Anda di halaman 1dari 4

AHMAD ZAKARIA MAZLAN REFLEKSI BIG S10E-1006-0391

Refleksi Bina Insan Guru.


Bermula fasa pertama BIG sehingga fasa enam, pelbagai pengalaman telah
ditimba, seribu tempat telah dilawati dan hubungan erat yang telah terjalin antara
guru pelatih dan masyarakat sekeliling tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Sesunggunya pengalaman seperti ini cuma muncul sekali seumur hidup. Berbekalkan
pengalaman ini, saya dapat menjadi seorang guru yang berfikiran terbuka dan luas
dan menjadi lebih berkeyakinan untuk menghadapi cabaran-cabaran mendatang.
BIG fasa 1 banyak mengajar saya akan erti kepimpinan dan kesamaan antara
kami. Semua orang tidak kira bangsa mahupun agama haruslah dilayan sama rata.
Dengan berfikiran lebih terbuka dan luar daripada zon selesa, saya dapat mengenali
lebih ramai rakan dari kaum dan bangsa yang berlainan. Tambahan lagi, kami di
bahagikan kepada beberapa kumpulan berlainan kelas dan opsyen. Hal ini lebih
merapakatkan silaturahim di antara kami dan ramai di antara kami lebih mengenali
antara satu sama lain.
Kami juga diberi tugasan dan tanggungjawab untuk memastikan program ini
berjalan lancar. Antara tugas-tugas yang diberikan seperti tukang masak di ambil alih
secara bergilir-gilir agar semua peserta dapat merasai tugas yang berlainan dan
memberikan kami pengalaman yang lebih dalam program seperti ini.
Pada fasa 2 pula, kami telah di beri tugasan untuk melaksanakan program
kemasyarakatan. Kelas kami sepakat untuk memilih anak yatim kerana kami berasa
ini merupakan tanggungjawab kami untuk memberi kepada yang lebih memerlukan.
Pengalaman bersama anak-anak yatim sangat membuka mata saya sebagai seorang
insan yang masih mempunyai kedua ibu bapa berbanding yang sudah tiada.
Ketabahan anak-anak yatim ini meneruskan hidup tanpa ibu mahupun ayah
mereka memberikan inspirasi kepada kami guru pelatih terutama sekali kepada saya
kerana mereka menunjukkan sifat yang kental. Sesungguhnya, tanpa program seperti
ini, saya tidak akan dapat untuk merasai pengalaman yang sangat beharga ini.
Sepanjang perjalanan program ini juga, kami telah diberikan tugas yang
berlainan daripada tugas-tugas yang sebelumnya. Saya telah dilantik untuk menjadi
setiausa dan saya berasa tugas ini sangat sesuai untuk membantu saya untuk
berkomunikasi dengan masyarakat di luar kampus. Hal ini juga penting dalam
membina keyakinan saya ketika berhadapa dengan orang lain.

AHMAD ZAKARIA MAZLAN REFLEKSI BIG S10E-1006-0391
Bina Insan Guru Fasa 3 pula telah mengajar saya dan rakan-rakan akan
suasana di sekolah. Melalui program ini, kami didedahkan dengan situasi sebenar
persekolahan. Kami diberi peluang untuk menjalankan aktiviti di sekolah.
Sesungguhnya, pada awalnya, saya berasa agak kekok berhadapan dengan murid-
murid disekolah tersebut walhal mereka jauh lebih kecil dan muda daripada saya.
Perasaan janggal tidak dapat di elakkan ketika kami dikehendaki untuk mengawal
dan menjadi tutor kepada murid-murid tersebut.
Secara tidak langsung, BIG fasa ini mendorong kami untuk menyesuaikan diri
dengan suasana persekolahan dan murid-murid di sekolah. Tanpa saya sedari, lama
kelamaan saya semakin biasa bergaul dengan warga sekolah tanpa ada perasaan
janggal lagi kerana saya tahu saya akan berhadapan dengan semua ini pada masa
hadapan kelak.
Tambahan lagi, program ini memberikan peluang kepada kami untuk
mengaplikasikan teori-teori pembelajaran kami ke dunia yang sebenar sekaligus
meningkatkan keyakinan diri saya sebagai seorang guru pelatih dan menambahkan
lagi kemahiran sosial saya sebagai seorang bakal guru.
Seterusnya, dalam program BIG fasa 4, kami telah melakukan gotong-royong
mengkikut tempat yang telah ditugaskan. Kelas saya telah ditugaskan untuk
membersihkan dewan sekaligus menyusun atur dewan bagi program yang akan
berlangsung pada esok hari.
Sepanjang berlangsungnya program ini, kami sekelas ditemani oleh tutor kami
dalam gotong royong tersebut. Bukan sahaja program gotong royong ini merapatkan
hubungan saya dan rakan-rakan lain, malahan hubungan kami dan tutor juga. Saya
belajar tentang pentingnya menjaga kebersihan dan mengekalkan kebersihan adalah
tugas yang agak ringan tetapi ramai di antara kita kurang akan kesedaran terhadap
perkara ini. Oleh itu, adalah penting bagi semua orang untuk menjaga kebersihan
tidak kira dimana kita berada.
Sedikit sebanyak, kita akan dapat menolong meringankan beban pekerja yang
menjaga kebersihan di seluruh kampus dan kesedaran ini juga penting kerana tempat
yang bersih melambangkan identiti dan perangai penhuni sesuatu tempat itu.



