Anda di halaman 1dari 27

1

1.0 PENGENALAN
Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.
Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan
pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang
berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar
dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran
membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan.
Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap
murid-murid dalam memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar
dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Yang demikian, kita akan
melihat keempat-empat jenis kemahiran berbahasa ini, perkaitan antara Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah.
Selain itu, kita juga akan melihat apakah yang disebutkan dengan kemahiran
bernilai tambah sebagai pengetahuan tambahan dalam menghasilkan kualiti
pengajaran yang tinggi dan berkesan. Bagi memastikan pengetahuan terhadap
kemahiran bernilai tambah ini benar-benar diperolehi dan dikuasai, pelaksanaan amali
pengajaran menggunakan kemahiran ini akan dilaksanakan. Akhirnya pula,
berdasarkan kepada pengetahuan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa yang kita
bincangkan sebelumnya, kita akan memilih salah satu daripada kemahiran tersebut
dalam mengajar murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran.




2

2.0 KEMAHIRAN BERBAHASA
Seperti yang kita ketahui bahawa, kemahiran berbahasa itu merupakan
kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam penguasaan bahasa yang mana
meliputi tiga kemahiran iaitu kemahiran lisan mendengar dan bertutur, membaca dan
menulis seperti yang dapat lihat dalam rajah 1 berikutnya.





Rajah 1 : Kemahiran-kemahiran berbahasa
















KEMAHIRAN
BERBAHASA
Kemahiran Membaca
Kemahiran Lisan ;
mendengar dan bertutur
Kemahiran Menulis
3

3.0 Berdasarkan huraian sukatan pelajaran berikut, cadangkan empat aktivtiti yng
sesuai untuk mengajar Kemahiran mendengar dan Bertutur bagi murid Tahun
4.











Definisi Konsep
Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau
beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea,
pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun
keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling
menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas atau respon tertentu. Ini
bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang
tidak kurang pentingnya.
Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti
pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan
proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk
mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan
seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan
memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga,
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan
intonasi yang baik dan jelas.
Aras 1
i Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan
dan intonasi yang betul.
Aras 2
i Mengenal pasti isi penting daripada cerita yang didengar atau
ditonton.
ii Menyampaikan cerita berdasarkan isi penting.
4

seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan
tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut.









Aktiviti 1 : Aras 1 (i) Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan
sebutan dan intonasi yang betul.
1. Guru menunjukkan video mercu tanda yang menjadi kebanggaan Malaysia.

2. Guru bertanya kepada murid mercu tanda yang pernah mereka lawati.
3. Murid bercerita tentang mercu tanda yang pernah mereka lihat dan lawati.
4. Murid membaca petikan yang diedarkan oleh guru dan mengenalpasti maklumat
yang dibaca.
5. Guru menyoal murid bagi menguji pemahaman murid mengenai bacaan mereka.
Gambar 1: Proses kemahiran lisan berlaku
5

Bagi aktiviti pertama ini, pelajar diminta untuk menceritakan cerita yang
didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. Aplikasi untuk aras
1 (i) Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi
yang betul dilakukan pada langkah yang ketiga yang mana murid menceritakan mercu
tanda yang pernah mereka lihat dan lawati. Aktiviti ini juga membolehkan atau
memerlukan pelajar mengaitkan dengan pengalaman sedia ada mereka.

Aktiviti 2 : Aras 2 (i) Mengenal pasti isi penting daripada cerita yang didengar
atau ditonton. (ii) Menyampaikan cerita berdasarkan isi penting.
1. Guru mempertontonkan kepada murid cerita pendek bertajuk, Berkawan Biar
Seribu.

2. Murid diingatkan untuk memahami jalan cerita dan mengenal pasti kata kerja
yang terdapat di dalam cerita tersebut.
3. Guru meminta murid untuk menceritakan semula cerita yang telah mereka tonton
sebentar tadi.
4. Murid menyampaikan cerita Berkawan Biar Seribu menggunakan kata-kata,
frasa,ayat, sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
5. Murid diminta menyenaraikan kata kerja yang mereka telah kenal pasti di dalam
cerita tersebut.
6. Murid menyenaraikan kata kerja yang telah dikenal pasti di dalam cerita.

