Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Definisi Pendidikan Luar (outdoor education)


Outdoor - bermaksud pesekitaran luar atau ruang alam yang jauh dari kediaman manusia.
education
menurut Dewey ialah satu proses pertumbuhan dan perkembangan. Ia adalah satu usaha
mengatur pengetahuan untuk menambah lagi pengatahuan semulajadi yang ada pada
individu.
Menurut Plato, ia adalah satu proses yang membentuk individu bersifat mulia.
Menurut John Stuart Mill, ia adalah suatu yang dilakukan untuk diri kita atau orang lain agar
membawa kita lebih hampir kepada kesempurnaan tabie malahan memahami potensi yang
terdapat pada setiap daripada kita.
Muhammad Qutb, proses untuk membina manusia yang menyeluruh- potensi fizikal,
intelektual dan kerohanian.
Outdoor education - satu pengkayaan kurikulum melalui pengalaman di dalam dan untuk ( in and for )
persekitaran luar.
2.0 Pengenalan
Tujuan utama pihak Bahagian Pendidikan Guru untuk menghasilkan guru-guru yang cekap dan
berkebolehan bukan sahaja dalam bidang akedemik dan iktisas, tetapi juga dalam usaha membimbing
mengenali kegiatan-kegiatan Pendidikan Luar adalah secara lebih dekat. Matlamat untuk mencapai nilai-
nilai pendidikan keseluruhan memang ada terterap dalam Pendidikan Luar. Maka mereka dapatlah
memainkan peranan dengan baik dalam pendidikan murid-murid apabila berkhidmat di sekolah kelak.
Pendidikan Luar merupakan aktiviti amali sebagai lanjutan dari matapelajaran di bilik darjah.
Pengatahuan matapelajaran diintergrasikan dalam aktiviti praktikal secara menjalani gerakkerja
Pendidikan Luar dalam bentuk gunaan (applied). Pendekatan ini dapat memperkukuhkan pembelajaran
(reinforcement learning). Pengalaman yang diperolehi dengan cara ini akan meluaskan pandangan,
pengetahuan dan kefahaman mereka serta menghasilkan perkembangan dan kematangan jasmani, mental,
social dan emosi mereka. Dengan kata lain, Pendidikan Luar mempunyai sumber pendidikan yang
bermatlamatkan kesuburan optimum individu. Oleh itu, penglibatan guru pelatih perlu diberi perhatian
sewajarnya.
Pendidkan Luar juga merupakan rantaian pelbagai pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang
berkesinambungan. Gerakerja Pendidikan Luar adalah berbentuk amali dari ciri-ciri ilmuan dan nilai
terdapat dalam kokurikulum. Apa yang ingin kita pupuk bukan sahaja cirri-ciri keilmuan dengan nilai-nilai
kerohanian dan kemanusiaan dalam kurikulum dengan cirri-ciri informal dan amali dalam Pendidikan
Luar.
Kegiatan Pendidikan Luar harus mengandungi unsure perkembangan nilai-nilai dan norma-norma murni
masyarakat. Bagi melahirkan warganegara yang berdisiplin serta bertanggungjawab, maka nilai-nilai
tersebut perlu dihayati oleh setiap guru pelatih. Bakal-bakal guru hendaklah diberi bimbingan agar
mengambil kesempatan sepenuhnya untuk memperolehi faedah mkasimum dari kegiatan-kegiatan tersebut.
Dengan ini, mereka kelak akan dapat membimbing murid-murid untuk menghayati nilai-nilai yang
terkandung dalam Pendidikan Luar.
3.0 Konsep Pendidikan Luar
Kegiatan Pendidikan Luar (outdoor persuit) adalah satu konsep yang luas dan sering digunakan sebagai
konotasi. Ramai orang mempunyai tanggapan, definisi serta falsafah yang tersendiri. Di samping itu,
terdapat juga majority yang menceburkan diri dalam kegiatan Pendidikan Luar tanpa mempunyai apa-apa
tnaggapan serta kefahaman yang jelas dalam bidang ini. Persoalannya mengapa boleh berlaku begini da
apakah kesannya ke atas kegiatan bidang luar.
Apabila kita memperkatakan tentang bidang kegiatan luar ini, maka perlu sekali ia diteliti dalam konteks
yang berhubung dengan kesenangan (leisure), rekreasi (recreation), dan pendidikan (education).
Dalam konteks ini, maka kita akan dapat lihat bahawa :
1. kegiatan luar adalah digunakan sebagai aktiviti kesenggangan (leisure)
