Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MATA PELAJARAN SEJARAH

1 HASIL PEMBELAJARAN
Hasil pembelajaran (objektif) merupakan kenyataan yang tepat dan jelas tentang perubahan tingkah
laku yang diharapkan pada pelajar setelah selesai mempelajari sesuatu tajuk. Hasil pembelajaran bagi
sesuatu pelajaran hendaklah:

i) realistik, sesuai dan boleh dicapai berdasarkan tahap potensi pelajar;
ii) ditulis dengan jelas tentang apa yang diharapkan daripada pelajar;
iii) sesuai dengan peruntukan masa;
iv) ada aras pemeringkatan tajuk (ansur maju);
v) mengambil kira penglibatan murid secara menyeluruh;
vi) kepelbagaian aktiviti;
vii) aktiviti dikaitkan dengan hands-on dan minds-on
viii) merangkumi bidang kognitif, afektif dan psikomotor; dan mengambil kira konsep-konsep spesifik, boleh
diukur, tepat, munasabah dan dapat dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan (SMART Specific,
Measurable, Accurate, Reasonable, Time Frame)

2 AKTIVITI:
Aktiviti dirancang untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dalam merancang aktiviti, kecerdasan
pelbagai pelajar perlu diambil kira.Contohnya:

Kecerdasan Pelbagai Kekuatan Cara belajar terbaik
KECERDASAN
VERBALLINGUISTIK
Menulis, membaca, menghafal
tarikh, berfikir dalam perkataan,
bercerita
Mendengar dan melihat perkataan
KECERDASAN
LOGIK-MATEMATIK
menaakul secara deduktif dan
induktif serta berfikir secara
konseptual dan abstrak
menyelesaikan masalah kompleks yang
berkaitan dengan matematik dengan
mudah serta boleh membuat
perkaitan, menyoal, menganalisis,
mensintesis, mengira, mengkategori
KECERDASAN
VISUAL-RUANG
Membaca peta, carta, mentafsir
lukisan, dapat berfikir dalam bentuk
gambaran dan bayangan serta
secara tiga dimensi.
Menceritakan dan menggambarkan,
menghubungkaitkan antara objek dalam
ruang. mempersembahkan idea visual
dan ruang secara grafik.
KECERDASAN
KINESTETIK
Kebolehan menggunakan
sebahagian atau keseluruahan
anggota tubuh badan untuk
berkomunikasi dan menyelesaikan
masalah
Aktiviti yang berkaitan dengan
pergerakan badan seperti bersukan,
menari, gimrama dan lain-lain.
KECERDASAN
MUZIK
Mengesan bunyi tanpa lisan, muzik
serta irama
Menggubah rentak dan tempo dengan
mudah
KECERDASAN
INTRAPERSONAL
Mengenali diri sendiri secara
mendalam serta mempunyai
tanggapan tentang kekuatan dan
kelemahan diri sendiri.
Kerja bersendirian mengikut
kemampuan sendiri
KECERDASAN
INTERPERSONAL
Memimpin, memahami dan
mengurus orang lain, berkomunikasi,
menyelesaikan konflik dan memberi
motivasi
Berinteraksi dan bekerjasama dengan
orang lain secara praktikal untuk
menghasilkan sesuatu yang berfaedah.
KECERDASAN
NATURALIS
Mencintai alam semula jadi dan
dapat mengenali dan
mengklasifikasikan flora, fauna dan
galian dengan mudah
Pembelajaran di luar bilik darjah dan
gemar mendengar bunyi-bunyian yang
terdapat di alam sekitar.

Contoh-contoh aktiviti:
i) Kajian peta
ii) Kajian dokumen
iii) Kajian gambar
iv) Kajian teks
v) Kajian jadual dan graf
vi) Membina garis masa
vii) Membina carta aliran
viii) Membina peta minda
ix) Main peranan
x) Lawatan
xi) Perbincangan kumpulan
xii) Pengurusan grafik
xiii) Carta organisasi
xiv) Projek membuat buku skrap
xv) Mengumpul bahan
xvi) Mengumpul maklumat
xvii) Mengelas maklumat
xviii) Menganalisis maklumat
xix) Mensintesis maklumat
xx) Mengaplikasi maklumat
xxi) Lakonan
xxii) Perbahasan
xxiii) Carta aliran
xxiv) Forum
xxv) Simulasi


