PROGRAM : PISMP TESL AMBILAN JANUARI 2011 NAMA SEKOLAH : SK SERI INTAN NAMA PROJEK/AKTIVITI : PROJEK MURAL SUDUT ANTI DADAH TEMPOH PELAKSANAAN : 13 17 JULAI 2014 OBJEKTIF :
1) Meningkatkan lagi tahap kesedaran murid-murid dengan bahaya dadah dengan adanya Sudut Anti Dadah yang menarik dan kondusif. Suasana yang menarik dapat menarik minat para pelajar untuk lebih faham dan peka mengenai bahaya dadah kepada masyarakat dan diri mereka sendiri. Para pelajar akan lebih mudah untuk membaca dan memahami dengan lebih jelas pelbagai informasi berkaitan bahaya dadah seperti akibat-akibat penggunaan dadah dan jenis-jenis pil yang mengandungi dadah berlebihan. Melalui informasi seperti ini, mereka akan dapat memahami bahaya dadah ini dengan bantuan gambar serta tulisan- tulisan yang menarik.
2) Melalui projek Sudut Anti Dadah ini, para pelajar dan guru adalah diharap untuk memanfaatkan Sudut Anti Dadah ini dalam menjalankan pelbagai aktiviti berilmiah yang berupaya untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran bahaya dadah kepada para pelajar. Selain daripada belajar di dalam kelas moral, para guru dan pelajar dapat memanfaatkan Sudut Anti Dadah yang beinformasi dan berilmiah ini untuk menjalankan aktiviti P&P di luar bilik darjah. Selain dapat memanfaatkan suasana pembelajaran yang berbeza daripada bilik darjah.
3) Selain daripada itu, projek Sudut Anti Dadah ini juga berupaya untuk menjadi pemangkin kepada keberkesanan Program Anti Dadah yang telah dilancarkan beberapa hari yang lalu. Program tersebut menekankan aspek bahaya dadah kepada individu, masyarakat dan negara. Justeru, melalui Program Anti Dadah yang dilaksanakan, hal ini dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran para pelajar untuk tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti yang menjurus kepada dadah. Sudut Anti Dadah yang telah dinaiktaraf dengan cerianya ini boleh meningkatkan lagi kesedaran jangka panjang kepada para pelajar.
4) Projek Sudut Anti Dadah ini dilaksanakan demi membantu guru-guru subjek Moral di sekolah ini dalam menaik taraf Sudut Anti Dadah yang sedia ada demi manfaat semua pihak iaitu warga sekolah sendiri. Kebiasaannya, guru-guru tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti-aktiviti sampingan seperti menceriakan bilik-bilik khas ini dek kekangan tugas yang pelbagai. Sebagai melaksanakan tuntutan internship yang telah digariskan oleh Bahagian Pendidikan Guru, guru pelatih adalah dikehendaki untuk melaksanakan projek-projek di sekolah. Justeru, diharap projek keceriaan yang telah dilaksanakan ini mampu untuk membantu pihak sekolah di samping juga melengkapkan tuntutan yang telah digariskan oleh pihak kementerian.
STRATEGI PELAKSANAAN: 1) Membuat panggilan memo mesyuarat. Strategi pertama yang dilaksanakan adalah dengan membuat panggilan memo mesyuarat demi membincangkan tentang projek mural Sudut Anti Dadah yang bakal dilaksanakan. Panggilan memo ini adalah sangat penting didalam apa- apa sahaja perancangan sesuatu program di sekolah demi melancarkan lagi pengurusan sesebuah program yang bakal dilaksanakan. Selain itu, ia juga bertindak sebagai surat rasmi yang memberitahu tentang perincian menyuarat seperti tarikh, masa, tempat dan beberapa agenda mensyuarat. Bagi memo untuk Projek Mural Sudut Anti Dadah ini, tariknya adalah pada 10 Julai 2014 pada pukul 12.40 Tengahari di Bilik Gerakan SK Seri Intan. Melalui surat panggilan memo mesyuarat ini, guru-guru yang terlibat iaitu pihak pengurusan sekolah dan guru-guru Kelab Anti Dadah akan lebih mudah untuk membuat rujukan tentang mensyuarat yang bakal diadakan.
