Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN KEMAHIRAN HIDUP PBS

SOALAN 1
1.0. PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DI
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 10 LEKIR, SITIAWAN PERAK.
1.1. ORGANISASI DAN JADUAL TUGASAN
Organisasi bengkel adalah perkara utama yang perlu diwujudkan diawal permulaan
sesi mengajar guru bagi memastikan bengkel dapat diuruskan dengan lebih lancar dan
teratur. Kerja-kerja rutin dibengkel akan berjadualsecara teratur dan lebih sistematik. Aspek
kebersihan dan keselamatan mesti diutamakan dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di bengkel KH. Melalui organisasi bengkel murid berpeluang mempelajari
aspek kerjasama dalam kumpulan serta mempraktikkan amalan kerja yang teratur serta
selamat. Murid dapat bersama menglibatkan diri dalam aspek teknikal penyelenggaraan
alatan dan bagunan sepanjang pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup. Murid dapat
menimba pengalaman baru yang boleh diaplikasikan di rumah bagi membantu ibubapa
masing-masing.
Organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam
sesuatu pertubuhan untuk tujuan tertentu (kepentingan bersama). Mengorganisasikan
bermaksud menyusun menjadi kesatuan yang tersusun . Organisasi bengkel adalah sistem
pengurusan berasaskan kerjasama guru dan murid. Pengurusan organisasi bengkel
bertujuan untuk memastikan bengkel berada dalam keadaan selamat dan terkawal semasa
digunakan. Ianya juga satu sistem pengurusan yang memerlukan kerjasama antara
pentadbir, guru dan murid.
Menurut pekeliling ikhtisas 4 /1986 panitia mata pelajaran struktur dan organisasi,
organisasi bengkel dianggotai semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di
sesebuah sekolah. Ianya dipimpin oleh seorang guru kanan sebagai ketua panitia yang
dilantik oleh pengetua atau guru bear sekolah. Bermaksud semua ketua panitia menjadi ahli
jawatankuasa kurikulum sekolah. Setiap keputusan dalam mesyuarat panitia dibawa oleh
ketua panitia kepada guru besar atau guru penolong kanan untuk makluman dan tindakan
setiap guru bertanggungjawab meningkatkan mutu dan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran denganberikhtiar dan berusaha mendapatkan strategi-strategi mengajar
yang inovatif dan boleh mendorong kecenderungan murid terhadap pembelajaran bagi
memperbaiki prestasi pelajar dalam peperiksaan berasaskan target yang ditunjukkan dalam
rancangan akademik sekolah. Organisasi mewujudkan semangat bekerjasama diantara
panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab. tujuan diwujudkan panitia
Tujuan organisasi bengel adalah bagi memastikan bengkel perlu diurus. Terdapat
beberapa tujuan lain, seperti :

LAPORAN KEMAHIRAN HIDUP PBS

Membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.
mengelakkan kemalangan.
Memudahkan aktiviti yang dijalankan.
Dapat mengemaskinikan bekalan bahan yang hendak digunakan
Guru juga dapat menentukan alatan atau bahan yang dibeli sesuai dan mengikut
spesifikasi.
Membantu guru memastikan bengkel dalam keadaan teratur dan kemas.
Dapat melatih murid bersifat bekerjasama dan bertanggungjawab bagi memastikan
sistem pengurusan di bengkel lebih teratur dan bersistematik .




























LAPORAN KEMAHIRAN HIDUP PBS

1.2. ORGANISASI BENGKEL

Guru perlu peka kepada kemungkinan berlaku kemalangan memastikan peraturan
bengkel sentiasa dipatuhi murid melakukan kerja amali secara sistematik dan menentukan
alatan yang akan digunakan selamat sentiasa mengawasi penggunaan alat dengan betul.
Guru perlu meastikan murid mengambil alatan yang hendak digunakan sahaja dan
memastikan murid memakai alat perlindungan semasa melakukan aktiviti guru kemahiran
hidup.
Tugas fomen pula membantu guru semasa berada di dalam bengkel memastikan
murid mematuhi peraturan bengkel dan memastikan alatan tangan setiap kumpulan
mencukupi . Fomen perlu melaporkan kepada guru jika berlaku kemalangan memastikan
bengkel dalam keadaan bersih fomen. Tugas penolong fomen membantu fomen di dalam
bengkel mengambil alih tugas fomen dan memastikan murid mematuhi peraturan bengkel .
Penolonh formen perlu memastikan alatan tangan setiap kumpulan mencukupi dan
diletakkan ditempatnya semula. Dia juga perlu melaporkan kepada fomen dan guru jika
berlaku kemalangan dan memastikan bengkel dalam keadaan bersih penolong fomen.
Tugas ketua kumpulan memastikan ahli kumpulan menjalankan tugas. Dia juga perlu
memastikan alatan tangan setiap kumpulan mencukupi dan melaporkan kepada guru jika
berlaku kemalangan. Dia juga perlu memastikan kumpulan dalam keadaan bersih dan
mengambil bahan yang akan digunakan untuk ahli kumpulan. Dia juga perlu
membentangkan hasil kerja kumpulan. Tugas ahli kumpulan pula perlu menyenggara alatan
tangan dan menyimpan alatan yang telah digunakan. Mereka juga perlu menjalankan tugas
mengikut jadual yang telah ditetapkan iaiatu membuka dan menutup tingkap, suis kipas dan
Guru
Formen
Penolong
formen
Kumpulan
1,2,3,4
LAPORAN KEMAHIRAN HIDUP PBS

