Anda di halaman 1dari 32

1

1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Bidang Linguistik merupakan satu cabang ilmu yang mengkaji bahasa secara
saintifik. Ia menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirakal dan objektif. Kajian
mengenai Linguistik amat luas termasuklah kajian mengenai Pengetahuan Sistem Bahasa
Melayu khususnya tentang bagaimana sesuatu bunyi bahasa itu dihasilkan dan bagaimana
pertuturan itu dapat dikaitkan dengan alat tutur. Menurut ahli pengkaji bahasa ,penghasilan
bunyi bahasa dibahagikan kepada dua bahagian penting iaitu bidang fonetik dan fonologi
kerana kedua-dua bidang tersebut berkait rapat dengan kajian bunyi dari aspek penyebutan,
pendengaran dan juga sifat-sifatnya.
Manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat,
buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain antara anggota
masyarakat. Bahasa juga menjadi alat untuk berhubung, mengenal orang yang sedang
bercakap dengan lebih mendalam dan bagaimana seseorang itu bercakap, cara ia menyebut
perkataan serta bunyi perkataan. Untuk membunyikan sebutan bunyi sengauan, letupan,
geseran, letusan, getaran dan sebagainya, tumpuan seharusnya diberikan tentang alat-alat
sebutan yang mampu menghasilkan bunyi bahasa. Oleh yang demikian, pengkaji fonetik
memfokuskannya sebagai sesuatu yang amat penting untuk diterjemahkan dengan tepat, betul
dan dapat diterima penggunaannya. K.L. Pike,(1943) di dalam bukunya yang berjudul
Phonetics, telah mengkaji cara bunyi bahasa diucapkan, iaitu melalui gerak- geri otot dalam
pengajaran bunyi.
Antara aspek penting dalam mengkaji fonetik iaitu pendengaran, penyebutan dan
penelitian. Kenyataan ini disokong kuat oleh kepakaran ahli-ahli pengkaji fonetik Inggeris
2

seperti Henry Sweet yang mampu mengenali 72 jenis bunyi yang berlainan manakala Daniel
Jones pula mengenali sebanyak 58 jenis bunyi vokal yang berbeza.
Alat- alat fonetik seperti palatogram, laringoskopi dan letromiografi digunakan bagi
menentukan sifat atau mengukur bunyi bahasa yang diucapkan dalam menentukan sifat- sifat
sesuatu bunyi dan juga cara- cara penghasiln bunyi bahasa yang dituturkan.
Proses penghasilan bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa,
bunyi bukan bunyi bahasa dan bunyi yang dihasilkan terbentuk melalui alat artikulasi yang
terdapat pada manusia. Makna artikulasi yang tercatat di dalam Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka Jilid 3 ialah satu cara atau proses menyebut bunyi atau kata dengan jelas atau
pernyataan idea atau perasaan terutamanya dengan kata- kata yang lebih menjurus kepada
penghasilan bunyi perkataan.
Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa Fonetik Artikulasi dikenali juga
sebagai fonetik penyebutan merupakan satu bidang kajian tentang bunyi melalui sebutan dan
mengkaji penglibatan organ- organ atau bahagian- bahagian yang menyebabkan bunyi itu
dapat dituturkan seperti bahagian pita suara,lidah, palatal, paru- paru,velum,alveolar,velar,
gigi dan bibir. Organ- organ tersebut memainkan peranan yang amat penting bagi penutur
bahasa dalam menghasilkan bunyi sesuatu bahasa.




3

1.2 Objektif
Objektif kertas kerja ini dihasilkan adalah untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai
Alat-alat Tutur serta peranannya dalam pengeluaran dan penyebutan bunyi bahasa Melayu.
Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti dan melihat dengan lebih dekat
gambaran alat tutur serta proses penglahiran sesuatu huruf dan perkataan.
1.3 Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang telah diguna pakai dalam menyiapkan kertas kerja ini adalah kualitatif
iaitu dengan membuat rujukan melalui bahan bercetak seperti buku- buku rujukan, jurnal dan
majalah. Selain daripada itu, bahan dari internet juga turut diguna pakai.
1.4 Batasan
Batasan kajian tertumpu kepada alat tutur yang berhubungkait dengan bunyi dan penyebutan.
Ia akan ditunjukkan dengan lebih jelas melalui gambarajah agar lebih tepat serta mudah
difahami bagi melahirkan sesuatu bunyi bahasa Melayu.






