Profesion perguruan tagih kejujuran Oleh Dr Rusinah Siron
SESI persekolahan 2008 sudah bermula. Tahun baru membawa azam baru bagi guru yang sudah tentu ingin memperkasakan diri bagi mempertingkatkan kejayaan dalam profesion perguruan. Laporan akhbar pada 2007 yang menunjukkan 200 aduan salah laku guru dengan pelbagai masalah etika kerja, disiplin dan moral serta rasuah perlu diberi perhatian serius oleh guru dan masyarakat.
Bagi guru, salah laku yang dilakukan oleh guru akan menjejaskan nama baik profesion perguruan di mata masyarakat dan bagi masyarakat pula, isu salah laku ini akan menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap guru yang diamanahkan untuk mendidik anak mereka seperti kata pepatah ketam mengajar anaknya berjalan betul sedangkan diri sendiri jalan bengkang bengkok.
Guru perlu sedar bahawa segala tindak tanduk dan perlakuan mereka sentiasa menjadi perhatian masyarakat setempat, tambahan lagi jika guru itu bertugas di kawasan luar bandar yang penuh dengan peradaban hidup masyarakat kampung atau masyarakat yang sentiasa memandang tinggi kepada tatasusila kehidupan.
Guru perlu peka kepada persekitaran mereka seperti kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Dalam profesion perguruan pula seseorang guru yang memegang amanah untuk menjawat jawatan guru akan terikat dengan etika profesionalisme sebagai seorang guru yang mesti dijunjung dan dipatuhi selagi mana jawatan sebagai guru itu dipegang individu terbabit.
Sebagai seorang guru pula, segala etika tatasusila perguruan serta disiplin dan moral bagi seorang guru sudah dihafal dan dilaksanakan dalam kerjaya mereka sebagai guru.
Pada masa sama, guru juga perlu memahami bahawa etika profesionalisme itu bukan saja tertakluk kepada perundangan yang tertulis dalam buku, tetapi menjangkaui kehendak dan keperluan semasa dan masyarakat.
Seorang guru perlu mempunyai moral dan disiplin diri yang diterap dengan jelas dan jitu dalam membentuk diri menjadi seorang guru yang berakhlak mulia. Guru menjunjung amanah sebagai pendidik yang perlu bersikap jujur dan ikhlas terhadap pelajarnya, sekolah dan pentadbiran organisasi pendidikan secara keseluruhannya. Guru perlu amanah dalam menjalankan tugasnya.
Amanah dan jujur dalam tugas sangat dipandang tinggi dalam kerjaya perguruan, seseorang guru tidak boleh merungut, memberontak dalam diam dan secara terang dan mengutuk pihak berkaitan jika ditugaskan di sekolah di pedalaman atau negeri dan kawasan yang tidak mereka sukai.
Hanya kerana salah jawab soalan HAMIZAH BASIR 9 Ogos 2014 Gunasekaran (kanan) menunjukkan kesan lebam pada tangan kiri Ranjit, manakala Ilangovan menunjukkan laporan polis dibuatnya. SEREMBAN - Hanya kerana dikatakan salah menjawab soalan latihan matematik, seorang murid darjah enam bengkak dan lebam di tangan kiri selepas dipukul dengan kayu sepanjang 50 sentimeter oleh gurunya. Kejadian berlaku di sebuah Sekolah Kebangsaan Tamil di Senawang, Rabu lalu, apabila pelajar terbabit, Ranjit Dass, 12, dikenakan denda akibat kesalahan berkenaan, kira-kira 9 pagi. Menurutnya, guru lelaki berusia lingkungan 30-an yang baru berpindah ke sekolah itu sejak dua bulan lalu bertindak memukulnya selepas salah menjawab latihan matematik yang diberikan. Cikgu beri latihan matematik dan saya salah jawab kerana tidak faham. Kemudian secara tiba-tiba cikgu pukul saya dengan kayu yang dibawanya sebanyak lima kali di tangan dan bahu kiri. Rakan saya turut dipukul di muka dan belakang badan kerana salah jawab soalan, katanya. Menurutnya, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku dan guru tersebut tidak pernah memukul murid sebelum ini. Saya tidak tahu kenapa cikgu sanggup pukul saya sehingga tangan saya bengkak dan lebam," katanya.
Disebabkan tidak sanggup menanggung kesakitan, Ranjit kemudian mengadu kepada ibunya sebaik pulang ke rumah. Bapa saudara Ranjit, A Ilangovan, 40, berkata, ibu Ranjit, A Selvi, 30, segera membawa Ranjit ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini selepas melihat tangan anaknya itu kemerahan dan bengkak.
