Anda di halaman 1dari 11

ZAMAN AIR BATU

Zaman air batu adalah tempoh di mana suhu iklim bumi turun menyebabkan
peningkatan jumlah pembentukan air batu di kutub dan glasier gunung.
Zaman air batu adalah tempoh suhu menurun dalam jangka masa yang lama dalam
iklim bumi yang seterusnya menyebabkan peningkatan dalam keluasan air batu di
kawasan kutub dan glasier gunung. Secara geologi, zaman air batu sering
digunakan untuk merujuk kepada tempoh lapisan air batu di utara dan selatan
hemisfera dengan takrifan ini kita masih dalam zaman air batu. Secara ringkasnya,
dan untuk tempoh 4 juta tahun kebelakangan ini, takrifan "zaman air batu"
digunakan untuk merujuk kepada tempoh yang lebih sejuk dengan litupan air batu
yang luas di seluruh benua Amerika Utara dan Eropah. Dari sudut ini, zaman air
batu terakhir berlaku kira-kira 10,000 tahun lalu. Zaman ini juga dikatakan sebagai
suatu tempoh glasier untuk tempoh sejuk ketika zaman air batu dan antara glasier
(interglacial) untuk suatu tempoh yang panas.
PEMBENTUKAN BENUA

Benua adalah hamparan daratan yang luas, pada bagian tengahnya sangat kering
karena tidak mendapatkan pengaruh air laut.
Bagian yang lain dari permukaan bumi selain daratan iaitu perairan yang terdiri atas
beberapa bagian, seperti: sungai, danau, rawa, laut, dan samudra. Khusus perairan
air asin, jenisnya terdiri atas: selat, teluk, laut, dan samudera.
Pengertian samudera atau lautan yang lengkap iaitu hamparan air asin yang sangat
luar mengelilingi daratan luas atau benua. Ukuran luar laut dan samudera, kalau
samudera karena luasnya yang dikelilingi biasanya benua, sedangkan laut hanya
mengelilingi daratan yang sempit atau pulau karena luasnya relatif sempit.
Bentuk benua samudera sejak awal terbentuknya sampai bentuk yang sekarang ini
melalui proses pembentukan yang panjang. Benua dan samudera di muka bumi ini
selalu berubah kedudukannya menuju bentuk sempurna seperti sekarang.
Benua dan samudra terbentuk melalui proses yang sangat panjang. Dahulu bentuk
benua dan samudra tidak seperti sekarang ini. Setelah melalui proses yang panjang
maka terbentuklah benua seperti pada saat ini. Bagaimanakah benua dan samudra
terbentuk? Ada seorang ilmuwan asal Jerman yang bernama Alfred Wagener yang
mengemukakan teori tentang pembentukan benua. Menurut Alfred Wagener,
sebelum zaman Carbon (+ - 300 juta tahun yang lalu), semua benua yang ada
sekarang ini tergabung menjadi satu yang disebut Benua Pangea. Benua Pangea
kemudian terpecah menjadi dua benua, yaitu Benua Laurasia (di bagian utara) dan
Benua Gondwana (di bagian selatan). Proses pecahnya benua Pangea ini terjadi
sekitar 135 juta tahun lalu. Selanjutnya Benua Laurasia bagian barat bergerak ke
utara menjauhi benua Gondwana yang akhirnya membentuk benua Benua Amerika
Utara. Sedangkan Benua Gondwana di selatan terpecah menjadi beberapa benua,
yaitu sebagai berikut.
1) Bagian barat bergeser terus ke arah barat menjadi Benua Amerika Selatan.
2) Bagian timur bergerak ke timur menjadi Benua Afrika.
3) Bagian yang lebih kecil di bagian timur terus bergerak ke arah timur laut dan
menjadi India.
4) Satu bagian lagi terpecah menjadi dua, yaitu bagian timur terus begerak ke
arah timur laut, dan pecahan bagian barat terus bergerak ke arah selatan.
Perkembangan selanjutnya, Amerika Utara bergabung menjadi satu dengan
Amerika Selatan, Eurasia menjadi Benua Eropa dan Benua Asia. Bagian paling
selatan yang bergerak ke selatan menjadi benua Antartika dan bagian dari bagian
selatan yang bergerak ke timur laut menjadi Benua Australia. Teori Wagener disebut
juga Teori Pergeseran Benua. Teori ini didasarkan pada fakta-fakta sebagai berikut.
a. Lekukan atau bentuk pantai di Afrika Timur, Amerika Utara, dan Amerika Selatan
dengan pantai barat Eropa dan Afrika hampir sama.
b. Daratan Tanah Hijau (Greenland) menjauh dari Eropa sejauh +- 36 centimeter
setiap tahun.
c. Tanah di Amerika Selatan, Afrika, India, Australia dan Antartika menunjukkan
persamaan sifat.
d. Pulau Madagaskar dalam gerakannya ke arah barat terhambat oleh Afrika.