4

1.5 Definasi Konsep
Bidang Fonetik
Kajian bunyi bahasa yang dikaji dalam bidang fonetik lebih menekankan kepada bunyi
bahasa itu sendiri iaitu bagaimana bunyi-bunyi yang dihasilkan itu melalui pertuturan bagi
tujuan berkomunikasi antara seseorang dengan seseorang yang lain. Terdapat 5 cabang atau
pendekatan yang digunakan oleh ahli pengkaji fonetik ketika melakukan kajian iaitu:
a) Fonetik akustik iaitu bidang fonetik yang secara khusus mempelajari bagaimana cara-
cara penghasilan bunyi dari mulut seorang penutur hingga dapat didengari oleh orang
lain atau pendengar. Ia lebih bersifat mengkaji bunyi yang dilakukan dengan
menganalisis bunyi yang dirakam dengan mnggunakan alat-alat tertentu. Bidang ini
juga mempelajari hakikat bunyi dan klasifikasi bunyi.
b) Fonetik artikulasi iaitu fonetik yang secara khusus menumpukan kepada cara-cara
terbentuknya bunyi bahasa oleh alat-alat pertuturan. Ia berkaitan dengan mempelajari
cara-cara bagaimana mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi
berdasarkan kepada artikulasi dalam anggota manusia.
c) Fonetik auditorik iaitu pendekatan dalam mempelajari cara-cara menyalurkan bunyi
yang diterima oleh telinga hingga mencapai saraf bicara dalam otak pendengar.
Pendekatan fonetik ini lebih kepada mengkaji bunyi melalui pendengaran dalam
membezakan bunyi-bunyi bahasa seperti kasar, lantang, halus, lunak, garau, nyaring
dan sebagainya.
5

d) Fonetik eksperimental. Pendekatan ini sebenarnya adalah nama lain yang digunakan
bagi gabungan ke tiga-tiga jenis kajian fonetik iaitu fonetik akustik, fonetik artikulasi
dan fonetik auditorik.
e) Fonetik sejarah. Bagi kaedah ini, pendekatan menjurus kepada kajian perubahan yang
dilakukan terhadap bunyi dalam sesuatu masa yang tertentu (sinkronik) atau di dalam
satu jarak masa (diakronik). Kajian terhadap bahasa di dunia ini bertujuan untuk
mencari maklumat bagaimana perubahan dan ketetapan perubahan mengenai bunyi
itu boleh berlaku.
2.0 Fonetik Artikulasi
Dalam mengkaji fonetik artikulasi, penumpuan lebih ditekankan tentang kawasan atau daerah
artikulasi yang menghasilkan sebutan atau bunyi sesuatu bahasa itu dan di mana terdapatnya
sumber bagi bunyi bahasa yang dihasilkan. Terdapat empat unsur utama dalam proses
penghasilan bunyi iaitu:
i) Sumber tenaga yang berupa otot- otot, tulang- tulang dan saraf- saraf badan yang
menggerakkan paru- paru manusia atau penutur bahasa tersebut. Sumber tenaga untuk
menggerakkan sumber bunyi bahasa manusia adalah udara yang dihembus keluar atau
masuk ke dalam paru- paru sewaktu bernafas. Hembusan udara yang keluar masuk ke
dalan paru- paru menghasilkan getaran pada pita suara.
ii) Sumber bunyi yang berupa pita suara yang dapat digetarkan oleh udara yang keluar
masuk melalui paru- paru. Pita suara yang terletak dalam tengkorok mendatar dari
muka (anterior) ke belakang (posterior). Getaran pada pita suara berlaku melalui
proses terbuka dan tertutup pada pita suara. Lubang pita suara yang terbuka dikenali
6