Ranjit mengeluh sakit dan sekarang sudah masuk hari ketiga, tangannya masih sakit dan lebam masih kelihatan. Kami sekeluarga nekad membuat laporan polis selepas melihat kecederaan dan kesakitan terpaksa ditanggung Ranjit, katanya. Ilangovan berkata, dia rasa sedih dan kecewa terhadap perbuatan guru yang sanggup memukul anak saudaranya itu sehingga cedera. Sekiranya Ranjit bersalah, dia boleh memukul dengan rotan sebagai cara mendidik tetapi kami tidak boleh terima apabila dia pukul dengan kayu. Ini sudah melampau," katanya ketika membuat aduan di pejabat Adun Senawang, P Gunasekaran, di sini, semalam. Sementara itu, Gunasekaran berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan guru terbabit perlu dikenakan tindakan. Saya mahu berbincang dengan pihak sekolah tentang perkara ini, namun mereka tidak benarkan saya masuk ke kawasan sekolah. Saya telah mengadukan perkara ini kepada Jabatan Pendidikan negeri dan meminta mereka menyiasat dan mengenakan tindakan disiplin kepada guru tersebut, katanya. Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Kalsom Khalid ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya sudah menerima laporan awal tentang perkara tersebut daripada pihak sekolah. "Kita akan membuat siasatan terlebih dulu, dan sekiranya guru terbabit benar-benar bersalah, dia tidak akan terlepas daripada tindakan, katanya.
http://annlma1011.blogspot.com/
Isu : Salah Laku Guru
Sebuah artikel bertarikh Ogos 2009,(Kosmo! Online) berjudul Rogol, cabul murid dalam makmal yang dikarang oleh Adham Shadan telah dimuat turun dari laman web Kosmo Online. Menurut sumber artikel, kes ini berlaku di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan di Pasir Puteh, Kota Bharu dimana seorang guru lelaki berusia 29 yang mengajar Sains dan Bahasa Cina di sekolah tersebut telah didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan di makmal sains di antara pukul 8 pagi hingga 3 petang. Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa mencabul kehormatan mangsa di tempat sama pada pukul 12.15 tengah hari 17 Ogos 2009 mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan(KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan. Tertuduh didapati bersalah oleh Hakim Rofiah Mohamad selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kedua-dua tuduhan itu. Dalam penghakimannya, Rofiah mengatakan dia mengambil kira kepentingan awam serta hubungan tertuduh dengan mangsa sebagai guru dan murid dalam menjatuhkan hukuman. Kata Rofiah Selepas mendengar hujahan pihak pendakwa dan pembela, saya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan sebatan bagi kesalahan merogol serta tiga tahun penjara dan dua sebat bagi kesalahan mencabul. Guru yang terbabit sebenarnya juga telah melanggarkan peraturan dalam kod Etika Profesion Perguruan dengan melakukan tingkah laku mencabul anak murid perempuan yang mana ini telah menyebabkan pihak ibu bapa dan khalayak ramai tidak percaya kepada sifat profesional profesion perguruan. Seperti mana yang dikemukakan sebelum ini, salah sebuah kod yang terkandung dalam Etika Profesion Perguruan adalah menegaskan bahawa guru haruslah sentiasa menjaga tingkah lakunya supaya keprosefionalannya tidak tercemar akibat kehilangan kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Pernyataan ini menjelaskan bahawa setiap tindak tanduk dan sikap yang guru lakukan adalah mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutamanya pelajar dan ibu bapa.
