Anda di halaman 1dari 9

Perkongsian Pintar Komuniti

Rajah 1: Menjelaskan bagaimana hubungan tiga


dimensi antara sekolah, ibu bapa dan komuniti dalam mencapai matlamat atau objektif yang sama. Ia
juga boleh disebut sebagai hubungan tiga penjuru
Peranan ibu bapa, PIBG dan guru dalam meningkatkan prestasi murid di sekolah-sekolahdi
daerah Semporna. Senario dan realiti semasa dan langkah-langkah mengatasinya.

1.1 Perkongsian Dalam Kesatuan Satu Platform

Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2 pula bermaksud :

Dan bertolong-tolonglah kamu atas kebijaksanaan dan taqwa. Dan janganlah kamu bertolong-
tolongan dalam dosa atau permusuhan.

Sebenarnya konsep perkongsian dalam pendidikan merupakan konsep lama yang
telah diperbaharuidaripada amalan-amalan yang telah biasa diamalkan dalam masyarakat kita
seperti gotong-royong, kerjasama dan tolong-menolong. Malah masyarakat lain dalam dunia ini seperti
Cina, Jepun dan India juga telah mengamalkan sikap bekerjasama sehingga terhimpun madah,
ungkapan, bidalan atau perumpamaan yang menggambarkan kebaikan dan kepentingan mengamalkan
semangat bekerjasama. Di kalangan masyarakat Melayu, ungkapan yang biasa kita dengar seperti aur
dengan tebing, bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Di kalangan masyarakat Cina madah seperti
semua manusia adalah saudaraku, semua makhluk adalah sahabatku. Sementara di kalangan
masyarakat Jepun pula, persaudaraan adalah perlindungan yang paling mahal.
(AminahHamim & Gunawan Mahmood, 2001)

Pendidikan Malaysia di sekolah merupakan usaha mengukuhkan semula segala kelakuan-kelakuanyang
berunsurkan kerjasama untuk kebaikan bersama yang telah wujud dan diamalkan dalam agama dan
budaya masyarakat kita. Ia merupakan usaha yang berterusan supaya dapat menangkisancaman-
ancaman dalam era globalisasi ini. Kalau tidak dikukuhkan ikatan perpaduan, sekolah akan
bergerak bersendirian tanpa sokongan masyarakat.




Dalam rangka membentuk perpaduan di atas, ketiga-tiga entiti di atas
perlu memanfaatkan danmenggabungkan potensi jemaah dengan sebaik mungkin
untuk menyelesaikan permasalahan yang melanda masyarakat kita seperti dalam, firman Allah dalam
surah As-Saff ayat 4 :

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela agamaNya, dalam barisan
yang teratur rapi,seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh".


1.2 Konsep Sekolah

Sekolah sebagai satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan masyarakat seharusnya
mengikut perubahan masyarakat. Ini kerana masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga.
Maka dalam hal ini, tidak dapat tidak masyarakat perlu bekerjasama dengan sekolah untuk
mencapai cita-cita sekolah dan negara (Ibrahim, 2001). Malahan institusi pendidikanlah yang
memberikan perkhidmatan yang paling rapat dan berpanjangan kepada hampir semua golongan
masyarakat.


1.3 Konsep PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah organ penting kepada sesebuah institusi pendidikan rendah
dan menengah. Fungsi dan tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar, ke
arahmeningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang
lebihkomprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang
ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu
bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat
membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha
untukmeningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah,
selain mempertingkatkankerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti
setempat (school-home-community partnership). Disamping itu, PIBG juga mempunyai peranan saling
lengkap melengkapi terhadap fungsi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana,
kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di
sekolah berkenaan.Ia bukan sahaja sebagai entiti yang penting kepada institusi sekolah malah ia menjadi
wadah penghubung antara pihak ibu bapa dengan sekolah demi kemajuan pendidikan bersama.


