Anda di halaman 1dari 1

Dari segi kemahiran menggunakan alat bantu mengajar (ABM), guru telah menggunakan

Jadual Berkala, Papan Hitam dan bahan-bahan eksperimen seperti penunu Bunsen, petunjuk
universal, magnesium, sulpur dan iron. Pemilihan bahan yang digunakan adalah sangat sesuai
dengan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Selain daripada itu, bahan-bahan tersebut
digunakan secara maksima dari mula pengajaran hingga ke akhir serta berjaya mengekalkan
perhatian pelajar. Akan tetapi, penyediaan bahan adalah kurang mencukupi seperti air dan
petunjuk universal perlu dikongsi. ABM yang digunakan itu diuruskan secara sistematik dan
mengikut langkah penyampaian serta digunakan dengan cara yang berkesan. Ini bermaksud
ABM tersebut membantu dalam aktiviti soal jawab dan menjadi bahan perbincangan.
Secara keseluruhannya, eksperimen yang dijalankan adalah berpusatkan kepada pelajar. Akan
tetapi, penglibatan murid di dalam kelas ini berada pada tahap sederhana. Pelajar kurang
berinteraksi sesama mereka walaupun menjalankan eksperimen secara berkumpulan. Guru
berusaha untuk melibatkan pelajar dengan mengajukan soalan, tetapi tidak semua pelajar
terlibat secara keseluruhannya.