Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan Muzik Klasik Barat

Tingkatan 1, 2 & 3
Latar belakang

HISHAMMUDDIN BIN IDRUS
Saya sedang mengikuti program Sarjana Pendidikan Muzik Semester 4 di Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Blog ini direncanakan sebagai salah satu tugasan Multimedia
dalam Pendidikan Muzik yang diterajui oleh En.Affandi Hj. Ramli. Ucapan terima kasih
atas segala tunjuk ajar sepanjang proses menimba ilmu. Blog ini diharap boleh dijadikan
rujukan pelajar-pelajar sekolah yang ingin mencari input tentang muzik klasik barat versi
Bahasa Melayu.
View my complete profile
Saturday, October 24, 2009
Komposer Era Romantik


Chopin
Frederic Chopin (1810-1849)






Karya terkemuka

Etude
Prelude op.28 no.15 Raindrop
Piano Sonata No.3 n B minor
Nocturne No 9 in B Op. 32 No 1
Nocturne No.1 in Bb minor.

Latar belakang

Dilahirkan di Zelasowa Wola, Poland. Mendapat pendidikan muzik sejak berumur 6 tahun.
Karier sebagai pemain piano di konsert bermula seawal umur 7 tahun dan karya pertamanya
telah diperdengarkan. Menyambung pelajaran di Warsaw Conservatory dan memperoleh
peringkat kepujian pada tahun 1829. Penjelajahan muzikalnya pertama ke Vienna dengan
mengadakan dua konsert.

Chopin berhijrah ke Paris pada tahun 1831. Ketika itu, Paris merupakan pusat era romantik dan
pusat seni Eropah. Chopin hidup dalam kemewahan dan bergaul dengan komposer lain seperti
Berlioz, Liszt, Paganini dan lain-lain. Beliau mengajar piano dan komposisi kepada anak-anak
perempuan golongan bangsawan di Paris.

Selama hampir 18 tahun di Paris, hanya 19 kali beliau membuat persembahan di konsert terbuka.
Pada tahun 1837, Chopin berkenalan dengan novelis George Sand. George Sand yang
memberikan dorongan dan menjaga Chopin ketika saat-saat Chopin bergelut dengan penyakit
Tuberculosis. Setelah berpisah dengan George Sand, Chopin mengadakan konsert di England
dan Scotland pada tahun 1848 dan meninggal dunia pada tahun berikutnya.

Sumber : Stanley,J.(2005).Classical Music.London:Octopus Publishing Group Ltd.


Posted by HISHAMMUDDIN BIN IDRUS at 6:08 PM
Labels: Era Romantik
Era Romantik (1820 1900)
Era Romantik (1820 1900 )



Awal abad ke-19 merupakan titik permulaan muzik era Romantik. Muzik era Romantik
dipengaruhi oleh revolusi perindustrian yang telah mengakibatkan perubahan sosial dan ekonomi
di Eropah pada ketika itu. Perubahan sosial dan ekonomi ini menyebabkan munculnya satu
pergerakan budaya iaitu komposer berani bersuara dan bebas meluahkan perasaan dalam karya
seni yang dihasilkan.
Read more
Posted by HISHAMMUDDIN BIN IDRUS at 4:30 PM
Labels: Era Romantik
Era klasikal (1750 1825)

Muzik Era Klasikal (1750 1825)

Pengenalan

Pada era klasikal, idea-idea baru telah mula bercambah dan budaya barat mula berubah. Rakyat
biasa mula mempersoalkan kemampuan golongan istana dan memperjuangkan hak individu. Di
Amerika Utara, Koloni British melalui kesatuan Boston Tea Party mengadakan protes berkenaan
cukai. Revolusi di Amerika Utara dan Perancis serta peperangan Napoleon menyebabkan
keadaan politik dan ekonomi tidak stabil.

Seni muzik dapat dinikmati kepada rakyat jelata. Kegiatan muzik berpusat di Vienna. Komposer-
komposer berpeluang bekerja secara persendirian serta berkarya di bawah naungan golongan
bangsawan. Karya-karya mereka dipengaruhi oleh muzik rakyat dan muzik popular pada masa
itu. Persembahan muzik bukan sahaja terhad di istana malahan di tempat-tempat awam dan
premis-premis persendirian.


Ciri-ciri muzik era klasikal

muzik era klasikal adalah lebih merdu dan senang dinyanyikan
melodinya juga berunsur simetri dan seimbang.
muzik era klasikal kaya dengan pelbagai corak irama.
penggunaan sinkopasi, fermatta luar jangkaan, perubahan nilai not menambahkan
kepelbagaian corak irama dalam muzik era klasikal.
muzik era klasikal mempunyai tekstur homofoni. Terdapat perubahan daripada satu
tekstur ke tekstur yang lain sama ada secara beransur-ansur atau mendadak.
mud muzik era klasikal sentiasa berubah-ubah dan mempunyai kepelbagaian. Perubahan
mud juga boleh berlaku secara beransur-ansur atau mendadak.
muzik era klasikal tidak lagi menggunakan basso continuo seperti yang terdapat pada era
baroque.
muzik era klasikal lazimnya berbentuk sonata, rondo, tema dan variasi serta minuet dan
trio.
jenis muzik era klasikal terdiri daripada muzik instrumental dan muzik kamar.
Contohnya, simfoni, concerto dan sonata. Muzik kamar era klasikal terdiri daripada string
quartet, piano trio, piano sonata dan clarinet quintet.
orkestra era klasikal terdiri daripada empat seksyen iaitu seksyen alat bertali, sekyen alat
tiup kayu, seksyen alat brass dan seksyen alat perkusi. Bilangan pemuzik lebih ramai
berbanding orkestra era Baroque. Dalam orkestra era klasikal, alat bertali merupakan
seksyen yang paling dominan kerana alat bertali lebih banyak memainkan melodi. Alat
tiup kayu menghasilkan warna ton yang kontras. Alat ini kerap memainkan bahagian
solo. Alat tiup kayu membantu melengkapkan harmoni. Timpani merupakan alat perkusi
yang popular dalam orkestra era klasikal.