Anda di halaman 1dari 9

Monday, August 30, 2010

Pembuangan Sampah Menjejaskan Alam Sekitar




Pada era globalisasi kini, alam sekitar semakin mencemar oleh sebab-sebab tertentu
seperti pencemaran udara, air, tanah, bunyi, pembalakan haram dan lain-lain. Pencemaran ini,
akan membawa kesan negatif kepada kesihatan kita di samping ketidakseimbangan bumi di
masa depan. Pertambahan aktiviti perindustrian sememangnya membawa pembangunan dan
kemakmuran kepada negara. Namun, pembangunan yang kurang terancang memberi
beberapa kesan sampingan terhadap persekitaran. Ini disebabkan pembangunan yang
dijalankan tidak disertakan dengan pemeliharaan alam sekitar.

Pembuangan sampah adalah salah satu punca pencemaran yang semakin serius pada
alam sekeliling kita. Antara sebabnya ialah orang membuang sampah merata-rata adalah
kerana mereka tidak mahu bergerak jauh untuk ke tempat pembuangan sampah atau tidak
mahu membayar yuran penggunaan tapak pelupusan sampah, lalu mereka menceroboh harta
awam. Selain itu, sikap tidak bertanggungjawab individu dan masyarakat yang membuang
sampah sesuka hati, membuang sisa industri, penebangan hutan dan sebagainya.

Punca yang seterusnya, kurang pendidikan menyebabkan masih ramai yang belum
faham dan tahu tentang betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan kita. Mereka juga
tidak tahu apakah akibatnya atau kesannya kepada kesihatan kita. Di samping itu,
penguatkuasaan undang-undang yang lemah pihak penguatkuasa yang kurang tegas, mudah
di tipu dan disuap dengan wang dan kekayaan, walaupun undang-undang sudah ada tetapi
jika tiada pelaksanaannya maka sia-sia. Semua faktor ini telah menjejaskan alam sekitar yang
serius pada hari ini.
Kesan kesan pencemaran pembuangan sampah adalah sampah yang mengandungi
kimia atau bahan organik seperti sisa-sisa makanan dan najis, jika dibuang secara berterusan
ke dalam kawasan air boleh menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang
berlebih-lebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya proses eutrophication
dimana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebih-lebihan dan apa bila
alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan atau decompose alga tersebut akan
mempergunakan jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain
tidak dapat hidup kerana kekurangan oksigen.
Kesan yang seterusnya ialah pembuangan sampah merata-rata tempat akan
menjejaskan kesihatan masyarakat sekeliling alam sekitar serta memberi impak kepada
negara kita . Sisa-sisa pembuangan sampah boleh membawa pelbagai penyakit seperti demam
denggi, keracunan makanan dan sebagai. Misalnya, pembuangan sampah di dalam air boleh
menyebabkan nyamuk Aedes membiak di dalam air dan boleh menyebabkan penyakit deman
denggi kepada orang sekeliling serta boleh membawa maut. Selain daripada itu, memberi
kesan visual yang negatif. Ianya juga boleh menjejaskan imej sesuatu kawasan itu dan
memberikan gambaran bahawa penduduk dikawasan itu tidak pembersih walaupun hanya
disebabkan oleh sebahagian daripada masyarakat sahaja.
Tambahan pula, kesan pembuangan sampah boleh menwujudkan pencemaran udara di
alam sekeliling. Sampah sarap yang membuang rata-rata atau tidak menguruskan dengan baik
akan berbau busuk serta dapat nyamuk Aedes membiak di situ, lalat, dan menjadi tempat
makanan ternakan. Ini akan menyebabkan tempat pembuangan sampah semakin kotor dan
busuk. Maka bauan dan kotoran akan menjejaskan kehidupan sekeliling perumahan itu.
Langkah langkah untuk mengatasi masalah pembuangan sampa ialah penguatkuasa
undang-undang haruslah mengetatkan undang undang lagi seperti memberi saman atau
penjara atau kedua-duanya bagi sesiapa membuang sampah di tempat awam dan harus
memberi hukum berat bagi sesiapa membuang rokok di tempat larangan merokok atau di
stesen minyak dan sebagainya. Selain langkah itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang
penting. Mereka harus mendidik anak anak mereka sejak kecil lagi bagaimana untuk
membuang sampah dengan cara yang betul.
Langkah yang seterusnya, organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab
remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah
harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di sekolah
serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar si anak-anak
murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Di samping itu, langkah yang seterusnya adalah kita sebagai individu memainkan
peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-
barang yang boleh digunakan semula, menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-
barang yang diproses semula dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak
diperlukan. Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar.