2. kegiatan luar digunakan/diamalkan sebagai aktiviti rekreasi atau riadah yang lebih mirip kepada
aktiviti kesenggangan kreatif (creative and recreative).
3. kegiatan luar adalah digunaknan/diamalkan untuk tujuan pendidikan formal dan tidak formal iaitu
dalam konteks pendidikan luar (outdoor education)
Oleh itu, kita dapat rumuskan bahawa kegiatan luar ini bukan satu bidang yang wujud secara sewenang-
wenangnya tanpa mempunyai definisi, konsep serta falsafahnya sendiri. Penglibatan individu dalam bidang
ini bukanlah satu penglibatan yang kosong serta tanpa tujuan. Sebaliknya, setiap penyertaan dalam bidang
ini adalah mempunyai kolerasi dengan usur-unsur kesenggangan, rekreasi dn pendidikan.
Berikut adalah istilah yang perlu kita ketahui dalam kegiatan luar.
OUTDOOR - the open air ; the world away from human habitation or the natural world
OUTDOORMAN one who lives or spends much time in outdoor or one who frequently engages
in outdoor activities
PERSUIT - pengajaran = pengajaran mencari kepuasan.
pembelajaran = melibatkan siri dalam proses pembelajaran
4.0 Fasafah
Kegiatan luar adalah diasaskan kepada unsure-unsur kesenggangan, rekreasi dan pendidikan serta
merupakan pendekatan yang bebas bagi mewujudkan keseronokkan dan kepuasan melalui aktiviti.
Bidang kegiatan luar pada dasarnya menggunakan alam semulajadi sebagai MAKMAL HIDUP untuk
mendedahkan individu pada pengukuran yang realistic dalam alam semulajadi da alam reality. Individu
diberi peluang untuk merasai, mengalami, menikmati, menilai dan menghargai serta berinteraksi dengan
reality dan alam semulajadi.
Pengalaman hidup dapat dipertimbangkan seluas-luasnya daripada kehidupan sehari-hari kepada alam luar.
Pendekatan ini disempurnakan dalam proses pendidikan berterusan (continuing education) untuk individu
dan masyarakat.
Tujuan
Antara tujuan-tujuan Pendidikan Luar:
1. memberi pendedahan pengatahuan dan kemahiran tentang rekreasi khusus
2. menimbulkan kesedaran, minat dan kecenderungan terhadap kegiatan serta kehidupan liar.
3. menyuburkan keseronokan dan kenikmatan terhadap kehidupan alam persekitaran semulajadi
yang bebas.
5.0 Matlamat
1. iktisas
Mmberi kesempatan kepada individu untuk memperolehi pengatahuan dan memperluaskan
pengalaman serta kemahiran dalam pengendalian Pendidikan Luar di peringkat sekolah kelak.
Mewujudkan kesedaran-kesedaran dan membina sikap positif terhadap peranan dan
tanggungjawab guru dalam pembentukan sahsiah bersepadu di kalangan guru pelatih.
2. kemasyarakatan
membuat persediaan masa depan untuk individu menceburkan diri dalam kegiatan
kemasyarakatan.
Menyedarkan serta mengalakkan individu melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial, khidmat
masyarakat yang boleh membantu usaha mencapai matlamat perpaduan negara.
Membantu dalam mewujudkan masyarakat demokratik, bermoral tinggi, sihat, berdisiplin,
berdedikasi di samping mempunyai sikap taat setia dan toleransi.
3. Penyuburan diri
Membina daya pemikiran yang tajam dan mewujudkan sifat-sifat atau cirri-ciri kepimpinan serta
ketabahan di kalangan individu.
Memberi kesempatan kepada individu untuk menikmati dan memperkayakan pengalaman dan
pengetahuan melalui aktiviti Pendidikan Luar.
6.0 Objektif
Antara objektifnya ialah :
Pelajar dapat pendedahan dan pendidikan terhadap konsep rekreasi dan kegiatan Pendidikan Luar.
Pelajar didedahkan pada pelbagai aktiviti rekreasi, fizikal, pendidikan untuk mewujudkan
kesedaran dan motivasi luhur.
Pelajar mendapat latihan amali kemahiran-kemahiran asas.
Pelajar mendapat latihan kepimpinan dan kewarganegaraan.
Pelajar dapat membina kecergasan fizikal, mental, dan afektif.
Pelajar dapat mengukur usaha-usaha perkembangan kognitif individu.
Pelajar mendapat kepuasan dan kenikmatan.
Pelajar dapat menghargai dan menilai kembali.
Pelajar mendapat kesedaran keagungan Tuhan.
7.0 Pengenalan Rekreasi dan Kesenggangan