1.4 Konsep Ibu Bapa

Secara ringkas, konsep keibubapaan membawa maksud tanggapan atau pengertian yang berkaitan
dengan sikap atau kelakuan ibu bapa. Sikap dan kelakuan tersebut berkaitan dengan cara mendidikanak-
anak. Cara ibu bapa mendidik anak-anak bergantung pula pada beberapa situasi seperti usia anak,
personaliti anak, pengalaman silam ibu bapa, dan sikap ibu bapa sendiri. Corak mendidik anak biasanya
dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu:
i. Demokrasi-Mengawal
ii. Batasan-Tiada Batasan
iii. Mesra-Tidak Mesra

Dalam konteks yang lebih luas pula membawa maksud membantu anak-anak dari segi:
i. Perkembangan kemahiran sosial dalam kumpulan.
ii. Pencapaian kejayaan di sekolah.
iii. Perkembangan moral.
iv. Pembelajaran peranan sosial pada masa akan datang.
v. Persediaan menghadapi zaman remaja dan lebih berdikari.
vi. Hak dan tanggungjawab.

Penglibatan ibu bapa dan penjaga dalam program sekolah akan menyebabkan mereka lebih memahami
dan mengetahui tentang sekolah dengan lebih dekat. Selain itu mereka akan mengetahui hak mereka
dalam sekolah dan bagaimanakah mereka dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam sistem
sekolah. Antaranya ialah ibu bapa atau penjaga akan sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya
kepada program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pengukuhan ikatan ini
merupakan kelangsungan kejayaan konsep perkongsian.


1.5 Senario dan realiti Prestasi akademik Pelajar di Semporna


Banyak telah diperkatakan mengenai gejala-gejala sosial yang dihadapi oleh masyarakat kita. Gejala
sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari batas-batas normal dan diterima umum,
baik dari aspek agama, sosial serta budaya kehidupan masyarakat (Hamzah 2003). Masalah sosial
adalah sesuatu yang merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa
sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu
masyarakat, komuniti ataupun negara. Secara makronya, di suatu peringkat pertumbuhan ekonomi,
kemiskinan dan lain-lain faktor penghasilannya yang negatifdilonggokkan sebagai masalah sosial dan
kadangkala juga sebagai masalah ekonomi. Begitu juga dengan proses inter dan intra penghijrahan dan
perbandaran, yang sering kali dikaitkan dengan kemiskinan di bandar, kejutan budaya dan jurang
pencetus utama kepada perbagai masalah sosial dan sering kali juga dikaitkan
sebagai variabel kepada economic dysfunctioning.

1.6 Konsep Perkongsian

Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi penekanan. Ketiga-tiga entiti ini
perlu ada hubungan yang mantap dan akrab kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung
kepada sejauh mana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu
antara satu sama lain. Pihak pengurusan sekolah boleh memainkan peranan utama dalam merapatkan
hubungan antara rumah dan komuniti melalui pelbagai cara selain daripada yang diketahui umum iaitu
melalui PIBG.. Selain itu perkongsian pintar atau bijak adalah satu gabungan strategik yang membawa
faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat. Dalam konteks sektor awam, perkongsian pintar
berlaku apabila agensi-agensi berkongsi kepakaran, mengguna pakai pengalaman atau produk dalam
sesuatu bidang yang telah terbukti berjaya dan sesuai. Berkaitan dengan konsep Smart Partnerships
atau perkongsian bijak atau pintar adalah konsep Smartcommunity. Konsep ini merujuk kepada satu
kumpulan masyarakat di mana agensi kerajaan, perniagaan, pendidikan, kesihatan dan institusi-
institusi bukan kerajaan bersama-sama dengan orang awam dalam memahami dan menghayati potensi
teknologi informasi untuk memperbaiki kerja dan cara hidup.

Ini menunjukkan penyertaan masyarakat dalam proses sekolah boleh membawa erti kepada mereka
kerana dapat menyumbangkan bakti dan memahami tentang sekolah sebagai institusi sosial yang
kompleks. Selain itu pihak masyarakat boleh mengetahui sumber-sumber di sekolah seperti peralatan,
guna tenaga dan sebagainya yang memerlukan bantuan daripada masyarakat. Malahan masyarakat juga
akan memiliki sense of belonging dan collegiality dalam proses sekolah. Perasaan dan sikap yang
sedemikian rupa penting dalam mencapai effectiveness, improvement andchange.(Salbiah, 2001).