6

Bagi aktiviti kedua ini pula, pelajar diminta untuk mengenal pasti isi penting
daripada cerita yang didengar atau ditonton dan menyampaikan cerita berdasarkan isi
penting. Aplikasi untuk aras 2 (i) Mengenal pasti isi penting daripada cerita yang
didengar atau ditonton dan (ii) Menyampaikan cerita berdasarkan isi penting dilakukan
pada langkah yang keempat dan keenam yang mana murid mengenal pasti kata kerja
dan menceritakan semula cerita berdasarkan isi penting menggunakan frasa, kata-kata
dan ayat dengan intonasi yang betul .

Aktiviti 3 : Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan
intonasi yang betul. Aras 2 (i) Mengenal pasti isi penting daripada cerita yang
didengar atau ditonton.
1. Guru mengedarkan petikan Jiran Saya kepada murid-murid.

2. Guru membacakan petikan kepada murid-murid dengan nyaring.
3. Murid-murid mengulangi petikan yang dibaca oleh guru dengan sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul.
4. Murid-murid diingatkan supaya membaca dan memahami petikan.
5. Murid diingatkan juga untuk mengenal pasti nilai yang terdapat di dalam
petikan tersebut.
6. Guru membantu murid mengenal pasti nilai yang terdapat dalam petikan
tersebut.
7

7. Murid menyenaraikan nilai yang telah mereka kenal pasti di dalam petikan.
Bagi aktiviti ketiga ini pula, pelajar diminta untuk menceritakan cerita yang
didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dan mengenal pasti isi
penting daripada cerita yang didengar atau ditonton. Aplikasi untuk aras 1 (i)
menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang
betul dan aras 2 (i) mengenal pasti isi penting daripada cerita yang didengar atau
ditonton dilakukan pada langkah yang ketiga dan kelima yang mana murid mengenal
pasti nilai dan menceritakan semula cerita menggunakan frasa, kata-kata dan ayat
dengan intonasi yang betul .

Aktiviti 4 : Aras 2 (i) Mengenal pasti isi penting daripada cerita yang didengar
atau ditonton.
1. Guru meminta murid duduk secara berkumpulan.
2. Murid akan diedarkan dengan video yang bertajuk Senaman Oh Senaman.

3. Murid diminta untuk menghayati video dan mengenal pasti isi-isi penting
iaitu jenis-jenis senaman di dalam video yang ditayangkan.
4. Ahli kumpulan akan membanding beza jawapan yang diperolehi seterusnya
membuat peta minda.
5. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil di hadapan kelas.
6. Guru akan menyemak jawapan murid.
8

Bagi aktiviti keempat ini pula, pelajar diminta untuk mengenal pasti isi penting
daripada cerita yang didengar atau ditonton. Aplikasi untuk aras 2 (i) mengenal pasti
isi penting daripada cerita yang didengar atau ditonton dilakukan pada langkah yang
ketiga yang mana murid mengenal pasti jenis-jenis senaman yang terdapat di dalam
video yang telah dipertontonkan kepada mereka. Aktiviti ini memerlukan murid untuk
mengimbas kembali pelajran yang lepas tentang senaman yang pernah dipelajari.

















