Anda di halaman 1dari 44

KONSEP BUDAYA DAN SENI

DALAM ISLAM
Erti Budaya
Budaya:
ialah satu peradaban bagi sesuatu masyarakat
Kebudayaan pula ialah cara hidup yang
merangkumi kelaziman bertindak,
berkelakuan dan berfikir.
Seni ialah sesuatu yang halus dan elok. Ini
termasuklah seni tampak, seni lukis, seni
tulis, seni suara dan sebagainya.
Adakah bertentangan dengan Islam?
Seni pada asasnya tidak bertentangan dengan
Islam dan yang menjadi isu utama ialah cara
pelaksanaannya, seperti bagaimana seni itu
dikendali dan dilaksanakan. Seni suara misalnya,
kita perlu melihat di mana dia menyanyi,
bagaimana pakaiannya, menutup aurat atau tidak,
adakah senikatanya lucah, siapa pula
pendengarnya dan lain-lain. Jika cara
pelaksanaannya tidak bertentangan dengan prinsip
Islam maka ia tidak dilarang.
Seni Budaya Islam
Seni dan budaya dalam Islam mestilah
berpaksikan Tauhid dan tidak melakukan yang
ditegah. Seni bertujuan membentuk seorang
menjadi baik, beradab dan halus perasaan. Seni
mestilah menjurus ke arah pengabdian kepada
Allah s.w.t. Jika seni itu membawa seseorang itu
lalai dan melupai Allah, maka seni itu telah lari
daripada prinsip Islam. Jika kita peminat kepada
sesuatu bentuk seni, maka hendaklah kita tahu
menilainya.
Seni Budaya Islam
Oleh itu, setiap pencinta seni haruslah memahami maksud
seni dalam Islam. Motif seni dalam Islam mestilah
menjurus kepada yang maruf dan mengutamakan akhlak.
Dia harus mengetahui apa yang sesuai dengan Islam dan
yang mana bertentangan mesti ditinggalkan. Melukis
gambar keindahan alam, bangunan dan sebagainya tidak
bertentangan dengan Islam, kerana ia menjurus kepada
kehalusan hati dan kesenian jiwa serta berpaksikan tauhid,
yakni mengagungkan Allah yang mencipta segala-galanya.
Sebaliknya, jika dia melukis gambar orang yang tidak
menutup aurat, maka ini bertentangan dengan roh Islam
dan dilarang.
Demikian juga dengan kebudayaan, ia juga harus
berpaksikan Tauhid dan melakukan yang maruf.
Setiap yang berlaku dalam masyarakat yang
dianggap menjadi budaya masyarakat, ia harus
dinilai dengan sistem nilai Islam. Budaya Islam
ialah suatu yang baik yang membentuk manusia
dan masyarakat menjadi masyarakat yang
berakhlak, bertamadun dan berperadaban. Budaya
membentuk akhlak anggota masyarakat, sama ada
pemimpin mahupun yang dipimpin.
Seni Budaya Islam
Contohnya, budaya dalam majlis perkahwinan. Telah
menjadi budaya kita menyambut tetamu yang datang ke
majlis itu dengan cara berjabat tangan dan
mempersilakannya ke tempat jamuan atau hidangan. Ini
adalah baik dan secucuk dengan prinsip Islam. Tetapi
berjabat tangan mestilah lelaki sesama lelaki dan
perempuan sesama perempuan. Jika lelaki berjabat tangan
dengan perempuan yang bukan mahram, maka budaya itu
bertentangan dengan Islam walaupun hasratnya baik, iaitu
menyambut tetamu. Budaya yang bertentangan itu
sahajalah yang mesti ditinggalkan.
Contoh: Fikirkan
Jika seorang lelaki yang bukan mahram
(sekiranya anda muslimah) atau seorang
perempuan yang bukan mahram (sekiranya
anda muslimin) menghulurkan tangan untuk
berjabat tangan dengan anda, apa yang
harus anda lakukan?
PRI NSI P SENI I SLAM
Untuk menjadikan setiap seni
itu Islamik, maka kita
haruslah memenuhi prinsip-
prinsip ini. Antaranya ialah:
PRI NSI P SENI I SLAM
(a) Ia haruslah memartabatkan akhlak Islam,
seperti nyanyian dengan senikata yang baik dan
didendangkan dengan suara yang sedehana dan
di tempat yang dibenarkan. Bukan yang boleh
meruntuhkan akhlak, seperti nyanyian yang
menjerit-jerit dengan pakaian yang terdedah dan
menjolok mata serta senikata yang lucah. Ini
sebenarnya meruntuhkan akhlak, malah
mungkin penyanyi itu sendiri telah rosak
akhlaknya.
