tugasan dapat dilihat semasa dia
menggunakan alatan dan bahan.Lukisan ini menarik perhatian saya.
Salah satu elemen penting dalam pengajaran Seni Visual di sekolah ialah
apresiasi. Ianya biasa dilakukan pada penghujung pengajaran dan pembelajaran
dengan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Dalam ruang apresiasi ini murid dan
guru akan berbincang tentang hasil karya yang telah dihasilkan oleh murid di dalam
kelas. Oleh itu, setiap kali P&P Pendidikan Seni Visual dijalankan murid seharusnya
menyiapkan kerja itu di dalam kelas. Guru pula perlu merancang agar P&P itu dapat
dijalankan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.

Ada pelbagai kaedah apresiasi yang boleh dilakukan oleh guru. Sebagai
contoh, tajuk pada hari itu ialah topeng muka. Dalam sesi apresiasi guru boleh
menyuruh murid untuk melakonkan watak yang sesuai dengan topeng yang
dihasilkan. Guru juga boleh menyelitkan dengan unsur nyanyian dan sebagainya.
Salah satu kaedah yang boleh dibiasakan ialah di mana guru menyuruh murid
mempamerkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Guru perlu menyediakan satu
ruang di hadapan kelas untuk mempamerkan hasil kerja mereka dengan cara
menampal atau menggantung hasil kerja. Selain itu, guru juga boleh memilih murid
secara rawak ke hadapan untuk bercerita tentang pengalaman murid dalam
menjalankan aktivti pada hari itu. Di sini murid boleh menilai hasil kerja rakan-rakan.
Biasakan juga murid dengan menggunakan laras-laras bahasa seni seperti cantik,
garis, ruang dan sebagainya.

40

Dalam sesi apresiasi ini juga guru boleh terus memberi markah kepada murid atau
murid sendiri memberi markah kepada diri mereka dan rakan melalui pemerhatian
mereka. Dalam keadaan ini guru lebih bertindak sebagai moderator sahaja. Guru
perlu mengawal murid agar tidak berlaku perkara yang tidak baik atau perkataan
yang mungkin boleh menyinggung perasaan orang lain.
Sebenarnya ada banyak kaedah yang boleh diaplikasi dalam sesi apresiasi ini.
Jelas sebenarnya dengan adanya sesi apresiasi akan melatih murid dalam
berkomunikasi dan menilai. Memang untuk memulakannya agak susah kerana kita
sudah dibiasakan dengan cara lama iaitu selepas kerja siap murid menghantar kerja
dan guru menyemak di bilik guru atau dirumah.