sebagai glottis, manakala pita suara yang terbuka dan tertutup dalam dua getaran
dikenali sebagai satu gelombang.
iii) Resonator yang berupa tenggorok, rongga mulut, rongga hidung yang berfungsi untuk
mempertinggi bunyi dari pita suara. Dengan kata lain, sewaktu pita suara bergetar,
tenggorok , rongga mulut, rongga hidung dan rongga diantara kedua- dua bibir juga
akan menggetar- getarkan udara dengan frekuensi yang bernada dengan frekuensi pita
suara sehingga bunyi dari pita suara menjadi lebih tinggi kedengarannya.
iv) Unsur mekanisma artikulasi pada rongga mulut yang mengubah bunyi dari pita suara
menjadi berbagai- bagai bunyi.
3.0 Alat Artikulasi
Secara umumnya, pembentukan atau penghasilan sesuatu bunyi bahasa itu banyak
bergantung kepada kawasan atau daerah bunyi itu dihasilkan. Ada kalanya sesuatu bunyi
terhasil apabila berlakunya perubahan dari satu kawasan atau daerah artikulasi dengan daerah
lain. Oleh yang demikian, daerah artikulasi memainkan peranan penting dalam penghasilan
bunyi bahasa. Antara alat-alat sebutan atau daerah artikulasi yang mengeluarkan bunyi
bahasa itu termasuklah daeah bibir dan gusi, gigi(dental),bibir(dua
bibir),alveolar,velar(lelangit lembut),palatal(lelangit Keras),uvular(akar lidah),lidah,anak
tekak, rongga tekak,rongga hidung,rongga mulut,pita suara,paru-paru dan epiglotis.
Setiap daerah artikulasi ini memainkan peranan dan fungsi masing-masing dalam
mengeluarkan bunyi bahasa. Alat sebutan atau alat artikulasi dapat dikategorikan kepada dua
bahagian iaitu:
7

(i) Atikulator (pengeluar) merupakan alat-alat pertuturan manusia yang boleh bergerak
dari satu arah kearah yang lain apabila mengeluarkan bunyi.

(ii) Titik artikulasi (daerah pengeluaran) merupakan pertemuan antara articulator dengan
bahagian- bahagian lain yang tidak bergerak sewaktu udara dari paru- paru
dikeluarkan.

Organ

Kedudukan

Fungsi
Lidah Daun lidah terbahagi kepada 4
bahagian iaitu hujung,
hadapan, tengah dan
belakang.
Digerakkan ke atas dan ke
bawah untuk menyekat udara
yang keluar melalui rongga
mulut.
Lelangit lembut
( velar )
Dari sempadan lelangit keras
hingga ke akhir rongga mulut
Menyekat atau membuka
perjalanan nafas dari paru-paru
ke rongga hidung.
Bibir ( bilabial ) Terbahagi kepad 2 bahagian iaitu
bibir atas dan bibir bawah
Bila dibundarkan ia
menghasilkan bunyi [u]
Bila dileperkan menghasilkan
bunyi vokal [e]
Boleh menahan udara seperti
dalam penyebutan bunyi [m]

Organ

Kedudukan

Fungsi
Gigi Mengawal aliran udara iaitu
menempan udara
8


Proses memahami bahasa, penutur sesuatu bahasa seharusnya mengetahui serta
memahami sistem bunyi yang terdapat di dalam bahasa tersebut terutama cara penyebutan
atau cara mengeja apabila ditulis. Cara bagaimana bunyi dikategorikan boleh menolong kita
mengetahui bagaimana bunyi digunakan di dalam bahasa.
Apabila organ- organ tertentu berfungsi, maka akan berlakulah pengeluaran dan
penglahiran bunyi. Sekiranya udara merupakan sumber tenaga utama dalam penghasilan
bunyi bahasa sehingga mengalami halangan atau tentangan pada alat- alat artikulasi manusia,
maka akan terhasillah bunyi bahasa itu.
Antaranya ialah paru-paru (lungs), batang tenggorok ( trachea ), pangkal tenggorok (
larynx ), pita suara ( vocal cords ), krikoid, tiroid/ halkum, aritenoid, dinding rongga
kerongkongan ( wall of pharynx ), epiglottis, akar lidah ( root of the tongue ), tengah lidah (
medium ), daun lidah ( lamina ), hujung lidah ( apex ), anak tekak ( uvula ), langit lembut (
velum ),langit keras ( palatum ), gusi dalam
( alveola ), gusi belakang ( alveolum ), gigi atas ( upper teeth - denia ), gigi bawah ( lower
teeth denta ), bibir atas ( upper lips labia ), bibir bawah ( lower lips labia, mulut (
mouth ), rongga mulut ( oral cavity , mouth cavity ), dan rongga hidung ( nose cavity, nasal
cavity )

Gusi ( Aveolar ) Bahagian melengkung yang
menurun dari gigin ke rongga
mulut
Berperanan dalam
pengeluaran bunyi-bunyi
seperti [t], [d], [l]
Lelangit keras
( palatal )
Dari sempadan gusi di bahagian
atas rongga mulut ke velar

9

Gambarajah Alat Pertuturan











Organ organ yang aktif dalam menghasilkan bunyi ialah rongga mulut dan paru-
paru. Rongga mulut memainkan peranan dalam penghasilan bunyi yang dikeluarkan apabila
berlakunya penekanan kepada udara yang keluar dari paru-paru si penutur.

