Anda di halaman 1dari 4

1 Praktikum Fasa 3

PERNYATAAN
PROFESIONAL







2 Praktikum Fasa 3
SEBELUM
Pada 21 Januari 2013 akan berlangsung praktikum fasa 3 selama tiga bulan.
Sebelum menjalani praktikum ini, saya telah ditaklimatkan oleh unit praktikum
mengenai prosedur pelaksanaan praktikum. Taklimat yang diberikan tidaklah jauh
berbeza seperti sebelum ini dan ia diberikan bertujuan untuk mengingatkan kembali
para pelajar agar tidak berlaku sebarang masalah.
Sebagai persediaan untuk menjalani praktikum pada kali ini, saya telah
mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Saya telah bertemu dengan
pensyarah pembimbing iaitu Puan Kamalian bagi Bahasa Melayu dan Cik Zaleha
bagi minor Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ia bertujuan untuk mendapatkan
maklumat awal daripada mereka mengenai praktikum fasa ketiga ini.

HARAPAN SEPANJANG PRAKTIKUM
Harapan terhadap guru dan kakitangan sekolah
Dapat berkolaborasi dan menjalinkan hubungan yang mesra dengan para
guru dan kakitangan sekolah tanpa ada sebarang masalah.
Dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Diberikan peluang untuk mengendalikan apa juga aktiviti yang belum pernah
berpengalaman.
Dapat menyumbang idea dan bakti kepada perkembangan akademik
mahupun kokurikulum di sekolah.
Harapan terhadap pengajaran dan pembalajaran & murid-murid
Menerima kerjasama yang baik daripada murid-murid bagi melancarkan
proses P&P.
Dapat mempelbagaikan teknik pengajaran yang bermutu bagi menggalakkan
penglibatan murid-murid.
Dapat menggunakan teknik bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid
dalam bilik darjah.
Dapat memperbaiki masalah murid-murid dalam sesuatu kemahiran.

3 Praktikum Fasa 3
Harapan terhadap pensyarah dan guru pembimbing
Dapat berkolaborasi dengan baik dengan pensyarah pembimbing dan guru
pembimbing.
Menerima input untuk memperbaiki kelemahan dan membuat
penambahbaikan dalam proses P&P.
Membantu guru pembimbing dalam apa juga tugasan yang diperlukan.
Sememangnya tempoh tiga bulan ini merupakan tempoh yang panjang dan agak
mencabar, namun saya akan cuba menggunakan pengalaman praktikum fasa satu
dan dua untuk menghadapai praktikum pada kali ini. Saya berharap agar saya dapat
menggarap seberapa banyak ilmu di sekolah ini.


















4 Praktikum Fasa 3
SEMASA