9

4.0 Menghuraikan langkah-langkah pengajaran kemahiran membaca berdasarkan
kaedah dan pendekatan berikut;
I. Kaedah Pandang Sebut
II. Kaedah Abjad
III. Pendekatan Binaan
IV. Pendekatan Cerakinan

a. Kaedah Pandang Sebut
Kaedah Pandang Sebut dikenali juga sebagai Kaedah seluruh perkataan.
Dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata.
Aktiviti utama jika menggunakan kaedah ini ialah memandang dan menyebut. Perkara
yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar manakala
perkara yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.
Mengikut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang dengar,
konsep kefahaman dan pengetahaun yang diperolehi oleh manusia, 75% adalah
diperolehi melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria
sentuh, 3% daripada deria rasa, 3% daripada deria bau.
Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau
membaca ejaan satu persatu Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal
tulisan serta menggabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus
contohnya:
ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )
ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)
bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)



10

Langkah-Langkah Pengajaran Kaedah Pandang Sebut.
Fasa 1: Murid diperkenalkan dengan perkataan.
Bagaimana harus memulanya? Perkataan apakah yang harus guru gunakan?
Terdapat empat ( 5 ) alternatif untuk mendapatkan perkataan.
1. Guru menyuruh murid menamakan benda-benda yang terdapat dalam bilik
darjah, seperti meja kerusi papan tulis pintu.
2. Memulakan dengan gambar (Calhoun Picture-Word Inductive Model). Murid
melihat benda-benda dalam gambar, dan menyebutnya, misalnya kucing,
lembu,pokok,
3. Mula dengan membaca cerita kepada kanak-kanak, kemudian pilih perkataan
untuk diajar; (Big Book) Marie Clay, New Zealand method) .
4. Murid bercerita. Guru menulis cerita yang diceritakan secara lisan oleh
seseorang murid. Kemudian guru mengguna beberapa perkataan dalam cerita
itu untuk mengajar murid mengeja dan membacanya.
5. Mengguna tema: contohnya buah-buahan. Guru bincang dan mengajar murid
membaca dan mengeja perkataan seperti betik durian.
Bagi fasa pertama ini, alternatif yang akan digunakan ialah alternatif yang
pertama yang mana memulakan dengan gambar (Calhoun Picture-Word Inductive
Model). Murid melihat benda-benda dalam gambar, dan menyebutnya, misalnya meja,
kerusi,bakul. Contoh aktiviti dengan menggunakan kaedah pandang sebut adalah
seperti Tingkap Misteri. Murid akan membuka tingkap yang disediakan. Murid akan
melihat atau memandang dan mengenal pasti gambar. Kemudian murid akan menyebut
perkataan yang diberikan dengan kuat dan jelas, dan diikuti rakan sekelas.
11



Fasa 2: Perkataan dicerakinkan
Bagi langkah pengajaran Fasa 2: Perkataan Dicerakinkan, pelaksanaannya adalah
seperti berikut :-
Guru akan menulis perkataan yang dipilih di papan tulis, contohnya meja.
Murid akan membaca bersama guru.
Guru akan mencerakinkan perkataan meja menjadi suku kata me dan ja.
Murid akan membaca baca suku kata tersebut.
Selepas mencerakinkan kepada suku kata, guru akan mencerakinkan lagi untuk
mebentuk huruf yang terpisah-pisah: m e j a.
Selesai dengan proses mencerakinkan murid akan mengeja perkataan tersebut
dan menyalin semula perkataan dan huruf yang ditulis oleh guru.




Gambar 2 : Contoh tingkap yang digunakan untuk
aktiviti Tingkap Misteri.
12

Fasa 3: Proses yang sama diulang
Untuk Fasa 3, proses yang sama yang mana bermula daripada Fasa 1 hingga ke
Fasa 2 akan di ulang semula sehingga gambar yang terakhir. Contoh pelaksanaan
Fasa 3 adalah seperti berikut :-
1. Perkataan/gambar baru diperkenalkan kepada murid, contohnya bakul . Murid
ikut guru menyebut bakul.
2. Guru akan menulis perkataan yang dipilih di papan tulis,bakul. Murid akan
membaca bersama guru.
3. Guru akan mencerakinkan perkataan bakul menjadi suku kata ba dan kul.
Murid akan membaca baca suku kata tersebut.
4. Selepas mencerakinkan kepada suku kata, guru akan mencerakinkan lagi untuk
mebentuk huruf yang terpisah-pisah: b a k u l.
5. Selesai dengan proses mencerakinkan murid akan mengeja perkataan tersebut
dan menyalin semula perkataan dan huruf yang ditulis oleh guru.