lampu serta membersihkan meja setelah selesai melakukan aktiviti ahli kumpulan.
Pengurusan bengkel bertujuan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan tugasan,
peraturan, kebersihan dan mengelakkan kemalangan

Contoh Jadual Tugasan :


TUGASAN


Minggu
1


Minggu
2


Minggu
3


Minggu
4
Menyapu lantai
Menutup tingkap dan menyusun kerusi
Meyimpan alatan dan bahan



















LAPORAN KEMAHIRAN HIDUP PBS

1.3. PERATURAN DAN KESELAMATAN
Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja berada dalam
persekitaran yang kondusif serta suasana bengkel KH yang teratur dan selamat tanpa
berlakunya kemalangan ataupun kecederaan. Keselamatan bengkel meliputi aspek yang
berikut:
(i) Keselamatan am
(ii) Keselamatan diri dan rakan
(iii) Keselamatan alatan dan bahan
i) Keselamatan Am
Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan
menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid. Rambut mestilah pendek
dan kemas. Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam
apron. Lengan baju yang panjang dilipat kemas. Sebelum memasuki bengkel, murid
perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya. Keadaan
persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur.
Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel.
ii) Keselamatan Diri dan Rakan
Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan. Pakailah pakaian yang
sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel. Pakai apron dan kasut getah yang
bertutup. Bagi murid yang mamakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika
berkerja.Bagi murid-murid perempun,rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang
bertudung, pastikan tundung dipakai dengan kemas. Jangan bermain atau bergurau-senda
semasa berada di bengkel KH. Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu
sesama ahli kumpulan. Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel.
iii) Keselamatan Alatan dan Bahan
Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum
murid boleh menggunakannya. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting
bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak. Perancangan penggunaan alatan dan
bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek. Alatan perlu dibersihkan dan
dipulangkan kembali ke stor setelah selesai penggunaannya. Penyimpanan bahan mudah
terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik
oleh guru. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel.





LAPORAN KEMAHIRAN HIDUP PBS

1.4. SUSUNAN BAHAN
Alatan-alatan yang diletakkan di dalam bilik kemahiran hidup perlulah diletakkan dan
disusun mengikut susunan dan disimpan dengan cermat agar dapat menjamin keselamatan
penggunaanya. Keselamatan merupakan aspek pertama yang perlu dititikberatkan dalam
bengkel kemahiran hidup kerana peralatan yang digunakan boleh mencederakan
penggunanya.
Susunan yang kemas dapat dilihat didalam bengkel yang terdapat di Sekolah
Kebangsaan Sk Batu 10 Lekir Sitiawan Perak. Hal ini kerana, susunan yang kemas dapat
menjamin keselamatan pengguna di bengkel. Alatan yang diletakkan juga hendaklah
tersusun dan tidak diletakkan di dalam keadaan yang bersepah supaya dapat menjadikan
kawasan bengkel kelihatann bersih dan teratur.











Alatan juga perlu diletak mengikut susunan yang betul. Ini dapat dilihat di bengkel
SK Batu 10 Lekir yang mana bengkel tersebut meletakkan alatan-alatan secara tersusun
dan mengikut jenis. Alatan yang tajam diletakkan dibelakang dan kedudukannya diatas bagi
menjamin keselamatan kawasan bengkel kemahiran hidup. Peralatan seperti ini amat
berbahaya dan perlu diletakkan ditempat yang betul agar dapat menjamin keselamatan dan
juga pengguna alatan bahan bengkel kemahiran hidup.
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 4 Gambar 3
LAPORAN KEMAHIRAN HIDUP PBS

