Anda di halaman 1dari 1

Dalam konteks globalisasi, fokus perhubungan industri mengalami perubahan yang

cepat. Pertama, terdapat peningkatan penghargaan yang relevan secara langsung


terhadap hubungan bruh dan pengurusan sumber manusia kepada prestasi
perusahaan serta daya saingnya (misalnya produktiviti dan kualiti
barangan dan perkhidmatan, kos buruh, kualiti tenaga kerja, motivasi, pencegahan
pertikaian dan bukan sahaja penempatan mereka). Kedua, walau di negara-negara
di mana banyak keputusan utama dalam perhubungan industri telah dilakukan
pada peringkat makro (misalnya New Zealand, Australia, India), lebih banyak
perhatian kini ditumpukan kepada hubungan di peringkat tempat kerja. Ini dilihat
sebagai satu keperluan untuk meningkatkan fleksibiti dan tindak balas yang lebih
cepat terhadap perubahan apabila diperlukan, dan membangunkan prosedur-
prosedur di tempat kerja dan mekanisme yang boleh menyumbang kepada lebih
banyak hubungan kerjasama antara pihak pengurusan dan pekerja, inovasi, kualiti
tinggi dan sambutan pelanggan. Bagi kerajaan yang terlampau campur tangan
dalam pasaran buruh, boleh menimbulkan masalah dalam mencari keseimbangan
yang tepat dalam campur tangan mereka di perhubungan perindustrian. Untuk
majikan dan pekerja di sesebuah organisasi, anjakan atau peralihan tekanan
kepada hubungan di tempat kerja akan disifatkan sebagai penyerahan "produk
baru" kepada ahli-ahli mereka jika mereka mahu untuk kekal relevan. Misalnya,
mereka perlu mebantu ahli-ahli mereka dalam membangunkan kemahiran yang
diperlukan untuk menguruskan perhubungan di tempat kerja. Ketiga, tahap
pendidikan dan yang lebih tinggi, terutamanya dalam negara-negara
perindustrian di Asia, memaksa pemikiran semula tentang bagaimana manusia
sepatutnya diuruskan. Keperluan terhadap penglibatan pekerja lebih besar dalam
membuat keputusan perusahaan, tidak lebih bercakap mengenai perkongsian
maklumat dan perundingan akan semakin dihargai. Di negara-negara yang lebih
maju

Anda mungkin juga menyukai