Ringkasan langkah-langkah dalam Kaedah Seluruh Perkataan
Murid diajar menyebut seluruh perkataan selepas guru menyebutnya dan
menulisnya di papan tulis.
Perkataan seperti meja dan cawan kemudian dicerkaninkan menjadi suku kata,
seperti me ja dan ca wan. Murid membaca suku kata.
Kemudian perkataan meja dan cawan ini dicerkain lagi menjadi huruf. Seperti
m e j a c a w a n.
Murid mengeja dan menlis huruf dan perkataan.
Kaedah seluruh perkataan ini sesuai untuk bahasa yang sistem ejaannya logografik
seperti Bahasa Cina dan bahasa Mesir Tua.
13

b. Kaedah Abjad
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar
mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan murid mengenal nama-
nama huruf dari a z. Selepas itu murid diajar mengenali huruf-huruf vokal ( a, e, i, o, u
), huruf-huruf konsonan, dan diftong ( ai, au,oi ). Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan
pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata
dan seterusnya perkataan.
Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu - batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.
Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), murid diperkenalkan dengan nama huruf
besar terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji
Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar
didedahkan serentak. Kesimpulannya setelah murid menghafal semua nama huruf,
pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u.
Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan Bahasa
Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga
membolehkan murid mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya.
Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca.
Kelemahan kaedah ini pula, kaedah ini lebih menekankan kepada penghafazan
huruf. Hal ini boleh menghilangkan minat pelajar untuk membaca. Kaedah abjad juga
menegaskan hafazan yang kurang bermakna dan juga boleh mebosankan murid.
Menurut Professor Atan long, kaedah abjad akan melambatkan murid menguasai
kemahiran membaca.
14

Langkah-Langkah Pengajaran Kaedah Abjad.



Pelajaran dimulakan dengan menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf
vokal serta bunyi. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf
vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara
berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku kata itu. Daripada suku kata itu dibentuk
perkataan seperti baju, kayu, api, cili, padi, dan lain-lain. Latih tubi mengeja perkataan
diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu
suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Misalnya untuk perkataan buku,
mula-mula disebut nama huruf bi dan yu diikuti penyebutan bunyi suku kata bu;
kemudian disebut nama huruf ke dan yu dikuti penyebutan bunyi suku kata ku, dan
akhir disebut perkataan buku. Apabila murid menguasai suku kata, mereka dapat
membentuk perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan
baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak memahami makna perkataan itu.
Fasa 1: Murid
diperkenalkan nama
huruf kecil dan huruf
besar abjad a b c x y
z. Murid menulis huruf-
huruf.
Fasa 2: Murid diajar
membentuk dan
membaca nama suku
kata: ba bi bu be be
bo, ca ci cu ce ce co
Fasa 3: Murid diajar
membentuk dan
membaca nama
perkataan, seperti: buku,
buka, kuku, kapal, bukit,
jambu
Fasa 4: Kemudian murid
diajar membaca ayat.
Rajah 2 : Proses pengajaran kaedah abjad
15




Gambar 3 : Bahan bantu
belajar kaedah abjad.
16

c. Pendekatan Binaan
Pendekatan binaan juga dikenali sebagai pendekatan sintesis. Pengajaran
bacaan bagi pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang
terkecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan unsur yang lebih besar. Murid-murid
diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu kemudian diikuti dengan suku kata,
perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita. Contohnya untuk mengajar perkataan mata ,
murid-murid diperkenalkan dahulu dengan huruf-huruf b, u, t, dan a dan
daripadanya dibentuk suku kata ma dan ta, kemudian digabungkan menjadi mata.




Contoh lain dengan menggunakan pendekatan binaan adalah seperti berikut :-
Contoh ayat: Mira ada baju baru.