1.5. SUSUNAN KERJA PELAJAR
Di dalam bengkel kemahiran hidup di Sekolah Kebangsaan Batu 10 Lekir, guru
kemahiran meletakkan kerja murid dibelakang bilik darjah dengan kemas dan tersusun.
Kerja murid diletakkan di satu tempat agar murid murid dapat merujuk kerja tersebut pada
masa akan datang walaupun terdapat beberapa kekangan dari segi ruang dan tempat.
Susunan kerja murid perlu ditayangkan di dalam bengkel kemahiran hidup kerana
ianya sebagai bukti bahawa murid telah melakukan kerja kerja-kerja tersebut di dalam
bengkel kemahiran hidup. Kerja-kerja seperti pertukangan dan reka bentuk diletakkan
dengan tersusun didalam kotak agar tidak kelihatan bersepah dan berserabut bagi mengisi
ruang secara optimum. Kerja seperti jahitan diletakkan di atas papan playwood dan
diletakkan di dinding di belakang bilik darjah. Susunan dan kekemasan amatlah penting di
dalam bengkel agar semuanya kelihatan teratur dan tersusun.






Seterusnya, kerja murid perlulah disimpan dan tidak dibuang. Ini kerana hasil kerja
murid dapat dijadikan bahan pameran untuk membuatkan bengkel kemahiran hidup agar
kelihatan meriah dan bagus. Persekitaran yang menarik dapat menarik minat para peajar
untuk belajar. Guru guru haruslah peka terhadap minat dan kecenderungan pelajar. Hasil
kerja yang pelajar tunjukkan dapat mengasah bakat serta kecenderungan para pelajar.





Gambar 5
LAPORAN KEMAHIRAN HIDUP PBS

1.6. SUSUNAN BILIK DARJAH
Bilik darjah merupakan tempat untuk pelajar-pelajar duduk untuk menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran. Suasana bilik darjah penting dalam membentuk semangat
para pelajar untuk belajar dalam keaadaan yang selesa. Banyak elemen yang perlu diambil
kira dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya ialah susunan bilik darjah.
Berdasarkan lawatan kami ke SK Batu 10 Lekir, susunan dalam makmal kemahiran
hidup kelihatan amat tersusun dan kemas. Kedudukan dan susunan meja dan kerusi yang
teratur amat penting agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan
sempurna. Susunan meja dan kerusi dalam makmal kemahiran hidup SK Batu 10 Lekir
bercirikan pulau di mana meja dan kerusi disusun secara berpusat.







Susunan ini sesuai untuk para pelajar menjalankan aktiviti atau projek kemahiran
hidup secara berkumpulan. Apabila kelas kemahiran hidup tiada, kerusi-kerusi disusun
dengan cermat di mana ianya diterbalikkan dan diletakkan di atas meja. Hal ini amat efektif
di mana ianya membuatkan kelas kelihatan kemas, bersih, tersusun serta lapang. Di
samping itu, susunan seperti ini dapat mengelakkan kemalangan yang mungkin akan terjadi
disebabkan makmal yang serabut dan tidak tersusun.
Walaupun begitu, terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan seperti
saiz bengkel Kemahiran Hidup kecil terlalu kecil untuk memuatkan bilangan meja dan kerusi
bagi menampung bilangan pelajar yang terlalu ramai. Hal ini menyebabkan proses PdP
sedikit terganggu.
Kesimpulannya, susunan bilik darjah merupakan elemen penting yang diperlukan
bagi proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Gambar 6
LAPORAN KEMAHIRAN HIDUP PBS

1.7. KESELAMATAN BENGKEL
Menjaga keselamatan amat dititikberatkan dalam makmal kemahiran hidup di setiap
sekolah di seluruh malaysia. Sebagai guru makmal kemahiran hidup, kita mestilah
menitikberatkan keselamatan para pelajar supaya dapat mengelakkan kemalangan daripada
berlaku.
Dalam aspek keselamatan bengkel, peraturan-peraturan bengkel diwujudkan untuk
pelajar-pelajar patuhi. Hal ini kerana untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diingini
daripada berlaku. Antara peraturan yang diwujudkan dalam bengkel kemahiran hidup ialah
peraturan keselamatan menggunakan peralatan elektrik di bengkel kemahiran hidup.
Peraturan ini diwujudkan untuk para pelajar patuhi semasa mengendali peralatan elektrik.
Jika peraturan ini tidak dipatuhi, para pelajar mungkin akan tercedera dan terlibat dalam
kemalangan yang tidak diingini.









