Anda di halaman 1dari 65

PENGENALAN

PENDIDIKAN KHAS
PENGENALAN
Pendidikan untuk semua. Memberi pendidikan
adalah satu tanggungjawab sosial

Semua kanak-kanak berhak mendapat
pendidikan latar belakang dan sosial dan
perkembangan intelek
Tajuk 1 :DEFINISI DAN KONSEP
Apa itu Pendidikan Khas ?
Pendidikan Khas adalah program
khusus untuk
pelbagai keperluan murid-murid khas
Menggunakan teknik yang bersuaian
Menggunakan sumber & peralatan khas
Tujuan mendidik dan membentuk murid
melalui
perkembangan mental
Kestabilan emosi Oleh guru-guru terlatih khas
Intergrasi sosial & mengunakan kurikulum khas


Siapakah murid Pendidikan Khas?

Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997
Bahagian II 3(2) menyatakan :

Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh
dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa
bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel
yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai
Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan
Kebajikan Masyarakat sebagai berupaya mengikuti
program Pendidikan Kebangsaan layak untuk
menghadiri program pendidikan khas.

MODEL KONSEPTUAL KURIKULUM
KEPELBAGAIAN KEUPAYAAN INDIVIDU
Pendidikan menyeluruh dan bersepadu
Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna
Pendidikan sepanjang hayat
KEPERLUAN
INDIVIDU
PENILAIAN
Berdikari
berdisiplin dan bersikap positif
bermoral dan beretika
Berkemahiran dan berketrampilan
Produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara
KEHIDUPAN BERMAKNA
Kurikulum yang dibina perlukan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel,
menarik, berfokus dan bersesuaian dengan
keupayaan serta kebolehan murid pendidikan
khas

Untuk memenuhi keperluan individu, program
pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk
adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,
yang menyatakan


Konsep
Samb.
guru-guru boleh mengubahsuai kaedah
atau teknik pengajaran atau pembelajaran,
masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti,
mata pelajaran dan bahan bantu mengajar
bagi mancapai tujuan dan matlamat
Pendidikan Khas
K
o
n
s
e
p
Pendekatan baru menekankan
kepada kebolehan, kefungsian,
kemahiran, perkembangan,
penguasaan dan pencapaian
dalam pengembangan kemahiran-
kemahiran (develop mental skills).

Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi
yang menekankan kepada kecacatan dan
ketidakbolehan.
K
o
n
s
e
p
Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran adalah
berdasarkan peringkat kebolehan individu murid / pelajar dengan
keperluan khas :
Kebolehan kognitif
Perkembangan tingkahlaku dan kemahiran sosial
Penguasaan bahasa lisan / pertuturan
Penguasaan membaca
Penguasaan Matematik
Kemahiran Pertumbuhan asas manusia
Kemahiran berdikari
Kemahiran keusahawanan
Daya penglihatan dan tingkat kebolehan pendengaran
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan berupaya, beriman,
berdikari, mampu merancang dan menguruskan
kehidupa serta menyedari potensi diri sendiri
sebagai seorang individu dan ahli masyarakat
yang seimbang dan produktif selaras dengan
falsafah pendidikan negara.
VISI

Menyediakan perkhidmatan yang
berkualiti kepada murid-murid
berkeperluan khas ke arah
kecemerlangan hidup sejajar dengan
hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Misi Pendidikan Khas

Menyediakan pendidikan yang berkualiti
kepada murid-murid berkeperluan khas
untuk menjadikan mereka INSAN yang
dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan
memberikan sumbangan bakti kepada
masyarakat dan negara.
AKTA PENDIDIKAN KHAS
Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 :
i. Murid berkeperluan khas
ii. Pengajaran dan pembelajaran
SPI Bil 16 / 2002
Tatacara pelaksanaan tempoh belajar bagi
persekolahan murid berkeperluan khas di sekolah
Pendidikan Khas dan di Program Integrasi
Pendidikan Khas di seluruh Malaysia
Tajuk 2 - Sejarah Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran
Diwujudkan berdasarkan Jawatankuasa Advokasi Persatuan
Kanak-kanak Terencat Akal Selangor & Wilayah Persekutuan
pada 3 Oktober 1987