Murid
diperkenalkan
dengan huruf
:- (a, b ,d ,I ,j ,
,r , u , m , )
Murid
diperkenalkan
dengan suku
kata:- (ba , mi ,
ra , ju, ru, da)
Murid
diperkenalkan
dengan
perkataan:-
(baju,Mira, ada,
baru)
Murid
diperkenalkan
dengan rangkai
kata:- (baju
baru, Mira ada)
Murid
diperkenalkan
dengan ayat:-
( Mira ada
baju baru.)
Huruf-huruf Suku kata Perkataan

Rajah 3 : Langkah pengajaran menggunakan
pendekatan binaan secara umum
Rajah 4 : Langkah pengajaran pendekatan binaan.
17

d. Pendekatan Cerakinan
Pendekatan cerakinan dikenali juga sebagai pendekatan analisis. Pendekatan
pengajaran ini adalah mendahulukan unsur yang besar, kemudian unsur tersebut
dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentukkan struktur yang besar
tersebut. Tujuan penggunaan pendekatan cerakinan membolehkan murid dapat
mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik. berbeza
dengan pendekatan binaan, pengajaran bacaan pendekatan cerakinan dimulakan
dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid. Kemudian ayat itu dicerakinkan
kepada perkataan-perkataan, daripada perkataan dipecahkan kepada suku kata dan
seterusnya kepada huruf-huruf. Contohnya, ayat, Buku saya tebal. Ayat tersebut akan
dicerakinkan kepada perkataan-perkataan, buku saya mahal. Seterusnya
perkataan-perkataan tersebut dicerakinkan pula kepada suku kata, bu + ku, sa + ya,
dan ma + hal. Akhir sekali, suku kata tersebut pula dicerakinkan sehingga menjadi
huruf-huruf sahaja, b, u, k, u, s, a, y, a, m, a, h, a, l.





Murid
diperkenalkan
dengan ayat:-
(Buku saya
mahal.)
Ayat dicerakinkan
kepada perkataan:
(buku, saya,
mahal)
Perkataan
dicerakinkan kepada
suku kata :- (bu +
ku, sa + ya,ma
+ hal)
Suku kata
dicerakinkan kepada
huruf:- (b, u, k,
u, s, a, y,
a, m, a, h,
a, l)
Ayat Perkataan Suku kata Huruf
Rajah 5 : Langkah pengajaran menggunakan pendekatan cerakinan secara umum
Rajah 6: Langkah pengajaran pendekatan cerakinan.
18

5.0 Menghuraikan langkah-langkah dalam pengajaran mengarang(kemahiran
menulis)dengan mengaplikasikan sama ada Kaedah LEA (Pengalaman
bahasa) atau Kaedah Proses.

a) Kaedah LEA (Pengalaman Bahasa)
Pendekatan ini dihasilkan atas dasar bahawa membaca tidak boleh
dipisahkan daripada kemahiran berbahasa yang lain seperti mendengar, bertutur
dan menulis. Kekuatan utama dan faedah pendekatan ini ialah ia menggunakan
hanya konsep yang bermakna, disampaikan melalui struktur bahasa yang
dijangkakan yang ditulis mengikut tahap pencapaian setiap peserta. Dengan itu
pendekatan ini sesuai digunakan untuk mengajar bacaan dan kefahaman
kepada individu, kumpulan kecil dan seluruh kelas.

Pengalaman bahasa menggunakan pengalaman murid yang bermakna.
Dengan itu potensi murid untuk menelaah dan memahami konsep dapat
ditingkatkan. Seterusnya teks yang sesuai dari segi semantik dan sintaksis dapat
disediakan. Namun begitu penggunaan bahan bacaan dan kesusasteraan yang
dicetak secara komersial juga digalakkan.

Mengikut pendekatan ini, guru berperanan sebagai sumber. Guru
memberi bimbingan secara individu kepada murid di samping memenuhi
pelbagai keperluan pengajaran yang lain. Guru juga perlu prihatin dan
bertimbang rasa serta menjadi model pengguna bahasa yang berjaya.



