Anda di halaman 1dari 10

Haiwan yang telah pupus

Kita tahu banyak haiwan yang telah pupus dari muka bumi ini. Semenjak dari
zaman purbakala dahulu. Selepas dinosaur banyak juga spesies haiwan lain yang turut
sama pupus dan lenyap dari muka bumi ini. Jom kita layan foto haiwan yang sudah pupus
ini. Berikut adalah gambar spesis haiwan yang telah pupus


QUAGGA (pupus pada akhir 1870-an) Tarpan(








Harimau Kaspia. Harimau tasmania









Katak emas (Golden Toad) Burung Dodo
(pupus pada tahun 1989)





Syrian Wild Ass Bubal Hartebeest
( pupus pada tahun 1928) ( pupus pada tahun 1923)






Pinta Island Tortoise Caucasian Bison
( Pupus sejak 1927)


2. The Quagga


Antara spesis kuda yang sudah pupus adalah Quagga. Merupakan subspesies dari kuda
belang. Quagga liar yang terakhir hidup, di tembak pada akhir 1870-an. Kepupusan Quagga
disebabkan oleh perburuan liar dan dijadikannya Quagga sebagai pengganti daging kepada
haiwan ternakan. Yang unik dan membezakan Quagga dari spesies kuda lainnya adalah
corak kulitnya yang seperti kuda belang pada bahagian depan.

3. The Javan Tiger


Harimau jawa merupakan subspesis harimau yang hanya dapat dijumpai di pulau Jawa,
Indonesia. Harimau Jawa terakhir mati sekitar tahun 1980-an. Pada awal abad ke-19,
Harimau Jawa dapat dijumpai di seluruh pulau Jawa, tapi kerana populasi manusia yang
meningkat pesat menyebabkan kerosakan habitat di hutan. Penyebab lain kepupusan harimau
jawa juga kerana perburuan liar, sehingga tahun 1950-an hanya terdapat sekitar 25 ekor
harimau jawa.

4. The Caspian Tiger







5. The Syrian Wild Ass


Spesies terakhir dari haiwan ini mati pada tahun 1928 di zoo Schnbrunn, Wina. Sebelum
abad 18, kebanyakan habitat Syrian Wild Ass meliputi pergunungan, gurun, antara palestin
dan iraq. Yang menyebabkan kepupusan haiwan ini, kerana kemusnahan habitat akibat
perang dunia I.

6. The Tasmanian Tiger


Spesies terakhir Harimau tasmania mati pada tahun 1936 di zoo Hobart, Tasmania.
Harimau Tasmania diburu hingga pupus oleh para pemburu liar dan petani, meskipun
faktor-faktor lain seperti penyakit, dan gangguan manusia terhadap habitatnya mungkin juga
memainkan peranan utama kepupusan spesis ini.

Spesies Tarpan yang terakhir mati di Ukrain tahun 1876. Tarpan merupakan jenis kuda
prasejarah yang pernah mengembara dari Selatan Perancis dan Sepanyol ke arah timur
menuju Rusia. Tarpan pupus pada akhir 1800-an. Ini disebabkan oleh kerosakan habitat
hutan dan padang rumput. Perburuan yang dilakukan oleh para petani kerana takut tanaman
mereka akan dimakan Tarpan.

7. The Bubal Hartebeest.


Perburuan haram abad ke-19 secara drastis
mengurangkan jumlah populasi Bubal
Hartebeest. Yang membuat Bubal
Hartebeest kelihatan unik adalah bentuk tanduknya yang khas.


Po'ouli


Burung Po'ouli atau Black Faced Honeycreeper ini merupakan peghuni asli Maui, Hawaii.
Spesis burung ini ditemui sekitar tahun 1970an oleh para pengkaji spesis.

Namun selepas itu, popularitinya mula menurun dengan mendadak. Hanya beberapa ekor
sahaja yang tinggal, lebih kurang tiga ekor yang masih lagi hidup di dunia ini.

Pada tahun 2004, kelibat burung Po'ouli langsung tidak kelihatan lagi dan secara rasminya
burung ini telah diisytiharkan pupus pada tahun tersebut.

Puncanya, akibat kerakusan manusia terhadap pembangunan sehingga memusnahkan habitat
burung Po'ouli di Kepulauan Hawaii.

Katak Emas


Katak emas (Golden Toad) dipercayai pupus dari muka bumi pada tahun 1989. Katak yang
berbadan kecil, berkilat dan warnanya yang terang ke'orenan' pernah terdapat di rantau kecil
di altitud tinggi Costa Rica.

Sebelum ini amfibia fluorescent itu sangat mudah dijumpai di kaki-kaki bukit Costa Rica.

Tetapi, kesan daripada pencemaran dan pemanasan global, spesis ini mula menghilang dan
akhirnya telah pun pupus pada tahun 1989.

