Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KELAS:_______________________
SULIT
BAHASA
MALAYSIA
OKTOBER
2013
50 minit
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013
TAHUN 3
BAHASA MALAYSIA
PEMAHAMAN
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2.. Jawab semua soalan.
PENGGUBAL SOALAN: DISEMAK OLEH:
..
( PN LAILA BT MOHD ZAINI) (EN ADY RIZALMAN B ABD RAHMAN)
KETUA PANITIA B. MALAYSIA
1
Soalan 1 berdasarkan gambar 1
Gambar 1
1 Adik memetik ______________bunga ros di taman.
A sehelai
B sekuntum
C sejambak
2 Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab _________
bersama.
A kita
B kalian
C kami
3 Encik Kamarul pemimpin yang baik. ____________ dihormati
oleh penduduk Kampung Seri Murni.
A Saya
B Beliau
C Dia
4 Hayati dan Azim amat sayang __________________ Si Tompok.
A pada
B akan
C oleh
2
5 Suasana ______________ tepi pantai itu sungguh nyaman sekali.
A di
B ke
C dari
6 __________________ angkasawan Malaysia yang pertama?.
A Bilakah
B Apakah
C Siapah
Soalan 7 berdasarkan gambar 2
Gambar 2
7 Kereta api itu akan _____________________ ke Perlis pada pukul
9.00 malam.
A bertolak
B berjalan
C mendarat
3
Soalan 8 berdasarkan gambar 3
Gambar 3
8 Pak Cik Leman membeli hadiah itu ______________ anaknya.
A kerana
B atau
C untuk
9 Saya dan Amirul akan menyertai pertandingan memancing
pada hari esok __________ Amran, kata Alif kepada Hazim.
A kecuali
B dan
C kerana
10 ____________ , cantiknya pakaian seragam anggota pengakap
itu !
A Cis
B Wah
C Aduhai
11 Pihak sekolah sangat mengambil berat ______________
keselamatan murid-murid.
A sedang
B tentang
C pada
4
12 Banyak ______________ datang ke Zoo Negara.
A berkunjung
B kunjungan
C pengunjung
13 Pak Ali ______________ buah durian yang gugur ke tanah itu.
A mengait
B mengutip
C menjolok
Soalan 14 berdasarkan gambar 4
Gambar 4
14 Kamal dan Zaki sedang bermain permainan ______________.
A bola tampar
B bola sepak
C badminton
5
15 Kanak-kanak __________________ bermain di tepi tasik itu kerana
mereka boleh terjatuh ke dalam tasik.
A digalakkan
B dijemput
C dilarang
16 Pihak bomba juga____________________ orang ramai supaya
menyediakan alat pemadam api di rumah.
A menasihati
B memaksa
C memerintahkan
Soalan 17 berdasarkan gambar 5
Gambar 5
17 Rama-rama mempunyai sepasang ______________ di
kepalanya.
A sesiku
B sesungut
C sesenduk
18 Pak Ali membelah kayu dengan se______________ kapak.
A laras
B bilah
C pucuk
6
Soalan 19 berdasarkan gambar 6
Gambar 6
19 Puan Laili membeli se ______________ anggur di Pasar Raya
Tesco.
A biji
B bentuk
C gugus
20 Orang dewasa haruslah _____________ tangan kanak-kanak
semasa melintas jalan.
A menyentuh
B memimpin
C mengikut
21 Garam ialah bahan yang memberikan rasa ______________
dalam makanan kita.
A masam
B masin
C manis
7
22 _________________ hantar kuih ini kepada Mak Cik Leha, kata
ibu kepada Siti.
A Usah
B Tolong
C Jemput
23 Keluarga Encik Chan sentiasa bersenam untuk
______________________ badan.
A menguatkan
B menyihatkan
C menguruskan
24 ______________________ kitar semula terdiri daripada tiga warna
iaitu biru, coklat dan jingga.
A Kotak-kotak
B Bekas-bekas
C Tong-tong
Soalan 25 dan 26
Pilih jenis ayat yang betul.
25 Di manakah kamu tinggal ?
A Ayat tanya.
B Ayat seruan.
C Ayat penyata
8
26 Wah, cantiknya baju baharu kamu!
A Ayat permintaan.