19

b) Langkah-langkah pengajaran p endekatan LEA (Pengalaman Bahasa)


Guru
merangsang
perbincangan
berkaitan
tajuk yang
dipilih
Murid
digalakkan
menyumbang
idea
Perkataan
tertentu yang
akan
digunakan
dalam petikan
disebut dalam
perbincangan
Murid
membina ayat
berdasarkan
idea
Guru
membimbing
murid
memberikan
tajuk cerita.
Guru membaca
dengan
nyaring,
murid
mendengar
Murid menyalin
teks yang telah
ditulis oleh guru
Murid
menggariskan
perkataan yang
mereka tahu
Guru meminta
murid
menggunakan
perkataan yang
mereka tahu
dalam situasi.
Rajah 7 : Langkah pengajaran pendekatan LEA
20

Contoh langkah pengajaran mengarang karangan menggunakan pendekatan
Pengalaman bahasa adalah seperti berikut:
i. Guru merangsang perbincangan berkaitan tajuk yang dipilih
- Pelbagai cara boleh digunakan untuk merangsang pemikiran murid
tentang tajuk yang dipilih iaitu, Pengalaman Berpuasa Zaman Kanak-
Kanak. Antaranya menggunakan video cerita sebagai rangsangan.
- Murid ditayangkan satu sedutan video berkaitan berpuasa. (VIDEO
kartun upin ipin berpuasa)
- Guru mengajukan soalan seperti. Semua pernah berpuasa tidak?,
Bila kita akan berpuasa?, Bulan apa kita berpuasa?, Apa yang
awak rasa semasa berpuasa? dan lain-lain lagi.
ii. Murid digalakkan menyumbang idea
- Murid menerangkan sedikit sebanyak berkaitan apa yang telah mereka
tonton dan dengar.
- Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.
iii. Perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut
dalam perbincangan
- Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan dengan puasa.
- Guru menggariskan beberapa perkataan yang perlu digunakan seperti;
seronok, ganjaran, haus, dugaan, penat, kuih, dan lain-lain lagi.
iv. Murid membina ayat berdasarkan idea
- Murid membina ayat berdasarkan idea/perkataan yang telah
digariskan oleh guru.
- Contoh ayat; Semasa saya kecil saya pernah berpuasa dan
pengalaman itu sangat menyeronokkan.
v. Guru membimbing murid memberikan tajuk cerita.
- Murid dibimbing oleh guru dalam mencari tajuk yang sesuai dan isi-isi
karangan mereka berkaitan pengalaman berpuasa dan kebaikkan
berpuasa.
- Contoh tajuk yang boleh digunakan ialah, Puasa Satu Pengalaman
Yang Menyeronokkan, Kenangan Berpuasa dan lain-lain lagi.
21

vi. Guru membaca dengan nyaring, murid mendengar
- Setelah selesai dan mendapat bimbingan daripada guru dalam
menghasilkan karangan, guru membaca dengan nyaring karangan
tersebut. Manakala murid mendengar isi-isi dan jalan cerita tersebut.
vii. Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru
- Setelah selesai guru membacakan karangan tersebut, murid menyalin
teks yang telah ditulis oleh guru.
viii. Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu
- Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu seperti, seronok,
gembira, duit, dan lain-lain lagi.
ix. Guru meminta murid menggunakan perkataan yang mereka tahu
dalam situasi.
- Langkah terakhir, murid dikehendaki menggunakan perkataan yang
digaris tadi dalam situasi yang sebenar.
- Contohnya, Sebagai ganjaran berpuasa penuh, ibu saya
menghadiahkan saya duit sebanyak Rm 50 untuk disimpan di dalam
tabung.