PRI NSI P SENI I SLAM
(b) Meningkatkan nilai kemanusiaan. Jika
persembahan seni itu merosakkan akal seperti
adanya arak dan mabuk, maka pada masa itu ia
telah meruntuhkan nilai kemanusiaan, kerana
orang yang hilang akal itu perangainya seperti
binatang. Seni bina jelas menunjukkan yang ia
mengangkat darjat manusia dan kemanusiaan.
Manusia ialah makhluk yang diberi akal dan
mampu berfikir sehingga mereka boleh mereka-
cipta bentuk-bentuk bangunan yang berbagai-
bagai, indah, menarik dan sofisticated.
PRI NSI P SENI I SLAM
(c) Seni Islam berdasarkan wahyu. Maksudnya
secocok dengan kehendak wahyu, yakni undang-undang
Islam yang diambil daripada Al-Quran dan Hadis.
Membuat patung-patung atau seni pahat (sculpture)
adalah salah pada pandangan Islam. Islam membenar
ahli seni memahat bentuk-bentuk yang tidak bernyawa,
seperti padang, rumah, gunung-ganang dan sebagainya.
Yang dilarang oleh Islam hanyalah memahat bentuk-
bentuk benda bernyawa seperti manusia atau binatang,
kerana ia boleh menjadi patung berhala apabila dipuja.
PRI NSI P SENI I SLAM
(d) Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan
penciptanya. Setiap yang seni itu cantik dan indah. Kecantikan dan
keindahan yang ada pada sesuatu benda itu ialah ciptaan Allah
kerana Allah itu lebih seni daripada segala-galanya. Orang yang
suaranya sedap dan merdu, dikurniakan oleh Allah s.w.t dan dia
mesti bersyukur di atas pemberian Tuhannya. Seni menggunakan
bermacam alat untuk membina sebuah binaan, melukis gambar atau
sebagainya. Dia akan berfikir dari mana datangnya bahan-bahan itu
dan siapa yang menciptanya? Seseorang yang berjiwa seni dan
mempunyai roh Islam akan bersyukur kepada penciptanya yang
semestinya lebih seni daripada segala-galanya.
FUNGSI SENI
Dalam Islam, seni haruslah memberi kesan
kepada jiwa manusia untuk lebih dekat
kepada Tuhannya. Antara fungsinya ialah:
FUNGSI SENI
(a) Menggiatkan akal supaya menyedari dan
menghayati perkaitan antara seni dengan alam
rohaniah dan alam fizikal, dan seterusnya
menyedarkan dirinya tentang keagungan Allah.
Contohnya, dalam seni lukis, pelukis akan
terkenang kepada kelebihan yang Tuhan berikan
kepadanya, iaitu kebolehan melukis dengan
baik. Jika lukisan itu pandangan alam, maka ia
berfikir pula bahawa alam yang ini tentu ada
penciptanya, dan penciptanya itu tentulah lebih
seni lagi daripada yang diciptanya.
FUNGSI SENI
(b) Membina kekhusyukan dan
ketenangan dalam jiwa, kerana kita secara
fitrahnya juga gemar dan cinta kepada
sesuatu yang seni. Seorang pelukis akan
merasa tenang apabila melihat lukisannya
yang elok dan cantik itu. Orang yang
beriman akan bertambah syukur di atas
kurniaan Tuhan kepadanya.
FUNGSI SENI
(c) Menanam rasa takwa kepada Allah
melalui seni yang berpaksikan Tauhid,
iaitu yakin dengan kewujudan Allah dan
taat kepadanya. Ahli seni yang yakin
dengan Allah, akan menjunjung semua
perintah Allah s.w.t, dengan tidak
melakukan sesuatu yang dilarang oleh
Penciptanya.
BI DANG SENI DALAM I SLAM

(a) Seni Khat. Seperti tulisan jawi/Arab
pada kertas, kain, kayu, lukisan dan
sebagainya.
(b) Seni Bina. Seperti masjid, kubu
tentera, mihrab, mimbar, empangan dan
lain-lain.
BI DANG SENI DALAM
I SLAM
(c) Seni Suara. Seperti nasyid, qasidah,
tilawah Al-Quran, berzanji dan
sebagainya.
(d) Seni Muzik. Seperti lagu perang,
menyambut kelahiran, menyambut hari
raya, hari perkahwinan dengan
menggunakan alat-alat ringan seperti
gendang (seperti kompang) atau rebana.
BI DANG SENI DALAM
I SLAM
(e) Seni Bahasa dan Kesusasteraan. Ini
termasukalah puisi, qisah, syair, dan kalau
dinisbahkan kepada seni tempatan
termasuklah cerpen, gurindam, pantun,
sajak, lirik lagu dan sebagainya.
(f) Seni Ukir. Seperti ukiran yang terdapat
pada kayu, pintu, siramik dan sebagainya.