Implikasi Salah Laku Guru
Menurut laporan Magendran Rajagopal dan Norliza Wasilan dalam Berita Harian secara online, Kementerian Pelajaran telah menerima 200 aduan berhubung pelbagai salah laku guru di seluruh Negara sejak tahun 2007. Sumber menjelaskan baahwa antara kesalahan yang dilakukan oleh guru ialah tidak hadir bertugas (37%), cabul dan gangguan seksual (17%), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (15%), penyalah-gunaan dadah (9.5%), kecurian (6%), jenayah syariah (7%) dan keterhutangan serius (1%). Peningkatan bilangan guru-guru di Malaysia yang terbabit dalam kes salah laku sesungguhnya mendatangkan kesan yang amat buruk jika masalah ini dibiarkan berterusan. Antara kesan yang dapat dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya kewibawaan profesion perguruan. Seperti mana yang dinyatakan oleh Syed Ismail etc. (2010:190), Pada zaman ini guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi pengganti ibu bapa, kaunselor, pembimbing dan rakan. Peranan guru begitu penting memandangkan beliau merupakan individu yang paling dekat dengan murid semasa mereka berada di sekolah. Namun, apakah pandangan ibu bapa di luar persekitaran sekolah yang mengharapkan guru menjadi penggantinya, melihat kes- kes salah laku yang berlaku di kalangan guru di sekolah? Adakah masyarakat di Negara kita akan terus menyanjung, menghormati dan mempercayai profesion perguruan sebagai suatu jawatan yang mulia apabila guru-guru sekarang terjurus untuk terbabit dalam salah laku? Realitinya, peningkatan kes-kes salah laku melibatkan guru-guru di sekolah telah menyebabkan ibu bapa dan masyarakat Negara kita memandang sinis terhadap profesion perguruan. Mereka tidak yakin dengan kebolehan guru seluruh negara dalam mendidik anak-anak mereka walaupun hanya berakibatkan tindakan salah seorang guru di Malaysia. Nampaknya, pengaruh yang dibawa oleh permasalahan tidak mematuhi kod etika kerja guru terhadap profesion perguruan di Malaysia adalah begitu luas sehingga menjejaskan imej semua guru di Negara kita. Malah sesetengah pihak telah melabelkan profesion ini sebagai pilihan terakhir setelah tiada kerjaya profesional yang lain atau disebabkan ingin mengelakkan diri daripada menganggur. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Di samping itu, kes salah laku yang berlaku di kalangan guru juga memaksa pihak berkuat-kuasa melucutkan jawatan guru di sekolah. Ini secara tidak langsung menyebabkan kekurangan sumber guru yang berkualiti di sekolah-sekolah seluruh Negara. Menurut sumber pada tahun 2010, bilangan sekolah rendah yang didirikan di Malaysia adalah sebanyak 7,714 buah. Cuba bayangkan sekiranya seluruh sekolah di Malaysia mempunyai hanya seorang guru yang membabitkan diri dalam kes salah laku. Dengan ini, pihak berkuat-kuasa terpaksa melucutkan kira-kira 7 ribu orang guru yang memegang jawatan di sekolah. Ini sudah tentu menimbulkan permasalahan yang tidak berterusan kepada proses pembelajaran murid-murid di sekolah, malah sistem pendidikan di Negara kita. Jadi, jelaslah bahawa tindakan salah laku guru akan menyebabkan sistem pembelajaran di Negara kita tergendala.
Mengumpul sebanyak mungkin hukuman/tindakan tatatertib yang telah dikenakan Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah ( Etika Penampilan Guru)
Kategori: Berita JHEAINS (Pusat) Jumaat, 21 Mei 2010
Oleh: Ahmad Haji Yassin
TAWAU - Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Haji Amri A Suratman memberi amaran bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib seperti termaktub dalam Perintah Am Negeri Sabah PANS kepada mana-mana guru-guru JHEAINS yang didapati ponteng mengajar atau menyerahkan tugas mengajar kepada orang lain. Amanat beliau disampaikan oleh Hajah Siti Afsah Kudi, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Khidmat dan Pengurusan ketika memberikan Taklimat Perjawatan kepada Guru-Guru JHEAINS di Tawau. Katanya, dari laporan yang beliau terima terdapat guru-guru yang ponteng mengajar selain terdapat kejadian menyerahkan tugas mengajar kepada orang lain. Ini satu tindakan yang tidak sihat dan boleh menjejaskan imej guru-guru JHEAINS. Katanya Jabatan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap guru tersebut. Kita mahu semua guru-guru JHEAINS komited dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Mengulas mengenai perjawatan guru, menurut beliau guru-guru yang dulunya gred DG 6 yang telah lulus Diploma akan dinaikkan pangkat kepada DG A 29. Bagi guru- guru Dg 17 mereka perlu berusaha mendapat kelulusan Diploma supaya gred mereka dinaikkan ke gred DG A 29.
Amalan Etika Perguruan di Kalangan Guru
Cikgu pondan mungkin dipindah undefinedundefined MELAKA: Guru lelaki berusia 41 tahun yang dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) malam kelmarin, atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh, berkemungkinan dikenakan tindakan tatatertib termasuk ditukarkan tempat kerja jika terbukti melakukan kesalahan berlagak perempuan. Pengarah Pelajaran negeri, Isa Abu, berkata beliau perlu menunggu laporan lengkap berhubung siasatan terhadap guru sekolah rendah terbabit sebelum sebarang tindakan susulan diambil. Saya akan mendapatkan laporan lengkap dan terperinci mengenai perkara berkenaan sebelum buat sebarang keputusan.