Selain itu, penyediaan alat pemadam api dan peti pertolongan cemas juga
ditempatkan di dalam bengkel kemahiran hidup. Peti pertolongan cemas dan alat pemadam
api hendaklah diletakkan di tempat yang selamat dan mudah dicapai. Hal ini memudahkan
guru untuk mencapai alatan ini untuk merawat kecederaan atau mengendali sebarang
kemalangan yang terjadi di dalam bengkel.
Secara rumusannya, pengurusan bengkel Kemahiran Hidup di Sekolah
Kebangsaan Batu 10 Lekir telah dikendalikan dengan sehabis baik oleh tenaga
pengajar bagi mata pelajaran ini walaupun terdapat beberapa kekangan yang
Gambar 8 Gambar 7
LAPORAN KEMAHIRAN HIDUP PBS

dihadapi. Hal ini telah membuktikan bahawa, faktor kekangan bukanlah satu
halangan untuk memastikan sesi PdP dapat dijalankan dengan lancar dan mampu
memberi murid-murid pengalaman yang sepenuhnya mengenai subjek Kemahiran
Hidup atau Reka Bentuk dan Teknologi . Seterusnya dapat membekalkan murid-
murid dengan ilmu kemahiran hidup yang dapat mereka gunakan dalam kehidupan
harian mereka kelak.



















LAPORAN KEMAHIRAN HIDUP PBS

SOALAN 2
2.0. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DALAM MATAPELAJARAN KEMAHIRAN
HIDUP
Walaupun menghadapi kekangan dari segi ruang pembelajaran, hal ini tidak bererti
sesi PdP Kemahiran Hidup di sekolah ini tidak dapat dijalankan dengan lancar. Sesi
pembelajaran tetap diteruskan oleh guru-guru mata pelajaran RBT di kawasan sekitar laman
bengkel. Murid-murid diminta untuk berkumpul di bahagian laman bengkel dan guru yang
mengajar akan menjalankan sesi PdP dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti
kaedah Demontrasi, kaedah Kuliah, dan kaedah Projek.
Melalui pendekatan seperti ini, murid-murid dilihat lebih seronok dan bersemangat
untuk belajar di persekitaran yang santai tanpa sebarang tekanan. Hal ini kerana, situasi
pembelajaran yang santai ditambah dengan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh
guru dapat mengekalkan perhatian murid untuk mempelajari perkara yang ingin guru
sampaikan.
Dalam pemerhatian yang telah jalankan, kami dapati bahawa guru mata pelajaran
Kemahiran Hidup di sekolah ini sering mengaplikasikan kaedah demonstrasi dalam
menyampaikan pengajaran kepada murid-murid. Sebagai contoh, dalam menyampaikan
pengajaran RBT di bawah tajuk jahitan, guru menerangkan terlebih dahulu kepada murid-
murid mengenai jenis-jenis jahitan asas yang akan dipelajari dalam tajuk tersebut.
Seterusnya, guru mengedarkan peralatan asas untuk menjahit seperti seutas benang,
sebutir jarum, dan sehelai kain kepada murid-murid. Guru menunjukkan terlebih dahulu
bagaimana untuk melakukan jahitan jenis silang pangkah terhadap murid-murid. Selepas
itu, murid-murid akan menjahit mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh guru. Dalam
masa yang sama, guru akan memantau dan memperbetulkan sekiranya terdapat murid yang
melakukan kesilapan dalam jahitan tersebut.
Selain itu, terdapat juga guru yang menggunakan kaedah projek dalam melaksanakan
PdP bagi mata pelajaran ini. Sebagai contoh, dalam tajuk keusahawanan dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5, guru telah meminta murid-murid menjalankan projek
jualan di dalam kawasan sekolah. Dalam projek ini, murid-murid didedahkan dengan cara-
cara untuk berniaga dan mempromosikan perniagaan. Pada mulanya, guru meminta murid
menyediakan poster untuk mempromosikan gerai dan barangan yang akan mereka jual.
Setelah menyemak dan melakukan penambahbaikan ke atas poster tersebut, murid-murid
akan melakukan jualan di tempat yang telah disediakan. Barangan jualan ditentukan sendiri
LAPORAN KEMAHIRAN HIDUP PBS

oleh murid-murid dan mereka akan membawa sendiri barangan jualan dari rumah. Projek
seperti ini dapat memberikan pengalaman secara langsung kepada murid-murid dalam
menceburi dunia keusahawanan melalui penglibatan diri dalam aktiviti jual beli secara
langsung. Selain itu, terdapat juga unsur penggabungjalinan mata pelajaran Matematik
dalam projek ini di mana murid akan terlibat dalam aktiviti pengiraan wang semasa berjual-
beli.
Kesimpulannya, pelbagai kaedah dan pendekatan yang boleh diaplikasikan guru
dalam menjalankan sesi PdP bagi mata pelajaran KH dan RBT ini. Kaedah yang efektif
mampu memberikan murid lebih kefahaman mengenai perkara yang ingin diajar dan dapat
menarik minat murid terhadap mata pelajaran ini sendiri.

Anda mungkin juga menyukai