2) Melaksanakan Mesyuarat Keceriaan Bilik Bahasa Inggeris. Setelah memo mesyuarat diedarkan pada minggu sebelumnya, maka pada mesyuarat sebenar telah diadakan seperti perincian yang ditetapkan iaitu dengan tarikh 10 Julai 2014 pada pukul 12.40 Tengahari di Bilik Gerakan SK Seri Intan. Mesyuarat ini diketuai oleh pihak pengurusan sekolah dengan dikelolakan oleh Kelab Anti Dadah. Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan adalah melantik Ahli Jawatankuasa bagi projek mural ini. Hal ini adalah penting untuk memastikan kelancaran projek dimana setiap ahli mempunyai bidang tugas masing-masing yang telah diagih-agihkan berdasarkan keperluan semasa projek. Selain itu, agenda lain yang telah dibincangkan adalah mengadakan sesi cadangan pendapat susun hias mural Sudut Anti Dadah yang hendak dinaiktaraf. Antaranya adalah untuk melukis mural berkaitan bahaya dadah disamping mengecat semula kawasan dinding yang telah kotor demi memastikan kekemasan sudut ini kelak. Selain itu, dicadangkan juga untuk mengadakan kata-kata semangat di sekitar sudut untuk menggalakkan lagi para pelajar untuk membaca sambil mendalami maksud kata-kata semangat yang dilukis. Cadangan lain lagi adalah untuk menambah pelbagai carta-carta ilmiah berunsurkan bahaya dadah yang menarik dan berinformasi untuk manfaat para pelajar yang melalui sudut ini. 3) Membina kertas kerja Setelah mesyuarat dijalankan bersama-sama dengan semua Ahli Jawatankuasa Projek Mural Sudut Anti Dadah , kertas kerja yang lengkap dibina untuk mendapatkan kelulusan pihak sekolah mengenai projek yang bakal dilaksanakan. Kertas kerja ini juga bertindak sebagai platform untuk mendapatkan sedikit sumbangan dana daripada pihak sekolah untuk pelbagai barang-barang keperluan demi melancarkan lagi projek ini. Tambahan pula, kertas kerja juga penting sebagai bukti hitam putih yang menandakan bahawa sesebuah projek itu mendapat kelulusan pihak sekolah mahupun tidak. Antara kandungan kertas kerja tersebut adalah mengenai objektif projek iaitu untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran murid-murid tentang bahaya dadah dengan adanya Sudut Anti Dadah yang menarik dan kondusif. Sudut yang menarik ini berupaya untuk menawarkan suasana yang lebih kondusif dan menarik untuk pembelajaran para pelajar. Selain itu, kertas kerja projek ini juga menyentuh mengenai sumber serta perbelanjaan kewangan bagi projek ini. Sebanyak RM 170.00 telah dianggarkan untuk dimanfaatkan bagi pembelian barang-barang berkaitan keceriaan bilik ini. Antara barang-barang yang telah disenaraikan adalah seperti berus cat dan pewarna pelaka bagi tujuan lukisan mural serta cat kapur begi mengecat kembali kawasan dinding yang kotor. Jumlah wang yang dicadangkan adalah berbaloi kerana barang-barang yang digunakan adalah untuk tujuan jangka panjang keceriaan Sudut Anti Dadah ini. 4) Pelaksanaan projek Fasa seterusnya adalah pelaksanaan projek di mana kerja-kerja mural dimulakan. Antara kerja-kerja terawal adalah dengan mengecat kembali dinding yang kotor. Seterusnya adalah dengan melukis mural di sekitar sudut ini disebabkan oleh dinding-dindingnya yang agak kosong dan memerlukan sedikit keceriaan. Terdapat banyak idea yang dihasilkan di kawasan sudut. Antaranya adalah dengan melukis akibat penggunaan dadah serta buih-buih bagi tujuan keceriaan. Sudut Anti Dasah ini adalah terletak di kawasan laluan tangga dan kawasan ini telah dipilih kerana ianya sangat strategik untuk dilihat oleh sesiapa sahaja yang melalui tangga ini tidak kiralah samada pelajar mahupun guru. Ini bagi menaikkan lagi kesedaran tentang bahayanya dadah ini kepada sesiapa sahaja. REFLEKSI: 1) Kekuatan projek/aktiviti a) Menambahbaik Sudut Anti Dadah ini dengan mural yang berilmiah. Sudut