BI DANG SENI DALAM
I SLAM
(g) Seni Tekstil, Sulaman dan Tenunan.
Ini terdapat pada sejadah, hamparan
sembahyang, permaidani, kain dan lain-
lain.

BI DANG SENI DALAM
I SLAM
(h) Seni Lukis. Ini terhad kepada lukisan
keindahan alam. Ia tidak termasuk lukisan
benda-benda bernyawa yang boleh
menjadi pujaan seperti dewa dan patung.
(i) Seni Hias, seperti kerawang, lampu
dan bentuk-bentuk geometri pada kubbah
dan tempat-tempat lain.
Anda Fikirkan!
Di atas, terdapat sembilan (9) jenis seni
yang dinyatakan. Bolehkah anda tambah
lagi seni-seni lain yang anda ketahui.
Contoh Seni dan Kepentingannya
Seni Khat dan Kepentingannya :
Seni khat ialah seni bentuk tulisan
jawi/Arab (calligraphy). Dalam Islam
tulisan al-Quran atau tulisan Arab boleh
ditulis dengan berbagai-bagai bentuk yang
menarik, dan bagi tiap-tiap jenis tulisan itu
ada namanya. Jadual 6.1 menunjukkan
antara contoh khat yang asli dan masyhur.
Seni Khat dan Kepentingannya :

Antara lain kepentingan seni khat ialah:
(a) Ia melambangkan seni penulisan ayat-ayat Al-
Quran itu sendiri.
(b) Seni khat ada hubungan yang rapat dengan
peningkatan tamadun Islam.
(c) Menghidupkan saranan Nabi s.a.w yang mana
baginda s.a.w pernah meyarankan supaya umat
Islam menulis ayat-ayat al-Quran dengan tulisan
yang baik
Seni Khat dan Kepentingannya :

(d) Keindahan tulisan merupakan
kelembutan jari-jari penulisnya serta halus
perasaan dan jiwanya.
(e) Rasulullah s.a.w. pernah menyarankan
supaya orang Islam belajar menulis
dengan khat yang baik dan elok, kerana
penulisan yang elok boleh menjadi sumber
rezeki.
Seni Khat dan Kepentingannya :
(f) Saidina Ali bin Abi Talib pernah
berkata : Serikan anak-anakmu dengan
ilmu seni kerana tulisan merupakan
perkara yang paling mustahak dan
menyeronokkan.
Seni Suara dan Kepentingannya
Islam ialah agama yang sesuai dengan tabiat dan
fitrah manusia. Allah ciptakan manusia dan
ciptakan juga naluri dan perasaan yang ada pada
manusia. Manusia suka dan cinta yang baik,
seperti makanan yang baik dan sedap, bau yang
wangi dan harum, memandang yang cantik dan
menarik, mendengar yang sedap, enak dan merdu.
Apakah anda merasai nikmat-nikmat yang
dinyatakan tadi?
Seni Suara dan Kepentingannya
Semua nikmat dan keseronokan ini adalah naluri
anugerah Allah, dan ia memberi kesan kepada
fikiran, hati dan perasaan manusia. Dengan
demikian tidak mungkin shari`at menentang
sesuatu naluri itu kerana ia ciptaan Allah. Shari`at
hanya mengaturkan supaya naluri itu dicapai
dengan cara yang baik. Antara contoh seni suara
dalam Islam ialah Azan dan Tilawah Al-Quran.
Azan dikumandangkan dengan suara yang kuat
dan merdu dengan lagu yang sesuai.
Seni Suara dan Kepentingannya
Bilal bin Rabah adalah sahabat Nabi yang
ditugaskan untuk azan pada setiap kali
masuk waktu solat. Bolehkah anda dapatkan
maklumat fadhilat menjadi seorang bilal
(tukang azan)?
Seni Suara dan Kepentingannya
Demikian pula dengan Tilawah Al-Quran, ia
diperintah oleh Nabi s.a.w. supaya dibaca dengan
sebutan, suara dan lagu yang baik. Keelokan suara
dan lagu inilah menjadi Al-Quran itu lebih sedap
didengar, dan inilah yang dikatakan seni. Al-
Quran yang diturunkan dalam bahasa dan lahjah
(pelat) Arab perlu dialunkan dengan lagu Arab
kerana Nabi s.a.w. bersabda, yang bermaksud :
Bacalah Al-Quran dengan lagu dan lahjah Arab.
Seni Suara dan Kepentingannya
Masyarakat tempatan mempunyai dua lagi bentuk
seni yang dilagukan iaitu Berzanji dan Qasidah.
Kedua-duanya dialunkan dengan suara yang elok
dan dengan lagunya yang baik dan menarik yang
berasaskan lagu Arab. Apakah lagu-lagu Arab itu?