1988 Jab. Pendidikan Wilayah Persekutuan mula
menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran
(KKBP) SRK (Lelaki) Jalan Batu 1, K. Lumpur (2 kelas,
20 murid dan 3 orang guru terlatih)
-Jab. Pendidikan Selangor membuka 2 kelas di SRK
Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.
1990 Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas
Bermasalah Pembelajaran (KKBP) 200 orang murid
dari kelas-kelas percantuman telah diuji.
-Mesyuarat menganalisa data dari ujian percubaan di
Universiti Malaya

Samb.
1991 Kursus satu tahun bermasalah
pembelajaran bermula di Maktab Perguruan
Ilmu Khas
1992 Pembukaan program Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di
seluruh negara secara berperingkat.
1993 Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia.
1995 Pendidikan Inklusif bermula
1996 Pembukaan program Pendidikan Khas
Pembelajaran Perintis peringkat sekolah
menengah di SMK Yaacob Latiff, Jalan
Peel dan SMK Bandar Baru Sentul, Kuala
Lumpur.
Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran
Terbahagi kepada DUA KATEGORI :
1. Kurang Pendengaran
Masih boleh mendengar sedikit (bergantung kepada kadar
kerosakan bahagian telinga)- Pendengaran tidak
terjejas dan dapat memahami pertuturan dengan
bantuan alat bantu mengajar

2. Pekak Teruk
Tidak boleh mendengar langsung dan tidak boleh memproses
bunyi linguistik bahasa dan pertuturan dan terpaksa bergantung
kepada pendekatan lain- seperti bacaan gerak bibir atau dengan
bahasa isyarat
Bermasalah Penglihatan
Mengikut The World Council For The Welfare Of The
Blind mereka terdiri daripada yang :

Tidak dapat melihat langsung (buta)

Kebolehan melihat kurang daripada 6/60 atau 20/60 mengikut
keputusan ujian yang dijalankan

Medan penglihatan kurang daripada 20 darjah
Dari sudut Pendidikan
Penglihatan terhad adalah mereka yang berkemampuan
untuk membaca dan melihat huruf besar dengan
cetakan besar atau dengan bantuan alatan khas seperti
cermin mata dan kanta pembesar

Penglihatan teruk (buta) tidak dapat melihat langsung
dan memerlukan cetakan Braille untuk membaca
Sekian,
Terima kasih
Modul Latihan
1. Terangkan perbezaan dan persamaan di
antara Falsafah Pendidikan Khas dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2. Jelaskan hubungan Falsafah Pendidikan
Khas dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
3. Mengapakah murid berkeperluan khas
memerlukan bidang pembelajaran,
pendekatan pengajaran dan pembelajaran
serta penilaian berdasarkan keperluan
individu.

4. Kumpulkan maklumat tambahan tentang
perkembangan pendidikan khas di negara
kita sekarang.

Tajuk 3 - Kategori & Ciri-Ciri Murid-
Murid Berkeperluan Khas
Bermasalah Penglihatan
Rabun
Buta
Bermasalah Pendengaran Pekak
Bermasalah Emosi/Tingkah Laku
Hiperaktif
Hipoaktif
ADD/ADHD
Bermasalah Fizikal & Kesihatan
Palsi Serebral
Hipergalia
Sindrom Fragile X
Penyakit yang serius