AHMAD ZAKARIA MAZLAN REFLEKSI BIG S10E-1006-0391
BIG fasa 5 pula menekankan akan pengurusan sekolah-sekolah cemerlang
dan pengrurusan sekolah tersebut. Kami telah memilih SK Dato Hashim 2 kerena
jarak sekolah itu yang sangat dekat dengan kampus dan reputasi sekolah itu yang
sangat membanggakan terutama di kawasan Pengkalan Chepa.
Kami telah berjumpa dengan pengrusan sekolah yang memberikan seribu
satu maklumat akan pengurusan sekolah yang berkesan. Ternyata sistem perfailan
adalah sesuatu yang sangt penting dalam melancarkan sesuatu pentadiran dan
pengurusan sekolah. Guru besar juga memainkan pengalaman penting dalam
pengurusan sekolah dan hal ini telah menunjukkan kepada saya bahawa seorang
pemimpin haruslah memainkan peranan terlebih dahulu sebelum mula mengarah
anak-anak buahnya yang lain, jelas ditonjolkan oleh guru besar sekolah itu yang
terbukti sangat rajin dan berdedikasi dalam menguruskan sekolah.
Tidak lupa juga guru-guru di sekolah tersebut sangat berdisiplin dan
mengekalkan sifat tegas dalam membantu pihak pengurusan sekolah. Guru-guru
juga menyimpan fail-fail yang khusus bagi perkara-perkara tertentu untuk tidak
mengelirukan apabila diperlukan kelak. Hal ini memberikan gambaran kepada saya
bahawa guru-guru merupakan tunjang utama kepada sesebuah sekolah.
Tambahan lagi, kawasan sekolah yang cukup selamat walaupun berada ditepi
jalan yang sangat sibuk pada waktu puncak menunjukkan bahawa tidak ada alasan
untuk memastikan sekolah sebagai satu tempat yang selamat. Kawasan sekolah juga
bersih menunjukkan murid-murid juga sangat berdisiplin dan diterapkan dengan nilai
menjaga kebersihan. Hal ini membuktikan bahawa budaya sihat juga dapat di bentuk
dan semuanya bermula di sekolah.
Pencapaian murid-murid di sekolah itu juga sangat membanggakan tidak kira
di bidang akademik dan bukan akademik. Hal ini menunjukkan bahawa murid yang
cerdas dan bijak akademik bukan sahaja terbatas dalam satu bidang sahaja, malah
terdapat pelbagai bidang yang boleh mereka cuba. Semua ini juga disebabkan pihak
sekolah yang membuka pelbagai peluang kepada murid-murid di sekolah tersebut.
Dengan ini, banyak murid-murid yang akan lebih aktif tidak kira bidang dan hal
ini dapat menyumbangkan banyak manfaat kepada sekolah bahkan murid-murid itu
sendiri.


AHMAD ZAKARIA MAZLAN REFLEKSI BIG S10E-1006-0391
Akhir sekali adalah BIG fasa 6 yang telah diadakan di IPG Kota Bharu.
Ceramah yang membabitkan guru-guru cemerlang telah memberikan pelbagai idea
kepada kami guru pelatih untuk lebih berminda terbuka dalam menjadi seorang guru
yang berkompetensi pada masa hadapan kelak.
Ceramah dari guru cemerlang tersebut memberikan seribu satu idea kepada
kami cara untuk membuat pengajaran dan pembelajaran jauh lebih menarik dan
berkesan kepada murid-murid. Sesungguhkan mereka telah memberi inspirasi
kepada saya untuk mecuba pelbagai cara untuk mengajar kelak. Mereka juga
mempamerkan perwatakan guru cemerlang.
Untuk berada pada tahap mereka, banyak inovasi yang telah dihasilkan
mereka dalam membantu murid-murid dalam menghadapi masalah pembelajaran.
Inovasi-inovasi yang mereka hasilkan memberikan saya idea lain untuk mencipta
inovasi yang lain berdasarkan kepada matapelajaran yang saya ajar.
Berdasarkan ceramah mereka, saya merasakan ramai guru-guru yang sangat
berbakat di uar sana tetapi tidak ditonjolkan dan hal ini mungkin kerana guru tersebut
tidak mempunyai keyakinan. Tetapi mereka telah meyakinkan saya untuk mencuba
sesuatu yang baru dan kegagalan itu dijadikan sebagai batu loncatan kepada kami
para guru pelatih untuk tidak pernah mengalah dalam menghadapi cabaran-cabaran
mendatang.
Mereka juga telah menunjukkan bahawa guru-guru sangat digalakkan untuk
mencuba idea yang baru kerena banyak idea dapat membantu murid dalam belajar.
Hal ini boleh membantu murid dalam meningkatkan pencapaian diri murid sekaligus
menaikkan nama serta prestasi sekolah.
Kesimpulannya, program Bina Insan Guru telah mengajar saya sebagai
seorang guru pelatih ke arah yang terus untuk membina keperibadian yang bercorak
seorang guru. Bermula dari Fasa 1 hinggalah Fasa 6, kami telah dibimbing oleh para
pensyarah kami dalam bentuk program ini untuk menjadi seorang guru yang
berkebolehan dan dapat menangani semua perkara yang dilontarkan kepada kami.
Oleh itu, adalah penting bagi seorang guru untuk memiliki semua ciri-ciri yang
dibina dan dikembangkan melalui program-program sebegini.