Setakat ini terdapat tujuh lagu asas yang
digunakan di dalam Tilawah Al-Quran, Barzanji
dan Qasidah. Lagu-lagu tersebut ialah lagu Bayati,
Soba, Hijaz, Nahawan, Ras, Sikah dan Jiharkah.
Cuba Anda!
Dapatkah anda bezakan alunan lagu-lagu yang
dinyatakan dalam teks di atas? Untuk lebih jelas,
dapatkan seorang guru yang tahu tentang tarranum
atau kaset-kaset yang berkaitan dengannya.
Lagu-lagu ini mestilah dipelajari daripada gurunya
yang mahir. Tujuannya supaya bacaan Al-Quran
itu baik dan sedap didengar serta sesuai dengan
makna ayat. Inilah yang dikatakan seni.
Seni Muzik
Islam tidak mengharamkan muzik secara mutlak,
tetapi memberi garis panduan supaya muzik tidak
disalahgunakan. Semasa Nabi Muhammad s.a.w.
berpindah ke Madinah, baginda disambut dengan
paluan kompang atau rebana. Antara muzik yang
dibenarkan ialah muzik dalam nyanyian keluarga,
majlis perkahwinan, pemberangsang dalam
peperangan dan muzik yang mengikut pancaindera
untuk mengingati Allah seperti dalam zikir ahli
sufi.
Islam Haramkan Muzik!
Islam tidak mengharamkan muzik secara
total, sebaliknya meletakkan ciri-cirinya
supaya tidak merosakkan. Antara ciri-ciri
muzik yang dibenarkan oleh Islam ialah:
Ciri-Ciri Muzik Islam
Muzik yang lembut dan berdisiplin.
Tidak mengganggu, seperti di waktu
solat, terlalu kuat, larut malam dan
mengganggu jiran tetangga.
Ciri-Ciri Muzik Islam
Diadakan di tempat yang baik, seperti
majlis perkahwinan, hari-hari raya, dan
sebagainya, dan bukannya di tempat yang
tidak baik pada pandangan Islam seperti di
kelab-kelab malam, kaberat, bar dan
sebagainya.
Ciri-Ciri Muzik Islam
Hadirin yang hadir hendaklah berpakaian
sopan, tidak bercampur dan bergaul bebas
lelaki dan perempuan tidak ada unsur-
unsur haram dalam majlis tersebut, seperti
arak, zina dan tarian yang dilarang.
Seni Bina
Seni bina merupakan salah satu bidang seni
yang sangat masyhur dalam Islam dan
mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Ia
bermotifkan tauhid dan tidak mempunyai
gambar benda hidup seperti manusia dan
binatang.
Seni Bina
Jika diteliti, bentuk binaan masjid di seluruh dunia
telah memenuhi ciri-ciri seni bina Islam.
Walaupun demikian, tidak dinafikan seni bina
masjid atau seni bina Islam secara keseluruhan
mengandungi unsur-unsur budaya bagi sesuatu
kaum, bangsa dan negeri, seperti masjid di negeri
China. Walaupun ia berasaskan seni bina Islam,
tetapi unsur kenegerian dan kebangsaan itu tetap
juga ada
Seni Bina
Di Malaysia misalnya, Masjid al-Azim dan
Masjid Terangkera di Melaka merupakan
contoh yang jelas di mana seni bina Islam
terpengaruh dengan unsur budaya tempatan,
iaitu Cina atau Baba.
Seni Bina
Kita juga boleh membandingkan bentuk
binaan masjid di negara ini dengan Masjid
Nabawi di Madinah dan Masjid al-Haram di
Makkah al-Mukarramah. Walaupun
demikian, banyak lagi masjid-masjid yang
masyhur seperti Jami al-Mansur di
Baghdad, Jami al-Umawi di Sham, al-
Azhar di Mesir dan lain-lain.
Seni Bina
Sekarang kita boleh melihat gambar-gambar
masjid seperti ini melalui internet. Melalui injin
pencarian (search engine), taip mosque. Di sini
anda akan dapati banyak lagi bentuk-bentuk
masjid yang melambangkan seni bina Islam.
Umumnya, semua masjid mempunyai bentuk yang
hampir sama pada beberapa dimensi antaranya
ialah mihrab, atau anjung tempat imam, mimbar,
menara, qubbah, tempat wuduk dan sebagainya.
RUMUSAN
Kita telah selesai membincangkan konsep budaya
dan seni dalam Islam. Diharap dengan ini kita
mempunyai kefahaman yang mantap mengenai
konsep budaya dan juga seni dalam Islam. Islam
tidak menentang seni dan budaya, sebaliknya
Islam mengaturkan supaya seni dan budaya itu
menjadi lebih baik dan tidak ada unsur-unsur
pemujaan kebendaan yang boleh merosakkan
akidah umat Islam.