Anti Dadah yang mempunyai pelbagai sumber yang berilmiah ini mampu meningkatkan lagi kualiti yang boleh diberikan kepada pengguna sudut iaitu para pelajar dan guru. Pihak guru boleh menggunakan bahan-bahan yang ada sebagai sumber pengajaran manakala pihak murid pula akan mendapat akses untuk belajar secara berkumpulan mahupun secara individu dengan menggunakan semua sumber yang disediakan. Disamping bahan-bahan belajar seperti carta dan gambar, terdapat juga mural-mural yang boleh menimbulkan kesedaran jangka panjang kepada para pelajar. Jika didalami maksudnya dengan tekun, para pelajar akan takut untuk melibatkan diri kepada sebarang aktiviti yang boleh menyumbang kepada dadah. b) Menjadikan isu Anti Dadah sebagai isu yang dingati. Menerusi dengan keberadaan sudut yang menarik ini, para pelajar dapat mengingati isu anti dadah ini dengan lebih tekun lagi kerana merasakan sudur ini mampu mewujudkan suasana yang menginsafkan ini. Dengan adanya pelbagai bahan bantu belajar yang berunsurkan kanak-kanak iaitu dengan gambar-gambar kartun, tulisan berwarna-warni serta informasi yang padat tetapi sungguh berilmiah ini, isu anti dadah bukan lagi isu yang diabaikan para pelajar. Malah, isu ini boleh menjadi salah satu isu yang paling dingati para pelajar apabila kewujudan sudut ini digunapakai secara menyeluruh dan konsisten.
2) Kelemahan projek/aktiviti a) Kekangan masa untuk menyiapkan mural Sudut Anti Dadah ini dengan kadar segera. Disebabkan dengan tempoh Internship yang cukup singkat iaitu hanya sebulan, maka mural sudut ini hanya dapat dilaksanakan dengan menggunakan bahan sedia ada dengan sedikit tambahan dari sudut keceriaan. Hal ini kerana, masa yang ada terpaksa dibahagi-bahagikan dengan 2 lagi projek yang lain yang juga harus dilaksanakan dalam masa sebulan yang telah diperuntukkan. b) Kurang sumber tenaga untuk membuat mural Sudut Anti Dadah . Masalah kurang sumber tenaga ini timbul apabila peruntukan 3 buah projek yang harus dilaksanakan adalah secara individu. Dengan hanya bergantungkan kepada tenaga individu, sesebuah projek yang hendak dilaksanakan adalah sedikit membebankan apabila tiada bantuan daripada sesiapa. Lebih-lebih lagi bagi projek yang melibatkan keceriaan bilik, sudut mahupun papan kenyataan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: a) Menetapkan masa yang lebih lama bagi sesebuah projek. Hal ini adalah supaya ianya dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan teratur serta dapat memuaskan hati pihak pelaksana mahupun pihak sekolah khususnya. Dengan masa yang mencukupi, lebih banyak elemen keceriaan yang dapat dilaksanakan malah pihak pelaksana projek juga akan dapat memikirkan lebih banyak idea-idea mural yang lebih menarik untuk manfaat Sudut Anti Dadah ini. b) Menetapkan sesebuah projek supaya dapat dilaksanakan secara berkumpulan. Perkara ini boleh memudahkan lagi kerja pihak pelaksana untuk membuat projek secara berkumpulan melalui gotong royong ataupun kerjasama berpasukan. Sesebuah projek yang hendak dilaksanakan adalah tidak membebankan malah lebih banyak idea, pendapat serta keceriaan yang boleh dihasilkan dengan kerja secara berkumpulan. KESIMPULAN Projek Mural Sudut Anti Dadah adalah sangat penting untuk dilaksanakan demi menaiktaraf dan meningkatkan lagi keadaan sudut yang sedia ada untuk manfaat warga sekolah khususnya pihak guru dan pelajar secara amnya. Sudut ini boleh dijadikan sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran para pelajar dalam memahami dan kemudiannya menjauhi dadah ini pada masa depan. Melalui penggunaan sudut ini secara berterusan, diharap para pelajar dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran mereka demi masa depan mereka yang cerah pada masa depan.