Program kitar semula juga adalah salah satu langkah yang baik untuk menggelakan
masalah pembuangan sampah. Kebaikan program kitar semula dari segi sosial ialah apabila
pemulihan bahan daripada sampah sarap jika diurus dengan baik boleh menjana peluang kerja
baru dan sampah sarap yang berasal dari sayur-sayuran atau bahan makanan yang dipulih
daripada sampah sarap boleh diguna sebagai makanan ternak. Kebaikan dari ekologi ialah
untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi seperti air, tumbuh-tumbuhan, mineral dan
sebagainya.

Selain itu, program kitar semula ini juga mempunyai kebaikan dari segi ekonomi dan
alam sekitar. Dari segi ekonomi ialah bahan-bahan hasil kitar semula memerlukan sedikit
tenaga dalam loji pemprosesan dibandingkan dengan pembuatan daripada bahan mentah
semula jadi yang menyebabkan penjimatan tenaga. Pemakaian semula hasil pengitaran
semula boleh menurunkan kos pengimportan bahan-bahan bagi negara-negara sedang
membangun. Bahan-bahan seperti logam, kertas, kaca, plastik dan getah jika dikitar semula
boleh mengurangkan pengimportan dari negara lain. Kebaikan dari segi alam sekitar pula
ialah apabila amalan pengitaran semula boleh mengurangkan kuantiti bahan buangan yang
harus dilupus sehingga mengurangi tempat yang diperlukan untuk tapak pelupusan, selain itu
pengitaran semula boleh menyuburkan tanah

Sebagai kesimpulannya, kesemua langkah ini mesti dijalankan dengan cara yang betul
supaya dapat menaggelakan masalah pembuangan sampah. Memelihara alam sekitar dengan
bersih adalah tanggungjawab bagi semua masyarakat. Di mana negara bersih rakyat sihat.

Disediakan oleh Foo Ke Sin (207495)
http://ceritatentangalam.blogspot.com/2010/08/pembuangan-sampah-menjejaskan-
alam.html