Bagi meningkatkan keberkesanan pendekatan LEA guru bertindak memberikan
sebanyak mungkin pengalaman kepada murid untuk membantu mereka mengenali
bahan. Bahan yang dipilih harus sesuai dengan pengetahuan sedia ada murid.
Sediakan juga bahan sokongan seperti gambar,grafik,bahan maujud dan sebagainya
untuk membantu murid menguasai konsep.
Perbicangan mengenai bidang yang terdapat dalam soalan penulisan perlulah
dijalankan sebelum aktiviti bermula. Hal ini dapat membantu merangsang pemikiran
pelajar. Seperti contoh yang telah dikemukakan di atas, perbincangan dimulakan
dengan video. Selain itu, guru juga perlulah mempelbagaikan bentuk dan laras bacaan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



22

6.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, setelah mengupas dan membincangkan beberapa tajuk dalam
kemahiran berbahasa ini, kita telah dapat memahami dan menimba beberapa
pengetahuan yang baru dan cukup bermakna. Kita dapat melihat bagaimana
kepentingan setiap kemahiran berbahasa tersebut dalam memperkembangkan potensi
dan keupayaan setiap individu terutamanya dalam kanak-kanak yang merupakan
sebagai pelajar.
Kita juga dapat melihat dalam hal ini bagaimana penekanan sangat diberikan
seperti yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Hal ini menunjukkan bahawa
penguasaan dan pengetahuan dalam kemahiran-kemahiran berbahasa ini sangat
penting bagi mencapai pernyataan yang termaktub dalam kedua-dua dokumen tersebut
iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah.
Tidak cukup dengan hanya pengetahuan tersebut, kita juga telah melihat
bagaimana pelaksanaan amali dalam menggunakan dan mengaplikasikan kemahiran
berbahasa tersebut telah membantu meningkatkan dan mengukuhkan lagi
pengetahuan dalam hal tersebut. Sesungguhnya, pengetahuan dan penguasaan dalam
aspek kemahiran berbahasa ini amat berguna dan mempunyai nilai yang sangat tinggi
dalam meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran dalam diri kita sebagai bakal pendidik
kelak.







23

Nama : Norhazmalizah Binti Bohan
Kumpulan : PISMP PK(BM) Ambilan Januari 2010
Kod/Mata Pelajaran: BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA
MELAYU
Pensyarah : Cik Kirar Ak Sare
Perkara : Refleksi

Syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan
ruang dan peluang untuk menyiapkan kerja kursus ini. Walaupun semasa
melaksanakan tugasan ini, praktikum sedang dijalankan tetapi ianya bukanlah
penghalang mahupun alasan untuk saya tidak menyiapkan tugasan ini. Tajuk bagi
tugasan kerja kursus ini ialah Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu yang terdiri
daripada kemahiran lisan, membaca dan menulis. Sepanjang menjalankan kerja kursus
ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi dan ilmu baharu yang saya
perolehi.
Pertama sekali menerima tugasan ini persoalan utama yang bermain dan muncul
di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan kerja kursus ini memandangkan
pada masa yang sama terdapat beberapa kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan
dan pada masa yang sama juga saya sedang menjalani praktikum yang kedua.
Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk
melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak mengambil mudah
untuk memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh
yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan
melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya
memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar
memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah tajuk-tajuk yang sudah kami
pelajari dan ilmu yang saya gunakan semasa praktikum dapat saya aplikasikan dalam
penghasilan kerja kursus ini. Terutamanya bahagian yang melibatkan aktiviti.
24