ZAMAN PRASEJARAH
Zaman Paleolitik[sunting]


Peta penghijrahan manusia, menurut genetik populasi mitokondria. Nombor adalah alaf sebelum kini (ketepatan
dipersoalkan).
"Paleolitik" bererti "Zaman Batu Silam." Ini merupakan Zaman Batu terawal. Zaman Paleolitik
Awal (Lower Paleolithic) sebelum Homo sapiens, bermula dengan Homo habilis dan pengunaan
terawal perkakas batu sejak 2.5 juta tahun dahulu Homo sapiens berasal sekitar 200,000 tahun
dahulu, membawa masuk Zaman Paleolitik Pertengahan.
Pada satu ketika pada Pertengahan Paleolitik, manusia turut membangunkan bahasa, muzik, seni
awal, dan jugapengkebumian mayat secara sistematik.
Manusia berkembang dari Afrika Timur ke Timur Dekat sekitar 80 alaf dahulu, dan selanjutnya ke
Asia Selatan danAustralasia sekitar 60 alaf dahulu, barat laut ke Eropah dan ke timur ke Asia
Tengah sekitar 40 alaf dahulu, dan jauh ke timur hingga ke Amerika sejak sekitar 30 alaf
dahulu. Zaman Paleolitik Akhir (Upper Paleolithic) dianggap bermula sejak 40 alaf dahulu, dengan
kewujudan budaya "tinggi". Perkembangan ke Amerika Utara dan Oceania berlaku pada
kemuncak Zaman Air Batu terkini, ketika kawasan sederhana amat tidak seduai untuk diduduki.
Menjelang akhir Zaman Air Batu sekitar 12,000 tahun dahulu, manusia telah menduduki hampir
kesemua bahagian bebas ais di seluruh dunia.
Sepanjang zaman Paleolitik, manusia biasanya hidup sebagai pemburu-pengumpul nomad.
Masyarakat pemburu-pengumpul cenderung terdiri dari kumpulan agak kecil dan sama taraf
(egalitarian), sungguhpun masyarakat pemburu-pengumpul dengan sumber makanan yang kaya atau
mempunyai teknik penyimpanan makanan yang maju kadang kala membangunkan cara hidup tenang
(sedentary), struktur masyarakat rumit seperti mempunyai ketua, dan pengelasan masyarakat; dan
membolehkan hubungan jarak jauh, seperti bagi kes highway orang asli Australia.

Tempoh Mesolitik[sunting]


Perahu jalur (dugout canoe)
"Mesolitik," atau "Zaman batu Pertengahan" (dari Yunani "mesos," "pertengahan," dan "lithos," "batu")
merupakan zaman dalam perkembangan teknologi manusia antara tempoh Zaman
Paleolitik dan Neolitik Zaman Batu.
Tempoh Mesolitik bermula pada penghujung tempoh Zaman Pleistosen, sekitar 10,000 tahun dahulu,
dan berakhir dengan pengenalan kepada pertanian, yang tarikhnya berbeza menurut kawasan
geografi. Di sesetengah kawasan, seperti Timur Dekat, pertanian telahpun dilaksanakan menjelang
hujung Zaman Pleistosen, dan di situ Mesolitik adalah pendek dan tidak jelas. Di kawasan yang
mempunyai kesan glasial terhad, istilah Epipaleolitik kadang-kala digunakan.
Kawasan yang mengalami kesan persekitaran lebih besar seperti zaman air batu terakhir mempunyai
lebih banyak bukti era Mesolitik, beralaf lamanya. Di Eropah Utara, masyarakat mampu hidup mudah
dengan bekalan makanan yang banyak dari tanah paya terbentuk akibat cuaca lebih panas. Keadaan
sedemikian menghasilkan tabiat manusia yang dikekalkan dalam rekod bahan, seperti oleh
kebudayaan Maglemosian dan Azilian. Keadaan sedemikian turut melewatkan kedatangan Neolitik
sehingga 4000 SM (6,000 tahun dahulu) di Eropah Utara.
Peninggalan dari tempoh ini adalah sedikit dan jarang dijumpai, seringkali terhad pada buangan. Di
kawasan berhutan, tanda pertama nyahhutan telah dijumpai, sungguhpun ini hanya bermula dengan
meluas semasa Neolitik, apabila lebih banyak kawasan diperlukan bagi pertanian.
Di kebanyakan kawasan, Mesolitik mempunyai ciri-ciri perkakasan batu komposit kecil
mikrolit dan mikroburin. Alat pancing, kapak batu dan objek kayu, contoh. Kanu dan busur panah
turut dijumpai disesetengah kawasan. Teknologi ini mula muncul di Afrika, dikaitkan dengan
budaya Azilian, sebelum merebak ke Eropah menerusi budaya Ibero-
Maurusian di Sepanyol dan Portugis, dan budaya Kebaran di Palestin. Kemungkinan ciptaan ini
berlaku secara serentak tidak boleh diabaikan.
Semasa Mesolitik sama seperti tempoh Paleolitik sebelumnya, manusia tinggal dalam suku kecil dan
puak (kebanyakan sama taraf).