B Ayat penyata.
C Ayat seruan.
27 Bubu sejenis alat untuk ___________________ ikan.
A menangkap
B membunuh
C mengail
28 Air sungai itu bersih kerana tiada _________________ sungai.
A pencemaran
B pembuangan
C pengaliran
Soalan 29 dan 30
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul
29 A Lutut Liyana berdarah kerana terjatuh dari
basikal.
B Adik menangis sambil lapar.
C Pak Ali membaca surat khabar kerana minum kopi.
30 A Ayah membeli sebiji kereta.
B Ibu menggunakan sebilah pisau untuk menghiris bawang.
C Mak Cik Tijah membeli sebuah buah timbikai di pasar .
9
Soalan 31 hingga 35 berdasarkan petikan di bawah.
Salleh bin Abdullah,
14, Laman C9,
Kampung Pandan,
55100 Kuala Lumpur.
15 Mei 2009
Menemui sahabatku Jasli di Alor Star, semoga saudara sekeluarga
berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Saudara,
Semasa cuti sekolah yang lalu, saya telah ke Sabah dengan
keluarga. Kami menginap di sebuah hotel di Pulau Manukan.
Pulau Manukan sungguh cantik. Air lautnya biru dan jernih. Di
sini, kami tidak dibenarkan menangkap ikan, mengutip batu karang
dan siput.
Pelbagai aktiviti kami lakukan di sini. Antaranya ialah bermain
bola pantai dan menyertai pertandingan membina istana pasir.
Saya berasa amat gembira semasa berada di sana.
Pengalaman bercuti ini tidak dapat saya lupakan.
Setakat ini sahaja cerita saya. Sambutlah salam manis
daripada saya untuk saudara dan keluarga di sana.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Salleh
10
31 Siapakah yang menulis surat ini ?
A Jasli
B Salleh
C Abdullah
32 Di manakah penulis tinggal ?
A Alor Star
B Kampung Pandan
C Pulau Manukan
33 Apakah aktiviti yang dilakukan oleh penulis di Pulau Manukan ?
A Menangkap ikan
B Mengutip batu karang
C Membina istana pasir
34 Pada pendapat anda, bagaimanakah hubungan penulis
dengan sahabatnya ?
A Mesra
B Dingin
C Renggang
35 Apakah perasaan penulis ketika melancong di Pulau
Manukan ?
A Kecewa
B Bimbang
C Gembira
11
Soalan 36 hingga 40 berdasarkan petikan di bawah.
Razman dan rakan sekelasnya melawat ke Kilang Batik Nusantara
pada 10 Mei yang lalu. Kilang itu terletak di Kuantan. Mereka tiba di
situ pada pukul 9.15 pagi. Mari kita lihat aktiviti Razman dan rakan
sekelasnya sepanjang lawatan tersebut.
8.15 pagi
Guru pengiring memberikan taklimat kepada murid-murid.
8.30 pagi
Bertolak dari sekolah dengan menaiki bas.
9.15 pagi
Tiba di kilang batik dan mendengar taklimat daripada pengurus
kilang.
9.30 pagi
Melihat proses mengecap batik.
9.45 pagi
Melihat proses mencanting batik. Belajar mencanting batik.
10.45 pagi
Mengunjungi pameran pakaian batik.
11.00 pagi
Menikmati jamuan ringan. Penyampaian cenderamata oleh
pengurus kilang.
11.30 pagi
Bertolak pulang.
12
36 Bagaimanakah mereka ke kilang itu ?
A Menaiki kereta
B Menaiki van
C Menaiki bas
37 Bilakah lawatan itu diadakan ?
A 10 Mei 2009
B 20 Mei 2009
C 10 Jun 2009
38 Bilakah Razman dan rakannya melihat dan belajar proses
mengecap batik ?
A 9.15 pagi
B 9.30 pagi
C 9.45 pagi
39 Apakah yang dilakukan oleh Razman di situ ?
A Member i taklimat
B Belajar mencanting batik
C Membeli cenderamata
40 Perkataan cenderamata dalam petikan bermaksud
______________ .
A buah tangan
B buah hati
C anak buah