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, pelbagai inisiatif telah saya ambil bagi
mengatasi masalah-masalah yang telah saya hadapi tersebut. Antaranya termasuklah
mencari bahan rujukan buku yang terdapat di perpustakaan dan internet bagi mencari
dan mengumpul maklumat berkaitan tajuk tugasan yang telah diberikan. Bagi
mempelbagaikan sumber dan bahan rujukan yang digunakan, saya juga telah
meminjam dan menggunakan bahan rujukan buku daripada rakan-rakan saya. Bagi
memastikan bahan rujukan yang saya gunakan adalah bersesuaian dan menepati
kehendak soalan, saya telah melakukan kolaborasi atau perbincangan dengan rakan-
rakan dalam penulisan tugasan ini terutamanya bagi soalan yang sedikit sukar untuk
difahami dan meminta pandangan daripada mereka berkaitan dengan hasil kerja saya.
Walaupun semasa tugasan ini dilakasanakan rakan-rakan yang lain berada di kawasan
yang jauh, kami telah menggunakan medium jalur lebar sebagai penghubung untuk
berkolaborasi.
Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini sepenuhnya, saya telah mempelajari
dan mengetahui beberapa pengetahuan yang baharu berkaitan tajuk tugasan.
Walaupun tajuk tugasan sudah pun diajar dalam sesi kuliah bersama pensyarah,
namun pelaksanaan tugasan ini telah membantu meningkatkan dan menambahkan lagi
pengetahuan yang sedia ada yang telah saya perolehi tersebut. Dalam erti kata lain,
pelaksanaan tugasan ini dapatlah dikatakan sebagai sesi ulangkaji secara tidak
langsung kerana, dalam penulisan tugasan sebenarnya saya melakukan bacaan
terhadap rujukan yang saya gunakan. Melalui bacaan inilah saya dapat menambahkan
lagi pengetahuan saya berkaitan tajuk soalan yang dibincangkan.
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang
pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa dalam
melaksanakan penulisan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat
soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan
melaksanakan penulisan tugasan seberapa awal yang boleh. Hal ini kerana, jika saya
dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya dapat mengelakkan untuk
melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya
hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah
25

ditetapkan dan kerja tidak akan bertambah banyak. Pada masa yang sama juga, saya
akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan
budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan
tugasan ini.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang
diperlukan serta menepati standard dan piawai yang telah ditentukan. Tidak lupa juga
ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dan pensyarah kerana sudi
menyumbangkan tenaga, idea dan pandangan dalam penghasilan kerja kursus ini.





















26

RUJUKAN
1. Buku
Abdul Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Kamarudin Hj. Husin, 1995. Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya : Siri Pendidikan
Longman.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mok Soon Sang, 2004. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor Darul
Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam, (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Tuan Jah Tuan Yusof, 2011. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
2. Internet
________(2010). Kaedah Seluruh Perkataan.
http://www.scribd.com/doc/35515338/46/Kaedah-seluruh-seluruh-perkataan-
pandang-dan-sebut. Diakses pada 22 Julai 2012.
Mohd Ruslee. 2010. Modul BMM 3104 Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca
Menulis.(atas talian). http://www.scribd.com/doc/28428335/MODUL-BMM-3104-
KEMAHIRAN-MENDENGAR-BERTUTUR-MEMBACA-MENULIS (20 Ogos
2012)
27

Mohamed Naim Daipi (2010). Bengkel Pra Bacaan.
http://saujana.sg/portals/0/kegiatan%20pendidikan/woksyop%20membaca%20as
as%20190110@gps.pdf . Diakses pada 22 Julai 2012.

3. Jurnal
Marohaini Yusoff dan Zulkifli A. Manaf (1997). Pengajaran Kemahiran Menulis
Karangan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah: Satu Penilaian Kualitatif.
Pertanika Jurnal Sosial Sains. & Kemanusiaan, 5(2): 65-71 (1997). 26 Ogos
2012.
Jeyagobi a/l Dhamodarem (2010). Persepsi Dan Sikap Guru Bahasa Melayu
Terhadap Kemahiran Menulis Di Sekolah Rendah Kawasan Pensiangan-
Salinatan Daerah Nabawan, Sabah: Satu Analisis, 107-120.
http://www.ipislam.edu.my/uploaded/Persepsi%20Dan%20Sikap%20Guru
%20Bahasa%20Melayu%20Terhadap%20Kemahiran%20....pdf. Diakses pada
26 Ogos 2012.

Zamri Mahamod Mohamed Amin Embi ( 2005). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu
Mengikut Jantina di Luar Kelas. Jurnal Pendidikan 30 (2005) 51 73. Diakses 26
Ogos 2012

Anda mungkin juga menyukai