1.6.1 Matlamat Perkongsian

Konsep perkongsian mempunyai masa depan yang cerah untuk dilaksanakan dalam sistem sekolah.
Konsep ini sebenarnya saling lengkap-melengkapi atau Bantu membantu yang memang sesuai
diamalkan dalam masyarakat di Malaysia. Oleh itu matlamat perkongsian peranan antara pihak sekolah
dengan ibu bapa memberi matlamat seperti di bawah;
a. Sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian. Oleh itu permuafakatanbersama
masyarakat penting dalam membawa kejayaan.
b. Sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks, perlu difahami oleh masyarakat
denganmenyertainya supaya tidak timbul keraguan dan salah faham.
c. Cabaran-cabaran yang melanda masyarakat kita pada masa kini, terutamanya aksi globalisasi
memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan komuniti dalammengatasinya.

1.6.2 Strategi Konsep Perkongsian dalam mengatasi masalah moral pelajar

Kesedaran dan kepekaan pihak-pihak yang berwajib terhadap punca-punca kemerosotan akhlak dan
pentingnya peranan pendidikan di dalam membentuk generasi yang berakhlak selari dengan rentak
pembangunan negara tidak dapat dipertikaikan lagi. Pelbagai dasar, sistem, perancangan strategik dan
program yang dilaksanakan dalam amalan pendidikan di negara ini memberikan gambaran yang jelas
terhadap komitmen pihak kerajaan untuk melahirkan generasi rakyat Malaysia yang
memilikikeperibadian yang mulia dan seimbang. Selaras dengan komitmen tersebut, Kementerian
Pendidikan juga telah menggubal konsep pendidikan bersepadu yang dilaksanakan melalui Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bertujuan untuk mencapai
hasrat pembentukan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Di samping itu, beberapa mata pelajaran
khusus ditawarkan bagi membentuk akhlak dan moral pelajar seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral
(teras sekolah rendah dan menengah), Pendidikan Al-Qurandan Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah
dan Tasawwur Islam (elektif sekolah menengah).

Sekolah juga perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan masyarakat atau komuniti
sekolah. Ini termasuklah ibu bapa pelajar, masyarakat sekitar sekolah, polis, pertubuhan kerajaan dan
bukan kerajaan. Apabila jalinan pertalian ini semakin lemah, risiko keganasan akan semakin bertambah
dan peluang untuk membantu pelajar yang berisiko tinggi akan semakin menurun. Pihak sekolah boleh
mendapatkan kerjasama daripada pihak polis, RELA dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan-
kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan. Dari semasa ke semasa sekolah perlu
memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mengenaiperkembangan persekolahan.

Peranan sekolah sebagai agen kawalan sosial sama ada ianya secara formal ataupun informalsangat
nyata. Kurikulum sekolah telah mendedahkan murid-murid kepada perlakuan-perlakuan yang patut dan
yang tidak patut misalnya melalui penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran.Nilai-nilai yang
diterapkan itu adalah bersesuaian dengan norma-norma masyarakat dan ideologi negara. Konsep
Pendidikan dan Budaya Sekolah sebagai warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan aksi
aksi yang dipindahkan daripada generasi ke generasi merangkumi budaya material dan bukan material.
Budaya adalah hak masyarakat kerana masyarakat ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang hidup
dalam satu wilayah dan mempunyai budaya yang sama. Komponenkomponen budaya akan
menentukan bentuk tingkah laku yang dijangkakan bagi anggotaanggota masyarakat . Sesetengah
remaja hidup tidak ubah seumpama buih di air bah ataupun daun-daun lalang. Begitu mudah terpengaruh
dengan budaya luar. Kerana itu apabila wujudkumpulan-kumpulan tertentu yang
berusaha memesongkan kepercayaan mereka, mereka mudahterperangkap. Lebih-lebih lagi dengan
adanya sogokan seks bebas, habuan wang ringgit dan kumpulan yang dianggotai yang menjadi
kebanggaan. Kegiatan kumpulan ini terus menerus menular melalui risalah juga cakera padat yang
mudah didapati. Kerenah birokrasi dalam keluarga juga memainkan peranan
dalam mempengaruhi pelajar tercebur dalam kumpulan Black Metal. Oleh kerana bilangan adik-
beradik yang ramai, ibu bapa atau ketua keluarga selalu melebih-lebihkananak-anak yang tertentu dalam
segala perkara membuatkan pelajar ini terasa hati dan akhirnya terpengaruh dengan desakan kawan-
kawan ke arah yang negatif.