Rama-rama Putih Madeira


Rama-rama putih Madeira merupakan rama-rama yang sangat cantik. Rama-rama yang
berwarna putih ini hanya boleh ditemui di lembah-lembah hutan Laurisilva di Kepulauan
Madeira, Portugal.

Rama-rama jenis ini memiliki hubungan paling dekat dengan spesis rama-rama putih yang
banyak didapati di seluruh Eropah, Afrika dan Asia.

Rama-rama ini dipercayai telah pupus pada tahun 2007 oleh para penyelidik spesis. Punca
kepupusan rama-rama ini adalah disebabkan kemusnahan habitat asalnya.

Peningkatan bilangan manusia menyebabkan banyak kawasan hutan diratakan untuk proses
pembangunan. Kesannya, banyak habitat haiwan dan serangga yang tergadai termasuklah
rama-rama putih Madeira.

Badak Hitam Afrika Barat


Badak hitam Afrika Barat adalah salah satu spesis badak daripada empat subspesis badak
yang lenyap di atas muka bumi ini pada tahun 2006. Tujuh tahun lalu, satu lagi spesis
binatang telah lenyap diatas muka bumi ini.

Setelah pengkaji haiwan gagal menemui spesis ini dalam habitat mereka di Cameroon, Afrika
Selatan. The World Conservation Union (IUCN) telah mengumumkan pada 7 Julai 2006,
badak hitam Afrika Barat telah pupus.

Punca kepupusan badak hitam Afrika Selatan adalah akibat aktiviti pemburuan haram yang
berleluasa untuk mendapatkan sumbu badak yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Kesannya, badak hitam Afrika Barat lenyap keturunannya dari muka bumi ini.

Kambing Gunung (Pyrenean Ibex)


Kambing gurun atau kambing gunung dari spesis Pyrenean Ibex merupakan haiwan asli dari
Pyrenees, sebuah kawasan pergunungan di Andora.

Pada abad ke-14 populasi Pyrenean Ibex masih lagi banyak. Namun, pada abad ke-19
populasinya mula menurun dan berkurangan angkara pemburu haram yang berleluasa.

Awal abad ke-20 di Sepanyol, jumlah Pyrenean Ibex hanya tinggal lebih kurang 100 ekor
sahaja. Pada tahun 1981 jumlah populasi haiwan ini semakin menurun. Lama-kelamaan
jumlah Pyrenean Ibex di atas muka bumi hanya tinggal sekitar 30 ekor sahaja.

Pada 6 Januari 2000, dikatakan Pyrenean Ibex terakhir di dunia telah mati ketika berusia 13
tahun.

Harimau Tasmanian (Thylacine)


Haiwan karnivor ini digelar harimau Tasmanian kerana jalurnya ala-ala harimau belang yang
terdapat di belakang badannya.

Keunikan haiwan ini telah menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua
Australia, Tasmania dan New Guinea.

Harimau Tasmanian ini telah diumumkan pupus secara rasminya pada tahun 1936. Punca
kepupusan harimau Tasmanian dipercayai akibat pemburu haram yang berleluasa dan
berterusan.

Malah habitatnya pun turut terancam akibat daripada pembangunan yang tidak terancang.

Burung Dodo


Dodo ialah haiwan yang telah pupus tetapi paling popular di dunia. Banyak peribahasa sering
dikaitkan dengan dodo seperti 'As dead as a dodo' yang membawa maksud, kematian yang
meragukan dan pelik.

Seperti peribahasa ini, kematian dodo pelik kerana dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba.

Suatu ketika, dodo boleh dilihat berkeliaran seperti mana ayam-ayam dan itik-itik di
kampung.

Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah seperti mana
ayam dan itik.

Habitat asal dodo adalah di Kepulauan Mauritius. Dodo dipercayai telah pupus disekitar
penghujung abad ke-17 lagi.

Ular Boa Round Island


Ular ini merupakan spesis asal, Round Island iaitu sebuah pulau kecil di pantai Mauritius.
Reptilia Boa Round Island lebih suka tinggal di puncak ataupun lapisan tanah di lereng-
lereng gunung berapi.

Ular ini juga pernah dijumpai di beberapa pulau lain di sekitar Mauritius, tetapi jumlahnya
telah menurun pada tahun 1940an dan akhirnya hanya boleh ditemui di Round Island pada
sekitar tahun 1949.

Seterusnya, ular ini kali terakhir dilihat manusia pada tahun 1975 dan dipercayai telah pupus.

Pembaca sekalian, sempena Hari Haiwan Sedunia pada 4 Oktober ini, marilah kita
bersama-sama mencintai haiwan. Menjaga haiwan daripada kepupusan bererti
menjaga kelangsungan hidup manusia di planet bumi ini.