Anda di halaman 1dari 4

Pengadil

Memastikan dan menentukan peraturan pertandingan dipatuhi di dalam kejohanan


olahraga.
Membuat keputusan dari aspek teknikal yang berbangkit terutama sekiranya
masalah ini tiada terdapat dalam peraturan-peraturan pertandingan.
Merupakan orang yang di rujukan dan seterusnya membuat keputusan dalam satu
pertelingkahan teknikal sekiranya hakim tidak dapat membuat keputusan.
Pengadil perlu memastikan terdapat hakim yang bertugas bagi acara-acara
tertentu, sekiranya belum terdapat lantikan hakim bagi acara-acara tertentu pengadil
perlu membuat pelantikan.
Membuat taklimat kepada hakim-hakim dan pegawai teknikal tentang aspek
teknikal sebelum memulakan kejohanan.
Mengawasi pengukuran yang dilakukan dalam acara padang dan memeriksa
keputusan-keputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan.
Mengawasi cara mengambil masa dalam acara balapan dan seterusnya memeriksa
keputusan-keputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan.
Mengesahkan semua catatan rekod dan menandatanganinya.
Memastikan semua keputusan dicatat dengan betul sebelum diserahkan kepada
pencatat. (Ketua Hakim perlu membantu).
Pengadil berkuasa memberi amaran kad kuning dan kad merah dengan itu
pengadil berkuasa untuk menyingkirkan peserta dari kejohanan atas sebab-sebab
tertentu.
Pengadil berkuasa membatalkan acara dan mengatur semula pertandingan pada
masa yang sama mengikut budi bicara.
Pengadil berkuasa menukarkan tempat pertandingan dalam acara padang jika
pada pendapatnya keadaan memerlukan dengan syarat sesuatu pusingan itu
ditamatkan dahulu.
Berkuasa menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak bersopan dan
memutuskan semua bantahan mengenai seseorang peserta pada ketika itu juga.

Ketua Hakim
Bagi membantu pengadil menjalankan tugas yang agak berat dari segi teknikal ketua
hakim biasanya dilantik bagi membantu pengadil. Ketua hakim akan membantu
pengadil dari segi memantau dan memastikan perjalanan kejohanan olahraga di
laksanakan dengan licin serta mengurangkan masalah teknikal. Di balapan ketua
hakim akan mengumpulkan keputusan sebelum diserahkan kepada pengadil untuk
ditandatangani.
8. Hakim Balapan
Hakim balapan bertanggungjawab menghakimi semua acara balapan. Antara
tugasnya ialah:
Menentukan kedudukan setiap peserta yang mengambil bahagian dalam sesuatu
acara.
Mencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara balapan untuk
tindakan ketua hakim.
Memerhati kedudukan peserta-peserta bagi setiap pusingan dalam acara jarak jauh
dengan bantuan pencatat.
Mencatatkan nombor dan kedudukan peserta serat-merta sebaik sampai di garisan
penamat.
Hakim balapan tidak digalakkan berbincang kedudukan peserta dengan hakim lain.
9. Hakim Padang
Hakim padang akan bertugas di bawah seorang ketua hakim, di antara tugasnya
hakim padang ialah:
Menghakimi acara padang mengikut peraturan.
Mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh peserta
Menyemak catatan pada akhir setiap pusingan
Mengesahkan balingan atau lompatan
Penjaga Masa
Tugas utama penjaga masa ialah untuk mengambil masa yang di lakukan oleh
pelumba lari dan pelumba jalan kaki dari permulaan hingga ke penamat. Masa akan
mula diambil daripada daripada kilat atau cahaya tembakan pistol (cahaya bergerak
lebih cepat dari bunyi) sehingga detik badan (torso) peserta itu sampai ke garis
penamat seperti yang di syarat dalam buku peraturan.
Memandangkan tugasnya yang memerlukan tumpuan sepenuhnya terhadap
pergerakan permulaan sehingga tamat seorang atlit bisanya penjaga-penjaga masa
ditempatkan di luar balapan iaitu bertentangan dengan garisan penamat. Mereka
duduk di atas pentas yang bertingkat dan mengadap barisan hakim balapan.
Seorang ketua penjaga masa akan mengawasi para penjaga masa yang bertugas.
Di antara tugasan penjaga masa ialah:
Sebelum bertugas penjaga masa perlu memeriksa dan memastikan jam yang
digunakan dalam keadaan baik.
Setiap jam mempunyai butang arahan yang berlainan oleh itu penjaga masa perlu
membuat latihan serta memahami fungsi butang yang terdapat pada jam.
Mengambil dan mencatat masa perlumbaan peserta yang di tetapkan oleh ketua
penjaga masa dalam acara balapan
Mencatat maklumat ke dalam borang penjaga masa untuk di serahkan kepada
ketua penjaga masa
Untuk mengelakkan bias ketika menjalankan tugas penjaga masa hendaklah
bertugas sendirian, mereka tidak di galakan berbincang, membanding atau
menujukan masa yang dicatatkan kepada penjaga masa yang lain.
Penjaga masa perlu menunjukkan jamnya kepada ketua penjaga masa yang akan
memeriksa jam untuk menentukan masa yang di laporkan sama dengan masa di
jam. Oleh itu penjaga masa tidak di benarkan untuk balikkan jarum jam (reset)
sehingga diperiksa atau diarah oleh Ketua Penjaga Masa.
Penolong Pelepas
Penolong pelepas bertugas membantu pelepas, antara tugas ini ialah:
Memeriksa dan memastikan hanya peserta-peserta yang sah dan didaftarkan
sahaja bertanding atau mengambil bahagian dalam sesuatu perlumbaan atau acara
tertentu.
Menentukan peserta-peserta memakai nombor mengikut peraturan yang telah di
tetapkan di bahagian hadapan dan belakang bajunya seseorang peserta.
Memastikan dan mengawas peserta-peserta sentiasa berada di lorong dan tempat
permulaan yang betul seperti yang di tetapkan dalam borang pelepas (Borang
laporan penyeliaan peserta).
Mengawasi bahawa tiada peserta melanggar peraturan permulaan setelah pelepas
memberi isyarat ke garisan. Jika ada, penolong pelepas hendaklah memberi isyarat
kepada pelepas.
Memastikan baton-baton telah tersedia bagi pelari pertama dalam acara lari
berganti-ganti.
Sekiranya segala peraturan pelepas sudah di patuhi penolong pelepas perlu
memberi isyarat kepada pelepas bahawa semua peserta sudah sedia.
Penyelia Peserta
Di antara tugas penyelia peserta ialah:
Mendapatkan semua borang penyertaan daripada Pengerusi Teknik Pertandingan.
Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang akan bertanding dalam
sesuatu acara.
Membuat panggilan dan mengumpulkan peserta untuk ke gelanggang.
Mendapat bantuan pembantu marsyal untuk menghantar peserta ke gelanggang.
Menyusun peserta masuk ke padang mengikut lorong bagi memudahkan tugasan
pelepas atau hakim.
Menulis di papan markah bertujuan mengingatkan pengurus pasukan menyediakan
peserta untuk pertandingan.
Mencatat maklumat jika terdapat dalam borang penyelia peserta (misalnya peserta
yang menarik diri) untuk makluman dan perhatian penolong pelepas.
Menjalankan tugas mengumpul pemenang-pemenang hadiah untuk upacara
penyampaian hadiah.
Menyusun pemenang hadiah mengikut kedudukan tempat bagi memudahkan acara
penyampaian hadiah.

Anda mungkin juga menyukai