a) Definisi Rekreasi

Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk
memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan .
Rekreasi terbahagi kepada 2 iaitu :
i) Rekreasi dalam (in-door)
contoh : badminton, squash, boling
ii) Rekreasi luar (out-door)
contoh : abseiling, bola sepak, perkhemahan

b) Jenis Rekreasi

i) Rekreasi fizikal cth : berbasikal
ii) Rekreasi sukan cth : bola sepak, bola jaring
iii) Rekreasi sosial _ cth : sukan rakyat, sukaneka
iv) Rekreasi mental/linguistik memanah, debat
v) Rekreasi Terapeutik cth : i) Muzik J-robik, senamrobik
ii) Gerak tari yoga, tai chi
iii) Drama - teater, pantomi

c) Definisi Kesenggangan

Masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberikan kepuasan kepada
seseorang individu



Jenis Kesenggangan

i. Masa terluang (free-time)
ii. Masa senggang (leisure time)
iii. Penggunaan masa lapang



Konsep rekreasi dan kesenggangan

a) Konsep rekreasi

Antara konsep-konsep rekreasi :
Kepuasan kendiri (personal filfillment)
i) Fungsi, nilai dan impak rekreasi ke atas tingkah laku,
ekonomi, sosiobudaya, politik, sekitaran dan kesihatan
bangsa dan negara.
ii) Ekspresi kreatif dan apresiasi estetika
iii) Hubungan manusia yang demokratik
iv) Pembentukan personaliti dan sikap positif serta
berkeyakinan melalui aktiviti rekreasi dan
kesenggangan


b) Konsep kesenggangan

Mengikut Konsep kesenggangan Aristotle :
i)Senggang sebagai keseronokan
ii)Senggang sebagai kerja
iii)Senggang sebagai aktiviti
iv)Senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri
v)Keseronokan dan kepuasan
vi)Kesukarelaan
vii)Konstruktif



c) Perkhidmatan rekreasi dan kesenggangan dari perspektif

i)Luar bandar
ii)Bandar
iii)Populasi istimewa
iv)Pembangunan program rekreasi dan kesenggangan diMalaysia
v)Organisasi dan pertubuhan rekreasi dan kesenggangan diMalaysia

Bidang aktiviti program rekreasi dan kesenggangan

Di antara contoh bidang, aktiviti program rekreasi dan kesenggangan:
i)Drama
ii)Seni dan kraft
iii)Budaya melalui muzik dan tarian
iv)Sukan
v)Rekreasi luar
vi)Rekreasi sosial
vii)Rekreasi mental/linguistic


Kepimpinan dan perkembangan program rekreasi dan kesenggangan

a)Perancangan program
i)Organisasi
ii)Implementasi
iii)Promosi
iv)Penilaian

b) Pendidikan rekreasi dan kesenggangan

c) Pengurusan perlancongan sukan



Fungsi, nilai dan implikasi rekreasi dan kesenggangan

a)Fungsi Rekreasi dan kesenggangan
i)Pembentukan personaliti
ii)Pembangunan insan
iii)Pembangunan negara
iv)Kepemimpinan
v)Dinamika kumpulan
vi)Gaya hidup sihat
vii)Sosialisasi
viii)Pendidikan sepanjang hayat
viiii)Kecerdasan pelbagai



b) Nilai Rekreasi dan Kesenggangan

c) Implikasi Rekreasi dan Kesenggangan
i)Individu
ii)Keluarga
iii)Masyarakat
iv)Negara
BIBLIOGRAFI
http://sainssukan.forumotion.com/sains-sukan-stpm-f28/rekreasi-dan-kesengganganstpm-t84.htm
http://ahmadlokman.blogspot.com/2009/09/pengenalan-rekreasi-dan-kesenggangn.html
Nota daripada En. Haji Mohd Noor bin Awang