Sekolah yang selamat memerlukan penglibatan komuniti (Necholson et al,1985). Oleh itu, sekolah perlu
menubuhkan dan memanfaatkan sepenuhnya
penubuhan Jawatankuasa PermuafakatanSekolah, Jawatankuasa Keselamatan Sekolah
atau PIBG dalam merancang langkah-langkahkeselamatan pelajar. Contohnya, Briged Komuniti yang
telah ditubuhkan di sekolah-sekolah di Johor sejak tahun 1991 yang dianggotai oleh wakil-wakil komuniti
seperti PIBG, RELA, Polis, Pejabat Kesihatan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung
(JKKK), Pemadam, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berfungsi antaranya
untuk membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin dan mempertingkatkan aspek keselamatan
sekolah wajar diteruskan dan diperluaskan peranannya. Melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah
pula, hubungan kerjasama antara sekolah dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan
jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah (Surat
Pekeliling IkhtisasBil.7/1999).

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-
anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anakmereka.
Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka
serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya
mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan
bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu ibu bapa
hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan
memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan.
Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak
cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkankeperibadian yang
mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah
menjadi role model kepada anak.

Peranan ibu bapa sebagai ketua keluarga sepatutnya berlaku adil dalam mengendalikan keluarga.
Apabila keadaan sudah menjadi serius pelajar berkenaan sukar untuk dilenturkan dan ibu bapa baru
sedar betapa anak mereka sudah terlanjur dan sudah tidak boleh dinasihati lagi. Malah apabila ibu bapa
cuba untuk menegur atau memarahi, pelajar pula yang akan melawan dan memarahi ibu bapanya. Pada
masa inilah tiada gunanya menyalahkan orang lain atau masyarakat kerana yang salah dan menjadi
penyebab fenomena tersebut diatas berlaku ialah diri sendiri. Oleh
ituberwaspadalah dalam mengendalikan keluarga terutama apabila anak-anak sedang membesar agar
mereka menjadi insan yang baik dan sempurna. Setiap tindak- tanduk anak-anak perlu diawasi oleh ibu
bapa supaya mereka tidak terlibat dalam kegiatan Black Metal. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah.
Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang
boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.

Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu
bapa. Banyak salah faham yang timbul antara kedua-dua belah pihak apabila berlakunya kejadian salah
laku di kalangan pelajar. Kebanyakan ibu bapa lebih percaya akan kata-kata danacuman anak-
anak berbanding fakta sebenar daripada pihak guru. Bertolak dari situlah mereka mulai memandang
serong kepada guru. Guru sering kali disalahkan untuk segala yang berlaku di sekolah. Ini termasuklah
soal prestasi akademik dan masalah disiplin di kalangan pelajar. Ekoran itu, mereka mulai memulaukan
sekolah dan mendendami guru tertentu. Namun dengan inisiatifPIBG, semua bentuk salah faham ini
boleh diuraikan. Perbincangan yang lebih kerap, selain mesyuarat
tahunan PIBG mampu menjernihkan suasana.. Hasilnya, situasi pengajaran danpembelajaran dapat
berjalan dengan lancar.

Selain itu, PIBG sebagai sebuah organisasi yang berwibawa boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk
para pelajar di sesebuah sekolah. Tabung ini boleh diisi bukan sahaja menerusi sumbangan ahli
persatuan bahkan juga oleh ahli korporat dan individu tertentu. Dana yang terkumpul ini boleh digunakan
untuk kebajikan dan manfaat sekolah dan para pelajar. Ini termasuklah sumbangan kepada pelajar
miskin, yatim dan ditimpa kemalangan. Dengan dana yang ada, prasarana pendidikan di sekolah dapat
ditambah dan ditingkatkan. Hasilnya, para pelajar dan warga sekolah amnya
dapat memaksimumkan tenaga ke arah kecemerlangan dalam pendidikan dan sekali
gusmerealisasikan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP) yang dicita-citakan.