Kategori & Ciri-Ciri Murid-Murid
Berkeperluan Khas - Samb.
Bermasalah Mental
Kerencatan akal
Sindrom Down
Bermasalah Komunikasi
Autisme
Sindrom Down
Bermasalah Pembelajaran
Disleksia
Pemulihan
Slow Learner
Berbakat dan Pintar Cerdas (Gifted & Talented)
Ciri-ciri Berkeperluan Khas
Bermasalah Pembelajaran- samb
SINDROM DOWN
Rambut jarang dan lurus
Muka leper
Mata kecil dan senget ke atas
Lidah tebal
Jari pendek dan lebar
Senang dijangkiti penyakit telinga, mata dan hidung
Leher pendek
Lelangit tinggi
Cuping telinga tidak sempurna
Garisan pada tapak tangan terang
IQ rendah
Bermasalah pertuturan
Autisme
Bermasalah komunikasi
Sukakan rutin
Sering berada di dalam dunia tersendiri
Ekolalia
Cederakan diri sendiri
Kompulsif
Tidak suka bergaul
Tidak suka bertentang mata
Kerencatan bahasa
Masalah kefahaman
Tidak suka disentuh
Melakukan tugas berulang-ulang
PALSI SEREBRAL
Kecacatan anggota tangan,kaki,tubuh badan
Masalah pergerakan
Masalah postur
Kekejangan
Pergerakan tidak terkawal
Masalah imbangan badan
Masalah komunikasi
Masalah motor halus/kasar
Masalah tulisan
Masalah perkembangan motor halus/kasar
HIPERAKTIF
Tidak boleh duduk diam
Impulsif
Tumpuan perhatian singkat
Suka menganggu orang lain
Bermasalah pembelajaran

HIPOAKTIF

Tidak suka bergerak
Lambat habiskan tugasan


TUMPUAN PERHATIAN SINGKAT (ADD/ADHD)
Lambat menyiapkan tugasan
Mudah terganggu
Masalah konsentrasi
Masalah mengurus tugasan
Cepat lupa
Impulsif
Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan
sebelumnya
Memerlukan pengawasan yang lebih
Masalah menunggu giliran
KERENCATAN AKAL
Terdapat 4 tahap kerencatan akal
i) Ringan
ii) Sederhana
iii) Teruk
iv) Amat teruk

Masalah tingkah laku
Masalah bahasa
Masalah pengamatan
Mengambil masa yang lama untuk mempelajari sesuatu
Masalah sosial
Masalah komunikasi
Masalah pengendalian diri
Masalah dalam pemindahan pembelajaran
Perkembangan lewat dalam semua aspek berbanding dengan rakan
sebaya
MASALAH EMOSI/TINGKAH LAKU
Tidak boleh memberi tumpuan kepada aktiviti yang sama
salam tempoh yang panjang
Pendiam dan pemalu
Selalu bercakap banyak, meninggi diri atau suka menarik
perhatian
Dengki khianat
Cepat marah dan meradang
Mencederakan diri sendiri atau orang lain
Berkelakuan ganjil
Berpontensi melakukan perbuatan yang membahayakan
diri sendiri atau orang lain
Berkelakuan ganjil
Tidak kenal bahaya
Kerap menanggis

Masalah Komunikasi
Kecelaruan pertuturan
Kecelaruan bahasa
Kecelaruan suara
Masalah artikulasi
Masalah kelancaran

KERENCATAN ANGGOTA
Kesukaran menggerakkan kaki, tangan, tubuh badan atau
leher
Masalah duduk, berdiri atau berjalan dengan baik
Masalah mendengar, bertutur atau belajar

Pintar Cerdas / Berbakat

Keupayaan umum yang istimewa
Kebolehan aptitud, bakat dan kreativitiyang tinggi
Bermotivasi tinggi
Untuk belajar dan berjaya
IQ tinggi
Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran
Menguasai sesuatu kemahiran dengan mudah & berkesan

Murid-murid yang Mempunyai Keupayaan
Mental yang Rendah

Kerencatan akal ringan
Pencapaian kemahiran 3M rendah
Tidak suka diberi tugasan yang banyak
Lemah dalam kefahaman bahasa
Sukar memberi tumpuan perhatian
Cepat lupa