KEKALKAN KEBERSIHAN KE ARAH KEINDAHAN
PERSEKITARAN
Kebersihan asas kesihatan. Oleh itu kekalkan kebersihan Bandar Alor Setar. Hindarkan dari
tabiat membuang sampah merata-rata. Sikap mengotorkan alam sekitar akan hanya
mencemarnya dan bakal menimbulkan penyakit. Bantulah diri anda dengan membantu
MPKS. Amalkan kebersihan ke arah kehidupan yang selsesa dan sejahtera!
SAMPAH DAN JENIS-JENISNYA
Terdapat beberapa jenis sampah. Bagi memudahkan anda mengenalinya, kami telah
mengklasifikasikannya seperti di bawah :
Sampah Domestik Sampah ini adalah hasil atau bahan buangan dari isi rumah. Ini
termasuklah sisa makanan, habuk dan debu.
Sampah Kebun Hasil atau bahan buangan dari persekitaran rumah atau taman akan
menjejaskan keindahan persekitaran. Sampah ini terdiri daripada ranting pokok, rumput,
dahan-dahan kayu dan lain-lain
Sampah Perniagaan/Pejabat Perniagaan/pejabat akan terlibat dengan proses perniagaan,
perdagangan dan pengurusan. Bahan buangan dari syarikat seumpama ini ialah kertas, kotak,
alat tulis dan fail yang tidak terpakai, stensil dan sebagainya.
Sampah/Sisa Binaan Kerja-kerja binaan atau pengubahsuaian bangunan akan menghasilkan
bahan buangan seperti batu, kayu, simen, paku, besi dan bahan buangan lain.
Sampah Perindustrian Hasil atau bahan buangan dari proses perindustrian yang
berkemunginannya bertoksik atau tidak bertoksik akan mencemarkan alam sekitar.
CARA YANG BETUL MEMBUANG SAMPAH
Sampah Domestik/Perniagaan Masukkan sampah rumah dan perniagaan ke dalam karung
plastik dan ikatkannya dengan kukuh. Kemudiannya masukkan ke dalam tong sampah yang
sempurna. Bagi penghuni rumah pangsa, buangkan karung plastik yang berisi sampah ke
dalam tong sampah berpusat yang disediakan.
Sampah Kebun Sampah kebun yang kecil dan sedikit seperti rumput, daun-daun dan ranting
hendaklah dimasukkan ke dalam karung plastik. Pastikan anda mengikatnya dengan kukuh
sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Untuk membuang sampah kebun yang
banyak dan berat seperti dahan-dahan kayu, MPKS menyediakan tapak pembunagan sampah
seluas lebih kurang 40 ekar.
Sampah Binaan Setiap kontraktor yang terlibat dengan kerja pembinaan hendaklah
membuang sampah mereka sendiri. Sekiranya kontraktor gagal berbuat demikian, penghuni
atau pemilik bangunan akan bertanggungjawab.
TAPAK PEMBUANGAN MPKS
Sampah Perindustrian Pemilik industri hendaklah membuang sampahnya sendiri(jika
sampah biasa) di tapak pembuangan sampah MPKS. Sekiranya bahan buangan ini
mempunyai sisa toksik, sisa ini hendaklah dilupuskan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan
Alam Sekitar.
Tapak pelupusan/pembuangan sampah MPKS seluas 40 ekar terletak di Jabi iaitu 17 km dari
Alor Setar. Pihak kami mengamalkan sistem sanitary landfill untuk memberi keselesaaan dan
kesejahteraan kepada orang ramai
LARANGAN MEMBUANG SAMPAH
Setiap pesalah akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya :
Membuang sampah merata-rata
Melonggokkan sampah di bahu jalan, tanah lapang dtau di perkarangan bangunan
Membakar sampah di tempat-tempat awam
http://mpks.tripod.com/panduan.html