Tempoh Neolitik[sunting]
"Neolitik" bererti "Zaman Batu Baru". Ini merupakan tempoh pembangunan teknologi dan masyarakat
primitif, pada akhir "Zaman Batu." Bermula pada alaf 10 SM / (12,000 tahun dahulu), tempoh Neolitik
melalui pembangunan awal perkampungan, pertanian, penternakan haiwan dan perkakasan.
Kebangkitan pertanian[sunting]


Bajak ditarik kerbau, Mesir Purba, sekitar 1200 SM.
Perubahan utama, digambarkan oleh pakar pra sejarah Vere Gordon Childe sebagai "Revolusi
Pertanian," berlaku sekitar 10 alaf Sebelum Masihi dengan amalan pertanian. Orang-orang Sumer
pertama mula menanam sekitar 9500 SM. Menjelang 7000 SM, pertanian telah tersebar ke India;
menjelang 6000 SM, ke Mesir; menjelang 5000 SM, ke China. Sekitar 2700 SM, pertanian telah tiba
ke Mesoamerika.
Sungguhpun perhatian cenderung tertumpu pada Hilal Subur Timur Tengah, kajian arkeologi
di Amerika, Timur Asia dan Asia Tenggaramenunjukkan bahawa sistem pertanian, menggunakan
tanaman dan haiwan berlainan, mungkin dalam sesetengah kes berkembang di sana hampir sama
awalnya. Perkembangan pengairan teratur, dan penggunaan tenaga kerja khas, oleh Sumeria,
bermula sekitar 5500 SM. Batu digantikan dengan gangsa dan perkakasan besi bagi pertanian dan
perperangan. Penempatan pertanian sehingga itu hampir sepenuhnya bergantung kepada
perkakasan batu. Di Eurasia, perkakasan tembaga dan gangsa, hiasan dan senjata telah menjadi
biasa sekitar 3000 SM. Selepas gangsa, kawasan Mediterranean Timur, Timur
Tengah dan China mula menggunakan perkakasan dan senjata besi.


Tahap teknologi dan masyarakat dunia, sekitar 1000 SM.
Kemungkinannya penduduk Amerika tidak memmiliki peralatan logam sehingga zamanbudaya
Chavn (900 SM)). Budaya Moche bagaimanapun memiliki perisai, pisau dan pinggang mangkuk
logam. Malah puak Inca yang kekurangan logam telahpun memiliki bajak bermata logam, sekurang-
kurangnya selepas penaklukan Chimor. Bagaimanapun, kurang penyelidikan arkeologi dijalankan
di Peru, dan hampir kesemua khipus (peranti rakaman, dalam bentuk simpulan, yang digunakan oleh
Inca) telah dibakar semasa penaklukan Sepanyol ke atas Peru. Sehingga akhir 2004,
keseluruhan bandar masih dibongkar. Sesetengah cari gali menunjukkan bahawa besi mungkin telah
dihasilkan di situ sebelum ia dimajukan di Eropah.
Tempat kelahiran tamadun awal adalah lembah sungai, seperti lembah Sungai
Furat dan Tigris di Mesopotamia, lembah Nil di Mesir, lembah Indus di subbenua India, dan
lembah Yangtze dan Sungai Kuning di China. Sesetengah kaum nomad, seperti penduduk asli
Australia dan Bushmen di Afrika Selatan tidak bercucuk-tanam sehingga baru-baru ini.
Sebelum 1800, kebanyakan penduduk tidak tergolong dalam negara. Para saintis bertelingkah sama
ada istilah "puak" patut diguna pakai bagi kumpulan masyarakat yang hidup masa itu. Kebanyakan
masyarakat puak, di Eropah dan tempat lain, membentuk negara apabila mereka diancam, ataupun
diceroboh oleh negara sedia ada. Contohnya adalah Marcomanni, Poland danLithuania. Sesetengah
"puak", seperti Kassite dan Manchu, menakluk negara dan dijajah olehnya.
Pertanian membolehkan pembentukan masyarakat rumit tamadun. Negara dan pasaran muncul.
Teknologi meningkatkan kemampuan manusia bagi mengawal alam sekitar dan membangunkan
sistem pengangkutan dan perhubungan.

