Tujuan Untuk mengkaji panjang benang dengan bilangan ayunan lengkap dalam masa ditetapkan Hipotesis Semakin bertambah panjang benang, semakin berkurang bilangan ayunan lengkap dalam masa yang ditetapkan Pembolehubah a) Pembolehubah Malar: Jisim Pemberat b) Pembolehubah Manipulasi: Panjang Benang c) Pembolehubah Bergerak Balas: Bilangan ayunan lengkap dalam tempoh 30 saat Bahan/Radas Benang, Kaki Retort, Pemberat(berbeza jisim), Pembaris meter dan Pemegang Kaki Retort Langkah- langkah 1. Jisim pemberat diambil dan dicatat. 2. Benang sepanjang 30cm diukur menggunakan pembaris dan diikat pada pemberat. 3. Pemberat diikat pada kaki retort. 4. Pemberat dilepaskan dari sudut 45 dan bilangan ayunan lengkap dalam tempoh masa 30 saat direkod menggunakan jam randik. 5. Bilangan ayunan lengkap bandul dicatat didalam jadual. 6. Langkah 1-5 diulang dengan menggunakan panjang benang yang berbeza iaitu 20cm dan 10cm.
Gambarajah
Gambar Bukti
Hasil Dapatan
Panjang Benang (cm) Bilangan Ayunan Lengkap Bandul dalam Tempoh Masa 30 saat 30 20 10 Kesimpulan Semakin bertambah panjang benang, semakin berkurang bilangan ayunan lengkap bandul dalam tempoh masa ditetapkan Perbincangan 1. Bagaimana bandul menggerakkan jam? Ada dua jenis jam bandul. Jenis pertama menggunakan tenaga yangberasal dari gerakan rantai dan beban. Jenis kedua menggunakan tenagagraviti. Baik jam graviti atau jam rantai mempunyai mekanisme pemain. Padabahagian pemutar ini terdapat roda-roda gerigi yang saling bertautan. Diantaranya roda gerigi penunjuk detik, minit, dan jam. Tidak ketinggalan pularoda-roda gerigi untuk bilah-bilah pada penunjuk waktu. Pada jam bandul yangmempunyai kemudahan lengkap, terdapat juga roda gerigi penunjuk hari danbulan. Kerana tidak menggunakan bateri, jam bandul bekerja denganmemanfaatkan tenaga graviti . Bandul mempunyai peranan penting. Porosbandul ini berkaitan dengan bahagian yang berfungsi untuk menggerakkanroda gerigi penunjuk detik, minit, jam, dan seterusnya. Tanpa adanya gerakanbandul jam tidak dapat menunjukkan waktu dengan betul. Bila bandul ataupendulum berhenti bergerak, automatik jam bandul akan mati. Itu sebabnya,sebelum bandul berhenti, rantai beban harus ditarik ke posisi semula. Gerakanrantai akibat graviti akan memainkan roda utama yang selanjutnyamenggerakkan bandul dan memutar roda gigi. Biasanya rantai harus ditarik 2-3 hari sekali. 2. Galileo mengambil masa untuk mengira denyutan nadi dengan menggunakan ayunan chandelier di Pisa, Italy semasa beliau berbaring. Cuba fikirkan cara yang lain untuk mengambil masa ayunan bandul tanpa menggunakan jam. Dengan menggunakan peristiwa yang berulang secara seragam seperti : a) Jam pasir b) Titisan air c) Jam lilin 3. Bandul merupakan objek yang disambungkan kepada satu poin yang tetap dengan benang, tali atau wayar. Apabila digerakkan bandul akan berayun belakang ke depan. Anda telah biasa mendengar tentang eksperimen bandul oleh Galileo dan Foucault yang telah memberi sumbangan yang penting kepada sains. Bayangkan satu bandul. Apakah pembolehubah yang mempengaruhi bandul? Senaraikan.
Pembolehubah 1: Manipulasi - Panjang Benang, Pembolehubah 2: Manipulasi - Jisim Bandul (pemberat) Pembolehubah 3: Manipulasi - Sudut bandul dilepaskan