Saya juga akan meneliti siasatan berhubung butiran peribadi lelaki itu sama ada beliau benar-benar seorang guru. Jika terbukti beliau seorang guru dan melakukan kesalahan kita akan tentukan apakah bentuk tindakan disiplin dan tatatertib yang bersesuaian, katanya, ketika diminta mengulas laporan akhbar ini semalam berhubung seorang guru sekolah rendah di Bukit Rambai, dekat sini ditahan penguat kuasa Jaim kerana didapati berlagak wanita di Taman Astakona, Bandar Hilir, dekat sini, awal pagi kelmarin. Isa berkata kejadian berkenaan adalah yang kedua dilaporkan media selepas kes membabitkan seorang guru yang ditahan bersama 15 pondan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) pada 25 Julai 2008, kerana menyertai pertandingan ratu cantik mak nyah di sebuah pusat peranginan di Bachok, Kelantan. Amalan Etika Perguruan di Kalangan Guru
Guru Sains Disyaki Edar Dadah Akan Digantung Kerja undefinedundefined KUALA LUMPUR: Guru Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, Batu Pahat yang ditahan polis, Rabu lalu selepas dipercayai mengedar dadah bakal berdepan tindakan digantung kerja, dipindahkan atau dibayar separuh gaji.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata tindakan pentadbiran serta merta yang dikenakan kepada guru terbabit membuktikan Kementerian Pelajaran tidak pernah bertolak ansur kepada mana- mana pihak yang cuba mencemarkan imej profesion perguruan di negara ini.
"Kita masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Pelajaran Johor sebelum dapat melakukan sebarang tindakan susulan ke atas guru berkenaan dan kemungkinan laporan penuh akan diperoleh Isnin ini. Sebaik saja kita peroleh secara terperinci, barulah kita dapat mengambil tindakan.
"Antaranya, dia (guru terbabit) boleh dikenakan tindakan pentadbiran iaitu digantung kerja, ditukarkan serta merta dan di bayar separuh gaji. Semua itu bergantung kepada laporan yang bakal kita peroleh kelak," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Seorang guru sains SJKC di Rengit di Batu Pahat ditahan polis, Rabu lalu selepas dipercayai mengedar dadah secara sambilan kerana mahu menjalani kehidupan mewah dan bergaya.
Guru berusia 31 tahun itu baru saja berjinak-jinak dalam pengedaran dadah kira-kira dua bulan lalu dengan menggunakan kereta Proton Savvy miliknya untuk menghantar sendiri bekalan apabila menerima tempahan dan ditahan kira-kira jam 10 malam dalam satu sekatan jalan raya di sekitar daerah Batu Pahat.
Alimuddin berkata, pihaknya memandang serius kejadian seumpama itu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan profesyen perguruan yang selama ini dipandang tinggi di kalangan masyarakat.
"Dadah adalah musuh utama negara dan dia sebagai seorang pendidik tidak sepatutnya bertindak sebegitu," katanya. Kita kesal dengan kejadian ini kerana ia bukan saja mencemarkan imej perguruan tetapi turut menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat setempat terhadap peranan guru.
"Sepatutnya dia cuba membimbing generasi muda mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bukannya dia sendiri bertindak membekalkan bahan itu kepada pihak lain. Justeru, kita memandang serius perkara ini dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kepada individu terbabit," katanya. Berdasarkan laporan yang dibuat dalam akhbar terkenal itu jelas menunjukkan bahawa guru tersebut secara terang melanggar etika profesion perguruan dan kod etika perguruan di Malaysia yang menyatakan bahawa guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan negara. Namun dalam kes ini guru telah membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadi. Dengan ini jelas menunjukkan sikap tidak profesional guru tersebut yang tidak berfikir dengan wajar tentang impak negatif yang akan dihadapi sebelum melakukan pekerjaan sambilan tersebut yang jelas menjejaskan masa depannya serta memburukkan nama baik profesion perguruan yang sepatutnya disanjung tinggi. Jesteru itu, guru berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dimana Pihak Berkuasa Tatatertib akan mengenakan hukuman gantung kerja kerana guru tersebut telah disabitkan melakukan kegiatan jenayah dalam penyalahgunaan dadah secara kerja sambilan.