Di samping itu, PIBG juga boleh mengadakan seminar dan kem motivasi untuk para pelajar di setiap
sekolah. Program seperti ini penting demi memberi kesedaran dan semangat kepada pelajar untuk terus
belajar dan berjaya. Pelajar yang bermasalah pula boleh disedarkan menerusi kem bina semangat dan
kaunseling. Dengan langkah ini, mereka diharapkan akan berasa insaf dan kembali bersaing
dengan rakan-rakan dalam pelajaran. Ekoran itu, kita bukan sahaja dapat mengurangkangejala salah
laku atau meningkatkan prestasi akademik pelajar, malahan sekolah akan dapat melahirkan generasi
muda yang bersahsiah tinggi.

Peranan lain yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai pemantau dan penilai terhadap perjalanan
sekolah. Dengan kata lain, ahli PIBG boleh berfungsi sebagai penilai terhadap prestasi sekolah sama ada
dalam hal-hal akademik mahupun kokurikulum. Susulan daripada itu,perbincangan boleh diadakan dari
semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang
dihadapi. Di samping itu, pihak persatuan juga boleh berfungsi sebagai penjamin atau penyelamat
kepada guru sewaktu menjalankan tugas di sekolah. Hal ini wajar dilakukan kerana ramai kalangan guru
berasa tertekan dan terancam apabila menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik. Kejadian memukul,
mengancam, memusnahkan kereta dan membakar rumah guru merupakan gejala yang boleh
mematahkan semangat guru. Tindakan PIBG membela nasib guru yang menjulang amanah ini akan
menjadikan mereka lebih bersemangat dan selesa ketika bertugas. Ini secara tidak langsung dapat
membantu sekolah meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.

Akhir sekali, PIBG boleh juga mengadakan beberapa sesi gotong-royong di sekolah, misalnya gotong-
royong menyiapkan bangunan tambahan, membina Taman Sains sekolah dan sebagainya. Gotong-
royong yang diadakan ini bukan sahaja akan dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan pelajar,
malahan juga dengan guru di sekolah. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara
ibu bapa dengan guru. Hasilnya, akan wujud kerjasama lain antara mereka. Dengan itu, segala bentuk
program yang dirancang oleh sekolah akan berjalan dengan lancar. Ini sudah pasti membantu sekolah
melahirkan lebih ramai pelaj ar yang berkualiti pada masa hadapan. Sesungguhnya PIBG dan sekolah
ibarat aur dengan tebing yang perlu saling membantu. Dengan kerjasama erat kedua-dua pihak sahaja
kualiti pendidikan di sekolah dapat ditingkatkan.

Program Parents Touch (sentuhan keibubapaan) ini, dengan misi memberi peluang kepada para ibu
bapa yang mempunyai kebolehan dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu seperti kedoktoran,
kejuruteraan, jurubina, akauntan, peguam dan sebagainya yang difikirkan sesuai untuk dijadikan role
model kepada pelajar-pelajar sekolah ini, dalam meneruskan cita-cita dan harapan mereka ke arah masa
depan yang cemerlang .Program ini yang dilaksanakan oleh ibu bapa pelajar sendiri akan memberikan
peluang kepada para pelajar untuk berhubung secara langsung dengan individu yang terlibat dengan
kepakaran kerja yang mereka kehendaki, dengan tujuan mengetahui lebih lanjut persiapan-persiapan diri
yang perlu, mata pelajaran-mata pelajaran yang perlu diberi tumpuan, kaedah-kaedah sistematik belajar,
pengalaman individu yang terlibat, tugas-tugas khas mereka dan pengalaman hidup dan pekerjaan
mereka. Persatuan Ibu Bapa dan Guru berharap ianya akan dapat mencabar minda, menarik minat dan
memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar. Mempunyai hala tuju dan misi yang terarah dan jelas.
Di samping cemerlang dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi dan akhirnya dapat membantu
menjulang kecemerlangan Sekolah.