Tajuk 4 - Perkembangan Murid-Murid
Bermasalah Pembelajaran


Pertumbuhan perubahan yang dapat di ukur dari suatu
tahap ke suatu tahap yang lain dari satu jangka masa
yang lain
Perkembangan suatu proses di mana murid mencapai
kematangan dan mlibatkan perubahan yang berbentuk
kualiti
Ciri-ciri utama dalam tiap peringkat
perkembangan murid
Peringkat bayi
Kadar pertumbuhan cepat
Kemahiran berjalan, melompat, berlati dan lain-lain
Kawalan motor diperbaiki
Peringkat Awal Murid-Murid
Murid-murid perempuan mendahului murid-murid lelaki
Kadar pertumbuhan lambat
Kawalan motor dan penguasaan kemahiran
Suka bercampur gaul dengan murid lain
Suka melakukan kegiatan
Otot yang sedang membesar
Memerlukan kasih sayang
Berminat berlakon



Ciri-ciri utama dalam tiap peringkat
perkembangan murid-samb
Murid-Murid
Sudah bersekolah
Bersemangat belajar, cergas, aktif dan agresif
Otot yang kuat banyak digunakan
Memerlukan kasih sayang
Berminat berlakon
Awal Remaja
Perempuan lebih tinggi daripada lelaki yang sebaya
Mempunyai selera yang baikk
Perubahan pada suara ketara pada lelaki
Kemahuan membaca dan hiburan yang memuncak
Memahami idea yang mujarabj
Memahami prinsip akhlak
Melihat den menilai sesuatu dengan lebih objektif

Ciri-ciri utama dalam tiap peringkat
perkembangan murid-samb
Remaja
Pertumbuhan mendadak
Pengaruh kumpulan diutamakan
Perbezaan antara lelaki dan perempuan amat
nyata
Daya fikir dan taakulan bertambah matang
Kurang mempunyai keyakinan diri
Suka ketekalan dan keseimbangan
Mengalami kebimbangan dan ketegangan
Suka bebas dan tidak suka kawalan ibu bapa

Tajuk 5 - Pengurusan Pendidikan Khas
Program Pendidikan Khas Kementerian
Pendidikan Malaysia dilaksanakan :
Sekolah khas bagi murid bermasalah
penglihatan dan pendengaran
Program pendidikan khas intergrasi, dimana
diwujudkan di sekolah harian biasa rendah
dan menengah dan sekolah menengah
teknik/vokasional yang mengunakan
pendekatan pengajaran secara pengasingan
dan separa inklusif.
Struktur Organisasi Pendidikan
Khas Peringkat Sekolah
GURU BESAR/PENGETUA
Guru Pen. Kanan
Hal Ehwal Murid
Guru Penolong
Kanan Kurikulum
Penyelaras
Pendidikan Khas
Guru
Murid
Guru-guru
Pendidikan Khas
Murid
Rancangan Pendidikan Individu (RPI)


Merupakan satu program pendidikan khas
secara individu yang dirancang secara
bertulis bagi menilai pencapaian kanak-
kanak khas secara berterusan
Apakah Rancangan Pendidikan
Individu (RPI)
RPI ialah sebuah kontrak yang mendokumenkan
program pembelajaran dan perkhidmatan khas yang
disediakan oleh satu pasukan kepada setiap murid yang
telah diputuskan memerlukan perkhidmatan pendidikan
khas.
Ia mengandungi maklumat (Strickland & Turnbull 1990)
prestasi murid
matlamat dan objektif pembelajaran
Jenis perkhidmatan pembelajaran khusus
Perkhidmatan sokongan
Penentuan lokasi
Jangka masa perkhidmatan
Bentuk penilaian
Carta aliran dalam proses pembentukan RPI
Pengumpulan Maklumat
Mesyuarat
Rujuk Pihak yang Terlibat
Penulisan
Perlaksanaan
Penilaian
Gagal
Objektif Tercapai
Tujuan
Untuk mengenalpasti serta mengamalkan aktiviti
pembelajaran yang boleh meningkatkan
pengalaman belajar bagi murid-murid khas.
Kenyataan bertulis bagi keperluaan murid-murid
berkeperluan khas yang menyatakan objektif
pendidikan dan sumber-sumber yang diperlukan
untuk murid-murid mencapai objektifnya.
Laporan bertulis adalah mengikut tahap
pencapaian seseorang murid-murid.
Elemen dalam membina RPI
1. Ahli Jawatankuasa RPI
2. Aliran Penyediaan RPI
3. Kandungan RPI