PEMBUANGAN SAMPAH SECARA LESTARI
Pembuangan Sampah Secara Lestari

Pengguna domestik menghasilkan dua jenis sisa pepejal, iaitu sisa organik dan sisa daripada
bahan-bahan pembungkusan barangan yang dibeli. Bahan organik boleh mereput dengan
mudah. Namun, sesetengah bahan pembungkusan tidak boleh mereput dengan cepat.
Sektor industri sewajarnya mulai mencari bahan alternatif untuk pembungkusan. Terdapat
benyak penemuan teknologi yang terkini dalam sektor ini. Industri-industri di Malaysia patut
melihat kepada perubahan yang lestari.
Industri makanan akan menjadi sektor yang sukar ditangani kerana peraturan keselamatan
makanan yang sedia ada berkenaan dengan pembungkusan. Walau bagaimanapun, kita boleh
bermula dengan tidak menggunakan bekas-bekas stirofoam untuk membungkus makanan di
restauran dan gerai-gerai makanan.
Terdapat bekas-bekas yang di perbuat daripada serat tumbuhan dan juga serat pokok kelapa
sawit yang berasaskan kertas. Pengunaan perkakas keluli nirkarat (stainless steel) dan
barangan gelas juga boleh dipertimbangkan. Barangan ini boleh digunakan semula selepas
mencucinya dengan bersih.
Industri-industri lain boleh memilih untuk menggunakan kotak-kotak dan pembungkus
berasaskan kertas. Botol gelas dan pembungkus berasaskan logam juga boleh menjadi
pilihan. Bahan-bahan ini boleh digunakan dan dikitar semula. Pelebelan akan menjadi lebih
penting, kerana sentiasa mengingatkan pengguna untuk guna semula dan kitar semula.
Apakah Yang Perlu Anda Lakukan?
1. Bersikap cerewet semasa memilih barangan dan ketahui hak-hak anda sebagai pengguna.
2. Ada diantara kita boleh mengelakkan pengunaan hampir 15 beg plastik jika kita membawa
beg sendiri untuk membeli belah.
3. Memilih barangan yang ingin dibeli sahaja. Jangan membeli lebih daripada pengunaan. Ini
akan menyebabkan kekurangan barangan dalam pasaran dan juga pembaziran.
4. Jangan terikut-ikut dengan jualan murah atau potongan harga. Perancangan pembelian juga
merangkumi pemilihan jenis produk.
5. Belilah produk mesra alam yang diktiraf, kerana ini menunjukan anda telah membantu
mengurangkan beban kepada alam sekitar.
6. Belilah barangan yang mempunyai bahan pembungkusan yang boleh diguna semula dan
dikitar semula (kertas, kaca dan logam).
7. Pengasingan sampah yang dihasilkan di rumah patut dibuat. Dengan cara ini kita boleh
mengumpul dan menjual barangan ini.
8. Terdapat juga pusat pungutan bahan kitar semula yang menjalankan aktiviti amal daripada
hasil pendapatan. Hantarlah bahan-bahan yang boleh dikitar semula untuk tujuan ini.
9. Meletakkan lebih banyak tong kitar semula dan pastikan persatuan-persatuan penduduk
serta pengurusan bangunan pejabat mengambil bahagian.
Kita juga patut sedar akan kewujudan pusat pungutan di kompleks-kompleks membeli belah.
Pengurangan sisa yang dihasilkan di Malaysia tidak dapat dilakukan oleh satu pihak sahaja.
Ia melibatkan usaha bersama pengguna, industri dan kerajaan. Dengan kerjasama yang erat
ini kita dapat mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar.
Sumber : Berita Harian
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/alam-sekitar/4242-pembuangan-sampah-secara-
lestari.html
3/11/2012
Pembuangan Sampah Merata-rata
Pembuangan sampah dimerata-rata tempat: Kesannya kepada alam sekitar.

1. Kejadian pembuangan sampah dimerata-rata tempat masih dapat dilihat berlaku dinegara kita ini.

2. Kesannya kepada alam sekitar adalah tertakluk kepada jenis barang-barang yang dibuang itu.

3. Walaubagaimanapun, sepertimana yang telah diperhatikan, jenis sampah yang sering di buang
dimerata-rata tempat adalah sampah yang terdiri daripada sisa-sisa makanan termasuk bahan-bahan
bungkusan makanan dan minuman.

4. Jenis sampah seperti ini, jika dibiarkan akan menyebabkan keadaan sekeliling berbau busuk dan
juga seterusnya menarik tikus dan lalat yang mana merupakan pembawa penyakit.

5. Barang-barang yang dibuang itu juga selalunya terdiri daripada bekas-bekas yang boleh menakung
air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

6. Selain daripada itu, sampah-sampah yang terdiri daripada benda-benda tajam seperti pecahan kaca
dan potongan tin juga akan menyebabkan kawasan yang dikotori itu berbahaya kepada keselamatan.

7. Dari apa yang diperhatikan juga, benda utama sampah-sampah yang dibuang dimerata-rata tempat
adalah benda-benda plastik, terutamanya beg plastik dan botol plastik.

8. Sepertimana yang diketahui benda yang diperbuat daripada plastik konvensional, tidak mudah reput
dan jika tidak dibersihkan ianya akan kekal untuk mencemari kawasan itu.

9. Walaupun masalah pembuangan sampah-sarap dimerata-rata tempat di darat ini lebih ketara dilihat
tetapi masalah pembuangan sampah-sarap ke dalam air akan menimbulkan lebih banyak masalah
kepada alam sekitar terutamanya kepada hidupan-hidupan didalam air.