1.7 Rumusan strategik

Sifat Islam sebagai Deen ul Fitrah (agama fitrah) yang datang untuk menjadi panduan kepada manusia
sama ada lelaki mahupun perempuan adalah merupakan satu bukti yang nyata bahawa tanggungjawab
sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini dipikul bersama oleh muslimin dan muslimat. Kebanyakan
perintah-perintah yang terdapat di dalam Al-Quran adalah bersifat umum yang merangkumi lelaki dan
perempuan dan Islam tidak sama sekali pun membezakan antara mereka dari segi tanggungjawab di
atas muka bumi mahu pun pembalasan di akhirat nanti.

Setelah kita berusaha untuk membentuk diri kita dengan sesempurna mungkin untuk memikul
tanggungjawab ini, setiap individu mestilah berusaha untuk memanggil ke arah perlaksanaan cita-cita
Iman dan Islam tadi ke dalam realiti. Keindahan dan kesempurnaan Islam tidak akan terbukti kalau hanya
setakat teori dan cita yang tidak dicernakan ke dalam waqi' (realiti). Tugas mencernakan ajaran Islam dan
mengajak manusia bersama untuk beriman inilah yang dikenali sebagai dakwah.

Di dalam konteks dah'wah, di sana ada 3 marhalah (peringkat) yang mesti dilalui untuk menjamin
keberkesanan usaha yang dilakukan. Marhalah-marhalah tersebut adalah marhalah ta'rif (pengenalan),
marhalah takwin (pembentukan), marhalah tanfiz (perlaksanaan). Di sini kita akan cuba menghuraikan
peranan masyarakat sebagai pelaku dalam mengisi ketiga-tiga marhalah tadi.

1. Marhalah Ta'rif

Yang dimaksudkan sebagai ta'rif adalah pengenalan dalam konteks penyediaan masyarakat yang faham,
beramal dengan apa yang difahaminya dan seterusnya berjihad dan beristiqamah pula dalam jihadnya.
Untuk mengisi tuntutan ini maka hendaklah setiap komuniti masyarakat tadi berusaha untuk:
Melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah azza wa jal dengan pembentukan iman dan aqidah yang
benar. Proses ini berlaku apabila masyarakat tadi berusaha dan bersungguh dalam ibadat dan
hubungannya dengan Allah azza wa jal melalui ibadat dan ketaatan seperti yang telah diwajibkan.

Melahirkan insan yang faham akan konsep Iman dan Islam yang menyeluruh sepertimana firman Allah
azza wa jal:

"Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu
mengikut jejak-jejak syaitan". Surah Al Baqarah ayat 208.

Melahirkan insan yang memiliki as syakhsiyah al-islamiyyah (personaliti sebagai seorang Muslim) yang
contoh ikutannya adalah Rasulullah SAW. Syakhsiyah ini adalah berbentuk kamil wa mutakamil (lengkap
lagi melengkapi) dan setiap ahli masyarakat hendaklah menyedari bahawa kita sekarang sedang
membawa risalah dan setiap gerak geri kita adalah diperhatikan. Pastikanlah bahawa syakhsiyah kita tadi
tidak akan menimbul fitnah terhadap Islam yang hendak kita bawa dan tarbiyyah yang sedang kita lalui.

2. Marhalah Takwin

Setelah menjalani proses ta'rif, setiap ahli masyarakat hendaklah berpindah pula kepada marhalah
takwin. Di dalam marhalah ini mad'u (mereka yang dida'wahkan) hendaklah dibawa mengenali konsep
amal jamaie (beramal dan bergerak dalam bentuk jamaah). Islam tidak pernah dan tidak akan dapat
ditegakkan oleh individu atau pengasingan diri dari masyarakat. Individu tadi hendaklah memiliki dan
mengujulkan intima' dan iltizam (commitment) yang menyeluruh terhadap Islam, dah'wah dan harakah
Islamiyyah (gerakan Islam).

Dalam peringkat ini hendaklah dibentuk sifat mas'uliyah fardiyah (tanggungjawab) yang tinggi. Masuliyah
ini adalah masuliyah yang melahirkan sifat muraqabah (merasakan bahawa Allah sentiasa
memerhatikannya) yang akan mengakibatkan individu tadi jujur pada dirinya, jujur pada Allah dan jujur
pada perjuangan yang didokonginya. Kita tidak mahu dalam marhalah ini akan timbul permasalahan furu'
(cabang) dibawa menjadi isu yang mengakibatkan kita menjadi golongan al mutasaqitin (golongan yang
gugur).