Bandar dan perdagangan[sunting]
Rencana utama: Bandar dan perdagangan
Pertanian turut mencipta, dan membenarkan penyimpanan, lebihan makanan yang mampu
menyokong orang yang tidak terbabit secara langsung dalam penghasilan makanan.
Pembangunan pertanian membenarkan penubuhan bandar pertama. Ini adalah pusat
perdagangan, pengilangan, dan kuasa politik dengan hampir tiada keluaran pertanian mereka
sendiri. Bandar menubuhkan hubungan simbiosis dengan kawasan desa sekeliling, menyerap
keluaran pertanian dan sebaliknya memberikan barangan dan pelbagai tahap perlindungan
tentera.
Pembangunan bandar menghasilkan secara etimologi dan juga kebangkitan tamadun itu sendiri:
pertama tamadun Sumeria, di bahagian bawahMesopotamia (3500 SM), diikuti oleh tamadun
Mesir sepanjang sungai Nil (3300 SM) dan tamadun Harappan di Lembah Indus (3300 SM).
Bandar besar didirikan, dengan kerumitan ekonomi dan masyarakat tahap tinggi. Setiap tamadun
ini begitu berbeza sesama sendiri sehinggakan ia hampir pasti berasal secara berasingan. Ia
dalam tompoh ini, dan disebabkan keperluan menguruskan bandar, hinggakan tulisan dan
perdagangan meluas diperkenalkan.
Penulisan terawal yang diketahui adalah skrip kuneiform, dicipta oleh orang-orang Sumeria sejak
sekitar 3000 SM. Tulisan Kuneiform bermula sebagai sistem piktograf. Melalui masa, lambang
gambar dipermudahkan dan menjadi lebih abstrak. Kuneiform ditulis pada kepingan tanah liat,
dari mana simbol dilukis dengan mensiang tumpul sebagai stilus. Abjad pertama digunakan
padaZaman Gangsa Pertengahan (2000-1500 SM). Darinya terbentuk abjad Phoenicia, yang
digunakan bagi menulis Phoenicia. Abjad Phoenicia merupakan leluhur kebanyakan sistem
tulisan yang digunakan hari ini.
Di China, masyarakat proto-bandar mungkin telah terbentuk dari 2500 SM, tetapi dinasti pertama
yang dikenal pasti oleh pakar arkeologi adalah Dinasti Shang.
Pada alaf ke-2 SM melihat kewujudan tamadun di Caanan, Crete, tanah besar Yunani,
dan Turki tengah.
Agama dan falsafah[sunting]
Rencana utama: Sejarah falsafah, Perkembangan agama, dan Sejarah agama


Kuil Angkor Wat, Kemboja, awal abad ke-12.
Falsafah dan agama baru muncul di timur dan barat, terutamanya sekitar abad ke-6 SM.
Menjelang masa, pelbagai variasi agama berkembang di sekeliling dunia, dengan antara yang
paling awal adalah Hindu, Buddhisme dan Jainisme di India, dan Majusi di Parsi. Agama
Ibraham menjejak asal mereka kepadaagama Yahudi, sekitar 1800 SM.
Di timur, tiga aliran pemikiran menguasai pemikiran China sehingga zaman moden masa kini. Ia
termasuk Taoisme, Legalisme dan Konfusianisme. Tradisi Konfusianisme, yang paling berkuasa,
melihat kearah moral politik dan bukannya menggunakan kuasa undang-undang tetapi ke arah
kuasa dan contoh tradisi. Konfusianisme akan kemudian tersebar ke Semenanjung
Korea dan Goguryeo
[5]
dan kepada Jepun.
Di barat, falsafah Yunani, diwakili oleh Socrates, Plato dan Aristotle, tersebar ke
seluruh Eropah dan Timur Tengah pada abad ke-4 SM melalui penaklukan oleh Alexander III dari
Macedon, atau lebih dikenali sebagai Alexander Agung.