Elemen dalam membina RPI
1. Ahli Jawatankuasa RPI
Amat penting untuk menentukan strategi
pengajaran serta memilih bentuk penilaian
yang bersesuaian bagi murid khas
Terdiri daripada
Pihak pentadbiran sekolah
Ibu bapa
Guru pendidikan khas
Kumpulan pelbagai disiplin
Ibu bapa atau penjaga berpeluang terlibat
secara aktif
Ahli Jawatankuasa Pelbagai Disiplin (JPD)
membentangkan laporan penafsiran dan
penilaian yang diputuskan mesyuarat JPD

Elemen dalam membina RPI-samb
2. Aliran Penyediaan RPI
Merancang program yang paling sesuai
untuk kanak-kanak khas
Menghasilkan RPI perlu dalam 30 hari dari
tarikh pelajar disahkan mempunyai masalah
ketidakupayaan, dipersetujui memerlukan
pendidikan khas
Penyediaan RPI memberi peluang kepada
semua pihak yang terlibat untuk sama-sama
merancang program yang paling sesuai
untuk murid berkenaan.

Elemen dalam membina RPI-samb
2.1 Pihak yang terlibat pembinaan RPI
a. Rujuk Pihak yang Terlibat
Mewujudkan komunikasi yang baik
b. Pengumpulan Data
Mengumpulkan maklumat seperti kekuatan, kelemahan
dan keperluan
c. Mesyuarat
Berkongsi maklumat,menyediakan matlamat & objektif,
strategi pengajaran,kriteria penilaian, tarikh
penilaian/semakan.
d. Penyediaan/Penulisan RPI
e. Pelaksanaan
f. Penilaian
2.1 Pihak yang terlibat pembinaan RPI
a. Penyediaan/Penulisan RPI
Bahagian pendokumentasian
b. Pelaksanaan
Segala respons dan kemudahan bantuan perlu
disedia, diselaras dan dipantau
c. Penilaian
Mesyuarat penilaian perlu dibuat di mana
maklumat tentang pencapaian dan
perkembangan murid dikumpul & diedar kepada
ahli.

Kandungan RPI
8 komponen RPI
1. Tahap pencapaian murid yang terkini
2. Matlamat tahunan
3. Objektif jangka pendek
4. Jenis pendidikan khas yang perlu
disediakan
5. Jenis perkhidmatan berkaitan
6. Jangka masa murid yang akan terlibat
7. Ketetapan tarikh memulaka perkhidmatan
8. Kriteria penilaian objektif yang sesuai.

Kandungan RPI- Strickland & Turnbull 1990
Maklumat latar belakang & pengenalan diri
murid
Pihak yang terlibat (Jawatankuasa RPI)
Maklumat penafsiran
Maklumat lain perubatan,sosiobudaya dll
Pernyataan maklumat tahunan
Pernyataan objektif jangka pendek
Penyediaan perkhidmatan pendidikan khusus
Cadangan penyampaian perkhidmatan
Keutamaan jangka waktu tarikh
Pengurusan Kelas
Tempat di mana setiap murid
menghabiskan sebahagian besar masa.
Komponen pengurusan kelas
Penyusunan kemudahan fizikal/perabot bilik
darjah
Pembahagian kumpulan pengajaran dan
pembelajaran
Pengurusan tingkah laku
Penjadualan
Penyimpanan rekod
Stesen-stesen pembelajaran
Komponen pengurusan kelas
1. Penyusunan kemudahan fizikal/perabot bilik darjah
Aspek bilik darjah yang berkesan dapat :
Membolehkan aktivitii dijalankan dengan
terancang
Mengurangkan kebisingan dan gangguan
Memupuk interaksi
Menambahkan masa yang dihabiskan dalam
aktiviti pembelajaran
Membolehkan guru memantau aktiviti murid
Cara penyusunan bilik darjah
Guru dan murid bergerak tanpa halangan
Mudah mendapatkan alat bantu mengajar
Guru dapat menumpukan perhatian kepada semua
murid