Dalam marhalah ini kewujudan baitul muslim (rumah tangga Islam) sebagai nukleus terpenting dalam
masyarakat adalah merupakan satu tuntutan. Setiap ahli masyarakat berperanan untuk memastikan
rumah tangganya hidup dalam suasana Islam dalam semua aspek. Dalam hubungan ini setiap ahli
masyarakat berperanan untuk menjadi as solehah (i yang solehah), yang taat dan pendorong utama
kepada perjuangan Islam dan juga berperanan besar untuk memastikan tarbiyatul aulad (pendidikan
anak-anaknya) berjalan dalam suasana yang Islamik.

3. Marhalah Tanfiz

Marhalah ini adalah marhalah yang terpenting yang merupakan ujian sebenar terhadap komitmen setiap
ahli masyarakat terhadap pengisian dan kefahamannya terhadap Islam. Islam yang hanya sekadar
diteorikan tidak akan mendatangkan sebarang hasil. Dalam marhalah ini, 3 unsur utama yang harus
diperhatikan adalah:

Al Iman al 'amiq: Iman yang mendalam.
Tanzim ad daqiiq: Penyusunan organisasi gerak kerja yang teratur lagi menyeluruh.
. Al amal mutawasil: Kerja dan komitmen yang dibuat berterusan dan bukan hanya kerana masa yang
tertentu, kawan atau suasana.

Dalam marhalah ini, setiap ahli masyarakat tidak lagi dapat menyendirikan diri untuk membawa
perubahan dalam masyarakt. Panduan Al Quran dengan jelas memerintahkan pejuang Islam untuk
berada dalam satu saf yang tersusun rapi:

"Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah batu-bata
yang tersusun rapi..." AS SAFF: 3.

Marhalah ini mengajak setiap ahli masyarakat untuk keluar di tengah-tengah medan dan bersama
mengangkat panji-panji Islam untuk ditegakkan di tengah-tengah kejahilan ummah. Marhalah ini adalah
marhalah muwajahah (berdepan) dengan realiti perjuangan dah'wah yang akan mengajak kepada
pengorbanan yang sebenarnya. Tidak ada di sana sebarang perjuangan yang tidak ada pengorbanan.
Pengorbanan dalam dah'wah adalah terlalu luas dan banyak bidangnya yang mengajak kita untuk
mengurus dan mentadbir diri kita ini dengan sebaik-baik tanzim.

1.8 Kesimpulan

Sesungguhnya konsep perkongsian atau perkongsian bijak dalam pendidikan di Malaysia amnya boleh
memberi keyakinan pelbagai pihak tentang ke mana arahnya generasi pelapis negara kita pada masa
depan. Perkongsian tersebut hendaklah dimanfaatkan oleh masyarakat dengan tidak memandang serong
tentang kegiatan yang akan dilaksanakan demi kebaikan bersama. Memandangkan konsep perkongsian
ini adalah selari dan seiring dengan budaya, pemikiran dan agama masyarakat di Malaysia, penyertaan
sekolah dan komuniti luar sekolah dalam satu kontinum perkongsian akan menghasilkan win-win
situation.

Rujukan

Aminah Hamim & Gunawan Mahmood (2001). Buku madah bestari cinta negara. Jabatan Perkhidmatan
Penerangan Malaysia. Kuala Lumpur.
Ibrahim Mamat (2001). Pengetua sekolah: Menangani isu dan cabaran kepimpinan. Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999. Penubuhan Kelab Pencegahan
Jenayah di Sekolah Menengah.
Nicholson, G., Stephen, R., & Leavitt, V. (1985). Safe Schools: You Cant Do It Alone.Phi Delta
Kappan, Volume 66, Number 7, pg 491-496.
Salbiah Ismail (2001). Kepengetuaan dalam konteks sekolah bestari. Seminar Kepengetuaan
Kebangsaan Ke 2. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
Tafsir AlQuran.

Anda mungkin juga menyukai