Jelas terbukti bahawa organ utama yang mana di situ tempat terkumpulnya sumber
tenaga penting iaitu udara adalah paru-paru. Dari paru-paru terdapat banyak udara yang
membentuk frekuensi kepada pelbagai bunyi bahasa yang akan terhasil. Dari paru-paru juga
udara akan bergerak keluar melalui rongga mulut atau hidung. Melalui rongga mulut atau

1. bibir atas
2. bibir bawah
3. gigi atas
4. gigi bawah
5. gusi
6. lelangit atas
7. lelangit lembut
8. anak tekak
9. hujung lidah
10. hadapan lidah
11. tengah lidah
12. belakang lidah
13. akar lidah
14. epiglottis
15. pita suara
16. rongga tekak
17. rongga hidung
18. rongga mulut
19. rahang
20. tenggorok


















10

hidung inilah akan menghasilkan bunyi sama ada bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara
dan melalui organ fonetik akan membentuk bunyi vokal dan bunyi konsonan bagi bunyi yang
dihasilkan.












3.1 Paru-paru ( Lungs )



Udara adalah sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi bahasa. Sebab itu paru-paru
memainkan peranan penting dalam pernafasan kerana sewaktu manusia bernafas, udara mengalir
masuk ke dalam paru-paru ketika proses menarik nafas, manakala udara yang kotor dikeluarkan
melalui proses menghembuskan nafas.



11

















Gambarajah paru-paru


12







3.2 Dua Bibir ( Bilabial )
Bibir terbahagi kepada dua bahagian iaitu bibir atas dan bibir bawah. Kedua-duanya
bertindak sebagai pintu rongga mulut. Semasa penghasilan bunyi bahasa, bibir bertindak
sebagai artikulator pasif dan bekerjasama denagan artikulator aktif iaitu bibir bawah. Ada
kalanya bibir bawah bertindak sebagai alat artikulator aktif apabila ia bekerjasama dengan
gigi atas yang menghasilkan bunyi labio-dental.

Melalui dua bibir yang dileperkan( dibundarkan ) atau dirapatkan akan
mengeluarkan bunyi konsonan /p, b, m/, separuh vokal /w/ dan bunyi vokal /u, o, dan i/. Bagi
bunyi /p dan b/ dinyatakan sebagai plosif bilabial ( dua bibir ), bunyi /m/ sebagai nasal
bilabial, /w/ sebagai separuh vokal bilabial dan vokal /u/ sebagai vokal belakang atas bibir
bundar dan /o/ vokal belakang tengah bibir bundar, manakala vokal /i/ adalah vokal depann
tinggi keadaan bibir yang leper.


Berkurangnya tekanan udara dalam paru-paru kerana adanya pembesaran ruangan
pada paru-paru dan begitulah sebaliknya. Udara mengalir keluar dari paru-paru apabila
tekanan udara yang ada dalam paru-paru lebih besar daripada tekanan udara yang ada di luar
sehingga memungkinkan gas karbon dioksida ( Co2) mengalir keluar.
