KERAJAAN MELAYU AWAL
1. Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)
Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada
disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung
yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia serta Raja Gangga Shah
Johan sebagai salah seorang rajanya. Para penyelidik mempercayai bahawa
kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra
Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut
sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang juga
dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak
Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai
keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.

Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai
sudut termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Muzium Beruas
ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut arkeologi.
Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Artifak arca-arca
Buddha abad ke-5 dan ke-6 Masihi yang dijumpai di Beruas menunjukkan
kewujudan kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara ini berpusat di
Beruas.
Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat
lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja.
Menurut kajian lain menyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat
pada abad ke-2 Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah
Dinding (Manjong) di kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah timur Bukit
Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat
Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.
Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang Sungai
Perak, kerajaan ini dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta,
Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput.
Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas
tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua
yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng
ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah
mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan
Beruas khususnya.
2. Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China),
Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore). Mengikut catatan pelawat-
pelawat China yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Asia
Tenggara pada abad ke-2 Masihi, Lang-ya-shiu atau Langkasuka (Paul Wheatley
1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu. Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli
sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur
Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora (Songkhla) dan Kelantan itu adalah
lokasi asal negeri Patani. Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam
yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan ini bersama-sama dengan
Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di
Tanah Melayu. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2
Masihi. Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah,
dan kemudian berpindah ke Pattani. Persoalan bagaimana Langkasuka bertukar
menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana
tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya.
Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka.
Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti
Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada
kurun pertama Masihi.
Nama Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-tulisan Melayu dan Jawa,
sementara tulisan-tulisan dari China pernah menyebut sebuah negeri iaitu Lang-ya-
hsiu atau Lang-chia-shu. Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan
dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun
523, 531 dan 568 Masihi. Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri
naungan kepada Kerajaan Srivijaya dan pada kurun ke-15 ia digantikan dengan
Kerajaan Pattani.
Patani dan Langkasuka
Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah
negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu seperti Melaka, Johor dan
Selangor. Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh
Hindu-India bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli
antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul bahawa
Langkasuka itu terletak di Patani. Pendapat beliau ini didukung oleh sejarawan lain
seperti Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.

Lebih jauh bahkan Sir John Braddle menegaskan bahawa kawasan timur
Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, dari Senggora, Patani,
Kelantan sampai ke Terengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri
Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979).
Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebut
bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di negeri
Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebahagian yang lain terletak
di sebelah timur Kedah, iaitu di pantai Laut China Selatan. Dalam hal ini, Prof. Paul
Wheatly tanpa ragu mengatakan bahawa Langkasuka terletak di Patani sekarang.
Pendapat beliau dikuatkan dengan penemuan kepingan batu-batuan purba
peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota
pada masa itu). Paul Wheatly turut menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka
menguasai jalan perdagangan timur-barat melalui Segenting Kra dan kekuasaannya
meliputi kawasan Semenanjung sehingga ke Teluk Benggala. Kerajaan Melayu
Langkasuka wujud sehingga menjelang abad ke-13 dan diganti oleh Kerajaan
Melayu Patani. Dakwaan menurut Kakawin Nagarakretagama, Jerang atau Djere
merupakan ibukota Langkasuka.
Sedangkan asal usul orang Patani menurut para antropologi berasal dari suku Jawa-
Melayu. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu.
Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang melakukan persemendaan
sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.
Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum
Masihi. Seorang pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya ke
Langkasuka pada tahun 200 Masihi, beliau mendapati negeri itu telah lama
dibuka.[perlu rujukan]
Patani adalah sebuah kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan
sebuah pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masihi kerana Teluk Langkasuka
(Teluk Patani sekarang) sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang
berlabuh dan berlindung daripada ribut tengkujuh. Namun begitu, persoalan
bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh
para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas
mengenainya.