10. Sebagai contoh, satu laporan Programme Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau
dikenali sebagai UNEP menyatakan bahawa diantara mangsa kematian dikalangan hidupan laut
seperti: penyu, ikan, burung, ikan lumba-lumba dan anjing laut adalah disebabkan oleh tertelan benda
plastik. Mereka juga telah menggangarkan bahawa diseluruh dunia sebanyak lebih kurang seratus ribu
ekor mamalia laut dan penyu mati setiap tahun disebabkan oleh sampah plastik.

11. Selain daripada kesan secara fizikal, sampah yang mengandungi kimia atau bahan organik seperti
sisa-sisa makanan dan najis, jika dibuang secara berterusan kedalam kawasan air yang sama boleh
menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebih-lebihan. Keadaan ini boleh
menyebabkan berlakunya process eutrophication dimana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga
tumbuh berlebih-lebihan dan apa bila alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan atau decompose
alga tersebut akan mempergunakan jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air
yang lain tidak dapat hidup kerana kekurangan oksigen.

12. Selain daripada itu, pembuangan sampah kedalam laluan air seperti longkang dan anak sungai
juga boleh menimbulkan masalah banjir atau memburukan lagi keadaan banjir disesuatu kawasan
disebabkan longkang-longkang atau anak sungai yang mengalirkan air keluar dikawasan itu tersumbat
oleh sampah sarap.

13. Contoh-contoh kesan yang diberikan ini hanyalah bagi sampah-sarap biasa. Sepertimana yang
telah disebutkan lebih awal kesan pembuangan sampah dimerata-rata tempat kepada alam sekitar
adalah tertakluk kepada jenis barang-barang yang dibuang itu. Sudah setentunya sisa-sisa yang terdiri
daripada bahan-bahan berbahaya dan toksik akan menyebabkan kesan yang berlainan lagi. Tetapi,
alhamdulilah masalah pembuangan bahan-bahan seperti itu di merata-rata tempat tidak sering berlaku.

14. Selain daripada kesan kepada alam sekitar salah satu daripada kesan pembuangan sampah-sarap
dimerata-rata tempat ini adalah kesan visual yang negatif. Ianya juga boleh menjejaskan imej sesuatu
kawasan itu dan juga boleh memberikan gambaran bahawa penduduk dikawasan itu tidak pembersih
walaupun hanya disebabkan oleh sebahagian daripada masyarakat sahaja, sepertimana peribahasa
sebab nila setitik rosak susu sebelangga.

15. Oleh yang demikian, setiap individu itu perlu mengelakkan daripada membuang sampah dimerata-
rata tempat atau ditempat yang bukan dikhaskan. Menjaga kebersihan sesuatu kawasan tersebut
adalah penting untuk menjaga kesihatan, keselamatan dan keselesaan bersama.

16. Sebagai contoh, perbuatan membuang sampah ringan daripada kereta jika sering berlaku juga
akan menyebabkan keadaan persekitaran yang kotor seperti yang dapat dilihat pada misalnya
disepanjang jalan raya menuju pos-pos kawalan sempadan ataupun ditempat penantian ferri dan
seumpanya. Memandangkan tempat-tempat ini juga merupaka salah satu tempat pintu masuk ke
negara kita iannya memberikan gambaran awal yang tidak baik.

17. Tambahan lagi negara kita berusaha untuk memperomosikan industri pelancongan dinegara kita
ini. Ianya adalah amat mendukacitakan apabila kita melihat kawasan-kawasan riadah seperti pantai-
pantai dan taman-taman peranignan dicemarai oleh sampah sarap yang disebabkan oleh pengunjung
tempat itu sendiri. Ini termasuk juga kawasan-kawasan hutan dimana sering berlaku pengembara
berjalan kaki meninggalkan sampah di dalam kawasan-kawasan hutan. Saya percaya salah satu daya
tarikan kawasan-kawasan seperti ini adalah keadaa

n keasliannya yang bersih dan segar. Oleh yang demikian jika kawasan tersebut sudah dicemari oleh
sampah maka ianya tidak akan begitu menarik lagi dan untuk membersihkan kawasan-kawasan
terpencil seperti ini tidak mudah.
http://adik2ku.blogspot.com/2012/03/pembuangan-sampah-merata-rata.html