13

3.3 Bibir Gigi ( Labio - dental )
Daerah artikulasi gigi atas dan bibir bawah akan menghasilkan bunyi /f/ dan /v/. Ini
berlaku apabila gigi atas dan bibir bawah dirapatkan kemudian dibiarkan ada sedikit ruang
untuk membenarkan kedua-dua organ bergeser.
3.4 Gigi ( Teeth Denta )
Alat artikulasi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu gigi atas dan gigi bawah.
Walaupun gigi bawah dapat digerakkan ke bawah dank e atas tetapi dalam menghasilkan
bunyi bahasa ianya tidak banyak memberi peranan kecuali sebagai pembantu sahaja. Alat
artikulasi yang berfungsi lebih ialah gigi atas yang bekerjasama dengan bibir bawah atau
hujung lidah. Bunyi yang dibentuk oleh gigi disebut bunyi dental manakala yang dihasilkan
oleh bibir disebut bunyi labial.Bunyi yang dihasilkan oleh halangan gigi atas dengan bibir
bawah disebut bunyi labio-dental dan bunyi yang dihasilkan oleh halangan gigi atas dengan
hujung lidah dikenali dengan bunyi apiko-dental.
3.5 Lelangit Lembut ( Velar, Velum, Soft Palate )
Lelangit lembut beserta hujungnya yang disebut anak tekak ( uvula ) dapat berfungsi
secara turun naik mengikut udara yang keluar masuk melalui rongga hidung. Dalam keadaan
normal, lelangit lunak serta hujung anak tekak akan menurun sehingga udara keluar masuk
melalui rongga hidung dan membentuk bunyi nasal ( sengauan ). Bagi bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh alat artikulasi ini dikenali sebagai bunyi velar. Manakala bunyi yang
menerima halangan anak tekak ( uvula ) disebut bunyi uvular.
Bahagian artikulasi ini menghasilkan beberapa bunyi konsonan seperti /k/, /g/, /x/
dan bunyi nasal /y/. Contohnya apabila jika bunyi bagi konsonan /k/ dan /g/ terbentuk
dengan cara bahagiann belakang lidah merapati daerah velar dan apabila lidah diturunkan
14

sedikit, udara meluru keluar secara letupan. Ini mengeluarkan konsonan /k/ yang disebut
plosif velar tidak bersuara dan konsonan /g/ sebagai plosif velar bersuara.


3.6 Lelangit keras ( Hard Palate, Palatal, Palatum )
Ia merupakan satu susunan bertulang iaitu bahagian depan lelangit melengkung
cekung ke atas dan bahagian belakangnya berakhir dengan bahagian yang terasa lembut
apabila diraba. Dalam pembentukan bunyi bahasa, alat ini berfungsi sebagai artikulator
pasif manakala yang aktifnya ialah hujung lidah atau tengah lidah. Kerana itu, bunyi
bahasa yang dihasilkan oleh lelangit keras dikenali dengan nama palatal, manakala bunyi
yang keluar daripada hujung lidah disebut apikal dan bunyi yang terhasil apabila ada
halangan tengah lidah dikenali sebagai medial.
Pada daerah ini akan menghasilkan bunyi vokal /I dan e/, bunyi konsonan /e.j dan
s/. Bunyi ini melibatkan bahagian depan lidah meninggi ke atas di daerah palatal kemudian
dikenali dengan nama vokal depan tinggi leper dan dan /e/ sebagai vokal depan tengah
leper. Begitu juga bagi contoh nonsonan /s/ yang mana bahagian tengah lidah merapati
daerah palatal dengan hanya memberi sedikit ruang untuk udara keluar atau bergerak. Oleh
kerana keadaan ruang yang sempit, bahagian tengah lidah dan daerah palatal akan sama-sama
bergeser sehingga terhasil konsonan /s/ ini yang juga disebut frikatif palatal tidak bersuara.



15

Gambarajah lelangit












3.7 Glottal
Pada daerah artikulasi ini akan terbentuk dua bunyi konsonan sahaja iaitu plosive
glottal /?/ dan frikatif glottal /h/. Contohnya bunyi konsonan /h/ dilahirkan di daerah
epiglottis tapi dengan mendekatkan organ tersebut dengan daerah faring ( rongga
kerongkong ). Apabila kedua organ ini bertembung, akan berlakulah pergeseran dan bunyi
konsonan tersebut akan terbentuk. Geseran yang dihasilkan berlaku akibat penyempitan
ruang udara sewaktu melalui rongga mulut.
16














3.8 Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok ( halkum ) dan amat penting
dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara
memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping
selaput nipis berkenaan.


