Anda di halaman 1dari 2

Sim Zong Xern

5K5
Tajuk 3 6 FEBUARI 2013
Rumah-rumah setinggan yang tidak teratur dan tidak terurus mucul sebagai
cendawan tumbuh selepas hujan di beberapa banyak Bandar raya di Negara ini.
Bincangkan kesan kemunculan kawasan rumah setinggan ini dan cadangan
langkah-langkah untuk mengatasinya.
Mendepani arus globalisasi, Malaysia yang kian berkembang telah menerima sambutan baik
daripada pendatang asing untuk tujuan bekerja dan belajar. Sehubungan dengan itu, jumlah
penduduk malaysia telah berlipat ganda berbanding dengan zaman dahulu. Kos hidup di bandar
yang mahal telah menyebabkan banyak orang tidak mampu membeli rumah yang disahkan lalu
membina rumah-rumah buatan kayu dan atap sebagai tempat penginapan mereka. Lama-kelamaan,
rumah setinggan ini telah berleluasa seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, pihak
berkuasa perlu mengambil tindakan segera supaya tidak mendatangkan kesan buruk kepada negara.
Persoalannya, apakah implikasi-implikasi yang akan dihadapi oleh masyarakat Malaysia jika situasi
ini dibiarkan begitu dan cara-cara untuk mengatasinya?
Pada pendapat saya, kesan yang paling nyata ialah mencemarkan landskap bandar tersebut.
Saya berpendapat demikian kerana rumah-rumah setinggan dibina secara tidak teratur dan tersusun
menyebabkan pemandangan tempat itu kurang selesa dipandang dan mengelirukan. Sebaliknya,
bandar yang tersusun akan menarik kedatangan para pelancong untuk menikmati keindahan bandar
tersebut. Namun, kewujudan kawasan rumah setinggan ini akan meninggalkan kesan buruk dalam
jiwa pelancong terhadap tempat tersebut. Contohnya, kawasan Kuala Lumpur yang penuh dengan
rumah setinggan telah mencemarkan imej Kuala Lumpur sebagai satu bandar yang terancang dan
maju. Tegasnya, rumah-rumah setinggan ini mampu memperburuk keindahan dan landskap sesebuah
tempat.
Selain itu, ketenteraman sesebuah tempat terganggu juga merupakan masalah yang paling
jelas dilihat apabila rumah setinggan muncul dengan pantas. Hal ini dikatakan demikian kerana
kawasan setinggan kurang diberi perhatian oleh pihak berkuasa dan pihak polis serta penduduk
kawasan itu bukan masyarakat tempatan. Sekiranya kawasan setinggan dapat dikawal dan
didaftarkan, maka rakyat Malaysia dapat hidup dalam suasana yang lebih tenang dan selamat.
Walaubagaimanapun, kecuaian dalam menangani kawasan setinggan ini mendatangkan kesan yang
membimbangkan kepada masyarakat. Misalya, penjenayahan kerap berlaku, bunyi yang bising dan
pencemaran air akibat tidak mempunyai sistem pengumbahan yang efisien. Memang tidak dinafikan
bahawa kewujudan rumah setinggan akan mendatangkan rasa kebingungan masyarakat tempatan
terhadap keamanan kawasan tersebut.
Kesan kewujudan rumah setinggan yang berikutnya ialah penjangkitan penyakit virus
berleluasa. Sebagaimana kita tahu, kawasan setinggan ini tidak mempunyai infrastruktur yang maju
dan memuaskan seperti sistem kumbahan dan hospital. Akibatnya, penduduk tersebut kurang
mementingkan kebersihan dan kesihatan mereka lalu membawa penyakit yang boleh berjangkit.
Sebaliknya, infrastruktur yang cukup dan lengkap mampu mengawal pembiakan kuman-kuman yang
membahayakan. Tamsilannya, penyakit seperti denggi dan chikungunya merebak kerana kelalaian
penduduk untuk menjaga kebersihan tempat tinggal mereka. Saya optimis, kebersihan dan kesihatan
yang tidak dipedulikan oleh penduduk setinggan akan membawa penyakit yang berjangkitan kepada
masyarakat tempatan.
Sim Zong Xern
5K5
Untuk menyelesaikan masalah ini, pihak berkuasa boleh menyediakan rumah kos rendah
kepada penduduk setinggan. Saya berpendapatan demikian kerana kebanyakan penduduk setinggan
yang merupakan golongan berpendapat rendah mampu membeli rumah yang murah dan berpatutan.
Kenaikan harga barangan menyebabkan keadaan mereka umpama sudah jatuh ditimpa tangga.
Mereka sanggup menlanggar undang undang dengan membina rumah setinggan untuk
mengurangkan kesusahan yang dihadapi mereka merupakan contoh yang paling ketara dinampak.
Natijahnya, rumah kos rendah sewajarnya dibina untuk mengurangkan penderitaan penduduk
setinggan.
Di samping itu, menaikkan taraf kawasan rumah setinggan juga merupakan langkah yang
baik untuk membantu penduduk setinggan mahupun masyarakat tempatan. Hal ini demikian kerana
penambahan infrastruktur dan pegawai keselamatan dapat mengurangkan masalah-masalah seperti
penyakit dan penjenayahan. Kekurangan kemudahan ini akan menyebabkan penduduk bertindak liar
supaya dapat memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, pihak berkuasa perlu melakukan yang terbaik
untuk memuaskan hati mereka. Contohnya, penyediaan bekalan air dan elektrik serta kemudahan
hospital dan balai polis perlu disediakan. Dengan berbuat demikian, beban penduduk setinggan
dapat diringankan dan ketenteraman bandar tersebut dikekalkan.
Kesimpulannya, segenap lapisan masyarakat termasuk pihak berkuasa tempatan perlu
memandang serious terhadap isu ini dan mengambil langkah yang sepatutnya untuk menyelesaikan
masalah ini. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Pihak berkuasa perlu bertindak
dahulu sebelum perkara yang buruk timbul. Malaysia yang memandang ke arah kemajuan haruslah
diuruskan dengan baik supaya masyarakat tempatan dapat meletakkan kepercayaan terhadap
kerajaan dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini. Usaha-usaha yang sistematik perlu
dilakukan supaya Malaysia dapat menuju ke arah kecermelangan.

Anda mungkin juga menyukai