3 PEDAGOGI: kaedah atau proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi
sekolah dan juga interaksi guru-pelajar. Antara pedagogi yang boleh dijalankan di bilik darjah untuk mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran:
i) Theory of Constraints for Education (TOCFE)
ii) Experiential Activities Planner
iii) Pembelajaran Kontekstual
iv) Kajian Masa Depan
v) Pembelajaran Konstruktivisme
vi) Pembelajaran Masteri
vii) Belajar Sambil Bermain
ix) Aplikasi Teknologi Maklumat


4 KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS)

Kemahiran Pemikiran Sejarah membolehkan pelajar memahami bagaimana sejarawan merekonstruksi
peristiwa lalu dengan menggunakan sumber yang menjadi bukti untuk menentukan signifikan sesuatu
tarikh, tokoh, peristiwa, lokasi dan aktiviti masa lalu:
i) Memahami kronologi
ii) Meneroka bukti
iii) Membuat interpretasi
iv) Membuat imaginasi
v) Membuat rasionalisasi

5 Empati
6 PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME
i) Berbangga dengan sejarah negara
menghormati raja dan pemimpin
menghargai jasa perjuangan tokoh-tokoh Negara
menghormati lambing-lambang Negara
menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara
menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa
berbangga dengan sejarah Negara

ii) Bersemangat setia negara
cinta akan bangsa dan negara
taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
sedia berkorban untuk negara dan bangsa
bertanggung jawab kepada bangsa dan negara
berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
bersyukur sebagai warganegara Malaysia

iii) Bersemangat kekitaan
Bersatu padu dan berharmoni
Bertolak ansur dan bertoleransi
Bekerjasama dan tolong-menolong
Hormat menghormati
Bersefahaman dan bermuafakat
Muhibah atau semangat bermasyarakat

iv) Berdisiplin
Berakhlak dan berbudi pekerti mulia
Mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi
Bertindak wajar
Bersifat amanah dan jujur
Berlaku adil dan bertimbang rasa

v) Berusaha dan produktif
Rajin dan gigih
Berdikari
Tabah menghadapi cabaran
Menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan
Berganding bahu membangunkan negara
Berilmu dan berketrampilan

7 KBKK

Pemikiran secara kreatif dan kritis perlu diterap dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah. Sila rujuk
Huraian Sukatan Pelajaran untuk menetapkan kemahiran berfikir yang bersesuaian dengan aktiviti
yang dirancang:
Tingkatan 1 dan 2 - halaman 11 hingga 16
Tingkatan 3 - halaman 10 hingga 15
Tingkatan 4 dan 5 - halaman 9 hingga 14


8 Bahan Sumber (BBM)

Pengajaran dan pembelajaran Sejarah perlu menggunakan bahan sumber yang sesuai dengan
keupayaan dan kebolehan pemikiran murid, pedogogi dan tajuk yang diajar. Buku teks telah
dibekalkan kepada semua pelajar dan tidak perlu ditulis dalam senarai BBM. Terdapat dua jenis bahan
sumber: bahan sumber primer dan bahan sumber sekunder.
a. Bahan sumber primer:
i. orang sumber
ii. artifak
iii. dokumen
iv. gambar asal
v. gambar pameran dinding
vi. gambar slaid
vii. gambar lukisan
viii. peta
ix. akhbar dalam bentuk asal
x. Dokumen sejarah seperti:
1. Laporan saksi yang hadir
2. Melihat sendiri perkara yang berlaku
3. Laporan rasmi
4. Surat-surat persendirian
5. Surat-surat rasmi
6. Surat-surat perjanjian
7. Pengisytiharan

b. Bahan sumber sekunder
i. buku rujukan
ii. buku Sejarah
iii. majalah
iv. akhbar
v. internet
vi. laman web
vii. CD

9 LATIHAN
Nyatakan bilangan dan jenis latihan yang diberi. Sila rujuk Senarai Kecukupan Latihan.

10 REFLEKSI

Penyataan tentang sejauh mana objektif pengajaran tercapai berdasarkan penilaian dibuat oleh guru
melalui:
i) Pemerhatian
ii) Latihan bertulis
iii) Pembentangan
iv) Hasil kerja
v) Penilaian

Guru perlu merancang tindakan susulan berdasarkan refleksi. Sekiranya masih ramai pelajar yang
belum menguasai kemahiran yang diajar, tajuk tersebut perlu diajar semula bagi mengelak berlakunya
defisit. Pelajar lain yang telah menguasai kemahiran tersebut boleh diberi tugasan yang lebih
mencabar.

Anda mungkin juga menyukai