Anda di halaman 1dari 1

Model Ricardo ini juga menjelaskan bahawa wujud perhubungan yang rapat antara buruh, modal dan

pengeluaran makanan. keupayaan buruh menghasilkan lebihan akan menggalakkan kapitalis membuat
pelaburan semula sebahagian daripada lebihan itu dengan mengambil lebih banyak buruh dan ini akan
menghasilkan pengeluaran makanan yang lebih tinggi dan lebih ramai penduduk yang boleh disara.




Beliau menyatakan bahawa apabila Negara mampu mengeluarkan barang dengan banyak bersama kos
pengeluaran yang paling sedikit berbanding dengan Negara lain yang mengeluarkan barang yang sama
adalah lebih baik. Teori ini juga berkaitan dengan perdagangan antarabangsa.

Sebagai contoh, Malaysia dan Thailand sama-sama mengeluarkan beras dan getah. Malaysia mampu
mengeluarkan getah dengan banyak bersama kos pengeluaran yang sedikit. Manakala Thailand mampu
mengeluarkan beras dengan banyak bersama kos pengeluaran yang sedikit. Keadaan ini menunjukkan
bahawa, masing-masing mempunyai kekuatan untuk mengeluarkan satu jenis pengeluaran sahaja.
Apabila bertambah jenis pengeluaran yang ingin dikelurakan, ia akan mengurangkan kemampuan yang
sedia ada.

Jika kedua-dua Negara hanya menumpukan kepada satu pengeluaran sahaja, tanpa melakukan
pengeluaran yang lain, keadaan ini akan membawa kepada fokus pengeluaran malah akan mampu
untuk meningkatkan tahap pengeluaran. Dalam teori kemantapan perbandingan ada menyatakan
bahawa, sebuah Negara perlu fokus kepada hanya satu bidang pengeluaran sahaja. Jika Malaysia
mampu mengeluarakan getah lebih banyak bersama kos yang paling minimum berbanding Thailand,
maka Malaysia perlu mengeluarakan hanya satu bidang pengeluaran sahaja.

Manakala, Thailand pula mampu mengeluarkan beras dengan banyak bersama kos pengeluaran yang
sedikit berbanding Malaysia, hanya perlu fokus kepada pengeluaran beras sahaja. Inilah yang
dimaksudkan dengan permantapan perbandingan oleh David Ricardo. Bagi Malaysia yang tidak
mnegeluarkan beras, boleh mengimport beras dari Thailand. Manakala Thailand pula mengimport getah
daripada Malaysia. Masing-masing Negara ini menjalankan aktiviti import dan eksport. Hal ini yang
dimaksudkan oleh David akan meningkatkan tahap perkembangan ekonomi dalam sesebuah Negara.

Anda mungkin juga menyukai