17












4.0 ARTIKULASI/ CARA SEBUTAN
Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh penutur bahasa banyak bergantung kepada daerah
artikulasi yang menghasilkan bunyi huruf vokal dan konsonan yang dituturkan. Cara
sebutan bunyi pula ditentukan iaitu bagaimana kedudukan daerah artikulasi itu diubahsuai
atau berubah sama ada ianya akan disempitkan, diluaskan, dileperkan, dibundarkan ataupun
digerakkan tinggi atau rendah. Situasi ini akan menghasilkan beberapa bunyi seperti plosif
( letupan ), frikatif ( geseran ) afrikat ( letusan ) nasal ( sengauan ), likuida/ lateral ( sisian ),
retrofleks
( getaran ), implosif, ejektif dan klik.
Pita suara tertutup Pita suara terbuka
18

Bagi plosif oral, jika velum ( anak tekak ) dinaikkan, udara akan keluar melalui rongga
mulut. Manakala bagi plosive nasal, jika velum diturunkan, udara akan keluar melalui hidung.
Bagi penghasilan bunyi cara plosif, daerah artikulasi seperti lidah, velar, pita suara, glotal,
epiglottis turut memainkan peranan masing-masing. Contohnya melalui organ-organ artikulasi ini,
bunyi [ p, b, t, d, k, g ] dihasilkan. Contoh lain perkataan pin, pun untuk [p] , beg, bila untuk
[b], tin, turun untuk [t], duit , duku untuk [d] , kek,kuku untuk [k] dan gol,goreng
untuk [g].
















4.1 Letupan ( Plosif )
Bunyi plosif dihasilkan adalah berdasarkan kepada laluan arus udara
yang tertutup rapat sehingga udara terhenti untuk seketika melalui rongga mulut
atau hidung. Ada dua bunyi plosive akan terhasil melalui caranya iaitu plosif
oral dan plosif nasal.












i. Letupan dua bibir bersuara [b]
Bibir
19

- dua bibir ditemukan
Udara
- alirannya tertahan untuk keluar dan dilepaskan serta
merta tanpa menggetarkan pita suara.
ii Letupan dua bibir tak bersuara [p]
Bibir
dua bibir ditemukan
Udara
- alirannya tertahan untuk keluar dan dilepaskan serta
merta tanpa menggetarkan pita suara.


iii. Letupan gusi bersuara [d]
Gusi
- merapatkan hujung lidah ke bahagian atas gusi
Udara
- dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan
di antara hujung daun lidah dengan gusi
20

- dibiarkan serta merta dan menggetarkan pita suara.



i. Letupan gusi tidak bersuara [t]

Gusi
- merapatkan hujung lidah ke bahagian atas gusi
Udara
- dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan
di antara hujung daun lidah dengan gusi dan
dilepaskan serta merta tanpa menggetarkan pita suara.

ii. Letupan lelangit lembut bersuara [g]

Lelangit lembut
- merapatkan belakang lidah ke lelangit lembut.
Udara
- dibiarkan tersekat di bahagian belakangnya dan dilepaskan
21

serta merta tanpa menggetarkan pita suara.


iii. Letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]

Lelangit lembut
- merapatkan belakang lidah ke lelangit lembut.
Udara
- dibiarkan tersekat di bahagian belakangnya dan dilepaskan
serta merta tanpa menggetarkan pita suara.

4.2 Sengauan ( Nasal )

Bunyi ini terjadi apabila anak tekak ( velum diturunkan ke bawah bagi menutup ruang
laluan udara di dalam rongga mulut dan menyebabkan udara keluar melalui rongga hidung.
Antar contoh bunyi sengauan yang terhasil seperti , /m, n, n dan n/. Contoh perkataan
bunyi /m seperti makanan , tempat dan tikam . Contoh bunyi n seperti Negara ,
tanda dan tekanan . Bunyi n seperti nganga, ngungap, orang dan bunyi n seperti
nyanyi , nyonya .
22

Antara organ artikulasi yang terlibat sama dalam penghasilan bunyi nasal ialah pita
suara, lidah, bibir, palatal ( lelangit keras ) dan velar ( lelangit lembut ).
i. Sengauan dua bibir bersuara [m]
Bibir
- kedua-dua bibir dirapatkan
Lelangit lembut
- dalam keadaan biasa
Udara
- dikeluarkan melalui rongga hidung dan pita
suara digetarkan.

ii. Sengauan gusi bersuara [n]
Lidah
- Hujungnya dirapatkan gusi
Lelangit lembut
- dalam keadaan biasa
Udara
- dikeluarkan melalui rongga hidung dan pita suara digetarkan
iii. Sengauan lelangit keras bersuara [ ]
Lidah
23

- depan dirapatkan dengan lelangit keras
Lelangit lembut
- dalam keadaan biasa
- Udara- dikeluarkan melalui rongga hidung dan pita suara digetarkan

iv. Sengauan lelangit lembut bersuara [ ]
Lidah
- belakangnya dirapatkan pada lelangit lembut
Lelangit lembut
- dalam keadaan biasa
Udara
- dikeluarkan melalui rongga hidung dan pita suara digetarkan


4.3 Letusan ( Afrikat )
Bunyi ini terhasil apabila jalan udara ditutup rapat kemudian dibuka sedikit-sedikit
sehingga udara keluar sedikit demi sedikit. Bagi ahli fonetik, hasil kombinasi bunyi plosif
dan frikatif ini boleh menghasilkan bunyi afrikat. Contoh bunyi afrikat ialah [c] dan [j],
misalnya [c] seperti cabai, acuan, manakala [j] seperti jalan, kejar dan caj
Secara amnya, hasil pertemuan yang rapat antara daerah palatal ( alveo palatal ) dan
bahagian tengah lidah ini akan menyebabkan udara terkumpul di belakang velar ( lelangit
24

keras ) tetapi jika kedua-dua artikulasi tadi terpisah atau lidah diturunkan, maka satu geseran
akan terjadi.
i. Letusan lelangit keras bersuara [ ]

Lidah
- depan lidah ditemukan dengan lelangit keras.
Udara
- dibiarkan tersekat dibelakang pertemuan dan
dilepaskan perlahan-lahan dengan pita suara digetarkan.
ii. Letusan lelangit keras tidak bersuara [ ]
Lidah
- depan lidah ditemukan dengan lelangit keras.
Udara
- dibiarkan tersekat dibelakang pertemuan dan
dilepaskan perlahan- lahan tanpa menggetarkan
pita suara.



25

4.4 Geseran ( Frikatif )
Pembentukan bunyi frikatif terjadi apabila dua alat artikulasi bertemu/ terhalang di
antara satu sama lain sehingga menyebabkan laluan arus udara menjadi sempit atau disekat
perjalanannya tetapi arus udara tetap dapat keluar melalui daerah artikulasi walaupun daerah
laluannya disempitkan atau terhalang. Contoh bunyi frikatif seperti [f], [v], [s] dan [z].
Umpamanya seperti perkataan Fatimah, veto, syabas dan Zamani.
i. Geseran gusi tidak bersuara [s]
Lidah - daun lidah didekatkan pada gusi supaya
dapat membuat sempitan untuk udara keluar.
Lelangit lembut - dinaikkan rapat
Udara - dikeluarkan melalui rongga mulut dan bergeser
dengan gusi tanpa pita suara digetarkan
ii. Geseran glotis [h]
Pita suara
- direnggangkan
Udara
- dikeluarkan secara bebas melalui glottis



26

4.5 Sisian ( Likuida )
Penghasilan bunyi ini melibatkan lateral ( sisian ) dan tril ( getaran ) di kawasan
alveolar ( gusi ) penutur. Bunyi yang terhasil ialah [l] dan [r].
Bagi penghasilan bunyi lateral ( sisian ), ia melibatkan penggulungan bahagian hujung
atau depan lidah. Apabila udara tidak boleh keluar di bahagian tengah lidah, udara akan
melalui kawasan pinggir lidah iaitu sisian kiri kanan rongga mulut. Contoh perkataan yang
terhasil daripada bunyi [l] seperti lari , belut , dan betul .
Bagi bunyi tril ( getaran ) bunyi yang terhasil ialah [r]. Ia terhasil akibat getaran pada
lidah dalam rongga mulut. Bunyi ini berbeza sebutannya mengikut tutur kata seseorang (
daerah penutur ) terutama dari segi penggulungan lidah. Antara contoh bunyi [r] ialah
ramai , permai dan bakar .
i. Sisian gusi bersuara [l]
Lidah
- hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi
Lelangit lembut
- dinaikkan rapat pada bahagian belakang rongga tekak.
Udara
- dikeluarkan melalui rongga mulut tetapi hanya melalui
tepian lidah dan pita suara digetarkan.


27

5.0 Vokal
Penghasilan enam voKal bahasa melayu iaitu a, e, I, o, u dan e terhasil tanpa
gangguan semasa udara keluar dari paru-paru. Setelah udara keluar dari paru-paru, ia akan
menuju ke pita suara yang berada di dalam faring ( rongga kerongkong ). Pita suara berada
dalam keadaan sempit ( dindingnya berdekatan satu sama lain). Ini menmyebabkan pita
suara bergetar apabila udara merempuh keluar hingga menghasilkan bunyi yang bersuara.
Kemudian udara akan menuju ke rongga mulut dan dibentuk pula oleh lidah dan bibir. Di
sinilah vokal depan, vokal belakang dan vokal tengah akan terbentuk.
5.1 Bunyi vokal
Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar dari rongga mulut tidak mengalami
sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan
rongga mulut dan bentuk bibir.
5.1.1 Separuh Vokal
Bunyi /w/ dan /y/ disifatkan oleh ahli fonetik sebagai bunyi vokal yang tidak
selesai. Ini kerana kedua-dua bunyi vokal ini tidak boleh ditempatkan ke dalam bunyi
konsonan atau bunyi vokal. Penghasilan bunyi ini berlaku separuh jalan tidak seperti
penghasilan vokal yang sempurna bila mana tiada berlakunya gangguan dari paru-paru
hingga bunyi itu keluar dari mulut.
Antara bunyi /w/ seperti wayang dan mawas , manakala bunyi /y/ pula ialah
yakin dan bayang . Organ artikulasi yang terlibat dalam sebutan separuh vokal ini
termasuklah kedua-dua bibir, tengah lidah, belakang lidah, lelangit lembut dan lelangit
keras.
28


Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut





Penghasilan Bunyi Vokal

5.1.2 Vokal Depan Separuh Sempit [ e ]
Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi
membunyikan vokal (i). Contoh: kole, tauge, bendi, elok

5.1.3 Vokal Depan Luas [ a ]
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya.
Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga
hidung.Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e).
Contoh: anak, siapa, pandai, landai, anting, takat.


29

5.1.4 Vokal Belakang Sempit [ u ]
Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak
menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. Contoh: ulang, udang, ubat, ulat,
undang.
5.1.5 Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]
Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling
tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan .Contoh: orang, obor,
solo, polo, took.
Vokal Tengah
Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian
tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya.
Contoh: enam, empat, gerai , kenduri,
5.1.6 Vokal Depan Separuh Luas [ ]
Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan
untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti
semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). Contoh: tauke, gesek, gerek, gelek.
30




5.1.7 DIFTONG











Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku
pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang
lain. Terdapat 3 jenis diftong.
a. (au): lampau, pukau, silau, surau, garau.
b. (ai): cuai, landai, salai, gulai, sampai ,sungai.
c. (oi): boikot ,amboi, dodoi, adoi, sepoi.


31

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan hasil kajian ini ialah alat-alat tutur atau
sebutan terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat
dicapai olah artikulator. Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.
pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan
bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contoh:
hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.
Secara Umumnya, dalam bahasa Melayu terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal,
konsonan dan diftong. Ketiga-tiga elemen tersebut diberikan lambang tertentu. Ianya dikenali
sebagai lambang dan bunyi fonetik. Kesemua bunyi ini bermula dan terhasil daripada
beberapa daerah artikulasi sama ada udara yang dikeluarkan daripada paru-paru itu melalui
rongga mulut ataupun rongga hidung.
Setiap penghasilan bunyi bahasa itu berlaku antara satu atau lebih alat artikulasi yang
bertindak balas dengan bunyi yang ingin dihasilkan. Oleh itu setiap daerah artikulasi
memainkan peranan dan fungsi masing-masing. Ini membuktikan akan pentingnya organ
artikulasi manusia terutamanya rongga mulut dan paru-paru memainkan peranan penting
dalam pengeluaran bunyi bahasa sama ada bunyi vokal, diftong ataupun bunyi konsonan
dalam Bahasa Melayu


32

BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. 1987. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Cetakan
ke-8. Petaling Jaya. Fajar Bakti Snd. Bhd.

Aishah Mahdi, Azizah Hussein. 2002. Linguistik: Penghantar Bahasa dan
komunikasi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar. 1986. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkifley Hamid. 2000. Bahasa: Konsep, Fungsi dan Penguasaannya oleh
Penutur. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkifley Hamid. 1994. Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

http://id.wikipedia.org/wiki/artikulasi

http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php

Anda mungkin juga menyukai