Komponen pengurusan kelas
2. Ruang Pengajaran dan Pembelajaran
Ruang belajar untuk kumpulan besar
Ruang belajar untuk kumpulan kecil
Sudut rekreasi
Tempat audio-visual
Sudut bacaan
Sudut pameran
Sudut time-out
Tempat letak peralatan membersihkan diri
Sudut pengurusan kebersihan diri
Sudut letak peralatan kebersihan bilik darjah
Sudut maklumat murid
Sudut peralatan dan bahan pengajaran dan
pembelajaran
Komponen pengurusan kelas
3. Peraturan Bilik Darjah(untuk situasi-
situasi tertentu seperti)
Aktiviti keluar masuk kelas
Menggunakan perabot, peralatan dan bahan-
bahan yang dikongsi bersama seperti almari,
rak, alat tulis, komputer dan lain-lain
Meninggalkan tempat duduk
Menyerahkan kerja yang telah siap
Menjaga kebersihan bilik darjah
Padang permainan
Perhimpunan dan sebagainya
Komponen pengurusan kelas
4. Pembahagian Kumpulan dan Pengajaran
dan Pembelajaran
Membentuk kumpulan dengan cepat dan
tanpa gangguan
Tentukan bahan-bahan untuk dibawa dalam
kumpulan
Menguruskan tingkah laku ahli kumpulan dan
bukan ahli kumpulan
Kepentingan Khidmat Sokongan
dalam Pendidikan Khas
a. Individu
b. Organisasi atau agensi
c. Badan-badan bukan kerajaan / NGO

Khidmat Sokongan dalam
Pendidikan Khas - INDIVIDU
Audiologi
Intervensi awal
Jurupulih cara kerja
Perubatan
Jurupulih fizikal
Jurupulih pertuturan
Psikologi
Persatuan ibubapa
Rakan sebaya
Pertubuhan bukan kerajaan
Komuniti
Jabatan kebajikan masyarakat
Sukarelawan
Khidmat Sokongan dalam Pendidikan
Khas Organisasi/agensi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jabatan Pendidikan Khas
Program Latihan Pendidikan Khas
Sekolah Pendidikan Khas
Sekolah Pencantuman atau Intergrasi
Kelas inklusif
Sekolah Vokasional
Kementerian Kesihatan
Program imunisasi
Institusi Kesihatan Umum
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
Khidmat Sokongan dalam Pendidikan
Khas Organisasi/agensi (samb)
Kementerian Perpaduan Negara &
Pembangunan Masyarakat
Perkhidmatan pendaftaran orang
berkeperluan khas
Program pemulihan dalam komuniti
Pemberian geran kepada pertubuhan
sukarela
Pemberian elaun,geran pelancaran, alat
anggota palsu
Sukan bagi orang berkeperluan khas

Khidmat Sokongan dalam Pendidikan
Khas Badan Bukan Kerajaan
TASPUTRA
NURY
Cleft Lip and Palate Association of Malaysia (CLAPAM)
Pusat Down Sydrom (KIWANIS)
Persatuan Orang Buta Malaysia (POBM)
Rumah Orang Cacat
Malaysia CARE
Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal
MFD
NASOM- Persatuan Autisma Kebangsaan Malaysia
WINGs
Salvation Army
Lion Club
Rotary Club dll

Kesimpulan
Khidmat bimbingan dan sokongan untuk murid-
murid bekeperluan khas perlu diperluaskan
supaya ibubapa mempunyai anak-anak
berkeperluan khas dan masyarakat umumnya
tahu cara memberi bimbingan dan didikan yang
sempurna kepada mereka
Kerjasama dan kolaborasi antara ibu
bapa,keluarga,masyarakat,pihak kerajaan dan
badan-badan NGO telah menjayakan program
yang dianjurkan bagi kanak-kanak berkeperluan
khas.
Harapan agar dapat membantu meringankan
bebanan ibu bapa yang mempunyai anak-anak
berkeperluan khas.
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai